Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 30 May 2007 0 komen

My Name Is Remy

Setelah berjaya membuka mata masyarakat Malaysia dengan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang, Datin Seri Tiara Jacquelina tidak duduk diam. Malah beliau bersama pasukan yang sama terus bersengkang mata berusaha gigih menghasilkan sebuah lagi teater muzikal yang menjadikan P.Ramlee sebagai subjek utama mereka. Dengan tajuk "My Name Is Remy", pastinya naskhah ini ditunggu-tunggu oleh penggemar seni teater Malaysia khasnya. Akan berjayakah teater muzikal yang bertunjangkan kisah perjalanan hidup, percintaan dan inspirasi P.Ramlee ini merentas Selat Tebrau atau pun terbang menjelajah ke benua Barat ? Inilah peluang anda untuk bersama dengan pasukan gigih ini mencipta sejarah...

Image Hosted by ImageShack.us
“My Name is Remy”

Perjalanan hidup, Percintaan dan Inspirasi P. Ramlee

Sebuah lagi Teater Muzikal oleh Enfiniti Productions Sdn Bhd.

Jika anda berminat dan mempunyai bakat menyanyi, menari atau berlakon, sila hadiri sesi ujibakat di:

Tempat mendaftar Bilik Media, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tarikh 1 Jun hingga 3 Jun 2007
Masa 11 pagi hingga 5 petang

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Enfiniti Productions Sdn Bhd di 03 – 7958 7877


“My Name is Remy”

The Life, The Love and The Inspirations of P. Ramlee

Another Musical Theater by Enfiniti Productions Sdn Bhd

If you have interest and talent in singing, dancing or acting, please attend the auditions at:

Registration venue Media Room, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Date 1 June to 3 June 2007
Time 11am to 5pm

For inquiries, please contact Enfiniti Productions Sdn Bhd 03-7958 7877

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2007 0 komen

Blog Bedah Siasat Akademi Fantasia 5

Entri blog di bawah dikarang berdasarkan komen-komen yang telah diterima daripada penonton dan juga pembaca blog ini. Terima kasih diucapkan kerana memudahkan kerja-kerja saya. Inilah yang terfikir oleh saya buat setakat ini. Jika ada komen-komen tambahan, amatlah dialu-alukan. Mungkin juga ada submenu yang tertinggal untuk diperdebatkan. Saya juga memerlukan cadangan sekiranya ada untuk submenu 12.0 Bagaimana Menarik Penyertaan Bukan Melayu.

1.0 Tirai
1.1 Kualiti Pelajar
Hampir separuh daripada pelajar musim 5 sangat berkualiti tetapi tidak digarap kualiti mereka sepenuhnya. Kualiti mereka hampir sempurna dan mampu mengalahkan bintang-bintang musim lepas. Antara yang berpontensi untuk melangkah jauh ialah Shawal, Ebi, Heliza, Aizat, Aswad, Candy dan Mila. Penonton musim ini menganggap kualiti pelajar pada musim ini agak baik tetapi masih belum mampu menandingi kualiti pelajar musim 2.

Kombinasi personaliti pada pelajar musim ini lebih menarik. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang, dari seorang anak Datuk, nelayan, yatim piatu dan cacat anggota. Undian simpati dan undian benci telah menyebabkan AF musim ini lebih meriah. Ada di antara bakat mereka tidak dinilai berdasarkan kualiti tetapi melalui cerita-cerita yang dipersembahkan melalui Diari Harian. Satu percubaan yang bagus untuk team produksi yang telah berjaya mengubah impian bakat-bakat muda ini melalui proses latihan dari tenaga pengajar terlatih.

Bilangan pelajar agak ramai pada musim ini sekaligus mengelirukan penonton untuk memilih mereka yang benar-benar berbakat. Minggu-minggu awal merupakan minggu yang agak kritikal untuk setiap pelajar menonjolkan bakat yang mereka ada. Diharapkan pada musim akan datang bilangan pelajar dihadkan kepada 12-14 orang sahaja.

Rata-rata penonton berpegang kepada perkataan AKADEMI. Produksi perlu mengambil calon pelajar yang boleh menyanyi tetapi tanpa pengalaman yang luas dalam mana-mana pertandingan besar atau pun pernah bekerja di kelab malam.

Pemilihan pelajar tidak perlu meminggirkan kualiti vokal mereka walaupun mempunyai karektor yang menarik untuk Diari Harian. Keutamaan harus diberikan kepada kualiti vokal dan mempunyai bakat besar untuk pergi lebih jauh. Kredibiliti juri yang membuat pilihan awal akan dipertikaikan dan akhirnya pelajar akan dikritik hebat oleh Pengkritik Tetap mahu pun penonton.

Keutamaan harus juga diberikan kepada pelajar yang pernah atau sedang belajar di sekolah muzik. Ini secara tidak langsung akan memudahkan proses pembelajaran asas. Penonton pula akan dapat mendalami ilmu muzik lebih daripada sekadar bubbling dan pitching apabila segmen pembelajaran disiarkan.

1.2 Kualiti Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar musim 5 lebih menarik jika dinilai berdasarkan karektor mereka. Ada di antara mereka yang paling bagus dan paling mesra dengan pelajar. Hubungan mereka nampak agak akrab dengan pelajar.

Secara keseluruhan kualiti Tenaga Pengajar agak bagus pada musim ini cuma kualiti Guru Teknikal Vokal perlu ditingkatkan untuk membolehkan bakat nyanyian pelajar diterokai sepenuhnya. Contoh GuruTeknikal Vokal terbaik ialah Cikgu Siti Hajar.

Guru Bahasa Inggeris tidak banyak membantu pelajar sebaliknya Kelas Masakan pula yang lebih banyak disiarkan. Gabungan Cikgu Linda Jasmine dan Cikgu Raimee banyak membantu pelajar. Cikgu Syafi pula perlu tahu kelemahan pelajar dan berusaha memperbaikinya. Kelas Cikgu Fatimah terlalu kehilangan idea tidak seperti Cikgu Fauziah Nawi dan Cikgu Marlia Musa. Sudah sampai masanya Cikgu Fatimah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua. Aktiviti Kelas Cikgu Fatimah banyak diambil oleh Chedd yang bertindak sebagai Pelatih Pemanasan Vokal.

Koreografi tarian yang diajar kepada pelajar juga sudah agak ketinggalan zaman kerana usia Cikgu Linda bersama Akademi Fantasia sudah masuk tahun yang ke 5.

Fauziah Ahmad Daud yang kini merupakan Pengkritik Tetap perlu diberikan peluang untuk menjawat jawatan Pengetua atau pun sebagai Guru Persembahan Pentas.

Cadangan untuk Guru Vokal Teknikal wajar diberikan kepada Syafinaz atau Cikgu Siti Hajar.

Cadangan untuk Guru Bahasa Inggeris boleh digalas oleh Cikgu Fatimah Abu Bakar sekaligus memegang peranan sebagai Penasihat Motivasi Pelajar.

1.3 Kualiti Pengetua
Lebih menarik sekiranya Pengetua lebih banyak menghabiskan masa dengan pelajar. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik dan pengalaman tersebut perlu dikongsi dengan pelajar dan dipertontonkan kepada umum yang mahu mengetahui resam hidup dalam dunia penghibur. Karektor Roslan yang nampak garang akhirnya menjadi lebih lembut apabila berhadapan dengan pelajar dan terserlah sifat-sifatnya sebagai seorang ayah/abang kepada setiap pelajar. Terlalu banyak masa beliau dihabiskan di studio menyiapkan minus-one. Kerja-kerja minus one sepatutnya diberikan kepada tenaga pengajar lain. Contohnya Sham Kamikaze.

Ada di antara penonton yang mengharapkan seorang Pengetua dari kalangan professional wanita pula pada musim akan datang. Contoh, Anita Sarawak, Fatimah Abu Bakar atau Fauziah Ahmad Daud.Sebagai seorang Pengetua adalah tidak wajar baginya untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur pilih kasih lebih-lebih lagi sewaktu pertandingan masih berlangsung. Kenyataan siapakah Juara seharuskan tidak dihebahkan kepada akhbar/umum.

Pengetua tidak perlu memanjakan pelajar sebaliknya lebih tegas tetapi tidak bermakna terlalu garang. Pelajar perlu didedahkan kepada suasana industri hiburan yang sebenar-benarnya yang mana lebih bersifatkan siapa cepat dia dapat. Unsur persaingan antara artis/penghibur perlu ditanam sejak di dalam Akademi.

2.0 Hos
Tiada siapa pun yang mampu menggantikan Aznil Nawawi tetapi pembaharuan harus dilakukan. Antara calon-calon yang sesuai ialah Rosyam Nor, Sharifah Shahirah, Jimmy Shanley, Raja Azura, Awal Ashari, AC Mizal, Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim. Antara nama lain yang sesuai ialah Amy Mastura kerana perwatakannya yang gila-gila serta kelakar.

Turut dicadangkan ialah Abby Fana yang mampu membuatkan penonton menangis dan ketawa secara spontan. Ini dinilai berdasarkan kredibiliti beliau di radio dan televisyen. Turut dicadangkan ialah Halim Othman dan personaliti-personaliti radio seperti Khairil Rashid. Astro harus berani mengikut jejak langkah Media Prima yang habis-habisan mempromosikan personaliti radio mereka seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail (HotFM). Ia secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada kedua-dua medium yang berada di bawah satu bumbung.

Produksi harus mencuba untuk menggunakan personaliti-personaliti yang berbeza untuk setiap program Akademi Fantasia. Contohnya Diari (Sarimah Ibrahim), Debat (Linda Onn, Imbasan (AC Mizal) dan Konsert (Amy Mastura).

3.0 Diari
Fokus utama persembahan Diari Harian perlu lebih diutamakan kepada suasana pembelajaran dan selebihnya untuk personaliti. Sepatutnya kedua-dua elemen ini diseimbangkan untuk siaran penonton. Persembahan Diari pada musim ini agak menarik kerana kurangnya drama air-mata walaupun ada di kalangan penonton yang lebih menyukai drama air-mata seperti telenovela ini. Personaliti pelajar-pelajar lelaki lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran daripada berpeleseran bersama pelajar perempuan.

Diari boleh disifatkan sebagai kempen pilihanraya. Astro seharusnya lebih adil dalam membuat promosi (baik atau buruk) untuk setiap pelajar supaya penonton mendapat cerita yang sebenar. Usaha meminggirkan sesetengah pelajar tidak wajar dilakukan. Contohnya apabila wujud khabar angin yang mengklasifikasikan Mila sebagai Juara Terancang.

Masa siaran agak bersesuaian tetapi masa siaran ulangan perlu ditukar untuk memberikan peluang kepada penonton yang bekerja lewat malam menonton Diari pada ulangan jam 11.30 malam seperti musim ke 3. Tempoh siaran selama satu jam agak memadai. Lebih menarik sekiranya dilakukan 30 minit untuk setiap episod tengahari dan malam. Penonton yang bekerja akan lebih tertanya-tanya dan perbualan berkenaan AF akan berterusan. Suasana chatters di @15 akan lebih hidup dan meriah kerana tempoh ingatan penonton dan keterujaan penonton pada episod yang sebelumnya tidak begitu panjang.

Siaran Diari tengahari boleh dikhaskan kepada sesi pembelajaran manakala siaran Diari malam boleh dimasukkan elemen-elemen kejutan yang berlaku di dalam Diari kerana jumlah penonton pada waktu malam adalah lebih besar. Siaran ulangan Diari tengahari boleh dilakukan pada jam 11.30 malam bersama episod Diari malam.

Kaedah pemilihan lagu oleh pelajar bagus untuk menonjolkan personaliti pelajar dan baik untuk Realiti TV kerana boleh menimbulkan konflik, drama dan tekanan. Penonton lebih suka lagu diberikan kepada pelajar. Kaedah pelajar memilih lagu sendiri boleh dilakukan tetapi berselang-seli dan bukannya seperti sekarang iaitu Minggu 1 – Minggu 7 memilih lagu sendiri dan kemudiannya mendapat lagu tugasan dari Pengetua. Kaedah pemilihan lagu mencipta daya saing di dalam Akademi dan pelajar seharusnya didedahkan oleh Tenaga Pengajar agar tidak membawakan lagu tersebut seperti penyanyi asalnya. Kaedah memberi lagu tugasan memberikan peluang kepada pelajar untuk menerokai kebolehan dan kemampuan mereka apabila ada di kalangan pelajar yang mendapat lagu yang bukan pilihan mereka.

Modul pembelajaran pada musim ini lebih menarik kerana banyak ilmu yang diturunkan kepada pelajar. Kelas Bahasa Inggeris dan Kelas Memasak perlu dikurangkan. Kelas Bahasa Inggeris perlu ada silibus yang menepati kehendak seorang pelajar yang dididik untuk menjadi seorang penghibur. Skil berkomunikasi adalah sesuatu yang penting dan perlu ada. Belajar mengenai anatomi tubuh badan dan kelas memasak perlu ditiadakan. Kelas Etika Sosial yang bagus adalah pada musim ke 2 bersama Puan Mahani Awang.

Pada musim ini siaran Diari banyak memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berkenaan. Cerita-cerita tersebut boleh disimpan untuk pelanggan AF Broadband. Penonton mahu melihat proses pembelajaran. Cerita-cerita santai boleh diselitkan sekiranya perlu dan amat penting. Penggunaan konsep cliffhanger sangat BAGUS untuk menampilkan elemen suspens kepada penonton.

Confession Room tidak perlu diadakan kerana ia tidak berfungsi pada musim ini. Ia agak bertindih dengan fungsi kamera di dalam Akademi (Mr.Cam). Untuk mengurangkan aksi-aksi pelajar berbicara dengan kamera, ia perlu ditiadakan dan hanya meninggalkan Confession Room sahaja. Rata-rata penonton telah muak dengan sikap suka bercakap dengan kamera kerana ianya pernah dilakukan oleh Farah (AF2).

Konsep Lampu Biru juga mencipta daya saing di antara pelajar dan juga penonton. Apabila ada di kalangan pelajar yang mendapat hadiah kerana berjaya mendapat empat lampu biru. Ia secara tidak langsung mencetuskan konflik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada peminat pelajar. Daya saing bukan sekadar wujud untuk pelajar tetapi juga kepada peminat pelajar.

Sesi santai pelajar seharusnya didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang positif di antara pelajar dan bukannya menyiarkan cerita-cerita negatif. Aktiviti kekeluargaan seperti kenduri, BBQ perlu diperbanyakkan lagi di musim akan datang. Contohnya penganjuran kenduri untuk Maulidur Rasul.

Modul pembelajaran Bahasa Inggeris perlu lebih bersifat global dan tidak sekadar cara penggunaannya sahaja. Antara kelas lain yang perlu diberikan perhatian ialah Kelas Komunikasi Media dan Tatarias.

Fungsi Penasihat Residen perlu bertindak sebagai abang/kakak kepada pelajar. Contoh Penasihat Residen yang baik ialah Kak Sherry. Abang Hasrul terlalu banyak melakukan provokasi terhadap pelajar dan sikap ini telah menyakitkan hati penonton. Ada juga bagusnya kerana apabila penonton sakit hati, undian akan meningkat.

Koreografi pada musim ini nampak tidak begitu meriah seperti musim 2 dan 3. Ia tidak begitu memberangsangkan.

Pengisian diari untuk musim ke 2 lebih mantap berbanding musim ke 5. Karektor pelajar pada musim ke 5 membuatkan pengisian diari menjadi baik kerana kehadiran pelajar-pelajar yang agak nakal di dalam kelas seperti Shawal, Ebi dan Dekna. Apabila Shawal dan Dekna tersingkir, diari seakan hilang seri. Cerita di dalam Diari lebih tertumpu kepada sesetengah pelajar seperti Shawal, Ebi dan Mila kerana mereka mempunyai karektor yang menarik berbanding pelajar lain.

Cerita di dalam Diari lebih memfokuskan kepada sub subjek dan masih banyak yang perlu dibaiki.

Sesuatu yang wajar dipuji pada musim ini apabila pakaian pelajar di dalam Diari musim ke 5 lebih sopan berbanding musim-musim yang lepas.

Team Produksi Diari perlu mengemaskan lagi kerja-kerja suntingan Diari agar cerita-cerita yang dipersembahkan melekat pada fikiran penonton. Penonton masih mengingati adegan Zahid & Kaer mengusik Farah dan adegan berbasikal antara Mas dan Kaer serta permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dalam AF2.

Diari pada hari Ahad terlalu banyak cerita-cerita yang berlaku pada hari Jumaat dan Sabtu. Oleh kerana tiada Imbasan pada musim ini, adalah lebih baik sekiranya pelajar yang tersingkir diberikan peluang untuk muncul di host-link Diari Ahad bersama Hos Program.

4.0 Debat
Topik perdebatan tiada yang menarik dan mampu untuk mencipta kontroversi. Aznil selaku moderator terlalu banyak melibatkan diri dalam perdebatan sebaliknya beliau patut menjadi perantara di antara dua pihak. Moderator perlu tahu menyeimbangkan pandangannya untuk kedua-dua belah pihak.

Tetamu jemputan yang terpilih untuk mewakili mana-mana pihak perlu tahu topik perbincangan dan berani menegakkan kebenarannya. Lebih sesuai sekiranya Debat AF ditukar kepada Forum AF.

Dibandingkan antara Debat dan Imbasan, ternyata penonton lebih menyukai Debat kerana mereka tidak begitu sukakan drama air mata di dalam Imbasan. Ada juga penonton yang masih menyukai Imbasan kerana mereka berpeluang untuk melihat kembali pelajar yang tersingkir dan mendengar kembali mereka membuat persembahan.

Topik perbincangan Debat AF perlu lebih menjurus kepada topik terhangat pada minggu tersebut atau minggu lepas. Debat juga boleh menjemput pelajar yang telah tersingkir dan dikorek cerita-cerita panas di dalam Diari. Dapatkan juga komen dari peminat atau pun orang luar berkenaan topik tersebut. Skop perbincangan di dalam Debat AF perlu diperluaskan kepada beberapa topik dan bukannya pada satu topik sahaja kerana ia akan membosankan. Contoh terbaik adalah AC Di Sini.

5.0 Konsert
5.1 Konsert Mingguan
Kualiti bunyi susunan muzik tidak begitu bagus. Walaupun pada musim ini pemilihan lagu untuk Konsert adalah sangat baik berbanding musim ke 4. Pada permulaan musim AF muzik sememangnya tahap polyphonic tetapi ada peningkatan pada kualiti muzik tersebut di pertengahan musim sehingga ke penghujung Konsert. Pengarah Muzik AF musim 3 & 4, Sham Kamikaze perlu dikembalikan ke dalam AF.

Ada juga baiknya kualiti muzik tidak begitu bagus di musim ke 4 kerana kehebatan muzik akan menutup kelemahan vokal pelajar. Pelajar sepatutnya lebih menyerlahkan mutu vokal mereka walaupun kualiti susunan muzik tidak bagus.

Penggunaan lagu tema Menuju Puncak yang asal sebenarnya telah menyelamatkan Konsert yang suram pada beberapa minggu. Lagu keramat tersebut mempunyai magik yang sukar ditafsirkan kepada penonton/peminat AF khasnya.

Pemilihan lagu perlu lebih menyeluruh dari zaman 40an ke zaman terkini. Pelajar perlu diberikan peluang yang adil untuk mempersembahkan sebarang jenis lagu pada minggu yang tidak begitu kritikal. Contoh ketidakadilan yang telah berlaku adalah apabila Shawal mendapat lagu Copacabana pada Minggu 9 yang mana lagu tersebut tidak begitu mesra di telinga penonton sedangkan pelajar lain mendapat lagu-lagu yang agak popular.

Pakaian dan solekan pelajar pada musim ini lebih baik berbanding musim-musim yang terdahulu kecuali Konsert Akhir. Salah satu sebabnya mungkin kerana pemberian lagu Konsert Akhir yang agak lewat.

Penggunaan Pengkritik Tetap sangat bagus kerana mereka membesar bersama peningkatan setiap pelajar.

Penggunaan lampu biru nampaknya banyak memberikan kesan negatif kepada penonton. Pilihan Pengkritik Tetap tidak disokong oleh piawaian yang jelas dan lebih kepada pilihan peribadi.

Menjemput selebriti terkemuka tanahair untuk memberikan nasihat kepada pelajar dalam salah satu Konsert agak membuang masa kerana ia boleh dilakukan di dalam Diari. Pada musim ini tidak banyak selebriti terkemuka yang hadir ke Akademi.

Lagu solo yang digunakan pada musim ini agak baik. Jika boleh diketepikan lagu-lagu dari Indonesia. Stok lagu di Malaysia agak banyak seperti lagu dari kumpulan Exists, Flop Poppy, Ekamatra, Nora, Norsheila Amin, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Zaiton Sameon, Fauziah Latiff, Aman Shah, DJ Dave dan lain-lain lagi. Astro harus menggunakan platform AF untuk memperkenalkan lagi lagu-lagu ciptaan rakyat Malaysia.

Kualiti Pengkritik Tetap pada musim ini adalah seperti berikut:
· Fauziah Latiff lebih bagus kerana sedar yang pelajar di hadapannya masih belajar dan telah memberikan lampu biru dengan lebih efektif.
· Hattan terlalu bias kepada pelajar perempuan.
· Fauziah Ahmad Daud agak over dan komen-komen dari beliau boleh mengelirukan pelajar kerana beliau banyak menggunakan jargon yang agak asing pada telinga pelajar.

Pengkritik Jemputan yang bagus adalah Loloq, Khairil Johari Johar dan Shafinaz. Siti Nurhaliza terlalu mengambil jalan selamat dalam memberikan komen. Mamat Khalid dan Salleh Yaacob tidak perlu dijemput lagi kerana tidak memberikan komen-komen yang membina untuk pelajar.

Pada musim akan datang dapatkan seorang Pengkritik Tetap yang tahu tentang vokal teknikal kerana AF asasnya adalah pertandingan nyanyian. Contoh terbaik ialah Syafinaz. Pengamal media turut boleh dijemput untuk melihat peluang jangka panjang mereka di dalam industri.

Ada juga di kalangan peminat yang merasakan penggunaan lampu biru mampu menyuntik semangat kepada pelajar untuk memberikan persembahan yang terbaik. Jika berlakunya pilih kasih dalam memberikan lampu biru, maka penonton tidak dapat dididik untuk mengenali persembahan yang bagus.

Konsert yang mempunyai Tema agak bagus kerana mampu untuk menerokai bakat sebenar pelajar pada satu-satu genre. Pada musim akan datang boleh dibuat Tema Lagu Jamal Abdillah, Lagu Sudirman, Lagu Rock, Lagu Evergreen 70an untuk melihat kreativiti pelajar dalam membuat persembahan.

Lokasi Konsert yang berbeza pada setiap minggu. Pada musim ke 3, AF pernah mengadakan konsert terbuka di Putrajaya.

Kualiti arahan kamera pada musim ini agak hambar. Shot kamera lebih banyak yang diambil pada jarak jauh dan persembahan pelajar di atas pentas nampak agak kecil. Adakalanya dipertontonkan shot-shot yang tidak perlu seperti kereta Toyota VIOS dan kakak Heliza. Pernah beberapa kali shot penonton ketawa kerana sesuatu yang menggelikan hati berlaku di atas pentas tetapi tidak ditayangkan. Pelanggan membayar untuk menonton pelajar dan bukannya menonton gelagat penonton.

Penonton mengharapkan agar pada musim yang ke 6, AF tidak dibuat pada musim perlawanan bola sepak masih berlangsung. Contoh World Cup dan European Champion League. Masa yang paling sesuai adalah pada bulan Mei.

Penjualan tiket Konsert Mingguan perlu diteruskan untuk musim yang seterusnya. Pembeli tiket konsert adalah peminat setia AF dan bukannya penerima tiket mingguan yang terdiri daripada penaja dan rakan-rakan korporat Astro.

5.2 Konsert Akhir
Arahan kamera pada Konsert Akhir agak hancur kerana terlalu jauh dan terlalu banyak pergerakan. Rekaan pentas yang agak besar juga telah menyebabkan persembahan pelajar menjadi terlalu kecil di peti televisyen. Catwalk yang ada sebenarnya telah memberikan depth kepada pentas dan persembahan pelajar menjadi terlalu kecil.

5.3 Pengkritik Tetap
Idea menghasilkan 3 orang Pengkritik Tetap sangat bagus kerana ia memberikan peluang untuk setiap seorang daripada mereka menilai peningkatan pelajar setiap minggu. Ia akan menjadi lebih baik sekiranya 2 Pengkritik Jemputan dijemput pada minggu-minggu awal untuk menyeimbangkan pandangan Pengkritik Tetap yang mungkin mempunyai unsur-unsur pilih kasih.

Pemilihan Pengkritik Tetap/Jemputan perlu dilakukan dengan lebih teliti supaya tidak timbul komen-komen kosong yang tidak memberikan apa-apa manafaat kepada pelajar. Contohnya Salleh Yaakob dan Mamat Khalid.

6.0 Microsite
Kandungan laman web rasmi AF pada musim ini lebih menarik. Ada stail dan meriah. Berpandukan konsep ala American Idol kerana terdapatnya Blog Gaya yang memberikan komen tentang pakaian pelajar serta Blog Pelajar yang mana pelayar internet boleh membaca coretan pelajar dari masa ke semasa. Gambar-gambar yang digunakan juga lebih cantik pada musim ini.

Tempoh kemaskini Blog Pelajar perlu dibuat lebih kerap dan masa nyata. Sesuatu isu yang dibincangkan oleh pelajar di dalam Blognya agak ketinggalan zaman. Pelajar perlu juga diyakinkan bahawa mereka dibenarkan berkongsi segala apa yang terbuku di dalam hati mereka dan bukannya sekadar bercerita tentang kelas yang mereka ikuti.

Kandungan Blog Gaya telah memberikan satu perspektif baru kepada penonton Akademi Fantasia. Penonton boleh mengetahui bagaimana kesusahan yang dialami oleh Team Produksi Pakaian dalam mendapatkan imej yang sesuai kepada setiap pelajar.

Pada musim yang akan datang, Blog Tenaga Produksi boleh dilakukan untuk penonton mendapatkan maklumat-maklumat di sebalik tabir yang tidak dapat ditonton di dalam siaran Diari, Konsert, Debat, AF Broadband atau mana-mana program berkaitan. Di dalam Blog tersebut, tenaga produksi boleh menjawab setiap gossip yang timbul berkenaan pelajar AF yang tersiar di dada-dada akhbar.

Update Diari Harian juga pada musim ini agak lewat berbanding pada musim lepas. Adakalanya ia dilakukan pada jam 6 petang.

Kebanyakkan ulasan Diari yang dibuat adalah berdasarkan pra Diari iaitu teaser kepada penonton untuk menonton Diari. Adalah lebih baik sekiranya turut diletakkan komen ulasan pasca Diari. Seorang Content Editor yang benar-benar telus diperlukan untuk tugas ini kerana sebagai manusia beliau juga mempunyai pilihan masing-masing.

Begitu juga untuk pra Konsert iaitu meletakkan pilihan persembahan sewaktu Rehearsal untuk penonton menjangkakan apa yang akan dipersembahkan pada hari Sabtu. Ulasan pasca Konsert juga perlu lebih menyeluruh kepada setiap pelajar dan bukannya hanya pada persembahan-persembahan yang tertentu sahaja.

7.0 Forum
Sebagai sebuah forum yang dikawa-lselia oleh Moderator, maka kandungan Forum Rasmi AF pada musim ini tidak begitu meriah. Konsep yang digunakan adalah pre-moderation. Pelayar internet lebih menggemari Forum Cari yang menggunakan konsep reactive moderation.

Moderator mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan posting-posting di forum menyebabkan topik perbincangan sudah terlalu basi dan ketinggalan zaman.

Sememangnya wajar untuk diedit komen-komen yang berbaur perkauman, kenegerian dan kata-kata caci yang melibatkan pelajar Akademi Fantasia.

Komuniti yang positif telah berjaya dibentuk melalui blog, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Berbeza dengan komuniti di Forum AF yang tidak berjaya membentuk komuniti kerana beberapa kekangan peraturan yang perlu dipatuhi. Contohnya forummer tidak dibenarkan meletakkan URL link dan alamat email. Kemeriahan Forum AF tidak dirasai kerana forumer turut tidak dibenarkan meletakkan imej. Forum nampak begitu kosong dan malap.

Kemunculan myspace, blog, laman web rasmi pelajar juga telah mematikan fungsi Forum AF itu sendiri. Kemeriahan lebih dirasai di laman luar dari Forum AF.

8.0 Blogs
Topik perbincangan di blog lebih menjurus kepada semua topik berkaitan Akademi Fantasia. Ini termasuklah blog sultanmuzaffar, klubbkidd, badrulaftersix, budiey, mrmanager dan lain-lain.
Komen-komen di blog lebih menjurus kepada pilihan peribadi pembaca blog dan mereka telah berkongsi pengalaman tersebut sejak 5 musim yang lepas. Komuniti yang positif telah berjaya dibentuk melalui beberapa blog.

Pada musim ini, laman web rasmi pelajar juga lebih cepat dibuat oleh peminat masing-masing. Peminat akan berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat serta merancang strategi di laman web rasmi pelajar masing-masing.

Jika terdapat Pengacara, Tenaga Pengajar atau Kakitangan Astro yang mempunyai blog dan meminati sesetengah pelajar adalah tidak wajar sekiranya mereka menunjukkan kecenderungan minat tersebut.

9.0 Broadband
Kandungan AF Broadband pada musim ini telah dikemaskinikan dengan pantas iaitu dalam tempoh 3 jam selepas rakaman di Akademi. Sesuatu yang wajar dipuji.

Beberapa kali telah berlaku masalah teknikal yang telah menyebabkan pelanggan servis tersebut marah dengan kejadian tersebut.

Kandungan AF Broadband boleh dipanjangkan walaupun selepas musim AF tamat. Aktiviti Juara dan Naib Juara boleh dilakukan dengan bantuan Maestro. AF Broadband perlukan kandungan-kandungan yang eksklusif untuk tontonan pelayar internet.

10.0 @15
Terlalu banyak komen-komen yang diterima dari chatters di @15.

11.0 VCD
Astro perlu menghasilkan VCD untuk Konsert 8, 9 dan Konsert Akhir. Jika perlu, Astro perlu mengeluarkan juga dalam satu VCD Persembahan Terbaik Pelajar seperti Al-Jannah, Kasihnya Laila, Bukan Diriku, Kesal, Pudar, My Heart, Korban Cinta, Perpisahan, Puncak Kasih, Drama & Aku Takkan Bersuara.

12.0 Bagaimana Menarik Penyertaan Bukan Melayu
Jika ada cadangan, sila berikan.

13.0 Diddy - Hilang (Audi Mok/Bash)
Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam dihatiku yang sepi

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu

Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Akan ku ubati…
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang

Bahagia kuidam bersamamu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku

Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu

Entri oleh sultanmuzaffar 27 May 2007 0 komen

Post Mortem Akademi Fantasia 5

Dokumen post-mortem AF5 masih dalam pembikinan. Saya akan postkan laporan tersebut di sini esok atau lusa atau tulat. Itu pun kalau siap lah.

Sekitar Wrap Party AF5

Image Hosted by ImageShack.us

Menuju Puncak

Image Hosted by ImageShack.us

Separa Anti Tak Pernah Fanatik Heliza bersama Heliza.
Takut pulak aku tengok mata dia macam dlm avatar. hahahaha
disclaimer : Gurau je!

Image Hosted by ImageShack.us

Fanatik Heliza bersama Heliza. Separa rapat !
Saya memang selalu gaduh dengan mamat ni hanya kerana menegakkan benang basah masing-masing. Aku dah letak gambar ko kat sini. Kau jangan ganggu hidup aku lagi.

Menuju Puncak

Image Hosted by ImageShack.us

Apa tah lagu diorang nyanyi !

Image Hosted by ImageShack.us

Bersama Juara AF5, Mila

Image Hosted by ImageShack.us

Bersama The One And Only Hos Akademi Fantasia 1-5

Image Hosted by ImageShack.us

Bersama Naib Juara AF5, Ebi

Image Hosted by ImageShack.us

Rizal bersama Cikgu Fatimah. Takde peminat ke Rizal ni ? hahahaha

Image Hosted by ImageShack.us

Juara AF5, Mila "I Will Always Love You"

Image Hosted by ImageShack.us

Bintang AF5
Ada yang takde pasal dah balik ataupun masih berbual di dalam. Bukan sengaja dibuang gambar mereka atau pun crop gambar mereka. "Jangan main tuduh-tuduh", Jeff dalam Ali Setan

Entri oleh sultanmuzaffar 25 May 2007 0 komen

Persona Bintang Akademi Fantasia 5

Kali pertama berkenalan dengan mereka adalah pada hari mereka mendaftar untuk rakaman audio. Waktu itu memang begitu terhad dan dilakukan dalam keadaan yang sembunyi-sembunyi kerana kelibat mereka tidak boleh kelihatan di mana-mana. Setiap laluan mereka disita dengan pita merah. Kalau pun pintu dibuka hanya sekejap sahaja. Buka pintu, tutup pintu. Buka pintu lain, jalan pun kena laju-laju. Masuk saja dalam bilik, duduk diam-diam. Memang parah waktu itu. Sekitar jam 8 malam hingga jam 5 pagi adalah untuk sesi Microsite dan Mobile. Waktu yang pendek itulah saya cuba untuk kenal seorang demi seorang.

Saya hanya akan bercerita yang penting-penting saja. Pandangan pertama terhadap Dekna jelas kelihatan beliau seorang yang masih takut-takut. Setiap soalan pasti ditanya untuk mendapat kepastian. Diya nampak seperti seorang yang peramah. Beliau yang banyak membantu saya mengingati nama setiap seorang pelajar perempuan sampai buat kuiz untuk membolehkan saya ingat seorang demi seorang. Klik Diya pada malam itu ialah Heliza. Dia pun banyak tolong. Memang kecoh sekejap bilik tersebut. Klik Diya dan Heliza pada malam itu memang menceriakan malam dan awal pagi tersebut. Itu sebab saya hairan bila itu tidak kelihatan di dalam Diari. Mungkin kerana ada kamera. Antara yang nampak pendiam dan tidak begitu berani untuk berbual ialah Mila dan Candy. Bila Noni sampai lagi happening !! Memang Noni memeriahkan malam tersebut pada mata yang semakin kuyu menahan rasa mengantuk. Fatin pula diingati kerana antara pelajar yang terlalu kurus.

Sementara pelajar lelaki pula Dafi antara yang paling banyak bertanya. Semua benda dia tanya walaupun dia dah tahu jawapannya. Memang ada jenis yang seperti ini. Dah tahu jawapan tapi sengaja tanya. Mungkin ada tujuan lain yang ingin dibuktikan. Bila sekali pandang memang nampak Dafi seorang pelajar yang akan kena buli dalam Akademi. Memang itulah yang menjadi kenyataan di dalam Akademi. Ebi pula personalitinya menarik. Dia duduk kat satu sudut. Diam membisu. Sepatah pun saya tak dengar keluar apa-apa dari mulut dia. Dengan rambut serabainya, jelas sifat misteri itu timbul pada Ebi. Cuba mencipta perbualan dengannya pun tidak menjadi sampai saya jadi bosan bila sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Berbeza dengan Rizal yang akan duduk berdekatan dan bertanya segala macam benda. Terover peramah pulak budak ni sampai naik rimas. Ada saja benda yang akan diceritakan oleh Rizal. Berbeza dengan Farha dan Afiq yang cuba mengelakkan sebarang perbualan dengan rakan-rakan yang lain. Mereka seakan menjauhkan diri dan mengelak untuk berbual. Itulah sebabnya Farha merupakan antara suspek utama saya untuk identiti TeNuK. Orang Forum Cari tahulah siapa TeNuK ni. Shawal pula merupakan seorang ketua pada malam tersebut. Sudah nampak sifat kepimpinan pada diri Shawal pada malam tersebut. Dalam kata lain, persona Shawal pada malam tersebut agak outstanding. Aizat pula seorang yang agak bubbly. Muka dia senyum memanjang. Aswad pula duduk diam dan hanya bertanya bila perlu. Aswad nampak macam takut-takut kerana mungkin masalah bahasa/loghat. Dia macam malu dengan loghat Penangnya. Saya pun satu. Suka sangat minta dia ulang apa yang dia tanya kerana tidak faham apa yang ditanya.


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Apa pula yang jadi selepas Akademi Fantasia ? Saya cerita yang baik-baik saja. Saya suka dengan perwatakan Aswad ! Tidak percaya ? Suka hati korang lah ! Bila berbual dengan dia saya rasa senang sekali. Banyak topik yang dibualkan. Kalau dulu dia rasa rendah diri dengan loghat negerinya, nampaknya kini dia sudah lebih selesa. Segala macam loghat-loghat negeri yang saya belajar. Ghoplah Jingga dan macam-macam lagi. Nana pun cakap Aswad memang happening. Ebi sudah boleh bersuara. Tapi apa yang dia cakap kena minta diulang sekali lagi. Tak dengar ! Dia macam cakap seorang diri. Tapi at least nak juga dia bersuara. Mila pula nampaknya telah digroom sebagai seorang Juara. Nak tak nak dia kena menjadi seorang Juara. Berpelaku sebagai seorang Juara. PR semua kena baik. Farha yang dulu tidak bersuara pun sudah boleh berbual benda-benda kosong. Dia pun dah nampak selesa cuma terlalu sopan lah pulak. Semua benda dia nak mintak kebenaran. Boleh ke itu ? Boleh ke ini ? Eh ! Buat je lah... Shawal pula masih terkejut dengan tepukan gemuruh yang dia dapat masa Konsert Akhir. Dia cuba juga nak berbual kalau perlu. Aizat sudah mengetahui apa yang berlaku sewaktu dia di dalam Akademi. Perbualan antara saya dengan Aizat berjalan seperti biasa. Tak payah cerita lebih lanjut, nanti banyak tukang cucuk yang menjalankan jarumnya kerana tidak senang duduk. Rizal pula masih sama macam dulu. Segala benda dia tanya sampai tak larat nak layan dia ni. Berdasarkan pemerhatian, saya lihat Dekna dan Mila antara bintang Akademi Fantasia yang disenangi para wartawan. Yang lain-lain tu nampak macam biasa saja. Oleh itu, siapa TeNuK ? (ketawa)

Entri oleh sultanmuzaffar 23 May 2007 0 komen

Anugerah Akademi Fantasia 5

A. Persembahan Konsert Paling Diingati
1. Mila & Ebi - My Heart
2. Mila - Pudar
3. Ebi - Bukan Diriku
4. Heliza - Kesal
5. Mila - Aku Takkan Bersuara
6. Aizat - Perpisahan
7. Ebi - Kasihnya Laila
8. Ebi - Al-Jannah
9. Aizat - La Camisa Negra
10. Aswad - Penyu Menangis

B. Adegan Paling Romantik Pilihan

C. Kejutan Pilihan

D. Persembahan Konsert Bukan Pilihan

Kalau ada kategori lain yang difikirkan sesuai, boleh tambah. Mdmee memang terror bila ada macam ini. Dalam pada itu, Bedah Siasat AF5 masih boleh diteruskan.

Aswad di ERA

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 22 May 2007 0 komen

Bedah Siasat Akademi Fantasia 5

Masih belum terlewat untuk melakukan bedah siasat untuk Akademi Fantasia 5. Saya sendiri dalam proses mengumpul bahan-bahan untuk dibincangkan pada penghujung minggu hadapan. Saya perlu mendapatkan persepsi penonton dan pandangan mereka.

Perbincangan boleh dibahagikan kepada beberapa topik utama. Boleh ditambah, sekiranya perlu untuk dibincangkan.

Tirai
Kualiti Pelajar
Kualiti Tenaga Pengajar
Pengetua ?

Hos
Persembahan
Pengganti Aznil : pilihan anda ?

Diari
Kandungan Cerita : Suntingan, tiada cerita menarik ?
Perlaksanaan : Masa siaran ? Lama siaran ?
Sensitiviti : Baling pinggan, urut kaki ?
Pilih Lagu/Beri Lagu
Penasihat Residen : Tukang provoke ?
Modul Pembelajaran : Kelas Inggeris, Pemakanan, Grooming, Pertahanan Diri?

Debat
Topik : Basi ?
Tetamu Jemputan :
Soalan AFDEBAT : Buang masa ?
Debat vs Imbasan : Mana pilihan anda ?

Konsert
Lagu : Menarik ? Bagus ? Tak mesra telinga ?
Susunan Muzik : Polifonik ?
Pakaian : Buruk ? Ada Style Lah !
Kerja Kamera : Jauh nak mati ? Meraban ?
Pengkritik Tetap (Ogy Ahmad Daud, Fauziah Latiff & Hattan)
Pengkritik Jemputan (Siti Nurhaliza, Mamat Khalid, Loloq dan lain-lain)
Lampu Biru : Bagus atau Bias ?

Microsite www.astro.com.my/akademi_fantasia
Kandungan : Informatif ?
Interaktiviti
Blog Pelajar
Blog Gaya

Forum
Kaedah Moderator
Terlalu diedit

Blogs Peminat
Topik Perbincangan

Ebi di Studio ERA

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2007 0 komen

Post Akademi Fantasia

Briefing di Akademi...
Bagaimana agaknya apabila berada di belakang cermin dan melihat gelagat mereka tanpa mereka sedar yang mereka sedang ditonton?

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Ini EBI punya !

Image Hosted by ImageShack.us

Ini pun EBI punya tapi imej lebih besar

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

EBI dengan majalah AKSI

Mila di ERA
Tadi Mila di Studio ERA. Riuh lah jugak studio ERA tu penuh dengan manusia. Memang gamat lah sekejap.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Entri oleh sultanmuzaffar 20 May 2007 0 komen

Ulasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 5

Image Hosted by ImageShack.us

Pusingan Pertama
Heliza - Cinta Boneka

Image Hosted by ImageShack.us

Saya mahu tergelak bila terbaca ada yang mengatakan Heliza macam nyamuk aedes. Dua kali pandang macam alien sesat di Area 51. Lupakan soal pakaian, persembahan vokal Heliza masih biasa. Kelainan letaknya pada vokalnya yang semakin kasar. Sejak membawa lagu Kesal, vokal Heliza seakan sudah pecah macam kanak-kanak baru akil baligh. Kalau diberikan peluang untuk mengasah vokalnya yang sebegini, pastinya akan lebih menyengat kerana Heliza nampaknya lebih sesuai untuk lagu-lagu sebegini. Ia perlu untuk membawakan lari jauh-jauh dari imej Datuk Siti Nurhaliza. Saya suka dengan konsep persembahannya. Penuh kreativiti. Berakhir dengan duduk di tepi pentas, mengingatkan saya kepada persembahan Pupus oleh Mawi.

Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti

Image Hosted by ImageShack.us

Vokal Aswad memang saya dengar jelas. Saya puas. Satu kekurangan Aswad ialah persembahannya membosankan. Aswad tidak berjaya untuk menangkap perhatian saya untuk menonton persembahannya, sekadar mendengarnya sahaja. Sudah berkali-kali ditegur tentang kreativiti dalam persembahan. Aswad kena tahu kreativiti penting dalam setiap persembahan. Tengok Sudirman Hj Arshad yang begitu popular kerana kreativitinya. Kalaulah vokal Aswad dan kreativiti Ebi digabungkan pasti meletup. Bayangkan selama-lamanya kita perlu menonton corak persembahan Aswad yang sama sahaja. Mawi pun dah pandai main silap mata untuk menaik-tambahkan nilai persembahannya.

Candy - Dedebu Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Vokal Candy terlalu kasar untuk lagu ini. Kurang latihan mungkin. Mungkin juga terlalu banyak latihan. Lagu yang sesedap ini menjadi lebih sedap didengar pada bahagian tinggi. Kalau pada nota rendah memang agak shacky. Satu lagi kekurangan Candy ialah wajahnya tidak begitu friendly. Beliau terlalu serius. Agak sukar untuk penonton meminatinya kerana personaliti semulajadi tersebut.

Ebi - Sinar Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Apabila mendapat lagu M.Nasir bukan satu tugas yang mudah. Lagu tersebut ada mirip-mirip lagu Lihatlah nyanyian Faizal. Persembahan vokal Ebi tidak seperti yang diharapkan. Sebelum ini pun ada ke yang boleh diharapkan ? Kekurangan utama Ebi ialah dia tidak melontarkan vokalnya dengan baik. Nampak terganggu benar persembahan Ebi. Kekuatan utama terletak pada pakej wajah yang ada pada beliau. Mempunyai tone yang sedap tanpa didikan yang betul, vokal tersebut tidak ke mana. Kalau dapat lagu yang baik tentu satu kelebihan untuk Ebi.

Mila - Persis Mutiara

Image Hosted by ImageShack.us

Wow ! Lagu tersebut memang typical Ajai. Ditambah dengan vokal Mila yang memang mantap malam tersebut, lagu tersebut menjadi lebih sedap. Mila antara pelajar yang menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari menjadi pelajar yang hampir tersingkir, kini Mila bergelar Juara ! Mila bawa lagu tersebut dengan begitu relaks tetapi sampai kepada penonton.

Pusingan Kedua
Aswad - Mata Hati Jiwa

Image Hosted by ImageShack.us

Bosan... Masih di takuk lama. Tiada kreativiti dalam persembahannya. Suatu yang boleh dibanggakan dalam persembahan Aswad ialah interaksinya dengan penari latar. Aswad sudah mula rasa selesa di pentas.

Heliza - Cinta Di Lautan Lalang

Image Hosted by ImageShack.us

Bagus ! Nyanyian Heliza agak baik dalam lagu ini.

Candy - Demam

Image Hosted by ImageShack.us

Bingit ! Bertenaga tetapi menyakitkan telinga.

Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang)

Image Hosted by ImageShack.us

Superb ! Dari aspek persembahan pentas. Dari aspek vokal Ebi kena cari lagu-lagu yang betul sesuai dengan dia.

Mila - Cinta Pura-Pura

Image Hosted by ImageShack.us

WOW ! Seluruh stadium memberikan tepukan paling gemuruh untuk Mila. Nak kata apa lagi ?

Tribute To Aznil

Image Hosted by ImageShack.us

Sudah 5 musim Aznil bersama AF. Ada yang belum puas. Ada yang sudah bosan. Masih banyak lagi yang belum digali. Beliau sudah berada di kelasnya yang tersendiri. Begitu juga dengan Akademi Fantasia. Mahu tidak mahu manusia perlu berhadapan dengan perubahan. Penonton perlu berani berhadapan dengan kejutan. Kalau ada musim akan datang, pasti perubahan tersebut akan sedikit mencanggungkan penonton. Itu pun kalau ada. Kalau boleh, berehatlah. Penatlah. Aznil begitu sinonim dengan AF. Sama ada mahu mengakuinya atau tidak, kita harus terima hakikat itu. Terima kasih kerana berjaya menceriakan, menghiburkan, mencetuskan duka dalam hidup penonton AF. Pelbagai emosi yang dirangkum menjadi satu dalam satu program unik bernama Akademi Fantasia.

Image Hosted by ImageShack.us

Keputusan

Image Hosted by ImageShack.us

Juara AF5 - Mila 32% (800,000 undian SMS)
Naib Juara AF5 - Ebi 26% (650,000 undian SMS)
Tempat Ketiga - Aswad 21% (525,000 undian SMS)
Tempat Keempat - Heliza 11% (275,000 undian SMS)
Tempat Kelima - Candy 9% (225,000 undian SMS)

Info SMS
Jumlah Keseluruhan Undian SMS : 6.6 juta
Malam Konsert Akhir AF5 : 1.9 juta
Minggu 10 (Ahad-Sabtu) : 600,000
Jumlah Keseluruhan Minggu 10 : 2.5 juta

Quote Dari Sidang Akhbar

Image Hosted by ImageShack.us

"Akademi Fantasia adalah program realiti terbaik yang ada di Malaysia." Roslan Aziz, Pengetua AF

"Mila mahu ucapkan terima kasih kepada Zana kerana menarik diri pada Minggu 1. Kalau tidak, Mila yang tersingkir pada minggu tersebut." Mila, Juara AF5

"Saya perlu berundur dari Akademi Fantasia dan Akademi Fantasia perlu bersedia untuk perubahan tersebut agar dapat meningkatkan lagi taraf Akademi Fantasia itu sendiri." Aznil Nawawi, Hos Akademi Fantasia

Persembahan Pilihan SM
Lagu Tugasan Cover Version
1. Mila - Cinta Pura-Pura - Ezlynn 10/10
2. Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara 9/10
3. Heliza - Cinta Boneka - D-Va 8/10
4. Aswad - Mata Hati Jiwa - Awie 7/10
5. Candy - Dedebu Cinta - Misha Omar 7/10

Lagu Tugasan Baru
1. Mila - Persis Mutiara 10/10
2. Heliza - Cinta Di Lautan Lalang 8/10
3. Candy - Demam 7/10
4. Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti 6/10
5. Ebi - Sinar Cinta 6/10

Akademi Fantasia musim 5 sudah pun tamat. Satu pengalaman paling berbeza musim ini kerana bekerja dengan pasukan yang kebanyakannya kali pertama mengendalikan dan menggerakkan produksi AF. Orang baru biasalah. Jika pada musim ke 4 saya hanya terlibat dari aspek publisiti internet, pada musim ini beralih ke perancangan media baru yang melibatkan undian, trend pengundian, kandungan internet dan interaktif serta laporan harian produksi. Memang pening kepala buat segala analisa. Kenapa, mengapa, bagaimana, isu berbangkit, perbualan dan segala macam persoalan yang perlu dirungkai. Puas ! Aznil Nawawi pun dah tiada di musim akan datang (sekiranya ada). Aznil pun tahu berhenti, saya saja yang tak tahu bila nak berhenti tulis tentang AF !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger