setahun seorang sultanmuzaffar (bahagian ii)
Dalam Bahagian II catatan saya lebih banyak cerita-cerita sedih yang berlaku. Semakin menuju penghujung tahun, cerita-cerita menjadi semakin cerita sedih.
Berehat, Tetapi Tidak Lama
Pada mulanya saya sepatutnya berehat sehingga 1 April 2005. Memandangkan cadangan saya secara lisan telah pun dipersetujui, maka saya mengambil keputusan untuk menulis di blog semula. Banyak juga pihak yang datang membantu. Beri idea, beri server, beri domain, beri masalah, beri tekanan. Ada di kalangan...
setahun seorang sultanmuzaffar (bahagian i)
Bagaimana agaknya menjadi seorang sultanmuzaffar ? Ada orang kata best. Ada orang siap kata “I wish I was you !” Hahahaha. Saya kurang selesa sebenarnya. Lebih selesa sekiranya tidak dikenali.
Sepanjang tahun 2004, saya terlibat dengan blog penentu-arah politik negara, mencipta satu kelompok komuniti teater, membuat kemunculan berani dalam akademi fantasia, terlibat secara langsung dengan peminat akademi fantasia, menyusun kelompok peminat akademi fantasia dan mula memikirkan idea...

Gathering gengjurnal.net IV
Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam
Universiti Putra Malaysia
Ini merupakan gathering gengjurnal.net kali keempat. Kali pertama saya menyertainya adalah pada tahun lepas di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. Pengalaman pertama saya bertemu mereka sungguh membosankan walaupun saya memenangi Anugerah Khas Juri pada malam tersebut.
Majlis yang sepatutnya bermula jam 2.00 petang, hanya bermula pada jam 2.40 petang....

Sinar Syawal Bersama Anding
Hotel Coronade Kuala Lumpur
Majlis bermula sekitar jam 1 petang. Agak lewat kerana kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur. Lagipun ia berlangsung pada hari Sabtu bekerja dan pada hari tersebut rakyat Selangor bercuti.
Saya berasa seronok kerana dapat bertemu dengan satu kelompok yang berbeza dalam peminat Anding. Ini kali pertama saya menghadiri pertemuan peminat Anding. Tentunya atmosferanya berbeza dengan kelompok...

Erti Pertemuan Ning Baizura
Saya bertemu Ning Baizura kali pertama di atas pembesar suara di dalam kelab bernama Movement ! Ketika yang tidak wajar untuk saya ingat-ingat. Saya melihat beliau seorang yang kuat untuk bangun semula mencipta nama. Jarang benar ada artis yang mampu bangkit semula dari kekecewaan dan kekesalan dari zaman gelap yang pernah mereka lalui. Sama ada lenyap terus atau pun bangkit semula. Ning berjaya bangkit semula...

Ulasan Album EVO04
Sudah lengkap koleksi saya untuk EVO04. Hanya album EVO04 02 dan EVO04 03 sahaja yang berjaya membuatkan saya mengulang main cakera padat tersebut. Hampir kesemua lagu dalam EVO04 02 dan EVO04 03 punya daya penarik yang kuat untuk saya dengar berulang-ulang kali.
Saya puji pihak pengurusan bintang Akademi Fantasia yang mengeluarkan album ini tepat pada masanya. Sementara demam belum kebah, album ini menemui peminat-peminatnya....