Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.









ITalk PMI3 berlangsung dengan meriah di Tapak Letak Kereta A Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih 10,000 peminat muzik Malaysia dan Indonesia berkumpul sejak pukul 10 pagi bagi menyertai Karnival dan juga pada jam 3 petang menyaksikan band-band paling unggul dari Indonesia memukau dengan persembahan mantap mereka. Kembali untuk tahun ketiga, pesta itu dianjurkan oleh Fat Boys dan ditaja oleh iTalk selaku penaja utama.

Edisi kali ini dihadiri oleh lima kumpulan unggul iaitu Padi, Gigi, Dewa 19, Sheila on 7 dan Andra & The Backbone. Walaupun hanya sebagai band pembukaan, kumpulan Jinbara turut membuat persembahan mewakili band dari Malaysia.

Teriknya matahari tidak menghalang lebih 5,000 peminat muzik untuk sama-sama menikmati persembahan muzik cemerlang dari Malaysia. Saya puji semangat pemuzik Malaysia yang turut sama-sama menghangat suhu konsert tersebut.. Menjelang pukul 3 petang, konsert dimulakan dengan persembahan dari kumpulan Padi. Saya mengenali Padi dengan lagu Menanti Sabuah Jawaban. Namun petang itu mereka menghangatkan konsert itu dengan lagu-lagu seperti Begitu Indah, Indonesia Pusaka, Sang Penghibur, Mahadewi, Sobat dan banyak lagi.










Piyu benar-benar hebat di atas pentas yang mabukkan lagu-lagu popular dendangan kumpulan itu. Saya puas kerana dapat mendengar sendiri lagu Menanti Sabuah Jawaban yang dibawakan secara langsung oleh sang penyanyi. Puas !

Selesai Padi membuat persembahan, kumpulan Andra & The Backbone pula mengambil-alih pentas. Paling menarik, inilah kali pertama mereka menjayakan sebuah konsert besar-besaran di Malaysia. Seperti Padi, saya hanya mengenali lagu Sempurna dendangan kumpulan itu. Saya juga mengenali Andra yang pernah menganggotai kumpulan Dewa satu ketika dahulu. Kali ini Andra & The Backbone membawakan lagu-lagu popular mereka seperti Tak Ada Yang Bisa, TerdalamMain Hati, Hitamku, Lagi Dan Lagi dan Kepayang.

Paling ditunggu-tunggu pastinya kumpulan Sheila on 7. Kumpulan ini merupakan antara kumpulan senior yang mula bertapak di hati peminat Malaysia. Saya masih ingat lagi sewaktu Khai dan Burn dari Akademi Fantasia 1 mempopularkan lagu-lagu Sheila on 7 seperti Sephia dan Melompat Lebih Tinggi. Duta, penyanyi Sheila on 7 tidak membawakan lagu Sephia kali ini. Kali ini Duta lebih membawakan lagu-lagu yang lebih terkini seperti Seberapa Pantas, Sahabat Sejati, Pemuja Rahsia, Itu Hatiku, Mudah Saja, Melompat Lebih Tinggi dan banyak lagi. Lagu yang paling menjadi kegilaan saya pastinya Berhenti Berharap.










Kuasa Duta terletak pada persembahan agresifnya yang ditampilkan dengan penuh bertenaga. Itulah kuasa yang ada pada Duta sejak dahulu lagi. Kuasa itu jugalah yang digunakan oleh Duta untuk mengawal tingkah laku peminat muzik yang hadir menonton persembahannya. Benarlah walaupun umur mereka sudah bertapak lama di Malaysia, mereka masih punya pengaruh yang cukup kuat bagi menenangkan sebahagian besar peminat kumpulan itu.
Menjelang malam, peminat muzik Malaysia, Indonesia dan ada juga sebahagian peminat muzik antarabangsa mula membanjiri tempat letak kereta itu. Dianggarkan lebih 10,000 peminat muzik mula membanjiri lokasi konsert tersebut. Semakin hangat dan semakin sesak.

Ahli kumpulan Gigi yang terdiri daripada penyanyi utamanya, Arman Maulana mula mengalunkan lagu-lagu kegemaran pemuzik Malaysia. Kredibiliti penyanyi itu sukar untuk dinafikan. Dengan persembahan ligat tanpa henti, pastinya sebagai penonton saya turut terhibur dengan aksi sedemikian. Gigi mengalunkan lagu-lagu popular mereka seperti 11 Januari, Nakal dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, kejutan ditampilkan oleh Gigi apabila menjemput tiga anak Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa, The Lucky Laki. Wow ! Berbakat sungguh anak-anak Ahmad Dhani, seperti bapa mereka. Mereka mengalunkan lagu Bukan Superman dan Munajat Cinta.










Apabila anak sudah selesai membuat persembahan, kini tiba pula giliran bapa mereka….Dewa 19 ! Antara lagu popular yang didendangkan oleh kumpulan genius Indonesia itu ialah Separuh Nafas, Perempuan Paling Cantik di Indonesia, Sedang Ingin Bercinta, Pupus, Dewi dan Pangeran Cinta. Hebat betul band genius Indonesia ini apabila berada di pentas. Aura mereka sangat kuat, membuatkan saya terbuai dengan lagu-lagu mereka. Memang gempak habis persembahan Dewa 19.

Malam telah pun menjelang lewat tengah malam. Namun masih hangat. Pesta Malam Indonesia masih menjadi pilihan penggemar muzik Nusantara. Muzik dilihat bukan wadah untuk diterima secara percuma seperti banyak konsert percuma yang banyak diadakan di sekitar Lembah Klang sejak akhir-akhir ini.

Untuk edisi keempat Pesta Malam Indonesia saya mengharapkan sebuah lagi persembahan konsert berbayar yang lebih mantap bagi mengisi kekosongan wadah berhibur tanpa percuma kepada peminat muzik Nusantara. Jumpa lagi di Pesta Malam Indonesia 4 tahun hadapan !