Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Bermula Dengan Satu Persoalan Yang MustahilApa yang akan jadi bila boss bergabung dalam satu misi digital dengan satu watak animasi untuk meraikan Hari Guru? Soalan itu berlegar-legar di fikiran saya pada suatu petang, seolah-olah ia satu idea gila yang mustahil menjadi kenyataan. Ketika persoalan tadi dilontarkan, kami di Pejabat Perdana Menteri saling berpandangan antara satu sama lain. Mustahil? Mungkin. Tetapi entah kenapa, hati...

GENKRU: Lagu-Lagu Yang Menyimpan Kita Dalam-Dalam

Entri oleh sultanmuzaffar 11 May 2025 0 komen
  Saya menunggu sejak 2002—menunggu malam di mana muzik yang pernah menjaga hati remaja saya, akan kembali menyala hidup-hidup di depan mata. Dulu, saya dengar “Awas!” dalam gelap bilik asrama, telinga rapat ke speaker Walkman, takut warden dengar. Sekarang, saya tunggu ia dilaungkan dalam gempita arena raksasa.Dan malam itu, saya bukan sekadar hadir untuk konsert GenKRU. Saya datang untuk bertemu semula dengan versi lama diri saya yang tertinggal di antara pita kaset dan kenangan yang tidak selesai.DIRI YANG DIBUKA...