Anugerah Bintang Popular baru saja selesai. Tidak mahu bercerita panjang lebar berkenaan perjalanan acara mahu pun persembahan kerana tidak banyak yang boleh diperkatakan. Melihatkan kepada kemenangan Nabil sebagai Bintang Paling Popular sebenarnya sudah diduga. Popularitinya melonjak tinggi sejak memulakan jejaknya di dalam program realiti Raja Lawak Astro. Walaupun ada yang cuba menafikan yang Nabil sebenarnya lahir dari program itu, ia adalah satu hakikat yang sukar untuk dinafikan. Hakikat itu walaupun pahit harus ditelan.
Sepanjang saya mengenali personaliti-personaliti yang dilahirkan dan dibentuk oleh Astro, tidak pernah saya mendengar mereka melupakan asal-usul mereka. Begitu juga yang saya harapkan dilakukan oleh Nabil. Mentor saya di Astro AWANI iaitu Suhaimi Sulaiman dan juga mentor hiburan saya di Astro iaitu Aznil Haji Nawawi pastinya tidak pernah melupakan dari mana asal-usul mereka.
Astro bijak melahirkan tetapi bagaimana dengan usaha membentuk bakat dan personaliti yang dilahirkan ? Tiga daripada calon teratas dalam kategori Bintang Paling Popular dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro. Ini bermakna sebanyak 201,468 undian pembaca daripada 242,928 undian pembaca adalah untuk personaliti yang dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro. Pembaca Berita Harian tersebut yakin dengan produk yang dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro walaupun cerita yang tersiar tidaklah semuanya yang manis.
Jumlah Undian Bintang Paling Popular 2008
1-NABIL 127,524
2-MAWI 55,080
3-DATO SITI NURHALIZA 29,676
5-AZNIL NAWAWI 18,864
4-MEET UNCLE HUSSEIN 11,784
Apakah langkah seterusnya yang harus difikirkan selepas mereka ini dilahirkan ? Sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk membesarkan seorang bayi, apatah lagi membentuk mereka untuk terus mengekalkan apa yang mereka miliki sekarang.
Jika tidak dididik atau pun dijaga dengan betul, tidak mustahil akan ada yang beralih arah. Bukan sesuatu yang mustahil kerana pemenang bagi beberapa kategori seperti pengacaraan televisyen dan perantara radio telah membuktikannya.
Kita pernah menguasai televisyen dan radio tetapi sejak setahun dua yang lalu, kita telah gagal untuk mengekalkan populariti itu di radio. Jika tidak dikawal dengan baik, pasti satu hari nanti kita juga akan terlepas genggaman kuasa di bidang televisyen.
Akademi Fantasia masih kekal relevan dan buktinya Juara AF musim keenam memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular, walaupun tewas dalam kategori Penyanyi Wanita Popular yang terus didominasi oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk kali kedua belas berturut-turut.

Dalam keadaan industri hiburan yang semakin tenat dan ini telah dibuktikan dengan kesuraman perjalanan majlis sebentar tadi, program realiti masih merajai pencalonan. Raja Lawak Astro terus berjaya menarik minat penonton dan hasilnya Nabil muncul sebagai pemenang besar malam itu. Nabil yang dicop seperti Mawi dalam Raja Lawak Astro berpeluang untuk memegang takhta tersebut beberapa tahun sekiranya dia tahu apa yang dia mahukan.
Bersediakah kita untuk membentuk jalan personaliti yang ada ke arah jalan yang lebih terancang perjalanannya ? Atau bersediakah kita untuk melihat mereka memilih jalan sendiri ? Lahir dan bentuk lebih baik dari lahir dan abai.
Senarai Pemenang ABP 2008
Bintang Paling Popular - Nabil
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussein
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
Artis Baru Wanita Popular - Stacy
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah
SM.. review skit pasal persembahan.....
semalam adalah antara ABPBH yang paling membosankan disebabkan pengacaranya......!!!!!
tp SM.. anda bertugas di Awani dan semestinya anda mempunyai semangat patriotik terhadap tpt bertugas anda. begitu juga jika anda bertugas di Media Prima ataupun RTM.. pasti anda mempunyai hujah utk meperkatakan tentang keistimewaan "brand" anda... tul tak...?
apapun.. astro dah semakin improved..... teruskan ushaa itu.... yg ptg.. benda "free" tetap menjadi pilihan ramai....!! wakakaka
setuju2... pengacanya....... huhu....
nice comment...
www.mudahhosting.co.cc