Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Transformasi Penampilan Claudia dan Aishah

Entri oleh sultanmuzaffar 14 April 2009

Mungkin akan ada di antara peminat tegar Akademi Fantasia mahu pun yang tidak khatam ilmu agama dengan cukup akan menyelar tindakan menghantar Aishah dan Claudia ke Livingwell untuk membaiki gigi mereka. Namun saya menganggap ia merupakan satu kejutan transformasi yang paling besar setakat ini.

Saya pernah menonton Akademi Fantasia versi asal dari Mexico yang pernah melakukan yang sama. Bukan sekadar membetulkan gigi malah melakukan pembedahan plastik demi untuk mencantikkan wajah pelajar mereka.

Kerjaya yang pelajar-pelajar ini pilih iaitu sebagai artis memerlukan mereka kelihatan cantik. Tiada gunanya memenangi hadiah wang tunai bernilai 1 juta ringgit tetapi tidak menggunakannya ke saluran yang terbaik demi memastikan perjalanan karier seseorang artis lebih lancar. Apabila pihak Livingwell sudi membantu pastinya pihak Akademi Fantasia dengan tangan terbuka akan menerimanya.

Tindakan itu dilakukan semata-mata untuk mengubah penampilan mereka. Sepatutnya tidak timbul soal tidak bersyukur kepada Tuhan kerana mana tahu dengan penampilan terbaru mereka akan lebih bersyukur kepada Tuhan apabila rezeki mereka mencurah-curah di masa akan datang.

Ia sepatutnya dibuat lebih awal kerana ditakuti akan mengganggu persembahan pelajar namun kerana kos yang dikeluarkan berbaloi, kesakitan itu hilang. Orang kata kalau ada duit, semuanya boleh dilakukan dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang.

Cuma jangan tersilap ubah atau pun melakukan perubahan yang keterlaluan. Kita sendiri sudah banyak melihat kesannya kepada artis masa kini. Ada yang ubah bentuk hidung (ehem), bedah mata, cucuk Botox untuk menegangkan kulit dan macam-macam lagi sehingga perubahannya sangat ketara sehingga tidak kena gaya seperti meletak bumper BMW pada kereta Proton.

Teknologi sekarang macam-macam boleh buat. Ada LASIK untuk mata, pelbagai teknologi untuk gigi dan macam-macam lagi. Cuma jangan salah guna, kelak merosakkan wajah sendiri. Namun saya puji keputusan yang dibuat oleh Fakulti terhadap Aishah dan Claudia yang dibuat semata-mata untuk kebaikan penampilan mereka.

Syabas !

3 komen

  1. Vee Violet Says:
  2. Yes, perubahan itu perlu...
    =)
    Good for Aishah n Claudia...
    =)

     
  3. AFUNDI AISHAH

     
  4. Anonymous Says:
  5. berapa agaknye anggaran kos drg betulkan gigi tuh eh?
    sebab rasa macam nak buat jugak la..