Ramalan Anugerah Bintang Popular 2003 oleh sultanmuzaffar link
Anugerah Bintang Popular 2003 akan berlangsung pada 14 Mac 2003 di Arena All Stars Genting Highland. Memandangkan format pengundian telah diubah untuk kategori Bintang Paling Popular, saya meletakkan peluang Siti Nurhaliza untuk merampas semula gelaran paling popular agak besar. Ini berbeza sekiranya penganjur mengekalkan format seperti tahun lepas bila mana pemenang Bintang Paling Popular dipilih melalui undian paling tinggi kategori. Untuk kategori-kategori lain adalah seperti berikut:
A. PENGACARA TV LELAKI POPULAR
01 Ally Iskandar
02 Andy Hakim
03 Aznil Nawawi
04 Bob Lokman
05 Zainal Ariffin Ismail
Sukar untuk saya nafikan populariti Aznil Nawawi. Populariti beliau naik mendadak angkara Akademi Fantasia. Beliau terus mengekalkan populariti tersebut dalam rancangan sensasi Melodi. Baru-baru ini beliau mencetuskan kontroversi di kalangan peminat Siti Nurhaliza yang kononnya beliau telah menjaja gambar Siti Nurhaliza di London dan juga perang yang tidak pernah selesai antara beliau dan Azwan Ali. Pesaing lain sekadar menjadi pemerhati.
B. PENGACARA TV WANITA POPULAR
01 Ary Malik
02 Nor Azlina Redzuan
03 Normala Samsudin
04 Raja Azura
05 Zakiah Anas
Agak sukar untuk saya menelah pemenang kategori ini. Mungkin memihak kepada Wanita Melayu Tercantik yang hidupnya sering diselubungi kontroversi. Baru-baru ini kisah perkahwinan Normala Samsudin disensasikan lagi. Bukan calang-calang lelaki yang kononnya telah melamar beliau. Tahun lalu kategori ini menjadi milik Raja Azura. Setelah Melodi menamatkan khidmat beliau agak sukar untuk beliau memintas populariti Normala. Jika pengundi bijak menilai bakat selain unsur-unsur sensasi, sudah pasti Raja Azura akan mengekalkan gelarannya itu.
C. PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
01 Halim Othman
02 Isma Halil
03 KCIsmail
04 Nasaruddin Abdul Karim (Nasa)
05 Seelan Paul
Saluran radio popular masa kini tentunya ERA. Ternyata Halim Othman hampir pasti akan merampas semula gelaran kategori ini. Saya sendiri agak hairan dengan kemenangan Andy Hakim tahun lepas. Ketiadaan Andy Hakim sekaligus membuka peluang besar kepada Halim Othman untuk menggondol gelaran kategori ini. Saingan beliau tentulah rakan setugas di stesen yang sama iaitu Seelan Paul.
D. PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
01 Abby Fana
02 Hana
03 Linda Onn
04 Shahanaz
05 Suzana
Populariti Linda Onn agak sukar digugat untuk kategori ini. Walaupun berlaku perubahan besar pada Radio ERA, peminat beliau masih setia. Kemunculan beliau berlakon filem Gila Bola sedikit sebanyak membantu walaupun filem tersebut tidak berjaya mencatatkan box-office. Linda Onn juga muncul dalam rancangan Malam Ini yang popular dengan quotation ?Kita mesti yakin dan kita mesti realistik?. Saingan Linda Onn merupakan ikan bilis yang tidak perlu ditakuti. Dan lagi, hanya Linda Onn sahaja yang saya kenal.
E. ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
01 Afdlin Shauki
02 Azlee
03 Lan Pet Pet
04 Saiful Apek
05 Yassin
Siapa lagi yang layak menang untuk kategori ini kecuali Saiful Apek. Hampir setiap filem keluaran 2003 ada muka beliau. Erra pun tidak dapat menyaingi kekerapan beliau muncul di layar perak. Rancangan Ah-Ha masih terlalu baru untuk menjentik hati penonton untuk mengundi Afdlin Shauki. Populariti Senario yang masih belum mampu digugat juga merupakan salah satu faktor untuk kemenangan Saiful Apek. Saingan terdekat Saiful Apek ialah Lan Pet Pet.
F. ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
01 Aliza Abdullah (Enot)
02 Kartina Aziz
03 Norlia Ghani
04 Rosnah Mat Aris
05 Sheila Rusly
Dua nama yang menjadi sebutan untuk merangkul gelaran kategori ini tentunya Mama Norlia Ghani dan Sheila Rusly. Populariti mereka angkara silap faham dan perang mulut antara mereka berdua kerana insiden di Anugerah Bintang Popular 2002 dan Cit Cat. Norlia Ghani hampir pasti akan mengekalkan gelarannya.
G. ARTIS BARU LELAKI POPULAR
01 Ezany
02 Hazami
03 Munir (Phyne Ballerz)
04 Puteh
05 Rashid Salleh
Hanya seorang calon sahaja yang berjaya mengekalkan populariti serta kehebatan beliau iaitu Hazami. Rashid Salleh merupakan saingan beliau tetapi agak sukar untuk seorang pelakon yang kemunculannya hanya setahun sekali melalui satu atau dua filem. Ini berbeza dengan Hazami yang mana lagu-lagunya sering mendapat perhatian. Pengundi-pengundi juvies akan memilih Munir (Phyne Ballerz). Yang mana satu, jangan tanya saya. Saya tidak kenal.
H. ARTIS BARU WANITA POPULAR
01 Aliza Abdullah (Enot)
02 Ezlynn
03 Misha Omar
04 Sarah Raisuddin
05 Waheeda
Saingat yang sengit bakal berlaku untuk kategori ini. Empat nama besar yang telah mencipta nama di Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu. Aliza mencipta nama di Anugerah Skrin, satu pertandingan yang tidak kurang hebatnya. Populariti Misha Omar melonjak setelah pulang dari Shanghai, China. Beliau memenangi Anugerah Emas Festival Muzik Asia 2003. Sejurus selepas itu beliau merangkul Anugerah Juara Lagu dengan lagu Bunga Bunga Cinta. Semua mata terus terpandang ke arah beliau dan mula menyedari kehebatan penyanyi yang berasal dari Kelantan ini. Saingan terdekat beliau tentunya Waheeda yang terkenal dengan lagu ala-ala disko Wassini.
I. ARTIS BUKAN MELAYU POPULAR
01 Accapan
02 Angeline Tan
03 Hans Isaac
04 Janet Khoo
05 Sathiya
Hans Issac memenangi kategori ini tahun lepas, itupun setelah pengundi muak dengan kemenangan Sathiya setiap tahun sejak kategori ini diwujudkan. Tahun ini juga mungkin bakal menyaksikan kemenangan Hans Issac sekali lagi. Atas sebab apa saya sendiri tidak dapat mengagak. Janet Khoo boleh juga memintas tetapi tidak mempunyai platform yang kukuh untuk mengumpan undi penonton. Hans Issac sekurang-kurangnya mempunyai sebuah rancangan iaitu Laut yang ke udara di RTM 1 atau mungkin RTM 2. Saya tidak pasti.
J. PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
01 Afdlin Shauki
02 Faizal Hussein
03 Norman Hakim
04 Saiful Apek
05 Rosyam Nor
Berdasarkan populariti dan kehebatan mutu lakonan, saya meletakkan Rosyam Nor untuk memenangi gelaran ini. Berdasarkan populariti dan kekerapan muncul dalam hampir setiap filem tahun lepas, mungkin Saiful Apek dapat mencelah. Perbezaan bilangan undi mungkin tidak banyak. Saya meletakkan Rosyam Nor untuk memenangi kategori ini, itu pun jika peminat fanatik Siti Nurhaliza tidak membalas dendam kekalahan idola mereka di tangan Rosyam Nor pada tahun lepas.
K. PELAKON FILEM WANITA POPULAR
01 Ellie Suriaty Omar
02 Erra Fazira
03 Nasha Aziz
04 Nisdawati
05 Rita Rudaini
Belum ada sesiapa dapat menggugat populariti Erra Fazira dalam kategori ini. VCD Perkahwinan beliau dan Yusry laris seperti goreng pisang panas. Darling industri filem Melayu ini tentunya sukar digugat. Saingannya yang paling rapat tentunya Nasha Aziz yang heboh satu Malaya dengan rakaman curi oleh Ahmad Bakhtiar di apartmen beliau. Kes ini dalam perbicaraan. Walaupun Ellie Suriaty telah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia, tetapi kehebatan lakonan bukan merupakan faktor pengundian untuk kategori ini. Undian lebih memihak kepada populariti.
L. PENYANYI NASYID POPULAR
01 Hijjaz
02 In-Team
03 Rabbani
04 Raihan
05 UNIC
Tahun lepas ia dimenangi oleh Rabbani. Saya lebih gemarkan lagu-lagu dari kumpulan In-Team. Pengundi untuk Anugerah Era telah memilih Hijjaz yang terkenal dengan lagu Sumayyah. Agak sukar untuk menelah selera pengundi. Saya menjangkakan Rabbani akan memenangi kategori ini bila mana bayangan kumpulan KRU masih menyelubungi kumpulan tersebut.
M. PENYANYI LELAKI POPULAR
01 Anuar Zain
02 Hazami
03 Jamal Abdillah
04 Yassin
05 Yusry
Pilihan saya tentunya Anuar Zain. Tetapi populariti Yusry setelah berkahwin semakin hebat. Lagu-lagunya masih banyak terdapat di dalam beberapa Carta Lagu di saluran radio. Saya meletakkan Yusry memenangi kategori ini dan masih mengharapkan yang Anuar Zain dapat memintas.
N. PENYANYI WANITA POPULAR
01 Ezlynn
02 Misha Omar
03 Sarah Raisuddin
04 Siti Nurhaliza
05 Waheeda
Siti Nurhaliza ! Itu pilihan saya. Kalau peminat dah muak dengan beliau, undian akan memihak kepada Misha Omar. Itu pun jika keajaiban berlaku.
O. ARTIS BERKUMPULAN/DUO POPULAR
01 Achik & Nana
02 Exists
03 Jamal Abdillah & Siti Sarah
04 KRU
05 Too Phat
Seperti kebiasaan, undian akan memihak kepada kumpulan atau penyanyi yang menyanyi lagu berbahasa Melayu. Pilihan saya tentulah KRU, walaupun trio ini sebenarnya sudah berada di dalam kelompok ?has been? di negara ini. Mereka lebih banyak terlibat sebagai tenaga di belakang tabir dan bukan sebagai penyanyi.
P. PELAKON TV/VCD LELAKI POPULAR
01 Faizal Hussein
02 Jalaluddin Hassan
03 Saiful Apek
04 Rosyam Nor
05 Zamarul Hisham
Jalaluddin Hassan dengan Astana Idaman, Rosyam Nor dengan Pondok Buruk 1 dan Pondok Buruk 2 dan Zamarul Hisyam dengan Kuih Bangkit dan Ampunkan Dosaku. Silap haribulan Rosyam Nor akan sekali lagi memenangi kategori ini. Kalau populariti jadi ukuran, saya meletakkan Rosyam Nor sekali lagi pulang dengan gelaran ini.
Q. PELAKON TV WANITA POPULAR
01 Abby Abadi
02 Ellie Suriaty
03 Nasha Aziz
04 Sheila Rusly
05 Umie Aida
Gerak Gerak Gerak Khas ! Walaupun saya tidak menonton Gerak Khas, tetapi ada tidak menafikan populariti drama tersebut. Abby Abadi hampir pasti membawa pulang gelaran tersebut. Saingan sengitnya tentulah Sheila Rusly yang muncul dalam beberapa drama komedi yang saya tidak ingat tajuknya.
0 komen