Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Akademi Fantasia Promosi Teater Muzikal

Entri oleh sultanmuzaffar 30 April 2009

Ya. Saya akui. Saya sangat teruja menantikan hasil yang akan dipersembahkan oleh enam pelajar Akademi Fantasia 7 minggu ini. Ia merupakan minggu kesukaan saya. Semua orang tahu saya memang menyukai teater muzikal dan impian untuk menyaksikan minggu teater muzikal menjadi kenyataan akhirnya.

Saya pernah mencadangkan tema ini sewaktu di peringkat awal sebelum bermulanya Akademi Fantasia musim keenam. Beberapa hari sebelum saya mengambil keputusan untuk beralih arah ke Astro AWANI. Lengkap dengan powerpoint saya siapkan tentang bagaimana Akademi Fantasia harus berubah menjadi sebuah sekolah seni persembahan dan tidak sekolah nyanyian semata-mata.

Siapa Pengetuanya, siapa Pengarah Muziknya, siapa Guru Koreografinya, siapa Guru Dramanya, siapa Guru Vokalnya, semua saya senaraikan. Lengkap dengan tema untuk konsert mingguan. Ada beberapa yang telah pun dilunaskan. Walaupun Akademi Fantasia musim 7 tidak bergerak ke arah itu, namun ciri-cirinya masih ada.

Minggu ini pastinya menjadi kesukaan saya. Walaupun tidak banyak teater muzikal yang popular di Malaysia, namun ia sudah cukup untuk memperkenalkan kepada penonton tentang wujudnya satu lagi cabang seni di Malaysia selain nyanyian dan lakonan di filem dan televisyen. Itu sebenarnya yang lebih penting kepada industri hiburan tempatan yang telah mempergunakan Akademi Fantasia, sebuah program realiti paling popular di Malaysia untuk mempromosikan cabang seni yang kurang popular dan lebih bersifat elitis.




Sebagai sebuah program realiti paling popular sewajarnya tanggungjawab program ini amat besar kepada masyarakat. Pernah beberapa kali program realiti ini digunakan untuk menarik golongan muda menjauhi dadah dan penglibatan dengan program-program anjuran kerajaan. Masih ingat bagaimana Mawi diminta untuk melafazkan "Belia Benci Dadah !" di AF3, penyertaan Aznil Nawawi sebagai Duta untuk sebuah kempen kerajaan dan penyertaan finalis AF5 di kempen Rakan Muda. Semuanya berlaku kerana pengaruh program ini kepada masyarakat.

Ada banyak contoh tentang bagaimana pengaruh program ini dapat mendekatkan golongan penonton kepada satu lagi cabang seni yang lain. Sememangnya nyanyian suatu yang begitu dekat dengan penonton dan sewajarnya penonton diberikan peluang lain bagi mendekati cabang seni yang dianggap asing dengan mereka. Jika dahulu dekoder Astro hanya terpasang di rumah-rumah mewah kini tidak lagi. Kerana program realiti ini jugalah, dekoder Astro telah masuk ke kampung, desa, penempatan peneroka dan sebagainya. Program ini secara tidak langsung telah mendekatkan pelanggan-pelanggan di luar bandar untuk lebih menghargai saluran yang ditawarkan oleh Astro selain daripada Astro RIA. Mereka mula dekat dengan saluran sukan, berita, teknologi dan sebagainya.

Itulah kesan dan pengaruh yang telah dicetuskan oleh Akademi Fantasia. Kesan dan pengaruhnya bukan sedikit, malah amat besar.

Pandangan saya tentang AFMASUK. Apakah tujuan utama melakukan AFMASUK ? Apa pun tujuannya, saya sama sekali tidak bersetuju ia diadakan. Mungkin ada di antara kita yang bersetuju, namun tidak untuk saya. Saya lebih tertarik dengan salah satu cadangan yang diberikan oleh pembaca blog ini beberapa hari yang lalu. Saya lebih suka sekiranya bekas pelajar diberikan peluang yang sama dengan finalis, iaitu mendapat lagu baru dan lagu tugasan, kemudian beri persembahan tetapi bukan untuk turut sama bertanding merebut tempat Juara sebagai mana yang pernah dilakukan di musim kedua dan keempat.


Video Log Minggu Ketujuh



5 komen

  1. TokSky Says:
  2. Betul tu Tuanku...Patik un looking forward konsert ke8 ni. Nampak sangat interesting utk melihat persembahan 6 pelajar yg masih ada. We don't need AFMASUK. Tak kemana pun mereka-mereka yg pernah AFMASUK atas undian SMS. Kalau dah terkeluar tu biarlah keluar sebab rezeki bukan bergantung atas sebab masuk balik ataupun jadik juara. Ramai yg popular sekarang pun bukannya juara AF. Konseet ke 8 ni sama masa dgn AIM16 ke? Kalau sama pun memang Tok akan menonton konsert AF. Teruja utk tengok lagu dari PGL dan Impak Maksima. By the way, kesian Yazid minggu ni sebab kena RAP macam Hafiz last week tapi nasib baik MACHO tak menangis dan merungut setakat ini.

     
  3. Qarl Says:
  4. yeah SM

    Karl dh ckp d same thing ms kite jumpe for d 1st time during SELL OUT preview...

    SM kalo leh, pjgkanlah ideani kpd khairul mizan ke sape2 la org kuat af7

    terbaek wok!!!! go ARIL!

     
  5. Anonymous Says:
  6. Saya amat setuju dengan cadangan supaya pelajar yang sudah terkeluar di beri lagu baru untuk dipersembahkan supaya kita boleh nampak keupayaan sebenar masing-masing - yang masih belajar diakademi dengan yang sudah terkeluar, tanpa cuba merebut gelaran juara, takut nanti peminat pelajar yang masih didalam akademi buat havoc pula. ;)

     
  7. Anonymous Says:
  8. Saya setuju halau AF masuk sebab Aril tetap best kalau di compare dengan yazid. Afundi masuk Aril.

     
  9. Salam,

    Saya org br disini. Baru pertama kali menjengah ke blog sultan muzaffar ini.

    Pada pendapat saya, saya juga tidak bersetuju dengan AFmasuk. Kerana kita sudah tahu siapa yang akan mendapat undian tertinggi untuk masuk kembali ke dalam Akademi. Lagipun tidak adil juga kepada 4 org pelajar yang masih tinggal dan berjuang untuk ke finale. mereka telah berusaha dari minggu pertama sehingga ke minggu akhir. seharapnya pengundi bijak menilai. kalau hendak mengundi untuk pemenang di 3 tangga teratas, biarlah undian itu diberikan kepada top 4 yang masih tinggal.bukan kepada pelajar yang di AFmasuk. Tetapi ini hanyalah pandangan saya sebagai seorang penonton.memang tidak dinafikan aril mempunyai pakej untuk menjadi ikon atau superstar tetapi bagi saya, pengundinya tidak mengundi Aril sehingga dapat berjuang ke minggu terakhir. biarlah title champion itu diberikan kepada 4 pelajar yang lebih selayaknya.dengan keupayaan aril sebegitu, kita tahu dia mampu untuk hidup lebih berjaya di luar sana.

    P/S:Sultan,anak saudara saya sangat sukakan Aril. Sampai termimpi-mimpi.