12 October 2010

FaceTime Hanya Berfungsi Dengan WiFi

FaceTime merupakan ciri terbaru yang terdapat pada iPhone 4. Satu ciri terbaru iPhone 4 yang tidak begitu berguna untuk saya. Pertamanya kerana FaceTime hanya berfungsi sekiranya terdapat WiFi. Tanpa WiFi, FaceTime tidak berfungsi walaupun iPhone 4 memiliki 3G. Pada saya FaceTime sepatutnya boleh berfungsi dengan adanya 3G tanpa perlu WiFi. Seperti contohnya saya sendiri yang tidak memiliki WiFi di rumah tentunya tidak akan saya gunakan FaceTime untuk berkomunikasi dengan pengguna iPhone 4 yang lain.

Saya tidak akan menghabiskan masa saya berbual menggunakan FaceTime di pejabat yang pastinya terikat dengan panggilan-panggilan bisnes. Hanya panggilan yang melibatkan peribadi sahaja akan saya gunakan FaceTime dan ianya lebih sesuai dilakukan di rumah.

Sewaktu mencuba FaceTime dengan @abinesh dan @prasys, saya lakukannya di pejabat. Apabila ada panggilan masuk, FaceTime yang sedang saya lakukan dengan @abinesh terhenti secara tiba-tiba. Mungkin juga kerana Auto Hold atau pun masalah lain, tidak dapat saya pastikan. Saya rakam perbualan saya dengan @prasys dalam video di bawah ini.



Kesimpulannya, kerana FaceTime menggunakan WiFi, ia akan menjadi satu daripada ciri terbaru iPhone 4 yang tidak akan saya gunakan kerana saya tidak mahu membuang masa di pejabat yang memiliki pautan WiFi.
blog comments powered by Disqus