Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Pelajar Cemerlang : Mana Eksklusifnya ?

Entri oleh sultanmuzaffar 06 April 2009

Terus terang saya katakan yang saya tidak sukakan kaedah pemilihan Pelajar Cemerlang. Itu satu, kedua saya tidak faham mengapa hadiah itu diberikan kepada ramai pelajar. Pada minggu pertama, saya boleh terima apabila diberikan kepada Hafiz. Hafiz boleh memilih seorang lagi pelajar. Dua orang masih boleh diterima, tetapi apabila minggu ini sampai empat orang. Jadi, di mana eksklusifnya hadiah untuk pelajar yang telah menunjukkan peningkatan ketara mengikut acuan tenaga pengajar ?

Saya melihat ia akan semakin menggalakkan pelajar yang lemah akan terus lemah dan pelajar yang cemerlang akan terus cemerlang. Ada kemungkinan yang cemerlang tidak berpeluang untuk mendapat hadiah tersebut. Semakin menggalakkan pelajar buat persembahan biasa kerana mereka sedar akan dapat peluang dipilih oleh pelajar cemerlang. Semakin mengarut !

PELAJAR LELAKI

AKIM – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
QHAUD – Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
HAFIZ – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
ARIL – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
YAZID – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
ISMA – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
AISHAH – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

LAGU BONUS - Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)

Minggu kelima, minggu separuh jalan dan saya akan menjadikan konsert ini sebagai aras tanda untuk menilai sama ada transformasi yang diwarwarkan menjadi atau pun sebaliknya.

2 komen

  1. Akim AF7 Fan Says:
  2. terima kasih kerana bagi info en.sultanmuzaffar ;-)

     
  3. bangkutut Says:
  4. wa pun tak puas hati bro... sian pulak tgk budak laki di tinggalkan berdua kat Akademi... why not tambah dua tiket utk diorang sama sama-sama release tension.... yang tinggal kat akademi tu wa rasa budak yang sepatutnya terima hadiah tu kan... hmmm apa apa lah. But what i see, memang tak patut lah... rasa bonci pulak tgk diorang duduk kat grandstand tuhhh.. mentang mentang aku duduk kat bwh kpala sawit jer... nasib tak kena petir woooo