Semangat Kutub Utara
Seorang lagi tetamu VIP dibawa masuk ke Akademi Fantasia untuk menaikkan semangat finalis Akademi Fantasia musim ini. Tetamu VIP yang dimaksudkan ialah Sharifah Mazlinda yang pernah menjejakkan kakinya di Kutub Utara. Bersesuaian dengan konsep Menuju Puncak Akademi Fantasia, relevan kehadirannya amat penting kepada para finalis. Untuk mereka, ini bidang mereka. Mereka harus melakukan yang terbaik dan tidak mudah putus asa. Tidak seperti musim-musim yang terdahulu, rata-rata yang hadir melawat para finalis di Akademi adalah para selebriti dalam bidang hiburan berbanding pada musim ini yang lebih memberikan peluang kepada tokoh-tokoh negara yang dihormati. Satu pembaharuan yang boleh saya sifatkan positif. Bukan mudah untuk mereka meluangkan masa dan lebih-lebih untuk sebuah program realiti tv seperti Akademi Fantasia.
Sementara itu dalam Kelas Tambahan bersama Dr.Fazley, para finalis didedahkan dengan cara-cara menjawab soalan wartawan. Memang ramai yang nampak mudah tetapi sebenarnya amat sukar untuk mereka yang begitu naïf dan pertama kali menghadap para wartawan yang sememangnya dikenali dengan sifat ingin tahu dan cuba sedaya-upaya mereka mengorek cerita belakang tabir.
Bayangkan untuk pelajar yang tersingkir sahaja, masa selama satu jam diperlukan untuk menerangkan kepada mereka serta melatih mereka menjawab soalan-soalan wartawan sebelum melangkah masuk ke bilik di mana berlangsungnya siding akhbar. Lebih lama diperlukan untuk pelajar-pelajar bermasalah seperti Dekna dan Rizal yang mempunyai cerita-cerita menarik untuk dikorek dari dalam Diari/Konsert. Dalam masa satu jam itu mereka diasak dengan pelbagai soalan dari pelbagai pihak untuk menilai sejauh mana keberkesanan jawapan-jawapan mereka. Kalau dapat soalan begini, apa nak jawab. Macam yang Shawal kena. Kalau ditanya “siapakah wanita bertudung yang duduk di sebelah adik Shawal minggu lepas?”, apa yang perlu dijawab. Takut juga kalau-kalau mereka ini tersalah jawab.
Oleh itu, masa yang diberikan untuk Dr.Fazley bertemu para finalis dan melatih mereka amat dialu-alukan. Itulah saja masa yang ada. Mereka dilatih walaupun tanpa situasi yang sebenar. Kalau macam Aswad, pasti sudah ramai yang ingin bertanyakan sama ada benarkah Aswad sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kalau macam Ebi, pasti ada yang mahu mendapatkan penjelasan Ebi berkenaan kerakyatannya. Mungkin juga mereka ingin mendapatkan penjelasan daripada pelajar sendiri tentang misteri kehilangan yang berlaku di Akademi Fantasia. Kadang-kadang bila sidang akhbar, memang ramai yang tidak senang duduk dibuatnya.
Beberapa sesi latihan finalis bersama tenaga pengajar telah pun dijalankan. Sebenarnya saya lebih gemar menonton Diari Extended untuk minggu-minggu yang terakhir kerana dapat menonton latihan mereka secara penuh. Lebih-lebih lagi dengan lagu-lagu tugasan baru yang memang belum pernah didengari sebelum ini. Hanya melalui menonton Diari Extended saya baru dapat menilai lagu-lagu mereka.
Memang agak janggal bila pada musim ini tajuk-tajuk lagu seakan tidak diumumkan kepada penonton seperti biasa pada hari Isnin. Hari ini sudah hari Rabu tetapi penonton masih tidak mengetahuinya. Penonton yang boleh melayari laman web sudah pun mengetahui tajuk-tajuk lagu mereka, juga dengan bait-bait lirik lagu tersebut.
Bila diulang berkali-kali dalam Diari Extended beberapa lirik juga telah ditukar bila komposer-komposer mula masuk ke dalam Akademi. Oh ! Ini dalam Diari esok.
Tatarias para finalis juga nampaknya telah ditukar. Apakah perubahan itu memberikan kesan kepada penonton?

0 komen