Saya bukan pengguna iPhone yang tegar. Saya bukan peminat jenama Apple, cuma saya memiliki iPhone 3GS dan iPad. Setelah menggunakan iPhone 3GS dan iPad, saya sedar ia satu jenama yang lebih kepada gaya hidup (lifestyle). Lagipun saya hanya melanggan kepada penggunaan data paling minima iaitu 500MB dan ianya sudah cukup baik untuk saya kerana saya melanggan pakej Maxis Blackberry Unlimited. Hanya apabila bateri Blackberry habis barulah saya menggunakan iPhone.
Skrin Grafik/Foto
Sejak menggunakan iPhone 4, saya paling tertarik dengan keupayaannya merakamkan foto yang paling jelas antara 2 jenama telefon bimbit yang saya miliki. Oleh kerana kerjaya saya sebagai wartawan dan blogger, saya banyak merakamkan foto. Antara foto yang saya rakamkan adalah sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima yang berlangsung baru-baru ini.
Video
Kualiti HD (definisi tinggi). Apa lagi yang mampu saya perkatakan. Kualiti video yang saya rakamkan sewaktu Rumah Terbuka Aiditfitri Media Prima sangat baik (lupakan kualiti suntingannya). Jika dibuat dengan teliti suntingannya, ia akan menjadi lebih baik dan amat baik untuk sesebuah produksi. Saya mahu merakamkan lebih banyak video dengan iPhone 4 kerana saya tahu apa yang boleh dilakukan oleh telefon bimbit ini.
Panggilan
Semua orang tahu tentang masalah reception yang dihadapi oleh iPhone 4. Beberapa kali panggilan saya terputus. Berada di basement parking terputus, berada di dalam lif juga adakalanya terputus. Beberapa orang kawan mengeji saya kerana masalah tersebut. Paling mengharukan apabila sim iPhone 4 merupakan nombor utama saya untuk tugas pejabat dan teman-teman. Haha!
SMS
Pada mulanya, saya hairan ke mana perginya butang menukar bahasa? Ia menyukarkan saya yang sering menghantar SMS dalam dua bahasa. Adakalanya saya menghantar dalam bahasa Inggeris dan adakalanya dalam bahasa Malaysia dan selalunya bahasa Rojak. Tanpa penukaran bahasa ia menyukarkan saya.
Setelah menukar beberapa setting, barulah saya dapat melihat kembali butang penukaran bahasa pada bahagian New Message. Sudah saya katakan, saya bukannya seorang techies yang arif tentang selok-belok menukar setting tetapi kerana “trial & error” dapat juga saya tukar.
Top 10 Aplikasi
1. Facebook
Bohong kalau saya tidak memiliki aplikasi Facebook di dalam iPhone 4 saya. Ia menjadi aplikasi paling penting sekarang terutamanya untuk mengemaskini status Facebook supaya semua orang tahu apa yang saya lakukan sekarang. Ingat kembali tentang iPhone sebagai jenama gaya hidup. Jadi amat kena sekali untuk saya gunakannya sebagai penghubung agar orang tahu apa yang saya sedang lakukan.
2. Twitter
Ia sumber maklumat paling utama saya. Adakalanya maklumat dalam Twitter lebih pantas dari berita. Sebelum berita berlaku, sudah tersebar segala tweet dan kemudiannya tersebar serata dunia maya. Haha! Saya lebih gemar mem”follow” pengguna Twitter dari kalangan pesaing untuk mengikuti apa perancangan terkini mereka. Banyak masa saya habiskan di Twitter untuk berkongsi, berkomunikasi dan bergossip dengan rakan-rakan yang mengikuti saya.
3. TweetDeck
Bezanya iPhone dengan Blackberry yang paling utama ialah aplikasi TweetDeck. iPhone ada TweetDeck, Blackberry tiada! Aplikasi ini amat penting untuk saya mengikuti trend berita semasa. Contohnya sekarang saya mengikuti topik #Maxis10, #MaxisiPhone4, #SheilaMajid, #GuaMalaysia dan banyak lagi.
4. FourSquare
Lagi satu kegilaan remaja dan saya tidak mahu ketinggalan. Walaupun saya jarang menggunakan FourSquare namun untuk mendownload aplikasi itu dalam iPhone 4 adalah wajib. Saya hanya akan “check-in” bila berada di lokasi yang pelik-pelik dan tidak suka spam dengan “check-in” yang terlalu common contohnya OFFICE. Apa perlunya “check-in” di office setiap pagi hanya sekadar untuk mengumumkannya kepada yang mengikuti kita. Saya rasa ia sesuatu yang tidak perlu.
5. Mashable
Great! Ini adalah aplikasi utama saya untuk mendapatkan berita tentang social media. Banyak berita seluruh dunia dikongsikan dalam aplikasi ini dan perlu saya muat turun untuk sentiasa terkini dengan berita-berita tersebut.
6. Skype
Tahu tak yang menginstall Skype adalah sesuatu yang wajib di ofis saya. Ia merupakan medium komunikasi paling utama. Walaupun saya seorang yang tidak begitu gemar dengan aplikasi chat terpaksa saya lakukan. Gosip pejabat pantas tersebar di Skype. Selain di laptop, di iPhone 4 juga saya install aplikasi tersebut semata-mata untuk bergosip.
7. Wikipedia
Walaupun ia merupakan free user generated content, adakalanya ia sukar untuk dipercayai, namun saya percaya ada juga maklumat yang boleh dipercayai dalam aplikasi itu. Ia kemestian saya.
8. CNN International
Sumber berita terkini! Apa lagi yang boleh saya perkatakan!
9. Sleep Cycle
Bagi pengguna iPhone yang tiada aplikasi ini, anda patut gunakannya. Saya suka menggunakannya. Aplikasi itu mengrafkan tidur anda sama ada “deep sleep”, “dream” atau pun “awake”. Bunyi penggeranya pun lebih menyamankan. Penggera dibunyikan bila graf tidur anda menghampiri awake dan bukannya secara tiba-tiba seperti penggera lain. Jika anda menetapkan penggera dibunyikan pada pukul 10 pagi, ia akan berbunyi antara pukul 9.45 pagi hingga 10.15 pagi dengan mengambilkira tidur anda berada di graf “awake” dalam tempoh tersebut.
10. Maybank2U
Mudah! Perbankan dilakukan bila-bila masa di mana-mana sahaja. Namun pastikan anda sentiasa log-out kerana jika iPhone anda hilang, ia akan membahayakan akaun anda disalahgunakan oleh pencuri tersebut. Sama seperti Facebook, Twitter dan pelbagai akaun social media anda yang berhadapan dengan risiko identity theft.
11. iProperty
Terlebih 1 dalam 10 Top Aplikasi iPhone ialah iProperty. Saya kini dalam pencarian untuk membeli rumah, oleh itu aplikasi ini amat penting buat saya. Senang untuk mencari rumah yang menarik untuk dibeli dengan menetapkan kawasan pilihan anda.
12. Engadget
Sama seperti Mashable, Engadget adalah aplikasi berita terkini dunia gajet antarabangsa. Walaupun bukan seorang techies, saya perlu mengemaskinikan diri saya dengan berita terkini dunia gajet. Sekadar untuk suka-suka.
Voice Memos
Wartawan kini tidak lagi membawa perakam suara atau buku nota. Saya menggunakan Voice Memos sahaja. Bila mewawancara personaliti, saya menggunakannya kerana ia lebih mudah. Saya tidak perlu menulis dalam buku nota, saya hanya menyalin soalan yang diberikan sebagai que untuk saya. Saya mencatatkan minit ke berapa yang perlu saya ambil untuk dimasukkan dalam artikel. Lebih memudahkan kerja saya.
Maps
Yahoooooo! Dengan GPS yang terbaik, perjalanan saya menjadi lebih lancar dengan adanya Maps. Saya boleh set permulaan dan destinasi pilihan saya dan mendapatkan laluan paling pantas (kecuali tiada kesesakan lalulintas). Berbeza dengan Google Maps yang memberi laluan kepada anda, Maps tidak memberikan pilihan laluan, hanya satu laluan.
Facetime
Setakat ulasan ini dibuat, saya masih belum melakukan sebarang Facetime dengan mana-mana rakan #Maxis10 lagi. Antara sebab utamanya adalah ia hanya berfungsi dengan WiFi. Saya hanya boleh melakukannya di pejabat sahaja atau pun ketika berada di café. InsyaAllah dalam waktu terdekat ini saya akan melakukannya secepat mungkin.
Terus terang, saya tidak akan mengulas dari aspek teknologi untuk iPhone 4 ini. Saya sedar kekurangan saya dalam mengulas aspek teknologi yang saya mampu ulas adalah aspek penggunaannya dalam aspek gaya hidup.
Keseluruhannya ia sebuah telefon bimbit yang amat sesuai untuk gaya hidup dan kena dengan kerjaya saya sebagai seorang wartawan dan blogger.