Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 01 March 2004

Imbasan Akademi Fantasia
Imbasan Akademi Fantasia 05-01 oleh sultanmuzaffar

Tetamu : Atie telah mengijipkan diri

Minggu ini tiba giliran Atie. Orang cakap, saya meminati Atie gila-gila ! Seingat saya dulu-dulu, Atielah yang sering menjadi sasaran saya memandangkan beliau sedikit kurang dalam mutu vokal. Beliau yang berasal dari Janda Baik ini merupakan anak ke dua belas dari tiga belas adik-beradik. Adik-beradiknya yang lain juga berbakat tetapi tidak berani menonjolkan diri, sekadar menyanyi di dapur sahaja. Beliau menghadiri ujibakat di ASTRO. Beliau tidak merasa kecil diri kerana ingin juga mencuba walaupun melihat saingannya yang lebih cantik dan mempunyai mutu vokal yang baik. Yang penting adalah mencuba, dapat atau tidak itu hal lain.

Save The Best For Last, lagu keramat yang dinyanyikan oleh Atie pada Konsert III. Adi tersingkir pada minggu tersebut. Lagu itu lagu Inggeris, namun beliau tetap bersemangat untuk membuat persembahan. Kata Cikgu Adnan, lagu itu simple. Tapi bagi Atie yang tidak pernah mendengar lagu itu tentu sukar baginya. Atie perlu mengetahui makna lagu itu dahulu dan kemudian memikirkan tentang melodi lagu tersebut serta pitchingnya. Kata Cikgu Adnan lagi, voice maturity Atie pada Konsert III jatuh 80%. Atie menerimanya dengan baik. Koir Classicom yang didatangkan khas sebagai kejutan untuk Atie sebenarnya bagus tetapi tidak dapat membantu Atie untuk membuat persembahan dengan baik. Pada peringkat awal, Burn dan Nana telah sudi untuk membantu tetapi pada saat-saat akhir ada kejutan untuk Atie. Ia telah lebih mengharu-birukan keadaan kerana kejutan tersebut dibuat tanpa latihan. Lagu itu merupakan satu azab buat Atie kerana seperti baru masuk tadika. Memang susah hendak hafal lagu tersebut. Lirik yang atas pergi ke bawah, yang bawah pergi ke atas. Namun demikian, Atie sedaya upaya menyanyikan lagu tersebut setelah melihat semangat rakan-rakan ingin membantu dan beliau perlu membuktikan sesuatu kepada rakan-rakannya.

Bercerita tentang semut, saya sendiri rasanya pernah dengar pantang larang tersebut. Rasanya bukan asing pada saya. Minuman yang ada semut memang perlu dibuang kerana kotor. Bukan penyebab lupa.

Setelah mendapat lagu Jendela Hati, beliau agak selamat. Tetapi dengan lagu itu beliau tersingkir. Teknologi DJ juga dapat diketahui oleh mereka. Mengenai Adi, itu saja bahagian yang tinggal untuk beliau.