Imbasan Akademi Fantasia
Adi muncul sebagai tetamu dalam episod kali ini. Sewaktu ditanya tentang perasaannya beliau bersikap positif dan menerima segala keputusan yang datang. Adi berkelulusan kejuruteraan dari UPM sanggup bangun jam 5 pagi untuk pergi ke audition di ASTRO. Naik bas lompat ke Klang hingga ke Subang dan di ambil oleh rakannya ke ASTRO. Semangat yang tebal untuk menjadi seorang penghibur.
Pada peringkat awal menerima...
Ahmad Band - Ideologi, Sikap & Otak
Aku Cinta Kau dan Dia
Hancur hatiku mengenang dikau
Menjadi keping-keping setelah kau pergi
Tinggalkan kasih sayang
Yang pernah singgah antara kita
Masihkah ada sayang itu
Memang salahku, yang tak pernah bisa
Meninggalkan dirinya 'tuk bersama kamu
Walau 'tuk terus bersama
Kan ada hati yang 'kan terluka
Masihkah ada sayang itu
Sekali lagi maafkanlah
Karena ku cinta kau dan dia
Maafkanlah ku tak...
Konsert III Akademi Fantasia : Keputusan mengejutkan !
Adifashla di Akademi Fantasia
yahoogroups adifashla fans club
Konsert III telah pun selesai semalam. Keputusan pengundi ternyata mengejutkan saya. Jika dinilai dari segi persembahan ternyata pengundi masih bebal dan keliru apakah kualiti yang diperlukan untuk memilih seorang penghibur yang berkualiti tinggi. Undian SMS ternyata tidak releven sebagai memilih seorang penghibur yang...
Akademi Fantasia Khamis 27 Jun 2003
Lakaran
Setiap peserta perlu menunjukkan lakaran yang telah mereka lakukan kepada penonton. Hanya Burn sahaja yang bersikap jujur menceritakan kecelaruan fikirannya pada waktu tersebut. Atie sama sekali berbohong dengan melakarkan sesuatu yang ceria di atas kertas tersebut dan pada hakikatnya beliau sedang kerisauan. Adi mempunyai bakat melukis yang baik. Beliau jelas seorang yang kreatif cuma kebolehan beliau berinteraksi perlu digilap lagi. Lakaran Nana menjelaskan sikap hipokrit dan mementingkan...
Akademi Fantasia Rabu 26 Jun 2003
Konfiden Atie
Tahap konfiden Atie mula terserlah. Beliau telah mencuba sedaya upaya beliau untuk menyanyikan lagu tersebut. Perlu diingat, menyanyi bukan hanya melafazkan lirik tetapi juga penghayatan terhadap lirik tersebut. Itulah menyanyi. Yang dilakukan oleh Atie sekarang hanyalah membaca lirik bukannya penghayatan. Tetpi beliau telah mencuba sehabis baik untuk menyanyikan lagu tersebut. Azizi datang kepada Atie untuk menenangkan perasaan beliau yang sedang kerisauan. Azizi lebih bertindak...
Akademi Fantasia Rabu 25 Jun 2003
Tetamu misteri – Pooh
Awal pagi para pelajar dikejutkan dengan kehadiran tetamu misteri. Tetamu misteri yang dimaksudkan ialah Pooh kepunyaan Azza yang diserahkan oleh Azza kepada para pelajar di Akademi Fantasia. Walaupun ketiadaan Azza di Akademi, namun dengan kehadiran Pooh sedikit sebanyak dapat mengubat rindu pelajar terhadapnya. Mungkin tidak semua pelajar rindukan Azza. Ada yang seronok dengan ketiadaan Azza yang mungkin dianggap penghalang kepada fantasi mereka untuk menjadi realiti.
Namun...
Akademi Fantasia Selasa 24 Jun 2003
Kelas vokal menyaksikan pelajar sama-sama menguji vokal masing-masing dengan lagu baru yang mereka terima awal minggu ini. Adi nampak selesa dengan lagu Biru nyanyian Jai. Tahap konfidennya benar-benar terserlah. Selain daripada itu showmanshipnya akan cuba ditingkatkan dengan menyampaikan lagu tersebut hasil tunjukajar Guru Nada Suara, Siti Hajar.
Sahri membawakan lagu Salsabila. Beliau juga nampak yakin dengan lagu tersebut.
Begitu juga dengan Khai yang berlatih bersungguh-sungguh untuk...
Akademi Fantasia Isnin 23 Jun 2003
Semalam hari pertama mereka di Akademi setelah ketiadaan Azza. Azza gadis pemalu dan rajin itu telah disingkirkan pada Konsert II yang berlangsung Sabtu lepas. Suasana Akademi masih seperti biasa. Ceria. Walaupun ada ketikanya Encik Baha, warden mereka dengan sengaja menyebut-nyebut nama Azza dengan tujuan untuk menimbulkan mood kesedihan mereka tetapi tiada kesedihan wujud dalam diri masing-masing. Jika ada pun yang dibuat-buat. Nana lebih sibuk berbual atau "bercinta" dengan Burn. Ketiadaan...
Akademi Fantasia
Akademi Fantasia merupakan satu rancangan terbitan ASTRO. Rancangan ini kononnya merupakan reality drama yang pertama di Malaysia. Ia menampilkan 12 perserta, 6 lelaki dan 6 perempuan beradu nasib untuk menjadi seorang penghibur yang versatile. Selama 9 minggu mereka akan dilatih oleh beberapa tenaga pengajar dan dijaga oleh seorang Pengetua Akademi. Tenaga-tenaga pengajar yang profesional terdiri daripada Adnan Abu Hassan, selaku Guru Vokal, Linda Jasmine selaku Guru Tarian, Siti Hajar, selaku Guru Nada Suara...
Pada hari Sabtu 21 Jun telah berlangsung fete de la musique di Bintang Walk, Kuala Lumpur. Acara tersebut bermula pada jam 12 tengahari tertunda selama satu jam kerana masalah teknikal.
Penganjur kemudiannya mengarahkan AGE untuk bergerak ke KL Plaza supaya membuat persembahan di sana. Tempatnya agak sempit dan benar-benar tidak sesuai untuk satu persembahan yang menggunakan banyak alat. Setelah menunggu dengan sabar, pihak penganjur kemudiannya mengarahkan AGE kembali ke Main Stage di hadapan Bangunan Yayasan Selangor.
Persembahan...
Dear all,
As all of you are aware, AGE shall be performing for the Fete de la Musique
2003 organized by Help Institute, DBKL, French Embassy, Alliance Francaise
and with the support of NTV7, Kementerian Kesenian & Pelancongan, CK
Music, etc. The venue shall be the strech of Bintang Walk from 12 noon to
12 midnite on the Saturday of 21st June. There'll be 3 stages of
performances and 6 designated spots for street performances.
Details of AGE performance:
(pls refer attachments for other performances and exact venue)
STREET...
Acara Puisi Keliling (APuKe)
Walaupun dikatakan Acara Baca Puisi Keliling (APukE - berhati-hati dengan sebutan e) agak baru dan hanya teman-teman penganjur yang sering menyertai, malam kelmarin jelas kelihatan sambutan yang agak memberangsangkan. Kehadiran orang agak ramai sehingga suhu di dalam 'mini dewan' yang pada mulanya dingin perlahan-lahan menjadi hangat.
Kebiasaannya atau boleh dikatakan adat, sekiranya ada majlis di tempat majlis haruslah berada dalam keadaan 'menerima' kedatangan tetamu tetapi berlaku sebaliknya...
Hujung minggu dipenuhkan dengan Acara Puisi Keliling (APuKe) di Penthouse, Bangunan MCOBA, menyaksikan kemunculan Hishamuddin Rais, tahanan ISA yang baru merdeka, menonton Akademi Fantasia, kononnya reality drama pertama di Malaysia dan menonton "Malam Haram" versi telemovie. Nantikan review ketiga-tiga event ini...
Komen ini didapati dari laman rasmi Fauziah Nawi.
RUMAH KECIL JALAN SELADANG
karya Tan Sri A. Samad Ismail, adapatsi oleh Datuk Johan Jaafar.
arahan Mohd Fadillah Hj Mat Said
Persembahan yang baik sebuah kumpulan baru memberi harapan bahawa Festival Teater ini harus diteruskan kerana memberi ruang dan peluang kepada pelapis-pelapis untuk mempertengahkan bakat mereka. Usaha kumpulan ini membawa "Live Music" harus juga dipuji. Sudah sampai masanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menggunakan kesempatan di...
Bual Teater: Ronggeng Rokiah ‘lacurkan’ definisi noir
Oleh Khalid Salleh
NOIR, ungkapan Perancis yang bermakna hitam, gelap atau samar. Definisi noir diguna oleh pengkritik filem Perancis terhadap filem Hollywood yang selalunya dihasilkan pengarah Eropah pada awal 50-an hingga hujung 60-an. Antara lain kisah Amerika yang ditangani dengan sensibiliti Eropah. Ia berputik daripada neo expressionism Eropah seperti mana yang lahir di Jerman.
Kemunculan Ronggeng Rokiah di Istana Budaya yang disensasikan pengarah dan penulisnya,...
Sesetengah wartawan di Malaysia hanya mampu melihat rambut palsu yang terjatuh, bukan mesej yang mampu menjentik minda mereka. Cerita Ronggeng Rokiah lebih daripada rambut palsu, pemikiran penulisnya terlalu jauh. Seperti dalam tulisan Ku Seman Ku Husin dalam Mingguan Malaysia, sisipan Pancaindera keluaran Ahad, "Ronggeng Rokiah berlapis-lapis".
Nasihat saya untuk wartawan-wartawan di Malaysia, mereka sepatutnya lebih memerhatikan dan cuba memahami apa yang tertulis di dinding North Bridge Road kerana grafiti itu untuk mereka.
Harian...