Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Membiak Batu Karang di Pulau Sipadan

Entri oleh sultanmuzaffar 19 July 2010 View Comments





Saya pasti akan mengingati kenangan ini sebagai salah satu kenangan paling manis di Astro. Peluang membiakkan batu karang merupakan peluang yang jarang diperolehi. Bersama 20 penyelam skuba kakitangan Astro, peluang itu saya perolehi awal tahun ini. Sewaktu berada di Mabul, saya turut dikejutkan dengan panggilan telefon berkali-kali dari Ashwad Ismail, wartawan kanan Astro AWANI. Rupa-rupanya sewaktu berada di sekitar Pulau Sipadan, Kedutaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada rakyatnya agar berhati-hati dengan serangan pengganas Abu Sayyaf. Puak Abu Sayyaf sememangnya cukup sinonim dengan Pulau Sipadan. Saya diminta untuk melaporkan keadaan di Pulau Sipadan dan sekitarnya setelah amaran itu dikeluarkan. Ia satu pengalaman yang juga sukar untuk dilupakan.

Lirik Program Realiti Keynote

Entri oleh sultanmuzaffar 12 July 2010 View Comments

Kembara Lara (Minggu 2)
Lagu : Nomad
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Siti Nordiana


Verse
Kau kembara damai buka mata dunia
Rentas sempadan Armada oh Pembebasan Gaza
Tinggalkan segala rasa rasa curiga
Rempuh sempadan Armada oh Pembebasan Gaza

Semangat kental, celikkan dunia (2x)

Pre-Chorus
Aku setia menunggumu
Menyimpan harapan menggunung tinggi
Aku rela menantimu
Walau badai melanda setia di sini

Chorus
Kau rasai derita yang berpanjangan tak berpenghujung
Walau hajatmu tak sampai perjuanganmu masih disanjung
Tanpa kau sedari kini kau perwira di mata dunia
Dan tanpa kau sedari lagi ada hati yang berubah

Pre-Chorus
Aku setia menunggumu
Menyimpan harapan menggunung tinggi
Aku rela menantimu
Walau badai melanda setia di sini

Semangat kental, celikkan dunia (2x)

Chorus

Kau rasai derita yang berpanjangan tak berpenghujung
Walau hajatmu tak sampai perjuanganmu masih disanjung
Tanpa kau sedari kini kau perwira di mata dunia
Dan tanpa kau sedari lagi ada hati yang berubah

______________________________________________

Hidup Tak Selalu Indah (Minggu 2)
Lagu : Shana
Lirik : Shana/sultanmuzaffar
Artis : Shana

Verse
Hati senang gembira rasa
Madah kata tak selalu manis
Rupa hanya seindah khabar
Kadang tersentuh jiwa meruntuh

Pre-Chorus
Lakaran hidup kita
Lukisah kisah suka duka
Tersurat dan tersirat segalanya

Chorus
Ada kala ku terfikir
Di mana salah lakunya
Ingatkan kepadaku
Agar ku tahu

Bridge
Ya.....
Hidup tak selalu indah
Ya....


Chorus
Ada kala ku terfikir
Di mana salah lakunya
Ingatkan kepadaku
Agar ku tahu

______________________________________________

Seru (Minggu 2)
Lagu : Fynn
Lirik : Fynn/sultanmuzaffar
Penyanyi : Fynn

Verse
Dan bila dikata kau takkan mampu hidup
Dan bila disuruh untuk kau terus merecup
Janganlah kau hirau, janganlah kau merisau
Sabarlah, Tuhan ada untuk engkau

Chorus
Teguhkan berdiri, yang patah kau ganti
Semangat kau besi, tak mengenal mati
Usungkan kendati, buka langkah kaki
Gagahkan
Derukan

Verse
Dan bila dihenyak, janganlah kau tersungkur
Dan bila dikunyak, usah kau terus terkubur

Chorus
Teguhkan berdiri, yang patah kau ganti
Semangat kau besi, tak mengenal mati
Usungkan kendati, buka langkah kaki
Gagahkan
Derukan

______________________________________________


Biarkan Aku (Minggu 3)
Lagu : Keroz
Lirik : Keroz/sultanmuzaffar
Artis : Keroz

Chorus
Tinggalkanlah aku sendiri
Bahagia bersama teman-teman sejati di sini

Verse 1
Di balik sejarah dulu
Kulupakan segala kesedihan di hati
Bersama teman-temanku di sini
Ketawa dan gembira menyanyi

Chorus
Tinggalkanlah aku sendiri
Bahagia bersama teman-teman sejati di sini
Biarkanlah ku terus bermimpi
Menciptakan sebuah ceritera indah (2x)

Bridge
Masih ku akui
Cinta kau masih di hati
Kini kukuatkan diri
Bagiku melupakan cintamu di hati

______________________________________________

Harap (Minggu 3)
Lagu : Nero
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Thiar Jimbara

Verse
Kau pergi aku dililit sepi
Bayangmu menjelma saban waktu
Tanpamu aku seperti mati
Tanpamu aku tak daya terus hidup lagi
Chorus
Ulangkanlah kitaran jam….jangan pergi
Ku mahumu terus isi jasad ini

Bridge
Kehampaan
Ku sepi
Kepiluan
Sendiri
Janganlah
Kau pergi

Chorus
Ulangkanlah kitaran jam….jangan pergi
Ku mahumu terus isi jasad ini
Tanpamu seperti mati
Tanpamu tak daya trus hidup lagi

______________________________________________

Sebelum Pergi Aku Ingin Kembali (Minggu 3)
Lagu : Nazrin
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Pat Candy

Verse
Darah muda menggelegak, hati tidak teragak-agak, hitam pekat melekat
Tak kenal baik dan jahat, bumi nyata tak berpijak
Jadi hamba duniawi

Chorus
Celikkanlah aku yang buta ini
Jeritkanlah aku yang pekak ini

Verse
Detik gerak amat pantas, lupa pada kau yang di atas, pasti ada dibalas
Tak kenal baik dan jahat, bumi nyata tak berpijak
Jadi hamba duniawi

Chorus
Celikkanlah aku yang buta ini
Jeritkanlah aku yang pekak ini
Untuk kenal mana hitam dan mana putih
Sebelum nafasku terhenti

______________________________________________

Jangan Marah (Minggu 1)
Lagu :Hairul
Lirik : sultanmuzaffar
Artis : Zahid

Kuat merajuk…oh! buatku bosan padamu
Menarik muncung di bibir merahmu
Ku jumpa teman lamaku isi masa kosongku
Tak sangka terkantoi oh! di depan bangloku

Sibuk di kafemu buatku tension padamu
Tak pernah kau fikirkan tentang diriku
Ku buat sibuk dating di belakang matamu
Tak sangka terkantoi oh! di depan cafemu

Janganlah marah…oooo…buah hatiku
Hanya kau satu di dalam nafasku
Mahu dipujuk….ku datang padamu
Kerna ku masih mahu bersamamu

Pujuk hatimu…oooo…buah hatiku
Maafkan aku terimalah aku
Bina semula cinta lama kita
Janganlah asyik merajuk denganku

______________________________________________

Hilanglah (Minggu 1)
Lagu : Faan
Lirik : Faan/sultanmuzaffar

Verse
Lama pergi
Mana kau menghilang
Ibu rindu pada dirimu
engkau harta yang tidak ternilai
Ibu rayu pada dirimu

Verse
Maafkanku jika kau tersinggung
Pujuk raju, hati meruntun
Tiada makna terus membencimu
Sudah-sudahlah mari kembali

Bridge
Anakku sayang
Ibumu bimbang

Chorus
Tuhanku payungi dia
Di mana dia berada
Bukakan pintu hatinya
Walau berbatu jauh merajuk pilu
Tiada dayaku mampu
Aku berserah selebihnya


Bridge
Anakku sayang
Ibumu bimbang

Chorus
Tuhanku payungi dia
Di mana dia berada
Bukakan pintu hatinya
Walau berbatu jauh merajuk pilu
Tiada dayaku mampu
Aku berserah selebihnya

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger