Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Jom Shopping Bersama Principal Tiara

Entri oleh sultanmuzaffar 30 April 2009 6 komen







Enam beg semuanya. Satu lagi beg tidak perlu tanya siapa punya. Beruntung pelajar yang tinggal kerana dapat tajaan durian runtuh seperti yang dilakukan oleh Guess. Atas usaha dan inisiatif Prinsipal, Guess sudi menaja pakaian untuk pelajar. Untuk pengetahuan semua, pakaian tersebut akan digunakan di dalam Diari dan bukannya untuk Konsert. Minggu-minggu akan datang, visual Diari akan menjadi lebih menarik.

Hayati dialog di bawah ini. Inilah apa yang dirasainya sekarang.

PUTERI
Berkorban demi cinta itu indah, berkorban demi rakyat itu sangat mulia.
Tetapi apalah artinya berkorban dengan tangan yang berlumuran darah anakanda yang tidak berdosa ?

SULTAN
Tidak kubunuh anakandaku hanya kerana ingin memenuhi permintaanmu, melainkan demi kemurkaanku pada seorang puteri Jawa yang ingin menduga-duga seorang raja. Cukup gilakah beta memenuhinya ?

PUTERI
Saya mohon maaf atas kata-kata yang terucap, sesungguhnya ia jelas satu penolakan, Tuanku.

SULTAN
Kelak petaka akan melayang jatuh ke Majapahit tatkala produsermu, Adipati memungkiri janji.
Apa sejauh itu puteri Jawa menimbang-nimbang akan keputusannya? Di mana hatimu, Puteri?

PUTERI
Di sini, Tuanku. Hati saya di sini.

SULTAN
Sebegitu hebat Ledang menyeru hatimu ke mari, hingga tercicir langkah Adipati...?

PUTERI
Sudah saya tinggalkan segala sandang gelaran, menjadi hanya saorang hamba yang menuruti kata hatinya mencari kebahagiaan sendiri. Saya cuma ingin bebas....bebas untuk mencintai dan dicintai. Bukan mengengkari kebesaran Melaka, jikalau betul kebesaran Melakan berada di telunjuk Tuanku, mengapa perlu perkahwinan ini demi Majapahit?

SULTAN
Kamu bicara tanpa beralas. Kamu lupa bumi Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima di atas tanah yang kamu pijak ini, seMelaka sakitnya dirasa. Apa benar hebat cintamu hingga berniat mencabuiu setia Laksamana pada beta ?

Ya. Saya akui. Saya sangat teruja menantikan hasil yang akan dipersembahkan oleh enam pelajar Akademi Fantasia 7 minggu ini. Ia merupakan minggu kesukaan saya. Semua orang tahu saya memang menyukai teater muzikal dan impian untuk menyaksikan minggu teater muzikal menjadi kenyataan akhirnya.

Saya pernah mencadangkan tema ini sewaktu di peringkat awal sebelum bermulanya Akademi Fantasia musim keenam. Beberapa hari sebelum saya mengambil keputusan untuk beralih arah ke Astro AWANI. Lengkap dengan powerpoint saya siapkan tentang bagaimana Akademi Fantasia harus berubah menjadi sebuah sekolah seni persembahan dan tidak sekolah nyanyian semata-mata.

Siapa Pengetuanya, siapa Pengarah Muziknya, siapa Guru Koreografinya, siapa Guru Dramanya, siapa Guru Vokalnya, semua saya senaraikan. Lengkap dengan tema untuk konsert mingguan. Ada beberapa yang telah pun dilunaskan. Walaupun Akademi Fantasia musim 7 tidak bergerak ke arah itu, namun ciri-cirinya masih ada.

Minggu ini pastinya menjadi kesukaan saya. Walaupun tidak banyak teater muzikal yang popular di Malaysia, namun ia sudah cukup untuk memperkenalkan kepada penonton tentang wujudnya satu lagi cabang seni di Malaysia selain nyanyian dan lakonan di filem dan televisyen. Itu sebenarnya yang lebih penting kepada industri hiburan tempatan yang telah mempergunakan Akademi Fantasia, sebuah program realiti paling popular di Malaysia untuk mempromosikan cabang seni yang kurang popular dan lebih bersifat elitis.




Sebagai sebuah program realiti paling popular sewajarnya tanggungjawab program ini amat besar kepada masyarakat. Pernah beberapa kali program realiti ini digunakan untuk menarik golongan muda menjauhi dadah dan penglibatan dengan program-program anjuran kerajaan. Masih ingat bagaimana Mawi diminta untuk melafazkan "Belia Benci Dadah !" di AF3, penyertaan Aznil Nawawi sebagai Duta untuk sebuah kempen kerajaan dan penyertaan finalis AF5 di kempen Rakan Muda. Semuanya berlaku kerana pengaruh program ini kepada masyarakat.

Ada banyak contoh tentang bagaimana pengaruh program ini dapat mendekatkan golongan penonton kepada satu lagi cabang seni yang lain. Sememangnya nyanyian suatu yang begitu dekat dengan penonton dan sewajarnya penonton diberikan peluang lain bagi mendekati cabang seni yang dianggap asing dengan mereka. Jika dahulu dekoder Astro hanya terpasang di rumah-rumah mewah kini tidak lagi. Kerana program realiti ini jugalah, dekoder Astro telah masuk ke kampung, desa, penempatan peneroka dan sebagainya. Program ini secara tidak langsung telah mendekatkan pelanggan-pelanggan di luar bandar untuk lebih menghargai saluran yang ditawarkan oleh Astro selain daripada Astro RIA. Mereka mula dekat dengan saluran sukan, berita, teknologi dan sebagainya.

Itulah kesan dan pengaruh yang telah dicetuskan oleh Akademi Fantasia. Kesan dan pengaruhnya bukan sedikit, malah amat besar.

Pandangan saya tentang AFMASUK. Apakah tujuan utama melakukan AFMASUK ? Apa pun tujuannya, saya sama sekali tidak bersetuju ia diadakan. Mungkin ada di antara kita yang bersetuju, namun tidak untuk saya. Saya lebih tertarik dengan salah satu cadangan yang diberikan oleh pembaca blog ini beberapa hari yang lalu. Saya lebih suka sekiranya bekas pelajar diberikan peluang yang sama dengan finalis, iaitu mendapat lagu baru dan lagu tugasan, kemudian beri persembahan tetapi bukan untuk turut sama bertanding merebut tempat Juara sebagai mana yang pernah dilakukan di musim kedua dan keempat.


Video Log Minggu Ketujuh



Teater Muzikal di Akademi Fantasia

Entri oleh sultanmuzaffar 27 April 2009 14 komen

Lagu Tugasan Minggu 8 (Teater Muzikal & Filem Muzikal)

PELAJAR LELAKI

Akim - Titah Sultan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Yazid - Ratu Novella (Impak Maksima The Musical)
Hafiz - Di Manakan Ku Cari Ganti (P.Ramlee The Musical)

PELAJAR WANITA

Claudia - Katakan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Isma - Mulanya Cinta (P.Ramlee The Musical)
Aishah - Slot Akasia (Impak Maksima The Musical)

LAGU BONUS

Dewa Perang (Puteri Gunung Ledang The Musical) & What Time Is It (High School Musical)

Agak sukar untuk mencari lagu yang terbaik kerana teater muzikal tidak banyak di Malaysia. Yang popular pun cuma tiga iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical, P.Ramlee The Musical dan Impak Maksima The Musical. Sayang sekali lagu nyanyian Stephen Rahman-Hughes tiada dalam senarai minggu ini. Sepatutnya lagu Cinta Atau Setia lebih sesuai diberikan kepada Hafiz jika lagu nyanyian Hang Tuah dimasukkan dalam senarai. Sayang sekali, Hafiz hanya mendapat lagu Di Manakan Ku Cari Ganti yang jelas tidak adil kepada pelajar lain kerana lagu itu popular di kalangan penonton. Jadi, ketidak-adilan kepada Hafiz minggu lalu telah pun ditebus minggu ini apabila hanya Hafiz seorang mendapat lagu yang popular di telinga penonton.

Lagu Isma, Mulanya Cinta walaupun lagu itu dibawakan oleh Datuk Siti Nurhaliza ia bukannya lagu yang popular di telinga peminat Siti. Diberikan lagu Siti merupakan cabaran getir buat Isma untuk menjauhkan dirinya dari bayangan Siti sendiri. Jika masih tiada perubahan, saya tidak tahu untuk berkata apa lagi.

Akim menerima lagu Titah Sultan yang dibawakan oleh Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Mahmud. Sememangnya lagu yang sukar untuk Akim pada minggu ini kerana perlakuan penyanyi sebagai Sultan harus ditonjolkan dan bukan sekadar nyanyian. Lagu ini sepatutnya dibawakan oleh Aril sekiranya dia tidak tersingkir. Bukan untuk menidakkan kredibiliti Akim, beliau seharusnya memberikan tumpuan yang lebih kepada gaya persembahan pentasnya untuk menampilkan mannerism seorang Sultan di atas pentas.

Dari daulat dan kuasa
jadi Sultan Mahmud Melaka
Memang raja, tetap raja !
Hanya niat, dah jadi nyata

Bagai intan dan permata
Bagai pinang dibelah dua
Putri Jawa untuk beta
Bagai bulan jatuh ke riba

Gunung tak terlalu tinggi
Titahku akan mendaki
Dan Ledang kelak akan
bersujud di kaki takhta....Melaka

Segerakan peminangan
Niat baik usah lengahkan
Andai beta bahagia
Yang beruntung Melaka juga

Gunung tak terlalu tinggi
Perintah akan mendaki
Dan Ledang kelak akan
bersujud di kaki takhta....Melaka

Dari daulat dan kuasa
jadi Sultan Mahmud Melaka
Memang raja tetap raja!
Hanya niat, dah jadi nyata

Claudia menerima lagu nyanyian asal Principal Tiara, Katakan. Sebuah lagu penuh emosi yang perlu dibawakan di atas pentas. Nyanyian penuh penghayatan perlu dizahirkan oleh Claudia dalam menonjolkan perasaan sedih, geram, kecewa dan berbelah-bagi di dalam diri seorang Puteri Gunung Ledang.

Sukar untuk saya ulas lagu-lagu pelajar lain kerana saya tidak begitu dekat dengan teater Impak Maksima. Namun, ada boleh menilainya sendiri dengan menonton youtube di bawah.



Ratu Novella



Slot Akasia



Katakan



Mulanya Cinta



What Time Is It


Titah Sultan - PGLtM

Titah Sultan

Pengundi Telah Bertitah : Aril Tersingkir

Entri oleh sultanmuzaffar 26 April 2009 56 komen

Puas ? Gembira ? Sedih ? Apa yang boleh saya katakan ? Pengundi telah pun bertitah. Jadi saya tiada kuasa untuk berkata apa-apa. Hanya sekadar mampu melihat dan melihat Aril pergi. Tapi bolehkah penyingkiran Aril diganti ? Mustahil ! Satu penyingkiran yang sukar di cari ganti.

Persembahan Pelajar

LAGU BONUS – Fiona (4U2C)


ARIL - Nakal (Gigi)




Persembahan Aril sangat hebat. Aril merupakan contoh pelajar yang menggunakan segala ilmu yang dipelajarinya dan berusaha gigih memastikan persembahannya ada peningkatan pada setiap minggu. Dia turut menampilkan sebuah persembahan pentas penuh berkarektor dengan kombinasi vokal dan koreografi yang tersusun. Persembahan yang baik adalah persembahan yang dirancang dengan teliti dan sedar apa yang perlu dilakukan. Minggu ini Aril meningkatkan keupayaannya di atas pentas dengan memantapkan lagi elemen visual yang ditonton oleh penonton. Setiap pergerakannya bermain dalam melodi lagu.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Berada di Astro AWANI, @15, ERA, Trek Selebriti dan lain-lain lagi.

CLAUDIA - When You're Gone (Avril Lavigne)



Antara tiga orang pelajar perempuan, Claudia merupakan yang terbaik. Claudia cuba menyampaikan emosi dalam nyanyiannya namun adakalanya sampai kepada penonton, selebihnya tidak. Claudia masih mengutamakan persembahan vokal yang seharusnya dipuji. Tumpuan diberikan lebih pada vokal sahaja. Setiap minggu tiada peningkatan ketara dalam persembahannya. Claudia masih belum berani untuk mencuba sesuatu di luar dugaan. Apabila dia sentiasa menggunakan elemen yang sama setiap minggu, persembahannya cepat menimbulkan rasa bosan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Membuka dirinya untuk dieksploitasi dan membenarkan mindanya untuk menjadi lebih kreatif.

AKIM - Situasi (Bunkface)




Akim perlu memberikan fokus yang sebenarnya agar segala usaha yang dicurahkan untuk setiap aspek dalam persembahannya menjadi. Jika dengan lagu Destinasi Cinta, Akim berjaya dari aspek vokal dan persembahan pentas yang biasa. Dalam lagu Situasi, Akim berjaya memberikan sebuah persembahan pentas yang bertenaga tetapi gagal dari aspek vokal. Akim gagal mengawal staminanya. Akim telah pun berusaha memastikan persembahannya minggu ini menampilkan elemen kreatif dan beliau berjaya. Akim nampak semakin berani melakukan suatu di luar dugaan. Untuk minggu akan datang, Akim seharusnya memberikan tumpuan pada elemen-elemen tersebut agar sama rata cemerlangnya.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Memperbaiki skil koreografi, mempelajari taktik mengawal diri di atas pentas dan merancang setiap perlakuan dan perlambangan di atas pentas.

AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)




Persembahan Aishah terbahagi kepada dua bahagian, melodi perlahan dan rancak. Saya menyukai bahagian perlahan yang mana saya dapat saksikan nyanyian yang penuh penghayatan selain permainan vokal yang bagus daripada Aishah. Penyampaian lagu itu secara tidak langsung berlangsung dengan dinamik yang dikawal dengan baik oleh Aishah. Sayang sekali Aishah seakan-akan terkejar-kejar apabila di bahagian rancak. Namun saya sukakan karektornya sewaktu membawakan lagu tersebut sewaktu rancak yang nampak lebih natural.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Bersedia untuk kembali memberikan saingan sengit kepada pelajar lain dengan menunjukkan peningkatan dari sudut persembahan pentas.

YAZID - With Or Without You (U2)





Saya kagum dengan keberanian Yazid untuk keluar dari penjara kedua dirinya dengan menampilkan satu persembahan visual yang menarik untuk ditonton. Gerak dan melodi bersatu untuk menghasilkan sebuah persembahan penuh penghayatan dan sangat dramatik. Dinamik lagu tersebut disampaikan oleh Yazid dengan baik kecuali pada rangkap pertama yang jelas tidak begitu kedengaran sebelum memuncak di bahagian korus. Ceritanya disampaikan dengan gerak tubuh yang penuh dramatik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Meneroka keajaiban diri di penjara kedua agar persembahan pentasnya menjadi lebih dramatik dengan penyatuan gerak tubuh dan melodi lagu.

HAFIZ - Kau Yang Punya (Malique featuring Najwa)



Hanya bersandarkan perlakuan dan perlambangan genre hip-hop, persembahan Hafiz mungkin berjaya dari sudut visual tetapi sayangnya dia tidak menggunakan kelebihan vokal yang ada pada dirinya. Pujian harus saya berikan kerana lagu yang dibawakan oleh Hafiz sememangnya lagu yang sukar untuk disampaikan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Kembali memberikan tumpuan kepada mutu vokal dan berani melakukan sesuatu yang di luar dugaan di atas pentas.

ISMA - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)





Bosan. Isma masih gagal untuk meyakinkan saya dengan peningkatan dari minggu ke minggu. Saya masih melilau mencari di mana uniknya persembahan Isma jika mahu dibandingkan dengan minggu terdahulu. Lebih parah bila saya bandingkan keunikannya dengan pelajar lain. Pelajar lain ada yang mula keluar dari zon selesa mereka tetapi tidak bagi Isma.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Keluar dari zon selesa sekarang kerana dunia artis yang sebenarnya bukannya terletak di ceruk dapur sebaliknya di pentas glamour yang penuh dengan pancaroba.

LAGU BONUS – Untukmu (Feminin)


Menuju Puncak




Penyingkiran


Penyingkiran Aril menyebabkan saya rasa terkilan. Terkilan kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat aksi-aksi di luar dugaannya di atas pentas. Lebih terkilan bila mendapat tahu lagu yang sepatutnya dibawakan oleh Aril untuk minggu depan. Arrggghhhh ! Aril saya kira akan berjaya di luar sana kerana memiliki pakej yang hampir lengkap untuk menjadi seorang penghibur. Saya yakin Aril akan lebih berjaya dipromosikan oleh Akademi Fantasia setelah gagal mendapat peluang keemasan sewaktu bersama program realiti lain.

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

ARIL - Nakal (Gigi)
YAZID - With Or Without You (U2)
AKIM - Situasi (Bunkface)
HAFIZ - Kau Yang Punya (Malique featuring Najwa)
CLAUDIA - When You're Gone (Avril Lavigne)
AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)
LAGU BONUS – Fiona (4U2C)
LAGU BONUS – Untukmu (Feminin)
ISMA - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)

Karaoke ke Cannes

Entri oleh sultanmuzaffar 25 April 2009 3 komen


MALAYSIAN FILM ‘KARAOKE’ SELECTED FOR CANNES’ DIRECTORS’ FORTNIGHT


Malaysian filmmaker Chris Chong Chan Fui’s KARAOKE will be screened at the Directors’ Fortnight of the 62nd Cannes Film Festival from 14-24 May 2009. It will be the first Malaysian feature film in 14 years to be screened at Cannes. KARAOKE has also been nominated for the Camera d’Or (Golden Camera), the award for the best first feature film presented in any one of the Cannes' selections (Official Selection, Directors’ Fortnight or International Critics’ Week).

Contacted by phone in Bangkok, where he is currently finishing post-production, Chris could not conceal his surprise: “Cannes is totally unexpected. It is such an honour to be part of the biggest film festival in the world and be screened alongside a film by Francis Ford Coppola!”


KARAOKE is Chris’ first feature-length film. Prior to this, the Sabah-born film director and media artist has received worldwide acclaim for his short film BLOCK B (2008), and the documentary KOLAM (2007).

KARAOKE, written by award-winning playwright, writer and singer-songwriter Shanon Shah, who also wrote the songs and music for the film, showcases performances from an impressive cast led by Zahiril Adzim and supported by Mislina Mustaffa, Mohammad Hariry, Amerul Affendi and Nadiya Nissa. Newcomers Zahiril Adzim and Amerul Affendi most recently wowed Malaysian audiences in the play ‘Air Con’, coincidentally also written by Shanon Shah. Another internationally renowned Sabah-born talent, artist Yee I-Lann, served as the production designer on the film.


Produced by Chris’ own Tanjung Aru Pictures, the 75-minute Malay-language KARAOKE was shot on location in Selangor over 12 days in December 2008. But even before the film was shot, KARAOKE was invited to the Berlin Film Festival’s Script Clinic in 2007, and was selected to participate in the Hong Kong-Asian Film Financing Forum (HAF) in 2008.

The Story

Set in a village estate of a Malaysian oil palm plantation … Betik returns home.

During the day, Betik helps shoot karaoke videos, while at night, he lends a hand to his reluctant mother at the family’s karaoke joint. This is the place where he falls for Anisah. A job, a love and a family. His return home comes together quickly.

But life isn’t so innocent. Everybody wants something. Subtle manipulations driven by self interest and personal desires seep through yet the songs continue to be sung. Unwavering.

The home has changed. The oil palm trees have grown in endless symmetry. The landscape rusts and the nostalgia turns.


About the Directors’ Fortnight at the Cannes Film Festival

The Directors’ Fortnight has long been a platform where newcomers can shine, highlighting new talent in world cinema and the directors of tomorrow. Initiated in 1969 by the French Director’s Society, its program includes a selection of films from around the world, during the Cannes Film Festival.

Since its inception, the Directors' Fortnight has discovered and held the first French screenings of debut films by Werner Herzog, Rainer Werner Fassbinder, Nagisa Oshima, George Lucas, Martin Scorsese, Michael Haneke, Jim Jarmusch and Spike Lee, among others.

As one of the programmes held in conjunction with Cannes, the Directors’ Fortnight is open to the general public. In 2008, over 40,000 spectators attended its screenings.


Related links:
http://www.quinzaine-realisateurs.com/?LNG=us
http://www.quinzaine-realisateurs.com/download/Selection_41e_quinzaine(2009).pdf

For more information, please visit: http://www.tanjungarupictures.com/

Photos by Danny Lim © Tanjung Aru Pictures 2008

Hey ! Jangan Lari ! Fokus ! Fokus !

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Minggu ketujuh merupakan minggu paling kritikal buat semua pelajar. Kedudukan dua pelajar iaitu Hafiz dan Isma sememangnya sukar digugat.

LAGU BONUS – Fiona (4U2C)
LAGU BONUS – Untukmu (Feminin)
YAZID - With Or Without You (U2)
ARIL - Nakal (Gigi)
HAFIZ - Kau Yang Punya (Malique featuring Najwa)
AKIM - Situasi (Bunkface)
CLAUDIA - When You're Gone (Avril Lavigne)
AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)
ISMA - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)

Nostradamus AIM16

Entri oleh sultanmuzaffar 22 April 2009 6 komen

Menjelang Anugerah Industri Muzik 16 yang bakal berlangsung 2 Mei depan. Saya seperti biasa menjadi Nostradamus.

1. Artis Baru Terbaik – Artis

1. Hujan
2. Joe Flizzow
3. Malique
4. Meet Uncle Hussain
5. Suki

Ramalan : Joe Flizzow

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) – Artis

1. Aizat – Lagu Kita
2. Bob AF2 – Cinta Terhalang
3. Reshmonu – Doa Untuk Dia
4. Reshmonu – Sayu
5. Rithan (Deja Voodoo Spells) – Rock ‘N’ Roll (English)

Ramalan : Aizat - Lagu Kita

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) – Artis

1. Ayu – Hanya Di Mercu
2. Dina – Sejauh Ini
3. Shila – Memori Tercipta
4. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Kayangan Kita
5. Dato’ Siti Nurhaliza – Di Taman Teman

Ramalan : Dato' Siti Nurhaliza - Di Taman Teman

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album – Artis

1. Ajai & Marsha – Sayang
2. All One – Bilal bin Rabah
3. Pop Shuvit – Marabahaya (International Version)
4. Rabbani – Bila Nur Melimpah Di Hati
5. Raihan – Assubhu Bada

Ramalan : Rabbani - Bila Nur Melimpah Di Hati

5. Kulit Album Terbaik – Pereka

1. Florence Lee – Hawa – Nikki
2. Nadia Jasmin – President – Joe Flizzow
3. Nicholas Chong – Transit – Altered Frequency
4. Nizam Rahmat – Satu – Ferhad
5. Vignes Balasingam – Remain Unknown – Estranged

Ramalan : Nizam Rahmat – Satu – Ferhad

6. Rakaman Album Terbaik – Jururakam

1. JD Wong – Remain Unknown – Estranged
2. Nick Lee, Greg Henderson & CL Toh – Finally/Akhirnya – Suki
3. Paul Morisson – Satu – Ferhad
4. Puja, Edry, Bajai & Yudi – Adam 3 – Adam
5. Reshmonu, Murali, Will Quinell & CL Toh – Harapan – Reshmonu

Ramalan : JD Wong – Remain Unknown – Estranged

7. Video Muzik Terbaik – Pengarah

1. Douglas Lim – Hanya Di Mercu – Ayu
2. Douglas Lim – Sampai Syurga – Faizal Tahir
3. Kerol – Mati Hidup Kembali – Butterfingers
4. Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers
5. Reshmonu – Oh Anok Anok – Reshmonu

Ramalan : Kerol – 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Butterfingers

8. Album Pop Etnik Terbaik – Artis/Produser

1. Khazanah Pujangga – Syura
2. Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Selagi Ada Rindu – Pak Long (Shafie Ahmad)
4. Zapin Suri – Haziq

Ramalan : Lentera Timur – Dato’ Siti Nurhaliza

9. Lagu Pop Etnik Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Di Kayangan Kita – Johari The – Keon - Dato’ Siti Nurhaliza
2. Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza
3. Dirgahayu – Radeen Sri – Hairul Anuar Harun – Ramlah Ram
4. Nafas Cahaya – M.Nasir – Loloq – Misha Omar
5. Zapin Suri – Pak Ngah – Siso Kopratasa – Haziq

Ramalan : Di Taman Teman – Fauzi Marzuki – Hairul Anuar Harun – Dato’ Siti Nurhaliza

10. Album Nasyid Terbaik – Artis/Produser

1. Allah Habeebi – Mawi
2. Istimewa Tiada Dua – Nice
3. Nasyid Nostalgia Memori The Zikir – Nazrey Johari
4. Nostalgia Nadamurni – Rabbani
5. Setia – Wildan

Ramalan : Allah Habeebi – Mawi

11. Lagu Nasyid Terbaik – Komposer/Penulis Lirik

1. Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi
2. Bila Nur Melimpah Di Hati – Asri Ibrahim – Ito Lara – Rabbani
3. Kemuliaan Al-Quran – Amin InTeam – Amin InTeam – InTeam
4. Serulah Namanya – M.Nasir – AD Samad – Mawi
5. Teman Hakiki – Ku Sham – Dr.Mohd Asri – Mawi

Ramalan : Allah Habeebi – Farihin – Yasin – Mawi

12. Album Rock Terbaik – Artis/Produser

1. Bongkar – Kristal – Kristal & Bong
2. Hujan – Hujan – Noh Hujan
3. Keamanan – Nrocinu – Mus May
4. Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin
5. Modern Minimals Glamour – The Times – Gizmo Records

Ramalan : Kembali – Butterfingers – Butterfingers/Faizal Shahrin

13. Lagu Rock Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. 1000 Tahun (Mahu Hidup) – Loque – Loque – Butterfingers
2. Aurora – Estranged – Estranged – Estranged
3. Bila Aku Sudah Tiada – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
4. Dugaannya – Noh Hujan – Noh Hujan – Hujan
5. Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged

Ramalan : Yang Pernah – Estranged – Estranged – Estranged

14. Album Pop Terbaik – Artis / Produser

1. Alyah – Alyah
2. Arus Qudus – Yassin
3. Harapan – Reshmonu
4. Misha Omar – Misha Omar
5. Percubaan Pertama – Aizat

Ramalan : Misha Omar – Misha Omar

15. Lagu Pop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar
2. Dingin – Azlan Abu Hassan – Azalea – Ziana Zain
3. Ketentuan – Azlan Abu Hassan – AD Samad – Ramlah Ram
4. Lagu Kita – Aizat Amdan – Aizat Amdan – Aizat
5. Sampai Di Sini – Ajai – Slen – Misha Omar

Ramalan : Cinta Adam Dan Hawa – Azmeer – Loloq – Misha Omar

16. Lagu Hip Hop Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Bergerak – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri – Johan Ishak, Ceza Mutyara, Khalid Kamal & Saiful Amri - Joe Flizzow feat Joeniar Arief
2. Isabella – Johan Ishak, Iman Ishak & Search - Johan Ishak, Iman Ishak & Search – Joe Flizzow feat Hady Mirza
3. Mengapa Harus Bercinta ? – Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza - Johan Ishak, Terrytyelee & H ady Mirza – Joe Flizzow
4. Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir
5. OK – DJ Fuzz, Malique & Cat Farish – Malique & Cat Farish – Malique feat Cat Fabuloso

Ramalan : Mantera Beradu – Malique, D’Navigator & M.Nasir – Malique & M.Nasir – Malique feat M.Nasir

17. Album Inggeris Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Dark Sun Big Rain – Karen Nunis Blackstone
2. President – Joe Flizzow
3. Remain Unknown – Estranged
4. Take Five with Juita Suwito at Avanti – Juita Suwito
5. Tapestry of Life – Shal Sagan

Ramalan : President – Joe Flizzow

18. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. All Around My World – Johan Ishak & Ceza Mutyara - Johan Ishak & Ceza Mutyara – Joe Flizzow
2. Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged
3. In No Time – Estranged – Estranged & Chow Ken Chung – Estranged
4. KL Streets – Malique & D’Navigator – Malique – Malique feat Lah
5. Marabahaya (International Version) – Pop Shuvit & Dandee – Samsol Nahar, Dandee, Moots, Daly, Thaitanium & Jamir Garcia – Pop Shuvit

Ramalan : Dances of The Spirit – Estranged – Estranged – Estranged

19. Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Homely Life – Rynn Lim – Ryan Lim
2. Man Jiang Hong – Man Jiang Hong – Alex San
3. Meet to Listen – Cheng Lee – Cheng Lee
4. The Real Hou Ren – Hou Ren – Lee Nai Kong
5. Will Be Good – Will Ng – Cheng Lee, Will Ng & David Koon

20. Lagu Cina Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. He, She & Me – Cheng Lee – Cheng Lee – Cheng Lee
2. Man Jiang Hong – Alex San – Ah Guan – Man Jiang Hong
3. Missy Missy – Will Ng – Will Ng – Will Ng
4. Prisoner – Will Ng – Will Ng – Will Ng
5. Zhong Du – Alex San – Yap Kah Heng – Man Jiang Hong

21. Album India Tempatan Terbaik – Artis / Produser

1. Agarem – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan & Anuratha
3. Veera Puranam – Chakra Sonic

22. Lagu India Tempatan Terbaik – Komposer / Penulis Lirik

1. Enna Venum – Coco Nantha – Coco Nantha – Agarem
2. Ethirrpaarkiren – Anbarasan – Divya Saraswathy – Anbarasan & Anuratha
3. Sottu Sotta Remix – Sundrra – Coco Nantha – Agarem
4. Sudum Mannil – Sundrra – Coco Nantha – No Entry
5. Tu Khendi She – Goldkartz – Arvinder Raina – Goldkartz feat Arvin

23. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara – Artis

1. Aku Dan Dirimu – Ari Lasso & Bunga Citra Lestari
2. Ayat-Ayat Cinta – Rossa
3. Bila Rasaku Ini Rasamu – Kerispatih
4. Matahariku – Agnes Monica
5. Menjaga Hati – Yovie & Nuno

Ramalan : Menjaga Hati – Yovie & Nuno

24. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – Penggubah

1. Audi Mok – Pada Cintanya – Dato’ Siti Nurhaliza
2. Azlan Abu Hassan – Tiada Maaf – Danell Lee
3. Estranged – Aurora – Estranged
4. Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza
5. Sham Kamikaze – Bukan Mimpi – Farhan

Ramalan : Fauzi Marzuki – Di Taman Teman – Dato’ Siti Nurhaliza

Tiada Tema Minggu Ketujuh !

Entri oleh sultanmuzaffar 20 April 2009 38 komen

LAGU TUGASAN MINGGU 7

PELAJAR LELAKI

YAZID - With Or Without You (U2)
ARIL - Nakal (Gigi)
HAFIZ - Kau Yang Punya (Malique featuring Najwa)
AKIM - Situasi (Bunkface)
LAGU BONUS – Fiona (4U2C)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA - When You're Gone (Avril Lavigne)
AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)
ISMA - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
LAGU BONUS – Untukmu (Feminin)



VLog Konsert Minggu 6, Akademi Fantasia 7

Marsha tampil untuk hangatkan lagi Akademi Fantasia 7 ! Keputusan untuk menyerapkan Masha sebagai Residence Advisor telah pun dibuat sejak minggu lalu, bukan kerana Aril agak tertekan sejak Qhaud tersingkir Sabtu lalu. Saya menganggap penglibatan Marsha sama sahaja dengan penglibatan Tok Wan di AF5. (Thanks GG, produser konsert AF5) Pengalaman Marsha sebagai pelajar dan lulusan Akademi Fantasia boleh dikorek oleh pelajar. Mereka yang tinggal perlu menyiapkan diri mereka apabila keluar dari Akademi kelak.

Minggu ini tiada tema sebaliknya lebih kepada memberikan pelajar lagu bukan pilihan pelajar tetapi lagu yang bersesuaian dengan setiap pelajar. Lagu-lagu yang dipilih juga merupakan lagu-lagu popular masa kini mahu pun era lalu. Saya mengharapkan kejutan hebat pada Konsert hujung minggu ini selain menguji pelajar untuk lebih bersedia menerima apa sahaja tugasan pada minggu-minggu akan datang.

Jika dilihat pada trend pengundian, nampaknya persaingan bakal bermula minggu ini. Tidak banyak perbezaan dari segi jumlah undian di antara setiap pelajar. Oleh itu sesiapa sahaja boleh tersingkir dan tidak mustahil kejutan akan berlaku minggu ini.

Trigger dan Kejutan Berkongsi Makna Yang Sama

Entri oleh sultanmuzaffar 18 April 2009 10 komen

Penyingkiran memang suatu yang pedih apabila pelajar yang membuat persembahan terbaik. Itulah yang berlaku sejak Akademi Fantasia musim pertama lagi. Konsert minggu keenam merupakan konsert berbadi apabila Rosma, Zarina, Aidil, Diddy, Rizal (oh tidak !) dan Mama Rina (oh tidak !) tersingkir di konsert minggu itu. Minggu keenam ini menyaksikan Qhaud tersingkir. Saya lebih suka sekiranya pelajar yang tersingkir beri persembahan terbaik seperti Qhaud kerana penyingkiran mereka bermaruah. Hasilnya pihak media yang hadir ke Sidang Media merasa senang dengan Qhaud, lebih-lebih lagi dengan imej Qhaud yang merendah diri membuatkan pihak media senang dengannya. Semoga Qhaud akan berjaya di dunia sebenar artis kelak.

Apa Yang Saya Suka Dengan Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia 7


1. Dua pelajar buat persembahan dahulu dan disusuli sesi kritikan. Saya suka dengan elemen tersebut kerana dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk beri persembahan terbaik. Lebih memeritkan untuk seseorang pelajar apabila komen untuk pelajar saingannya lebih berbunyi positif. Saya harap ia akan diteruskan kerana ia baik untuk menaikkan semangat pelajar.

2. Koreografi tarian Menuju Puncak. Tidak puas rasanya melihat perubahan yang dilakukan setiap minggu. Saya nampak hasil kerja Cikgu Aris lebih kreatif yang mana menampilkan gerak pantas dan diselitkan gerak yang lebih lembut. Saya puas hati melihat hasil yang diberikan oleh pelajar dan tidak sabar untuk melihat hasil pada minggu hadapan.

3. Minggu bertema sesuatu yang menarik walaupun pada dasarnya ada program realiti lain telah melakukannya. Ia lebih baik untuk pelajar kerana diberikan saingan yang sama dan pelajar harus menggunakan kelebihan masing-masing untuk mencorakkan persembahan terbaik mereka.

4. Satu perubahan yang saya mahu lihat pada Akim ialah keselesaannya di atas pentas. Akim apabila mendapat lagu makanannya, dia akan beri persembahan yang hebat tetapi sebaliknya. Akim berjaya melarikan dirinya dari gerak-gerak stereotype seorang penyanyi lagu rock. Satu percubaan yang baik untuk minggu ini.

5. Persembahan pentas Aril sungguh hebat. Aril seorang yang kreatif dan berani menampilkan gerak-gerak yang luar biasa. Jika pada beberapa minggu terdahulu, Adlin bosan dengan gerak-gerak tipikal yang ditawarkan oleh Aril, sepatutnya minggu ini Adlin memuji Aril kerana menampilkan style nyanyian yang sangat berbeza berbanding sebelum ini. Syabas ! I want to see you more !

6. Kelebihan Hafiz apabila dia berjaya mempopularkan lagu-lagu biasa menjadi lagu luar biasa. Setiap minggu Hafiz menerima lagu yang tidak mesra di telinga penonton tetapi berjaya membawakannya dengan hebat. Diperhebatkan lagi apabila Hafiz mencipta style-style bersahaja dalam persembahannya.

7. Isma tampilkan style pentas yang berbeza berbanding minggu lalu. Saya suka dengan movement Isma minggu ini. Rock tetapi lebih bersopan dan seksi. Saya cuba untuk menyukainya, tapi gagal.

8. Walaupun Adlin tidak menyukai pakaian yang diberikan untuk Aishah namun saya amat menyukainya. Memang pakaian itu sesuai dengan Aishah. Kelas Kak Zai ! Saya juga nampak Aishah seorang yang kental dan mempunyai impian untuk menang. Persembahannya juga nampak peningkatan yang ketara berbanding minggu lalu. Penghayatannya right on the spot !

9. Saya kagum dengan kehebatan Man Kidal mencuri limelight dari Yazid. Kelebihan Yazid minggu ini ialah penghayatannya. Itu saja.

10. Saya kagum dengan semangat Qhaud yang mahu membuktikan kehebatannya. Persembahan pentasnya bagus juga persembahan vokalnya. Satu peningkatan yang mendadak. Pergerakan Qhaud di atas pentas ditampilkan dengan elemen-elemen style yang menarik. Syabas !

11. Ramai kawan-kawan datang ke konsert minggu ini. Walaupun sedikit panas minggu ini, tapi berbaloi ! Seronok dapat berbual dengan mereka selepas konsert tamat.

12. Saya melihat Cikgu Siti Hajar, Cikgu Fatimah dan beberapa tenaga pengajar menangis minggu ini. Setiap kali penyingkiran saya akan menoleh ke barisan tenaga pengajar terutamanya Principal. Saya sempat berbual dengan Chedd dan bertanya dia yang mana lagi penat, AF7 atau pun PGL ? Itulah sisi lain yang jarang dapat saya lihat kecuali di pentas PGL. Di Akademi Fantasia, air mata amat senang mengalir lebih-lebih lagi dari seorang Puteri.

13. AFUNDI10 sememangnya merupakan "ganja" yang paling ditakuti musim ini. Kalau 10 kali SMS dah 100 AFUNDI dihantar. Sepanjang tempoh konsert selama dua jam, saya sempat hantar 50 SMS.

14. Kedudukan undian selepas konsert menyaksikan yang penonton mengundi kerana faktor yang mereka rasa paling sesuai untuk pelajar yang mereka minat. Ada yang minat vokal, ada yang minat personaliti dan itu adalah lumrah AF. Walaupun Aril beri persembahan terbaik tetapi Isma, Hafiz dan Akim masih mendahului kedudukan. Ini membuktikan yang penonton sudah mula memikirkan siapa yang sepatutnya layak berada di Final AF7.

15. Pertarungan sebenar baru bermula dengan penyingkiran Qhaud. Perbezaan undian antara pelajar yang tinggal sangat dekat selepas undian ditutup. Ini bermakna sesiapa saja boleh tersingkir minggu lalu. Kekuatan jumlah peminat dan dibantu jumlah SMS menjadi penentu untuk minggu hadapan.

16. Saya seronok melihat permainan strategi pelbagai pihak dalam meningkatkan pelajar kesukaan masing-masing. Tidak kurang juga yang berniat untuk menjatuhkan pelajar lain. Itulah fenomena Akademi Fantasia yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sahaja.

17. Kejutan untuk Aishah yang memaparkan cinta bersegi-seginya di dalam Akademi Fantasia. Ada cerita di sebaliknya, namun ia tidak sesuai diceritakan di sini. Saya biarkan penonton membuat penilaian sendiri.

18. Musim ini merupakan musim paling seronok sekali dan saya akan menulis satu artikel berkenaan Dunia Maya Akademi Fantasia. InsyaAllah dalam minggu ini akan siap. Untuk siapa ? Akan diberitahu kelak.

19. Perbezaan yang bagus dari segi kostum pelajar. Saya sudah nampak ciri-ciri bintang pada mereka. Syabas Kak Zai & team !

20. Sistem audio yang hebat ! Kepuasan tahap maksima apabila berada di Stadium Seri Putra ! Ambiencenya nyata sangat berbeza !

Apa Yang Saya Tidak Suka Dengan Konsert Minggu Keenam Akademi Fantasia 7

1. Persembahan pelajar minggu ini terpaksa terikat dengan elemen rock memandangkan itulah temanya. Beberapa pelajar masih terikat dengan gerak stereotype rock yang agak ketinggalan. Mereka perlu menjadi seorang artis yang kreatif untuk mencantikkan persembahan mereka.

2. Oleh kerana elemen rock dilihat keterlaluan, maka aspek vokal sering diketepikan. Contohnya Akim dan Hafiz. Namun persembahan pelajar diselamatkan persembahan dari kumpulan band jemputan.

3. Yazid merupakan salah seorang pelajar yang masih terperangkap dalam dirinya sendiri. Saya tidak tahu apa yang dia inginkan. Persembahannya agak tidak konsisten.

Persembahan Pelajar

Pusingan Pertama - Akim VS Aril : Pemenangnya ialah ARIL
Pusangan Kedua - Hafiz VS Claudia : Pemenangnya ialah HAFIZ
Pusingan Ketiga - Isma VS Aishah : Pemenangnya ialah AISHAH
Pusingan Keempat - Yazid VS Qhaud : Pemenangnya ialah QHAUD

Pelajar cemerlang pilihan saya minggu ini ialah ARIL (persembahan pentas) dan AISHAH (peningkatan berbanding minggu lalu)

Foto-foto yang diambil merupakan hak milik persendirian yang dirakamkan menggunakan Canon EOS 450D milik persendirian. Saya tidak mampu untuk men"spedo" jurufoto khas untuk AF7. Mungkin untuk Final, ya. Ops !! Fokus !! Fokus !!

LAGU BONUS - I Want To Break Free (Queen) / What I've Done (Linkin Park)



AKIM - Aurora (Estranged)






ARIL - Yang Pernah (Estranged)






HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)






CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)






ISMA – Salah (Cokelat)






AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)






YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)






QHAUD - Seruan (Lefthanded)










Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

ARIL - Yang Pernah (Estranged) 9/10
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal) 8/10
QHAUD - Seruan (Lefthanded) 8/10
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat) 7/10
ISMA – Salah (Cokelat) 7/10
AKIM - Aurora (Estranged) 6/10
LAGU BONUS - I Want To Break Free (Queen) / What I've Done (Linkin Park) 6/10
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal) 6/10
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded) 5/10

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula :

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 28
HAFIZ – 19
YAZID - 13
CLAUDIA - 11
ARIL - 10
AISHAH - 8
AKIM 8
QHAUD - 4

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ - 20
ISMA - 19
AKIM – 11
ARIL – 11
YAZID – 10
CLAUDIA - 10
AISHAH – 10
QHAUD - 9





Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger