Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Anjakan Paradigma

Entri oleh sultanmuzaffar 31 July 2009 0 komen

: Adakah hari ini "mereka" akan memandang Talentime dengan pandangan yang berbeza ?

Surat Terbuka Untuk Editor Akhbar Bukan Sekadar Berita

Entri oleh sultanmuzaffar 30 July 2009 3 komen

Syabas kerana telah berjaya memalukan Allahyarham Yasmin Ahmad dan seluruh keluarganya. Semoga ada ganjaran yang menanti wartawan bacul tidak bernama seperti anda di Akhirat kelak. Semoga pemergian anda kelak akan turut diraikan sedemikian rupa. Jika bukan menerusi penyalahgunaan pena seperti yang telah dilakukan oleh wartawan bacul tidak bernama anda, menerima malu di peringkat kampung juga sudah cukup memadai.

Syabas juga saya ucapkan kerana telah mengajar saya bagaimana untuk menjadi wartawan bacul tidak bernama seperti anda. Sama ada akan saya ikuti ajaran tersebut, terserah kepada otak yang telah dipinjamkan buat saya. Apa yang telah anda lakukan sememangnya amat berharga buat institusi kewartawanan khususnya dan anak bangsa Malaysia amnya.

Demi bangsa Malaysia, kita juga wajar mengucapkan Syabas kepada mereka melalui :-

PENGARANG KOSMO!
46M, Jalan Lima, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur
Email : berita@kosmo.com.my
Tel: 03-92214001 ext 508 & 506
Fax: 03-92218590

Syabas !

Yang benar,
Muzaffar Mustapa

Nota : Maka bertepatan sekali tagline yang anda gunakan iaitu "Bukan Sekadar Berita"....Saya terpaksa memungkiri janji saya untuk menghantar artikel percutian saya ke Manado untuk akhbar tersebut.

Earthquake Underwater

Entri oleh sultanmuzaffar 28 July 2009 0 komen

survived earthquake underwater at Bunaken and now getting ready for 3 hours spa treatment (coolness) before flying back to reality (sigh)!

Al-Fatihah Yasmin Ahmad

Entri oleh sultanmuzaffar 26 July 2009 0 komen

One of the lights that was beginning to brighten Malaysian Cinema is now extinguished. Farewell, Yasmin, a higher mission awaits. Upon the soul of the fakir called Yasmin Ahmad, let us all bestow the al-Fateha.

Artis dari Malaysia mencipta kejayaan cemerlang di World Championship of Performing Arts yang baru sahaja selesai di Los Angeles sebentar tadi. Pertandingan itu yang bermula 11 Julai lalu baru saja berakhir. Pasukan dari Malaysia akan pulang pada 25 Julai ini.

Syabas buat Bob, bintang Akademi Fantasia yang dipandang sepi oleh peminat muzik tempatan. Namun berkat kecekalan dan ketabahannya mengharungi industri muzik Malaysia yang terumbang-ambing, akhirnya Bob berjaya mencipta kejayaan di luar negara. Bakatnya seakan dipandang sinis di negara sendiri kerana di sini lebih mengutamakan wajah. Sama juga nasib yang menimpa Siti Sarah Raisuddin. Sukar baginya untuk menembusi pasaran muzik di sini kerana paparan wajah masih menjadi keutamaan peminat muzik di sini.

Bob memenangi enam pingat emas, dua pingat perak, dua anugerah untuk Juara Keseluruhan dan tiga plak Juara Dunia 2009 seperti yang diumumkan oleh pengurusnya, Syuib Ismail di laman Facebook. Tidak ketinggalan syabas buat pasukan Artistana, kumpulan tarian dari Istana Budaya yang turut pulang dengan senyuman. Artistana membawa pulang empat anugerah Juara Keseluruhan tidak termasuk lima pingat emas untuk setiap kategori. Siti Sarah pula membawa pulang dua pingat emas dan satu pingat perak.

Secara keseluruhan, pasukan artis dari Malaysia membawa pulang 29 pingat emas, 16 pingat perak dan 4 pingat gangsa. Anugerah ini lebih membawa makna dari Anugerah Planet Muzik dan Shout Awards yang baru sahaja berlangsung di Jakarta dan Bukit Jalil hujung minggu ini. Syabas !

Juara Keseluruhan
* Artistana - Group - Dance Ethnic/Forklore - 25 & Over
* Artistana - Group - Dance Lyrical - 25 & Over
* Artistana - Group - Dance Open - 25 & Over
* Artistana - Group - Dance Song&Dance - 25 & Over
* LYRICAL - Group - Vocal Open - 25 & Over
* MILAH - Group - Dance Ethnic/Forklore -25 & Over
* MILAH - Group - Dance Open - 25 & Over
* Dilla Syahirah Abdul Latiff - Female - Modeling Formal - 25 & Over
* Jerry Kamit - Male - Instrument Original Works - 25 & Over
* Jerry Kamit - Male - Instrument Contemporary - 25 & Over
* Raja Farah Afzal Raja Ilkram - Female - Vocal Contemporary - 16-24
* Yusrizan Usop - Male - Vocal Contemporary - 25 & Over
* Yusrizan Usop - Male - Vocal Pop - 25 & Over

Pemenang Pingat

* Artistana
o GOLD - Group Dance Ethnic/Forklore - 25-29
o GOLD - Group Dance Lyrical - 25-29
o GOLD - Group Dance Musical Theater/Char. - 25-29
o GOLD - Group Dance Open - 25-29
o GOLD - Group Dance Song&Dance - 25-29

* B-BORNEO
o GOLD - Group Dance Lyrical - 25-29
o SILVER - Group Dance Ethnic/Forklore - 25-29
o SILVER - Group Dance Open - 25-29

* LYRICAL
o GOLD - Group Vocal Open - 25-29

* MILAH
o GOLD - Group Dance Ethnic/Forklore - 25-29
o GOLD - Group Dance Lyrical - 25-29
o GOLD - Group Dance Open - 25-29

* Sara And Bob
o SILVER - Group Vocal Open - 25-29

* Tuku Kame
o GOLD - Group Instrument Contemporary - 30 & Over
o GOLD - Group Instrument Open - 30 & Over
o GOLD - Group Instrument Original Works - 30 & Over
o GOLD - Group Instrument Classical - 30 & Over

* U-ZARA
o SILVER - Group Dance Ethnic/Forklore - 18-24
o SILVER - Group Dance Lyrical - 18-24
o SILVER - Group Dance Open - 18-24

* Dilla Syahirah Abdul Latiff
o GOLD - Female Modeling Formal - 25-29
o SILVER - Female Modeling Casual - 25-29

* Jerry Kamit
o GOLD - Male Instrument Contemporary - 30 & Over
o GOLD - Male Instrument Open - 30 & Over
o GOLD - Male Instrument Original Works - 30 & Over
o GOLD - Male Instrument Classical - 30 & Over

* Norhasmidar Ahmad
o GOLD - Female Vocal R&B/Soul/Jazz - 18-24
o SILVER - Female Vocal Broadway - 18-24
o SILVER - Female Vocal Opera - 18-24
o SILVER - Female Vocal World - 18-24
o BRONZE - Female Vocal Open - 18-24

* Putri Mardiana Zainal Abidin
o GOLD - Female Acting Open - 25-29
o SILVER - Female Modeling Spokesmodel - 25-29

* Raja Farah Afzal Raja Ilkram
o GOLD - Female Vocal Contemporary - 18-24
o SILVER - Female Vocal Pop - 18-24
o BRONZE - Female Vocal Rock - 18-24

* Ramsher Singh
o BRONZE - Male Modeling Casual - 25-29
o BRONZE - Male Modeling Formal - 25-29

* Siti Nurizana Iskandar
o GOLD - Female Modeling Formal - 18-24

* Siti Sarah Raissudin
o GOLD - Female Vocal R&B/Soul/Jazz - 18-24
o GOLD - Female Vocal World - 18-24
o SILVER - Female Vocal Open - 18-24

* Wilson Tan Siong Ping
o SILVER - Male Modeling Casual - 25-29
o SILVER - Male Modeling Formal - 25-29

* Yusrizan Usop
o GOLD - Male Vocal Contemporary - 25-29
o GOLD - Male Vocal Open - 25-29
o GOLD - Male Vocal Pop - 25-29
o GOLD - Male Vocal World - 25-29
o SILVER - Male Vocal R&B/Soul/Jazz - 25-29

Sumber : www.wcopa.com

Anugerah Khas

Entri oleh sultanmuzaffar 14 July 2009 7 komen

Sudah tersusun di rak anugerah

Anugerah paling terkini

1. Asia Weblog Awards : Best Malaysia Blog 2003
2. Asia Weblog Awards : Best Asian Language As A Second Language 2003
3. Anugerah Khas 2003 Gengjurnal.net
4. Anugerah Weblog Terbaik 2004 Gengjurnal.net
5. Juri Anugerah Weblog Terbaik 2005 Gengjurnal.net
6. 50 Most Influential Blogs in Malaysia 2008
7. Top 100 Malaysian Blog List 2009
8. Anugerah Blog Infotainment Terbaik, Yoyooh Blogger Awards 2009

Anugerah khas kalau dalam AIM digelar Anugerah Wirama, kalau dalam ABP digelar Anugerah Khas Bintang Popular, kalau dalam FFM digelar Anugerah Bintang Veteran. Pemenangnya adalah di kalangan yang tua-tua sahaja. Apakah maknanya bila sudah menerima Anugerah Khas ? Apakah saya sudah tua ? Hahaha.

Nota : Bukan anugerah jadi ukuran, tetapi perubahan yang berjaya dilakukan...

Shidi Ke Pentas Teater

Entri oleh sultanmuzaffar 11 July 2009 0 komen

ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Tun Abdul Razak di Istana Budaya. Mengangkat perjuangan Bapa Pembangunan ke pentas teater bakal digalas oleh pengarah tersohor Dato' Rahim Razali.

Pementasan itu bakal dibintangi oleh Rashidi Ishak dan Fauziah Latiff selaku pelakon utama. Ia bakal berlangsung pada 16 hingga 20 Ogos di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pementasan yang besar di panggung bertaraf antarabangsa memerlukan elemen muzikal disuntik dalam pementasan. Paling menarik apabila inilah kali pertama Rashidi Ishak berlakon teater selain Fauziah Latif yang sebelum ini pernah berlakon dalam produksi Rubiah beberapa tahun lalu.

Kali terakhir Dato' Rahim mengarah teater ialah dengan produksi Keris Sang Puteri sewaktu majlis buka panggung Istana Budaya pada tahun 1999.

UPDATES

Jika dahulu Rashidi Ishak hanyalah pemain gitar untuk kumpulan Dead Mushroom, kemudian dia beralih ke layar perak dengan filem Mimpi Moon. Kini tiba masanya untuk beraksi di pentas teater pula.

Bukan senang untuk menerima peluang kedua, Rashidi antara pelakon yang mendapat peluang tersebut. Pernah menerima tawaran berlakon teater Keris Sang Puteri sepuluh tahun lalu, namun selepas dua minggu berlatih dia terpaksa menarik diri. Kini peluang itu diterima lagi...dari pengarah yang sama.

Selain berlakon, Shidi akan turut menyanyi secara solo dan menari dalam pementasan tersebut. Bekas juara Sehati Berdansa musim pertama itu akui teater muzikal ini merupakan satu cabaran yang besar buatnya.

Katanya lagi, isterinya Vanida Imran banyak membantunya merealisasikan tugas tersebut. Rashidi Ishak ditemui sewaktu Majlis Pengumuman Tenaga Produksi Muzikal Tun Abdul Razak di Aswara Kuala Lumpur.

Rungutan

Entri oleh sultanmuzaffar 10 July 2009 0 komen

Saya sering menerima rungutan yang blog ini jarang dikemaskinikan. Saya akur dengan rungutan tersebut kerana agak sibuk dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan.

Untuk memenuhi permintaan pembaca, saya mencuba pelbagai teknologi aplikasi yang disediakan dan akhirnya memilih aplikasi ping.fm dan teknologi blackberry.

Entri ini dikemaskinikan sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari FINAS selepas menghadiri Sidang Media FFM22 yang akan berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, Ogos depan.

FFM22 bakal berlangsung pada 5 hingga 8 Ogos depan. Saya teruja untuk menantikan dua tayangan perdana dari dua buah filem yang masih belum ditayangkan kepada umum.

Saya amat berharap "filem itu" bakal ditayangkan sempena majlis perasmian festival itu bertepatan dengan tema tahun ini yang berbunyi Filem Malaysia Ke Persada Dunia. Moga menjadi kenyataan.

Selamat Jalan Michael Jackson

Entri oleh sultanmuzaffar 08 July 2009 1 komen



Perjalanan Terakhir Raja Pop Dunia, Michael Jackson (1958 - 2009)

Audi Mok & Nikki Palikat United

Entri oleh sultanmuzaffar 07 July 2009 2 komen












Saya sempat meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Audi Mok & Nikki Palikat beberapa minggu yang lalu. Ops. Nampak sangat berita sudah basi baru update blog. Mohon maaf kerana terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dalam waktu yang singkat. Tahniah Audi & Nikki kerana perkahwinan tersebut telah mencatat satu sejarah buat saya juga. Gambar yang dirakamkan adalah milik Saiful Nang, jurugambar profesional yang tidak perlu diperkenalkan lagi.









ITalk PMI3 berlangsung dengan meriah di Tapak Letak Kereta A Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih 10,000 peminat muzik Malaysia dan Indonesia berkumpul sejak pukul 10 pagi bagi menyertai Karnival dan juga pada jam 3 petang menyaksikan band-band paling unggul dari Indonesia memukau dengan persembahan mantap mereka. Kembali untuk tahun ketiga, pesta itu dianjurkan oleh Fat Boys dan ditaja oleh iTalk selaku penaja utama.

Edisi kali ini dihadiri oleh lima kumpulan unggul iaitu Padi, Gigi, Dewa 19, Sheila on 7 dan Andra & The Backbone. Walaupun hanya sebagai band pembukaan, kumpulan Jinbara turut membuat persembahan mewakili band dari Malaysia.

Teriknya matahari tidak menghalang lebih 5,000 peminat muzik untuk sama-sama menikmati persembahan muzik cemerlang dari Malaysia. Saya puji semangat pemuzik Malaysia yang turut sama-sama menghangat suhu konsert tersebut.. Menjelang pukul 3 petang, konsert dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Padi. Saya mengenali Padi dengan lagu Menanti Sabuah Jawaban. Namun petang itu mereka menghangatkan konsert itu dengan lagu-lagu seperti Begitu Indah, Indonesia Pusaka, Sang Penghibur, Mahadewi, Sobat dan banyak lagi.










Piyu benar-benar hebat di atas pentas yang mabukkan lagu-lagu popular dendangan kumpulan itu. Saya puas kerana dapat mendengar sendiri lagu Menanti Sabuah Jawaban yang dibawakan secara langsung oleh sang penyanyi. Puas !

Selesai Padi membuat persembahan, kumpulan Andra & The Backbone pula mengambil-alih pentas. Paling menarik, inilah kali pertama mereka menjayakan sebuah konsert besar-besaran di Malaysia. Seperti Padi, saya hanya mengenali lagu Sempurna dendangan kumpulan itu. Saya juga mengenali Andra yang pernah menganggotai kumpulan Dewa satu ketika dahulu. Kali ini Andra & The Backbone membawakan lagu-lagu popular mereka seperti Tak Ada Yang Bisa, TerdalamMain Hati, Hitamku, Lagi Dan Lagi dan Kepayang.

Paling ditunggu-tunggu pastinya kumpulan Sheila on 7. Kumpulan ini merupakan antara kumpulan senior yang mula bertapak di hati peminat Malaysia. Saya masih ingat lagi sewaktu Khai dan Burn dari Akademi Fantasia 1 mempopularkan lagu-lagu Sheila on 7 seperti Sephia dan Melompat Lebih Tinggi. Duta, penyanyi Sheila on 7 tidak membawakan lagu Sephia kali ini. Kali ini Duta lebih membawakan lagu-lagu yang lebih terkini seperti Seberapa Pantas, Sahabat Sejati, Pemuja Rahsia, Itu Hatiku, Mudah Saja, Melompat Lebih Tinggi dan banyak lagi. Lagu yang paling menjadi kegilaan saya pastinya Berhenti Berharap.










Kuasa Duta terletak pada persembahan agresifnya yang ditampilkan dengan penuh bertenaga. Itulah kuasa yang ada pada Duta sejak dahulu lagi. Kuasa itu jugalah yang digunakan oleh Duta untuk mengawal tingkah laku peminat muzik yang hadir menonton persembahannya. Benarlah walaupun umur mereka sudah bertapak lama di Malaysia, mereka masih punya pengaruh yang cukup kuat bagi menenangkan sebahagian besar peminat kumpulan itu.
Menjelang malam, peminat muzik Malaysia, Indonesia dan ada juga sebahagian peminat muzik antarabangsa mula membanjiri tempat letak kereta itu. Dianggarkan lebih 10,000 peminat muzik mula membanjiri lokasi konsert tersebut. Semakin hangat dan semakin sesak.

Ahli kumpulan Gigi yang terdiri daripada penyanyi utamanya, Arman Maulana mula mengalunkan lagu-lagu kegemaran pemuzik Malaysia. Kredibiliti penyanyi itu sukar untuk dinafikan. Dengan persembahan ligat tanpa henti, pastinya sebagai penonton saya turut terhibur dengan aksi sedemikian. Gigi mengalunkan lagu-lagu popular mereka seperti 11 Januari, Nakal dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, kejutan ditampilkan oleh Gigi apabila menjemput tiga anak Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa, The Lucky Laki. Wow ! Berbakat sungguh anak-anak Ahmad Dhani, seperti bapa mereka. Mereka mengalunkan lagu Bukan Superman dan Munajat Cinta.










Apabila anak sudah selesai membuat persembahan, kini tiba pula giliran bapa mereka….Dewa 19 ! Antara lagu popular yang didendangkan oleh kumpulan genius Indonesia itu ialah Separuh Nafas, Perempuan Paling Cantik di Indonesia, Sedang Ingin Bercinta, Pupus, Dewi dan Pangeran Cinta. Hebat betul band genius Indonesia ini apabila berada di pentas. Aura mereka sangat kuat, membuatkan saya terbuai dengan lagu-lagu mereka. Memang gempak habis persembahan Dewa 19.

Malam telah pun menjelang lewat tengah malam. Namun masih hangat. Pesta Malam Indonesia masih menjadi pilihan penggemar muzik Nusantara. Muzik dilihat bukan wadah untuk diterima secara percuma seperti banyak konsert percuma yang banyak diadakan di sekitar Lembah Klang sejak akhir-akhir ini.

Untuk edisi keempat Pesta Malam Indonesia saya mengharapkan sebuah lagi persembahan konsert berbayar yang lebih mantap bagi mengisi kekosongan wadah berhibur tanpa percuma kepada peminat muzik Nusantara. Jumpa lagi di Pesta Malam Indonesia 4 tahun hadapan !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger