Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Mengingati 9/11

Entri oleh sultanmuzaffar 11 September 2011 View Comments

Hari ini adalah hari untuk mengingati mangsa-mangsa keganasan akibat 9/11. Afghanistan. Iraq. Indonesia. Amerika Syarikat dan banyak lagi. Al-Fatihah.

Entri Pelbagai Alasan

Entri oleh sultanmuzaffar 10 September 2011 0 komen

Sudah agak terlalu lama saya melupakan blog ini. Entri yang sebenar-benarnya sebuah entri pun hanya dikemaskini Oktober tahun lalu kerana ulasan iPhone 4. Itu bermakna sudah hampir setahun saya memiliki telefon pintar iPhone 4 yang dihadiahkan oleh Maxis.

Ruang untuk berkomunikasi kini menjadi lebih mudah. Boleh saja menjadi pengikut saya di Twitter @sultanmuzaffar atau pun di Facebook sultanmuzaffar. Saya lebih senang berkomunikasi di Twitter memandangkan ia merupakan ruang yang lebih mudah untuk mendapatkan perkembangan terkini akan apa saja yang berlaku di seluruh dunia.

Saya juga sepatutnya lebih memanafaatkan iPad yang ada untuk mengemaskini blog ini, malangnya masa tidak begitu mengizinkan. Bayangkan situasi seseorang yang memiliki 4 peranti yang boleh dihubungkan pada internet iaitu sebuah iPhone, sebuah Blackberry, sebuah iPad dan sebuah Playbook, pastinya peralatan seperti komputer riba akan dilupakan.

Ahh! Itu bukan alasan sebenarnya. Itu belum lagi keperluan untuk memikul beban tugas yang semakin berat serta tanggungjawab yang lebih besar. Ahh! Alasan lagi...

Sekiranya saya mahu meneruskan blog ini, apakah yang diinginkan oleh pembaca? Sebuah lagi blog gossip? Tidak mungkin! Catatan diari? Sudah saya tinggalkan bertahun yang lalu.

Buat masa ini kebanyakan tulisan saya akan disiarkan di www.gua.com.my, sebuah portal hiburan dan gaya hidup milik Media Prima Berhad. Ya, saya tidak lagi bersama Astro, saya kini bersama Media Prima, sekiranya ada yang masih belum tahu.

Itu sahaja buat masa ini, saya perlu untuk mencari alasan yang lebih kukuh. :)








Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger