Blog Bedah Siasat Akademi Fantasia 5
Entri blog di bawah dikarang berdasarkan komen-komen yang telah diterima daripada penonton dan juga pembaca blog ini. Terima kasih diucapkan kerana memudahkan kerja-kerja saya. Inilah yang terfikir oleh saya buat setakat ini. Jika ada komen-komen tambahan, amatlah dialu-alukan. Mungkin juga ada submenu yang tertinggal untuk diperdebatkan. Saya juga memerlukan cadangan sekiranya ada untuk submenu 12.0 Bagaimana Menarik Penyertaan Bukan Melayu.
1.0 Tirai
1.1 Kualiti Pelajar
Hampir separuh daripada pelajar musim 5 sangat berkualiti tetapi tidak digarap kualiti mereka sepenuhnya. Kualiti mereka hampir sempurna dan mampu mengalahkan bintang-bintang musim lepas. Antara yang berpontensi untuk melangkah jauh ialah Shawal, Ebi, Heliza, Aizat, Aswad, Candy dan Mila. Penonton musim ini menganggap kualiti pelajar pada musim ini agak baik tetapi masih belum mampu menandingi kualiti pelajar musim 2.
Kombinasi personaliti pada pelajar musim ini lebih menarik. Mereka datang daripada pelbagai latarbelakang, dari seorang anak Datuk, nelayan, yatim piatu dan cacat anggota. Undian simpati dan undian benci telah menyebabkan AF musim ini lebih meriah. Ada di antara bakat mereka tidak dinilai berdasarkan kualiti tetapi melalui cerita-cerita yang dipersembahkan melalui Diari Harian. Satu percubaan yang bagus untuk team produksi yang telah berjaya mengubah impian bakat-bakat muda ini melalui proses latihan dari tenaga pengajar terlatih.
Bilangan pelajar agak ramai pada musim ini sekaligus mengelirukan penonton untuk memilih mereka yang benar-benar berbakat. Minggu-minggu awal merupakan minggu yang agak kritikal untuk setiap pelajar menonjolkan bakat yang mereka ada. Diharapkan pada musim akan datang bilangan pelajar dihadkan kepada 12-14 orang sahaja.
Rata-rata penonton berpegang kepada perkataan AKADEMI. Produksi perlu mengambil calon pelajar yang boleh menyanyi tetapi tanpa pengalaman yang luas dalam mana-mana pertandingan besar atau pun pernah bekerja di kelab malam.
Pemilihan pelajar tidak perlu meminggirkan kualiti vokal mereka walaupun mempunyai karektor yang menarik untuk Diari Harian. Keutamaan harus diberikan kepada kualiti vokal dan mempunyai bakat besar untuk pergi lebih jauh. Kredibiliti juri yang membuat pilihan awal akan dipertikaikan dan akhirnya pelajar akan dikritik hebat oleh Pengkritik Tetap mahu pun penonton.
Keutamaan harus juga diberikan kepada pelajar yang pernah atau sedang belajar di sekolah muzik. Ini secara tidak langsung akan memudahkan proses pembelajaran asas. Penonton pula akan dapat mendalami ilmu muzik lebih daripada sekadar bubbling dan pitching apabila segmen pembelajaran disiarkan.
1.2 Kualiti Tenaga Pengajar
Tenaga Pengajar musim 5 lebih menarik jika dinilai berdasarkan karektor mereka. Ada di antara mereka yang paling bagus dan paling mesra dengan pelajar. Hubungan mereka nampak agak akrab dengan pelajar.
Secara keseluruhan kualiti Tenaga Pengajar agak bagus pada musim ini cuma kualiti Guru Teknikal Vokal perlu ditingkatkan untuk membolehkan bakat nyanyian pelajar diterokai sepenuhnya. Contoh GuruTeknikal Vokal terbaik ialah Cikgu Siti Hajar.
Guru Bahasa Inggeris tidak banyak membantu pelajar sebaliknya Kelas Masakan pula yang lebih banyak disiarkan. Gabungan Cikgu Linda Jasmine dan Cikgu Raimee banyak membantu pelajar. Cikgu Syafi pula perlu tahu kelemahan pelajar dan berusaha memperbaikinya. Kelas Cikgu Fatimah terlalu kehilangan idea tidak seperti Cikgu Fauziah Nawi dan Cikgu Marlia Musa. Sudah sampai masanya Cikgu Fatimah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua. Aktiviti Kelas Cikgu Fatimah banyak diambil oleh Chedd yang bertindak sebagai Pelatih Pemanasan Vokal.
Koreografi tarian yang diajar kepada pelajar juga sudah agak ketinggalan zaman kerana usia Cikgu Linda bersama Akademi Fantasia sudah masuk tahun yang ke 5.
Fauziah Ahmad Daud yang kini merupakan Pengkritik Tetap perlu diberikan peluang untuk menjawat jawatan Pengetua atau pun sebagai Guru Persembahan Pentas.
Cadangan untuk Guru Vokal Teknikal wajar diberikan kepada Syafinaz atau Cikgu Siti Hajar.
Cadangan untuk Guru Bahasa Inggeris boleh digalas oleh Cikgu Fatimah Abu Bakar sekaligus memegang peranan sebagai Penasihat Motivasi Pelajar.
1.3 Kualiti Pengetua
Lebih menarik sekiranya Pengetua lebih banyak menghabiskan masa dengan pelajar. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik dan pengalaman tersebut perlu dikongsi dengan pelajar dan dipertontonkan kepada umum yang mahu mengetahui resam hidup dalam dunia penghibur. Karektor Roslan yang nampak garang akhirnya menjadi lebih lembut apabila berhadapan dengan pelajar dan terserlah sifat-sifatnya sebagai seorang ayah/abang kepada setiap pelajar. Terlalu banyak masa beliau dihabiskan di studio menyiapkan minus-one. Kerja-kerja minus one sepatutnya diberikan kepada tenaga pengajar lain. Contohnya Sham Kamikaze.
Ada di antara penonton yang mengharapkan seorang Pengetua dari kalangan professional wanita pula pada musim akan datang. Contoh, Anita Sarawak, Fatimah Abu Bakar atau Fauziah Ahmad Daud.Sebagai seorang Pengetua adalah tidak wajar baginya untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur pilih kasih lebih-lebih lagi sewaktu pertandingan masih berlangsung. Kenyataan siapakah Juara seharuskan tidak dihebahkan kepada akhbar/umum.
Pengetua tidak perlu memanjakan pelajar sebaliknya lebih tegas tetapi tidak bermakna terlalu garang. Pelajar perlu didedahkan kepada suasana industri hiburan yang sebenar-benarnya yang mana lebih bersifatkan siapa cepat dia dapat. Unsur persaingan antara artis/penghibur perlu ditanam sejak di dalam Akademi.
2.0 Hos
Tiada siapa pun yang mampu menggantikan Aznil Nawawi tetapi pembaharuan harus dilakukan. Antara calon-calon yang sesuai ialah Rosyam Nor, Sharifah Shahirah, Jimmy Shanley, Raja Azura, Awal Ashari, AC Mizal, Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim. Antara nama lain yang sesuai ialah Amy Mastura kerana perwatakannya yang gila-gila serta kelakar.
Turut dicadangkan ialah Abby Fana yang mampu membuatkan penonton menangis dan ketawa secara spontan. Ini dinilai berdasarkan kredibiliti beliau di radio dan televisyen. Turut dicadangkan ialah Halim Othman dan personaliti-personaliti radio seperti Khairil Rashid. Astro harus berani mengikut jejak langkah Media Prima yang habis-habisan mempromosikan personaliti radio mereka seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail (HotFM). Ia secara tidak langsung memberikan nilai tambah kepada kedua-dua medium yang berada di bawah satu bumbung.
Produksi harus mencuba untuk menggunakan personaliti-personaliti yang berbeza untuk setiap program Akademi Fantasia. Contohnya Diari (Sarimah Ibrahim), Debat (Linda Onn, Imbasan (AC Mizal) dan Konsert (Amy Mastura).
3.0 Diari
Fokus utama persembahan Diari Harian perlu lebih diutamakan kepada suasana pembelajaran dan selebihnya untuk personaliti. Sepatutnya kedua-dua elemen ini diseimbangkan untuk siaran penonton. Persembahan Diari pada musim ini agak menarik kerana kurangnya drama air-mata walaupun ada di kalangan penonton yang lebih menyukai drama air-mata seperti telenovela ini. Personaliti pelajar-pelajar lelaki lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran daripada berpeleseran bersama pelajar perempuan.
Diari boleh disifatkan sebagai kempen pilihanraya. Astro seharusnya lebih adil dalam membuat promosi (baik atau buruk) untuk setiap pelajar supaya penonton mendapat cerita yang sebenar. Usaha meminggirkan sesetengah pelajar tidak wajar dilakukan. Contohnya apabila wujud khabar angin yang mengklasifikasikan Mila sebagai Juara Terancang.
Masa siaran agak bersesuaian tetapi masa siaran ulangan perlu ditukar untuk memberikan peluang kepada penonton yang bekerja lewat malam menonton Diari pada ulangan jam 11.30 malam seperti musim ke 3. Tempoh siaran selama satu jam agak memadai. Lebih menarik sekiranya dilakukan 30 minit untuk setiap episod tengahari dan malam. Penonton yang bekerja akan lebih tertanya-tanya dan perbualan berkenaan AF akan berterusan. Suasana chatters di @15 akan lebih hidup dan meriah kerana tempoh ingatan penonton dan keterujaan penonton pada episod yang sebelumnya tidak begitu panjang.
Siaran Diari tengahari boleh dikhaskan kepada sesi pembelajaran manakala siaran Diari malam boleh dimasukkan elemen-elemen kejutan yang berlaku di dalam Diari kerana jumlah penonton pada waktu malam adalah lebih besar. Siaran ulangan Diari tengahari boleh dilakukan pada jam 11.30 malam bersama episod Diari malam.
Kaedah pemilihan lagu oleh pelajar bagus untuk menonjolkan personaliti pelajar dan baik untuk Realiti TV kerana boleh menimbulkan konflik, drama dan tekanan. Penonton lebih suka lagu diberikan kepada pelajar. Kaedah pelajar memilih lagu sendiri boleh dilakukan tetapi berselang-seli dan bukannya seperti sekarang iaitu Minggu 1 – Minggu 7 memilih lagu sendiri dan kemudiannya mendapat lagu tugasan dari Pengetua. Kaedah pemilihan lagu mencipta daya saing di dalam Akademi dan pelajar seharusnya didedahkan oleh Tenaga Pengajar agar tidak membawakan lagu tersebut seperti penyanyi asalnya. Kaedah memberi lagu tugasan memberikan peluang kepada pelajar untuk menerokai kebolehan dan kemampuan mereka apabila ada di kalangan pelajar yang mendapat lagu yang bukan pilihan mereka.
Modul pembelajaran pada musim ini lebih menarik kerana banyak ilmu yang diturunkan kepada pelajar. Kelas Bahasa Inggeris dan Kelas Memasak perlu dikurangkan. Kelas Bahasa Inggeris perlu ada silibus yang menepati kehendak seorang pelajar yang dididik untuk menjadi seorang penghibur. Skil berkomunikasi adalah sesuatu yang penting dan perlu ada. Belajar mengenai anatomi tubuh badan dan kelas memasak perlu ditiadakan. Kelas Etika Sosial yang bagus adalah pada musim ke 2 bersama Puan Mahani Awang.
Pada musim ini siaran Diari banyak memfokuskan kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berkenaan. Cerita-cerita tersebut boleh disimpan untuk pelanggan AF Broadband. Penonton mahu melihat proses pembelajaran. Cerita-cerita santai boleh diselitkan sekiranya perlu dan amat penting. Penggunaan konsep cliffhanger sangat BAGUS untuk menampilkan elemen suspens kepada penonton.
Confession Room tidak perlu diadakan kerana ia tidak berfungsi pada musim ini. Ia agak bertindih dengan fungsi kamera di dalam Akademi (Mr.Cam). Untuk mengurangkan aksi-aksi pelajar berbicara dengan kamera, ia perlu ditiadakan dan hanya meninggalkan Confession Room sahaja. Rata-rata penonton telah muak dengan sikap suka bercakap dengan kamera kerana ianya pernah dilakukan oleh Farah (AF2).
Konsep Lampu Biru juga mencipta daya saing di antara pelajar dan juga penonton. Apabila ada di kalangan pelajar yang mendapat hadiah kerana berjaya mendapat empat lampu biru. Ia secara tidak langsung mencetuskan konflik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada peminat pelajar. Daya saing bukan sekadar wujud untuk pelajar tetapi juga kepada peminat pelajar.
Sesi santai pelajar seharusnya didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang positif di antara pelajar dan bukannya menyiarkan cerita-cerita negatif. Aktiviti kekeluargaan seperti kenduri, BBQ perlu diperbanyakkan lagi di musim akan datang. Contohnya penganjuran kenduri untuk Maulidur Rasul.
Modul pembelajaran Bahasa Inggeris perlu lebih bersifat global dan tidak sekadar cara penggunaannya sahaja. Antara kelas lain yang perlu diberikan perhatian ialah Kelas Komunikasi Media dan Tatarias.
Fungsi Penasihat Residen perlu bertindak sebagai abang/kakak kepada pelajar. Contoh Penasihat Residen yang baik ialah Kak Sherry. Abang Hasrul terlalu banyak melakukan provokasi terhadap pelajar dan sikap ini telah menyakitkan hati penonton. Ada juga bagusnya kerana apabila penonton sakit hati, undian akan meningkat.
Koreografi pada musim ini nampak tidak begitu meriah seperti musim 2 dan 3. Ia tidak begitu memberangsangkan.
Pengisian diari untuk musim ke 2 lebih mantap berbanding musim ke 5. Karektor pelajar pada musim ke 5 membuatkan pengisian diari menjadi baik kerana kehadiran pelajar-pelajar yang agak nakal di dalam kelas seperti Shawal, Ebi dan Dekna. Apabila Shawal dan Dekna tersingkir, diari seakan hilang seri. Cerita di dalam Diari lebih tertumpu kepada sesetengah pelajar seperti Shawal, Ebi dan Mila kerana mereka mempunyai karektor yang menarik berbanding pelajar lain.
Cerita di dalam Diari lebih memfokuskan kepada sub subjek dan masih banyak yang perlu dibaiki.
Sesuatu yang wajar dipuji pada musim ini apabila pakaian pelajar di dalam Diari musim ke 5 lebih sopan berbanding musim-musim yang lepas.
Team Produksi Diari perlu mengemaskan lagi kerja-kerja suntingan Diari agar cerita-cerita yang dipersembahkan melekat pada fikiran penonton. Penonton masih mengingati adegan Zahid & Kaer mengusik Farah dan adegan berbasikal antara Mas dan Kaer serta permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dalam AF2.
Diari pada hari Ahad terlalu banyak cerita-cerita yang berlaku pada hari Jumaat dan Sabtu. Oleh kerana tiada Imbasan pada musim ini, adalah lebih baik sekiranya pelajar yang tersingkir diberikan peluang untuk muncul di host-link Diari Ahad bersama Hos Program.
4.0 Debat
Topik perdebatan tiada yang menarik dan mampu untuk mencipta kontroversi. Aznil selaku moderator terlalu banyak melibatkan diri dalam perdebatan sebaliknya beliau patut menjadi perantara di antara dua pihak. Moderator perlu tahu menyeimbangkan pandangannya untuk kedua-dua belah pihak.
Tetamu jemputan yang terpilih untuk mewakili mana-mana pihak perlu tahu topik perbincangan dan berani menegakkan kebenarannya. Lebih sesuai sekiranya Debat AF ditukar kepada Forum AF.
Dibandingkan antara Debat dan Imbasan, ternyata penonton lebih menyukai Debat kerana mereka tidak begitu sukakan drama air mata di dalam Imbasan. Ada juga penonton yang masih menyukai Imbasan kerana mereka berpeluang untuk melihat kembali pelajar yang tersingkir dan mendengar kembali mereka membuat persembahan.
Topik perbincangan Debat AF perlu lebih menjurus kepada topik terhangat pada minggu tersebut atau minggu lepas. Debat juga boleh menjemput pelajar yang telah tersingkir dan dikorek cerita-cerita panas di dalam Diari. Dapatkan juga komen dari peminat atau pun orang luar berkenaan topik tersebut. Skop perbincangan di dalam Debat AF perlu diperluaskan kepada beberapa topik dan bukannya pada satu topik sahaja kerana ia akan membosankan. Contoh terbaik adalah AC Di Sini.
5.0 Konsert
5.1 Konsert Mingguan
Kualiti bunyi susunan muzik tidak begitu bagus. Walaupun pada musim ini pemilihan lagu untuk Konsert adalah sangat baik berbanding musim ke 4. Pada permulaan musim AF muzik sememangnya tahap polyphonic tetapi ada peningkatan pada kualiti muzik tersebut di pertengahan musim sehingga ke penghujung Konsert. Pengarah Muzik AF musim 3 & 4, Sham Kamikaze perlu dikembalikan ke dalam AF.
Ada juga baiknya kualiti muzik tidak begitu bagus di musim ke 4 kerana kehebatan muzik akan menutup kelemahan vokal pelajar. Pelajar sepatutnya lebih menyerlahkan mutu vokal mereka walaupun kualiti susunan muzik tidak bagus.
Penggunaan lagu tema Menuju Puncak yang asal sebenarnya telah menyelamatkan Konsert yang suram pada beberapa minggu. Lagu keramat tersebut mempunyai magik yang sukar ditafsirkan kepada penonton/peminat AF khasnya.
Pemilihan lagu perlu lebih menyeluruh dari zaman 40an ke zaman terkini. Pelajar perlu diberikan peluang yang adil untuk mempersembahkan sebarang jenis lagu pada minggu yang tidak begitu kritikal. Contoh ketidakadilan yang telah berlaku adalah apabila Shawal mendapat lagu Copacabana pada Minggu 9 yang mana lagu tersebut tidak begitu mesra di telinga penonton sedangkan pelajar lain mendapat lagu-lagu yang agak popular.
Pakaian dan solekan pelajar pada musim ini lebih baik berbanding musim-musim yang terdahulu kecuali Konsert Akhir. Salah satu sebabnya mungkin kerana pemberian lagu Konsert Akhir yang agak lewat.
Penggunaan Pengkritik Tetap sangat bagus kerana mereka membesar bersama peningkatan setiap pelajar.
Penggunaan lampu biru nampaknya banyak memberikan kesan negatif kepada penonton. Pilihan Pengkritik Tetap tidak disokong oleh piawaian yang jelas dan lebih kepada pilihan peribadi.
Menjemput selebriti terkemuka tanahair untuk memberikan nasihat kepada pelajar dalam salah satu Konsert agak membuang masa kerana ia boleh dilakukan di dalam Diari. Pada musim ini tidak banyak selebriti terkemuka yang hadir ke Akademi.
Lagu solo yang digunakan pada musim ini agak baik. Jika boleh diketepikan lagu-lagu dari Indonesia. Stok lagu di Malaysia agak banyak seperti lagu dari kumpulan Exists, Flop Poppy, Ekamatra, Nora, Norsheila Amin, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Zaiton Sameon, Fauziah Latiff, Aman Shah, DJ Dave dan lain-lain lagi. Astro harus menggunakan platform AF untuk memperkenalkan lagi lagu-lagu ciptaan rakyat Malaysia.
Kualiti Pengkritik Tetap pada musim ini adalah seperti berikut:
· Fauziah Latiff lebih bagus kerana sedar yang pelajar di hadapannya masih belajar dan telah memberikan lampu biru dengan lebih efektif.
· Hattan terlalu bias kepada pelajar perempuan.
· Fauziah Ahmad Daud agak over dan komen-komen dari beliau boleh mengelirukan pelajar kerana beliau banyak menggunakan jargon yang agak asing pada telinga pelajar.
Pengkritik Jemputan yang bagus adalah Loloq, Khairil Johari Johar dan Shafinaz. Siti Nurhaliza terlalu mengambil jalan selamat dalam memberikan komen. Mamat Khalid dan Salleh Yaacob tidak perlu dijemput lagi kerana tidak memberikan komen-komen yang membina untuk pelajar.
Pada musim akan datang dapatkan seorang Pengkritik Tetap yang tahu tentang vokal teknikal kerana AF asasnya adalah pertandingan nyanyian. Contoh terbaik ialah Syafinaz. Pengamal media turut boleh dijemput untuk melihat peluang jangka panjang mereka di dalam industri.
Ada juga di kalangan peminat yang merasakan penggunaan lampu biru mampu menyuntik semangat kepada pelajar untuk memberikan persembahan yang terbaik. Jika berlakunya pilih kasih dalam memberikan lampu biru, maka penonton tidak dapat dididik untuk mengenali persembahan yang bagus.
Konsert yang mempunyai Tema agak bagus kerana mampu untuk menerokai bakat sebenar pelajar pada satu-satu genre. Pada musim akan datang boleh dibuat Tema Lagu Jamal Abdillah, Lagu Sudirman, Lagu Rock, Lagu Evergreen 70an untuk melihat kreativiti pelajar dalam membuat persembahan.
Lokasi Konsert yang berbeza pada setiap minggu. Pada musim ke 3, AF pernah mengadakan konsert terbuka di Putrajaya.
Kualiti arahan kamera pada musim ini agak hambar. Shot kamera lebih banyak yang diambil pada jarak jauh dan persembahan pelajar di atas pentas nampak agak kecil. Adakalanya dipertontonkan shot-shot yang tidak perlu seperti kereta Toyota VIOS dan kakak Heliza. Pernah beberapa kali shot penonton ketawa kerana sesuatu yang menggelikan hati berlaku di atas pentas tetapi tidak ditayangkan. Pelanggan membayar untuk menonton pelajar dan bukannya menonton gelagat penonton.
Penonton mengharapkan agar pada musim yang ke 6, AF tidak dibuat pada musim perlawanan bola sepak masih berlangsung. Contoh World Cup dan European Champion League. Masa yang paling sesuai adalah pada bulan Mei.
Penjualan tiket Konsert Mingguan perlu diteruskan untuk musim yang seterusnya. Pembeli tiket konsert adalah peminat setia AF dan bukannya penerima tiket mingguan yang terdiri daripada penaja dan rakan-rakan korporat Astro.
5.2 Konsert Akhir
Arahan kamera pada Konsert Akhir agak hancur kerana terlalu jauh dan terlalu banyak pergerakan. Rekaan pentas yang agak besar juga telah menyebabkan persembahan pelajar menjadi terlalu kecil di peti televisyen. Catwalk yang ada sebenarnya telah memberikan depth kepada pentas dan persembahan pelajar menjadi terlalu kecil.
5.3 Pengkritik Tetap
Idea menghasilkan 3 orang Pengkritik Tetap sangat bagus kerana ia memberikan peluang untuk setiap seorang daripada mereka menilai peningkatan pelajar setiap minggu. Ia akan menjadi lebih baik sekiranya 2 Pengkritik Jemputan dijemput pada minggu-minggu awal untuk menyeimbangkan pandangan Pengkritik Tetap yang mungkin mempunyai unsur-unsur pilih kasih.
Pemilihan Pengkritik Tetap/Jemputan perlu dilakukan dengan lebih teliti supaya tidak timbul komen-komen kosong yang tidak memberikan apa-apa manafaat kepada pelajar. Contohnya Salleh Yaakob dan Mamat Khalid.
6.0 Microsite
Kandungan laman web rasmi AF pada musim ini lebih menarik. Ada stail dan meriah. Berpandukan konsep ala American Idol kerana terdapatnya Blog Gaya yang memberikan komen tentang pakaian pelajar serta Blog Pelajar yang mana pelayar internet boleh membaca coretan pelajar dari masa ke semasa. Gambar-gambar yang digunakan juga lebih cantik pada musim ini.
Tempoh kemaskini Blog Pelajar perlu dibuat lebih kerap dan masa nyata. Sesuatu isu yang dibincangkan oleh pelajar di dalam Blognya agak ketinggalan zaman. Pelajar perlu juga diyakinkan bahawa mereka dibenarkan berkongsi segala apa yang terbuku di dalam hati mereka dan bukannya sekadar bercerita tentang kelas yang mereka ikuti.
Kandungan Blog Gaya telah memberikan satu perspektif baru kepada penonton Akademi Fantasia. Penonton boleh mengetahui bagaimana kesusahan yang dialami oleh Team Produksi Pakaian dalam mendapatkan imej yang sesuai kepada setiap pelajar.
Pada musim yang akan datang, Blog Tenaga Produksi boleh dilakukan untuk penonton mendapatkan maklumat-maklumat di sebalik tabir yang tidak dapat ditonton di dalam siaran Diari, Konsert, Debat, AF Broadband atau mana-mana program berkaitan. Di dalam Blog tersebut, tenaga produksi boleh menjawab setiap gossip yang timbul berkenaan pelajar AF yang tersiar di dada-dada akhbar.
Update Diari Harian juga pada musim ini agak lewat berbanding pada musim lepas. Adakalanya ia dilakukan pada jam 6 petang.
Kebanyakkan ulasan Diari yang dibuat adalah berdasarkan pra Diari iaitu teaser kepada penonton untuk menonton Diari. Adalah lebih baik sekiranya turut diletakkan komen ulasan pasca Diari. Seorang Content Editor yang benar-benar telus diperlukan untuk tugas ini kerana sebagai manusia beliau juga mempunyai pilihan masing-masing.
Begitu juga untuk pra Konsert iaitu meletakkan pilihan persembahan sewaktu Rehearsal untuk penonton menjangkakan apa yang akan dipersembahkan pada hari Sabtu. Ulasan pasca Konsert juga perlu lebih menyeluruh kepada setiap pelajar dan bukannya hanya pada persembahan-persembahan yang tertentu sahaja.
7.0 Forum
Sebagai sebuah forum yang dikawa-lselia oleh Moderator, maka kandungan Forum Rasmi AF pada musim ini tidak begitu meriah. Konsep yang digunakan adalah pre-moderation. Pelayar internet lebih menggemari Forum Cari yang menggunakan konsep reactive moderation.
Moderator mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan posting-posting di forum menyebabkan topik perbincangan sudah terlalu basi dan ketinggalan zaman.
Sememangnya wajar untuk diedit komen-komen yang berbaur perkauman, kenegerian dan kata-kata caci yang melibatkan pelajar Akademi Fantasia.
Komuniti yang positif telah berjaya dibentuk melalui blog, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Berbeza dengan komuniti di Forum AF yang tidak berjaya membentuk komuniti kerana beberapa kekangan peraturan yang perlu dipatuhi. Contohnya forummer tidak dibenarkan meletakkan URL link dan alamat email. Kemeriahan Forum AF tidak dirasai kerana forumer turut tidak dibenarkan meletakkan imej. Forum nampak begitu kosong dan malap.
Kemunculan myspace, blog, laman web rasmi pelajar juga telah mematikan fungsi Forum AF itu sendiri. Kemeriahan lebih dirasai di laman luar dari Forum AF.
8.0 Blogs
Topik perbincangan di blog lebih menjurus kepada semua topik berkaitan Akademi Fantasia. Ini termasuklah blog sultanmuzaffar, klubbkidd, badrulaftersix, budiey, mrmanager dan lain-lain.
Komen-komen di blog lebih menjurus kepada pilihan peribadi pembaca blog dan mereka telah berkongsi pengalaman tersebut sejak 5 musim yang lepas. Komuniti yang positif telah berjaya dibentuk melalui beberapa blog.
Pada musim ini, laman web rasmi pelajar juga lebih cepat dibuat oleh peminat masing-masing. Peminat akan berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat serta merancang strategi di laman web rasmi pelajar masing-masing.
Jika terdapat Pengacara, Tenaga Pengajar atau Kakitangan Astro yang mempunyai blog dan meminati sesetengah pelajar adalah tidak wajar sekiranya mereka menunjukkan kecenderungan minat tersebut.
9.0 Broadband
Kandungan AF Broadband pada musim ini telah dikemaskinikan dengan pantas iaitu dalam tempoh 3 jam selepas rakaman di Akademi. Sesuatu yang wajar dipuji.
Beberapa kali telah berlaku masalah teknikal yang telah menyebabkan pelanggan servis tersebut marah dengan kejadian tersebut.
Kandungan AF Broadband boleh dipanjangkan walaupun selepas musim AF tamat. Aktiviti Juara dan Naib Juara boleh dilakukan dengan bantuan Maestro. AF Broadband perlukan kandungan-kandungan yang eksklusif untuk tontonan pelayar internet.
10.0 @15
Terlalu banyak komen-komen yang diterima dari chatters di @15.
11.0 VCD
Astro perlu menghasilkan VCD untuk Konsert 8, 9 dan Konsert Akhir. Jika perlu, Astro perlu mengeluarkan juga dalam satu VCD Persembahan Terbaik Pelajar seperti Al-Jannah, Kasihnya Laila, Bukan Diriku, Kesal, Pudar, My Heart, Korban Cinta, Perpisahan, Puncak Kasih, Drama & Aku Takkan Bersuara.
12.0 Bagaimana Menarik Penyertaan Bukan Melayu
Jika ada cadangan, sila berikan.
13.0 Diddy - Hilang (Audi Mok/Bash)
Tiada pernah aku menduga
Kasih kau pergi tinggalku sendiri
Dusta cinta mengeruh jiwa
Pedihnya mencengkam dihatiku yang sepi
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku
Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu
Malam dingin ku sendirian
Berteman rindu mimpi yang keliru
Sayang musnah tak kesampaian
Hanya derita rundung duka membelenggu
Sangkaku kasih selamanya
Janjimu setia di hatiku
Seribu penyesalan
Hilang harapan ku impikan
Bahagia kuidam bersamamu
Kasih yang kuserahkan
Hilang meredah luka dalam
Hatiku luluh parah keranamu
Akan ku ubati…
Kasih yang pergi dari sisi
Takkan ku biarkan ia
Terus terluka, musnah dan hilang

0 komen