Kali pertama berkenalan dengan mereka adalah pada hari mereka mendaftar untuk rakaman audio. Waktu itu memang begitu terhad dan dilakukan dalam keadaan yang sembunyi-sembunyi kerana kelibat mereka tidak boleh kelihatan di mana-mana. Setiap laluan mereka disita dengan pita merah. Kalau pun pintu dibuka hanya sekejap sahaja. Buka pintu, tutup pintu. Buka pintu lain, jalan pun kena laju-laju. Masuk saja dalam bilik, duduk diam-diam. Memang parah waktu itu. Sekitar jam 8 malam hingga jam 5 pagi adalah untuk sesi Microsite dan Mobile. Waktu yang pendek itulah saya cuba untuk kenal seorang demi seorang.
Saya hanya akan bercerita yang penting-penting saja. Pandangan pertama terhadap Dekna jelas kelihatan beliau seorang yang masih takut-takut. Setiap soalan pasti ditanya untuk mendapat kepastian. Diya nampak seperti seorang yang peramah. Beliau yang banyak membantu saya mengingati nama setiap seorang pelajar perempuan sampai buat kuiz untuk membolehkan saya ingat seorang demi seorang. Klik Diya pada malam itu ialah Heliza. Dia pun banyak tolong. Memang kecoh sekejap bilik tersebut. Klik Diya dan Heliza pada malam itu memang menceriakan malam dan awal pagi tersebut. Itu sebab saya hairan bila itu tidak kelihatan di dalam Diari. Mungkin kerana ada kamera. Antara yang nampak pendiam dan tidak begitu berani untuk berbual ialah Mila dan Candy. Bila Noni sampai lagi happening !! Memang Noni memeriahkan malam tersebut pada mata yang semakin kuyu menahan rasa mengantuk. Fatin pula diingati kerana antara pelajar yang terlalu kurus.
Sementara pelajar lelaki pula Dafi antara yang paling banyak bertanya. Semua benda dia tanya walaupun dia dah tahu jawapannya. Memang ada jenis yang seperti ini. Dah tahu jawapan tapi sengaja tanya. Mungkin ada tujuan lain yang ingin dibuktikan. Bila sekali pandang memang nampak Dafi seorang pelajar yang akan kena buli dalam Akademi. Memang itulah yang menjadi kenyataan di dalam Akademi. Ebi pula personalitinya menarik. Dia duduk kat satu sudut. Diam membisu. Sepatah pun saya tak dengar keluar apa-apa dari mulut dia. Dengan rambut serabainya, jelas sifat misteri itu timbul pada Ebi. Cuba mencipta perbualan dengannya pun tidak menjadi sampai saya jadi bosan bila sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Berbeza dengan Rizal yang akan duduk berdekatan dan bertanya segala macam benda. Terover peramah pulak budak ni sampai naik rimas. Ada saja benda yang akan diceritakan oleh Rizal. Berbeza dengan Farha dan Afiq yang cuba mengelakkan sebarang perbualan dengan rakan-rakan yang lain. Mereka seakan menjauhkan diri dan mengelak untuk berbual. Itulah sebabnya Farha merupakan antara suspek utama saya untuk identiti TeNuK. Orang Forum Cari tahulah siapa TeNuK ni. Shawal pula merupakan seorang ketua pada malam tersebut. Sudah nampak sifat kepimpinan pada diri Shawal pada malam tersebut. Dalam kata lain, persona Shawal pada malam tersebut agak outstanding. Aizat pula seorang yang agak bubbly. Muka dia senyum memanjang. Aswad pula duduk diam dan hanya bertanya bila perlu. Aswad nampak macam takut-takut kerana mungkin masalah bahasa/loghat. Dia macam malu dengan loghat Penangnya. Saya pun satu. Suka sangat minta dia ulang apa yang dia tanya kerana tidak faham apa yang ditanya.
Apa pula yang jadi selepas Akademi Fantasia ? Saya cerita yang baik-baik saja. Saya suka dengan perwatakan Aswad ! Tidak percaya ? Suka hati korang lah ! Bila berbual dengan dia saya rasa senang sekali. Banyak topik yang dibualkan. Kalau dulu dia rasa rendah diri dengan loghat negerinya, nampaknya kini dia sudah lebih selesa. Segala macam loghat-loghat negeri yang saya belajar. Ghoplah Jingga dan macam-macam lagi. Nana pun cakap Aswad memang happening. Ebi sudah boleh bersuara. Tapi apa yang dia cakap kena minta diulang sekali lagi. Tak dengar ! Dia macam cakap seorang diri. Tapi at least nak juga dia bersuara. Mila pula nampaknya telah digroom sebagai seorang Juara. Nak tak nak dia kena menjadi seorang Juara. Berpelaku sebagai seorang Juara. PR semua kena baik. Farha yang dulu tidak bersuara pun sudah boleh berbual benda-benda kosong. Dia pun dah nampak selesa cuma terlalu sopan lah pulak. Semua benda dia nak mintak kebenaran. Boleh ke itu ? Boleh ke ini ? Eh ! Buat je lah... Shawal pula masih terkejut dengan tepukan gemuruh yang dia dapat masa Konsert Akhir. Dia cuba juga nak berbual kalau perlu. Aizat sudah mengetahui apa yang berlaku sewaktu dia di dalam Akademi. Perbualan antara saya dengan Aizat berjalan seperti biasa. Tak payah cerita lebih lanjut, nanti banyak tukang cucuk yang menjalankan jarumnya kerana tidak senang duduk. Rizal pula masih sama macam dulu. Segala benda dia tanya sampai tak larat nak layan dia ni. Berdasarkan pemerhatian, saya lihat Dekna dan Mila antara bintang Akademi Fantasia yang disenangi para wartawan. Yang lain-lain tu nampak macam biasa saja. Oleh itu, siapa TeNuK ? (ketawa)
0 komen