Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Pengundi Telah Bertitah : Aril Tersingkir

Entri oleh sultanmuzaffar 26 April 2009

Puas ? Gembira ? Sedih ? Apa yang boleh saya katakan ? Pengundi telah pun bertitah. Jadi saya tiada kuasa untuk berkata apa-apa. Hanya sekadar mampu melihat dan melihat Aril pergi. Tapi bolehkah penyingkiran Aril diganti ? Mustahil ! Satu penyingkiran yang sukar di cari ganti.

Persembahan Pelajar

LAGU BONUS – Fiona (4U2C)


ARIL - Nakal (Gigi)




Persembahan Aril sangat hebat. Aril merupakan contoh pelajar yang menggunakan segala ilmu yang dipelajarinya dan berusaha gigih memastikan persembahannya ada peningkatan pada setiap minggu. Dia turut menampilkan sebuah persembahan pentas penuh berkarektor dengan kombinasi vokal dan koreografi yang tersusun. Persembahan yang baik adalah persembahan yang dirancang dengan teliti dan sedar apa yang perlu dilakukan. Minggu ini Aril meningkatkan keupayaannya di atas pentas dengan memantapkan lagi elemen visual yang ditonton oleh penonton. Setiap pergerakannya bermain dalam melodi lagu.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Berada di Astro AWANI, @15, ERA, Trek Selebriti dan lain-lain lagi.

CLAUDIA - When You're Gone (Avril Lavigne)



Antara tiga orang pelajar perempuan, Claudia merupakan yang terbaik. Claudia cuba menyampaikan emosi dalam nyanyiannya namun adakalanya sampai kepada penonton, selebihnya tidak. Claudia masih mengutamakan persembahan vokal yang seharusnya dipuji. Tumpuan diberikan lebih pada vokal sahaja. Setiap minggu tiada peningkatan ketara dalam persembahannya. Claudia masih belum berani untuk mencuba sesuatu di luar dugaan. Apabila dia sentiasa menggunakan elemen yang sama setiap minggu, persembahannya cepat menimbulkan rasa bosan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Membuka dirinya untuk dieksploitasi dan membenarkan mindanya untuk menjadi lebih kreatif.

AKIM - Situasi (Bunkface)




Akim perlu memberikan fokus yang sebenarnya agar segala usaha yang dicurahkan untuk setiap aspek dalam persembahannya menjadi. Jika dengan lagu Destinasi Cinta, Akim berjaya dari aspek vokal dan persembahan pentas yang biasa. Dalam lagu Situasi, Akim berjaya memberikan sebuah persembahan pentas yang bertenaga tetapi gagal dari aspek vokal. Akim gagal mengawal staminanya. Akim telah pun berusaha memastikan persembahannya minggu ini menampilkan elemen kreatif dan beliau berjaya. Akim nampak semakin berani melakukan suatu di luar dugaan. Untuk minggu akan datang, Akim seharusnya memberikan tumpuan pada elemen-elemen tersebut agar sama rata cemerlangnya.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Memperbaiki skil koreografi, mempelajari taktik mengawal diri di atas pentas dan merancang setiap perlakuan dan perlambangan di atas pentas.

AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)




Persembahan Aishah terbahagi kepada dua bahagian, melodi perlahan dan rancak. Saya menyukai bahagian perlahan yang mana saya dapat saksikan nyanyian yang penuh penghayatan selain permainan vokal yang bagus daripada Aishah. Penyampaian lagu itu secara tidak langsung berlangsung dengan dinamik yang dikawal dengan baik oleh Aishah. Sayang sekali Aishah seakan-akan terkejar-kejar apabila di bahagian rancak. Namun saya sukakan karektornya sewaktu membawakan lagu tersebut sewaktu rancak yang nampak lebih natural.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Bersedia untuk kembali memberikan saingan sengit kepada pelajar lain dengan menunjukkan peningkatan dari sudut persembahan pentas.

YAZID - With Or Without You (U2)





Saya kagum dengan keberanian Yazid untuk keluar dari penjara kedua dirinya dengan menampilkan satu persembahan visual yang menarik untuk ditonton. Gerak dan melodi bersatu untuk menghasilkan sebuah persembahan penuh penghayatan dan sangat dramatik. Dinamik lagu tersebut disampaikan oleh Yazid dengan baik kecuali pada rangkap pertama yang jelas tidak begitu kedengaran sebelum memuncak di bahagian korus. Ceritanya disampaikan dengan gerak tubuh yang penuh dramatik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Meneroka keajaiban diri di penjara kedua agar persembahan pentasnya menjadi lebih dramatik dengan penyatuan gerak tubuh dan melodi lagu.

HAFIZ - Kau Yang Punya (Malique featuring Najwa)



Hanya bersandarkan perlakuan dan perlambangan genre hip-hop, persembahan Hafiz mungkin berjaya dari sudut visual tetapi sayangnya dia tidak menggunakan kelebihan vokal yang ada pada dirinya. Pujian harus saya berikan kerana lagu yang dibawakan oleh Hafiz sememangnya lagu yang sukar untuk disampaikan.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Kembali memberikan tumpuan kepada mutu vokal dan berani melakukan sesuatu yang di luar dugaan di atas pentas.

ISMA - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)





Bosan. Isma masih gagal untuk meyakinkan saya dengan peningkatan dari minggu ke minggu. Saya masih melilau mencari di mana uniknya persembahan Isma jika mahu dibandingkan dengan minggu terdahulu. Lebih parah bila saya bandingkan keunikannya dengan pelajar lain. Pelajar lain ada yang mula keluar dari zon selesa mereka tetapi tidak bagi Isma.

Apa Yang Perlu Dilakukan Minggu Hadapan : Keluar dari zon selesa sekarang kerana dunia artis yang sebenarnya bukannya terletak di ceruk dapur sebaliknya di pentas glamour yang penuh dengan pancaroba.

LAGU BONUS – Untukmu (Feminin)


Menuju Puncak




Penyingkiran


Penyingkiran Aril menyebabkan saya rasa terkilan. Terkilan kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat aksi-aksi di luar dugaannya di atas pentas. Lebih terkilan bila mendapat tahu lagu yang sepatutnya dibawakan oleh Aril untuk minggu depan. Arrggghhhh ! Aril saya kira akan berjaya di luar sana kerana memiliki pakej yang hampir lengkap untuk menjadi seorang penghibur. Saya yakin Aril akan lebih berjaya dipromosikan oleh Akademi Fantasia setelah gagal mendapat peluang keemasan sewaktu bersama program realiti lain.

Pilihan Transformasi sultanmuzaffar

ARIL - Nakal (Gigi)
YAZID - With Or Without You (U2)
AKIM - Situasi (Bunkface)
HAFIZ - Kau Yang Punya (Malique featuring Najwa)
CLAUDIA - When You're Gone (Avril Lavigne)
AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)
LAGU BONUS – Fiona (4U2C)
LAGU BONUS – Untukmu (Feminin)
ISMA - Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)

56 komen

  1. Anonymous Says:
  2. Selepas 7 tahun mengikuti AF saya sangka saya dah boleh terima semua gimik dan keputusan AF serta tak akan ada lagi penyingkiran pelajar yang boleh membuatkan saya sedih. Tapi bila Aril terkeluar rasa takpuas hati, sedih dan kecewa sbb undi lambat masuk saya rasakan kembali. Pada saya kejutan ini sama seperti bila Rosma terkeluar di AF1 dahulu. Tapi Af tetap AF.

    Terima kasih ARIL sebab telah menghiburkan saya selama 7 minggu di dalam AF.

     
  3. yun nurun Says:
  4. aku undi Aril...2 aku kecewa sgt Aril kuar...huhu..nk wut cmna mybe undi xckp...papun Aril g.luck kat luar sana...setuju ngan Adlin...Aril ialah produk baru af...yang blom prh dikeluarkan dan xsama dgn produk2 af sblom nih...keep it up Aril...

    pasni stop tgk af jap...diari lagi la..Aril xde...bosan..tgk final je la..

    Aril...TERBAEK WOK!!!

     
  5. Anonymous Says:
  6. Apa pun tahniah untuk Aril! Ternyata dia keluar dengan penuh bermaruah walaupun sangat sedih melihat dia pergi semalam. He always gave the best. GOOD LUCK ARIL!

     
  7. QueenZ Says:
  8. yup. Sy setuju ngn 2 komen di atas. Salah satu sbb sy tgk af kembali krn dgn adanya aril. Ms astro tunjukkan yg aril ni salah sorg pelajar af 7, sy dpt rskan yg af kali ni lebih hebat. Tp kehebatan af 7 dpt mampu bertahan selama 7 minggu shj di mana aril dikeluarkan drp 7 pelajar yg ada ketika itu. Sy mmg sedih sbb sy percaya undi lambat masuk sama seperti minggu lepas. mmg tiada hati utk melihat diari atau konsert af lg. Kerana aril tiada. Ya. Bosan. Pelajar yg ada tidak mencapai seperti standard yang saya harapkan. Terima kasih aril!

     
  9. Anonymous Says:
  10. Kalau u ol seme perasan yang tsingkir seme buat performance yg hebat kn? baik zizi, qhaud n aril tp kuar ngan bmaruah.........rase cam ad afmasuk je sbb ramai benar yang xnk dh tgk af ble aril out!
    tp i sampai ni pelik pengundi isma she's not bbaloi dpt undian tinggi
    come on la guys aishah n claudia lg better vocal deorang................ kadang2 tfikir gak isma ni kesian kt die undi tinggi tp xpadan ngan bakat yg die ad......wakeup la u ol bgi yg lebih kualiti kekal sampai final

     
  11. Anonymous Says:
  12. Aril, you are born to be on stage. You are the superstar in the making!!You have made my days beautiful for the past seven weeks..Go Boy Go!!!

     
  13. Mas Rahim Says:
  14. dah x best nak tgk diari!

     
  15. Qarl Says:
  16. ARIL d best!

    SM karl rs ARIL leh still survive dlm industry ni

    he got good package

    mcm KRU je akan amik die hehe

    xpe, xmsuk final doesnt mean die akan dilupakan

    tgk DAFI, DIDDY, AIZAT, NANA

    masih diingati n popular

    all d best ARIL

     
  17. williamhill Says:
  18. diari af will never be the same anymore, although one more week of watching him acting all gooey in front of marsha would have been challenging.

    nevertheless, the kid's gonna big. he has the talent, charisma and immense stage presence to make it big.

     
  19. chekdenoor Says:
  20. This comment has been removed by the author.  
  21. chekdenoor Says:
  22. Tak perlu af masuk aril ...sebab ...buat apa aril berada didalam af kalau hanya untuk dikutuk oleh peminat pelajar lain. Saya cuma berharap ARIL kuat semangat dan bangkit serta bernaung dibawah payung yang baik seperti KRU ..atau mungkin ct production. AF hanya mendedahkan ARIL kepada ketukan pengundi tidak educated ...sedangkan dia boleh pergi jauh dalam dunia seni .ARIL BUKTIKAN...DAN JADI PENGHIBUR YG JAUH LEBIH BAIK DARI JUARA AF YG ADA. Saya yakin ARIL BOLEH.

    KALAU IKUT FIRASAT SAYA..LEPAS NI ....AF MEMANG DAH TAK MENARIK ...SAYA PUN MALAS NAK TENGOK DAH.... SORY ASTRO

     
  23. TAK PERLU AFMASUK
    KITORANG SUSAH PAYAH VOTE PELAJAR KEGEMARAN MASING2...SEMATA2 NAK KEKALKAN DOWANG DALAM AF..!
    TAK ADIL KALO YG DAH OUT TU SENANG2 MASUK BALIK..!!!
    KALAU MACAM TU ASTRO MEMPERMAINKAN UNDIAN KAMI............!!!!!!

     
  24. kakJAHku Says:
  25. aku nak afmasuk..

    waaaaaaaaaaaaaaaa...

    ARIL dah xde..aku sedihhhh

     
  26. viscose Says:
  27. Penyingkiran aril mengundang airmata yang banyak...

    banyak faktor tersingkirnya aril...

    yang pasti AF dah tak meriah tanpa telatah aril di diari dan suram tanpa aksi berani dalam persembahan aril di konsert...

    semoga aril lebih berjaya di luar...
    ARIL LoVeRs sentiasa support aril...

    Terbaek wok....!!!!!!!!!!

     
  28. Anonymous Says:
  29. watpe afmasuk.. baik xyahlah klu dah kluar kluarlah...
    mengarut jer.. tgklah ape jd kat bebudak afmasuk..
    peminat lain bgi nak rak selamat kt pesrta dorang.. pastu yg dah kuar sesenang nak masuk balik..
    mengarut trus..

     
  30. aku syah Says:
  31. puaslah tu.. gembira.. kluar terima kenyataan yg tinggal teruskan peerjuangan.. klau dah bagus sgt.. xsemestinya kat af.. mcm aizat kuar af tp hebat dah skang.. klu aril tu bgs mesti kt luar pn bgs.. afmsuk tu xpatut wujud..

     
  32. Anonymous Says:
  33. tak yah nak buat AF masuk...tak adil..tgok la pd linda & lotter apa jd dgn dorang after AF masuk?? makin tenggelam lg ler....

     
  34. Anonymous Says:
  35. psl si adlin ni ske sgt ckp psl isu2 dadah hah?rsnya dia tringin nak wat ceramah kat pusat serenti kot.

     
  36. Anonymous Says:
  37. lappy_toppy and anon2 yg lain yg tak suka afmasuk jgn risau aku pun tak mau ada afmasuk dan astro pun dah serik dgn afmasuk unless ofcourse dia nak duit lebihlah coz student2 yg pernah afmasuk dulu pun semua tak pernah berjaya after af..

    atleast aril keluar dgn persembahan yg bermaruah which is better. af7 ni dah 3 pelajar yg bagi best performance of the night terkeluar, zizi, qhaud and aril..

    itula transformasi af7 and pengetua dia..

    so lu pikirlah sendiri...

     
  38. pemerhati Says:
  39. takpe. biar yg lemau2 je stay. aku pecaye the winner akan end up mcm faizal af4.

    yg talented lebih bagus bernaung di bwh record label/company lain, rather than Astro sendiri, coz diorang akan lebih difocus oleh new record label. kalau dengan astro, susah la...semua nak push mawi jeeee.

    aku pun rasa bersepah orang nak ambik aril jd artis dorang.nanti dah abis af, yg final contestant mesti sunyi sepi jeeee. takde x factor. i agree with adlin. aril ade cukup pakej to be an entertainer.

     
  40. chekdenoor Says:
  41. I FANS ARIL
    I PUN TAK NAK AF MASUK
    SEBAB
    ARIL MEMANG TERBAIK.... DIA AKAN LEBIH BERJAYA DARI JUARA AF7....

    BIAR KITA LIHAT...LEPAS NI AF HAMBAR ...TAK ADA DAH SEBAHAGIAN MENYOKONG ARIL....MEMANG TAK AKAN TENGOK AF LAGI.....

    FANS HAFIZ LEPAS NI NAK KUTUK SAPA LAGI .....SILAKAN...KUTUK LAH LAGI..

    KALAU ADA AF MASUK....MAKNANYER MEMANG ASTRO MENGAKU......BAHAWA SENYA AF HAMBAR TANPA ARIL......

    SO.... SAYA FANS ARIL.... SAYA TAK SUKA AF MASUK ...KERANA ARIL TERBAIK...."KALAU JUARA BATU BIASA....LETAK KAT TAHTA PUN...TIADA SINARNYER ..... TAPI SAYA YAKIN...ARIL ADALAH PERMATA ......CAMPAK KAT TENGAH LAUTAN PUN....MASEH BERKERDIPAN CAHAYANYER"...

    SO..ITS OK...... ARIL KAT LUAR PUN OK......JANGAN RISAU SANGAT.....

    INGAT "KALAU ADA AF MASUK....MAKNANYER ASTRO MENGAKU...TANPA ARIL AF MALAP...."

    PENYOKONG ARIL ORANG BIASA JER...BUDAK SHUFFLER DAN SAYA YANG DUIT SECIPUT....... MANA ADA TOKE BALAK NAK TOLONG UNDIKAN........

     
  42. Anonymous Says:
  43. SM..ckp kt astro..jgnlah wat afmasuk...
    ramai peminat aril bdk2 sekolah...kesian depa...berabih sampai rm30 pun dah jumlah yg besar...

    biarlah aril kt luar tu....at least no more kutukan for him

     
  44. kakJAHku Says:
  45. This comment has been removed by the author.  
  46. kakJAHku Says:
  47. SM..saja nak tanya..lagu apa ye yg ARIL bakal dpt kalu maseh ada lagik mingu neh??

    jom kita sama2 rekues afmasuk..lehla dengar ARIL nyanyi lagu tuh..hu2

     
  48. terharu baca komen2 pasal aril. rasa sebak pun masih ada lagi nih. paling sebak bila dia ingat lagi aku pernah berlakon dengan dia tahun 2003. aku ingatkan dah jadi artis tak ingat kisah-kisah lama. :D

     
  49. Anonymous Says:
  50. Kakjahku, tak payah afmasuk nanti makin banyak org kutuk Aril.. sian die..

     
  51. indahsenyum Says:
  52. betul tu SM - mula2 tu tgk ARIL sbb dia sesorg yg kita kenal, tp tk sangka lama2 tu leh suka gak..hihi..rs sedih dia keluar sbb ingat nak g tgk dia ms final

     
  53. Anonymous Says:
  54. tgh tgk diari int...nak tgk aril..sedih betul dia kuar, tak cukup undi aku yg ciput, moga aril sukses kat luar sana!terbaekk WOKK!!

     
  55. Anonymous Says:
  56. Pelajar cemerlang cikgu bagi pada Hafiz. Patut Yazid yg dapat kerana dia lebih transformasi minggu ni. Hafiz hanya dapat lagu susah je (susah bagi dia tapi tak susah bagi student lain cam aril). tupun persembahan dia biasa2 je aku tengok. Biasalah kan kalau kita tunjuk kat diari muka sedih and tension dgn lagu cam Akim masa gembala dulu tu, undi sure naik and minggu seterusnya sure jadi best student tapi at least Akim memang patut dapat pun minggu tu. Minggu lalu best student patut Aril tapi ntahlah org lain pulak yg dapat. minggu ni kalau dia tak keluar belum tentu dia dapat best student lagi.

     
  57. Anonymous Says:
  58. aril cakap dia dah rasa cam ada tak kena minggu ni. aku pun perasan jugak yg dia ni dah mula down awal2 minggu. tambah lagi dgn kehadiran RA baru (aku taulah bukan salah RA tu) dan fokus lebih pada pelajar sorang tu. dahlah menang HP, ambil masa semua cikgu, pelajar lain pun banyak tolong kat pelajar yg tension tu.. semualah pasal dia..

     
  59. Za Says:
  60. This comment has been removed by the author.  
  61. chekdenoor Says:
  62. sm ... macammana chekdee nak folow perkembangan ARIL ... ada blog dia ker yang aktive.....blog formal tu tak best ......

     
  63. Anonymous Says:
  64. AF is about afundi. As simple as that. Dont blame anybody if your favourite got kick out. Terror macam mana pun kalau tak diundi, please take the hip hop bus home. At the end of the day, dah bukan rezeki favourite anda untuk menjadi juara. Terima saja lah nak buat macam mana? For the oncoming Saturday night AF, suka tengok tak suka, tengok BPL.

     
  65. Anonymous Says:
  66. lagu ape tok mggu dpn 4 aril...
    nk tau gak...
    plzzzz.....

     
  67. Unknown Says:
  68. Walaupun Lady bukan penyokong Aril tapi Lady turut terkesima dengan pemergian Aril. Tapi Lady rasa tak wajar untuk menyalahkan orang lain dengan tersingkirnya Aril melainkan kerana kurangnya undian masok.Mungkin penyokong tak mengundi atau undian tersekat atau meter undian Aril rosak. Oleh kerana orang lain dpt limelight minggu ni orang itu yang dituduh menjadi penyebab. Itu tak adil. Aril terkeluar bukan salah Hafiz/Marsha/Cikgu/Juri dsb

     
  69. bintang hati Says:
  70. Hmmm...aku pn terkejut gle...frust rr aril terkeluar..kalo ikutkn dia la yg plg menonjol..ade possibility utk jd juara...dpt tgk peningkatan dia...attitude dia...nk wt cmne kn..xde rezeki..all the best la aril kt luar sna...

     
  71. Anonymous Says:
  72. chekdenoor: klik kt link ni utk tgk aktiviti aril...
    masuk sembang situ pn bleh..

    http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=415075&extra=page%3D1

     
  73. Anonymous Says:
  74. SM,
    It hurts me when people start to talk bad about Hafiz. He doesn't deserve to be treated as such. I blame the so-called fanatics. I cried when Aril was announced as the next to be eliminated. I jumped when Yazid and akim did so well. I love them. Please,... hentikan kutuk mengutuk. I am tired!

     
  75. TokSky Says:
  76. Format AF ni rasanya semua dah tau. 100% adalah undi SMS. Aril terkeluar sebab tak cukup undi so kenyataan ni semua kena terima. Bukan bermakna yg tinggal dalam akademi adalah TERBAEKK....tapi mereka mempunyai pengundi yg SUDI untuk mengundi. Apa-apa pun REALITI adalah selepas keluar AF nanti. Banyak contoh yg dulu-dulu kita dah tengok. Walaupun Tok terkilan jugak sebab nak tengok Aril dalam final didamping Hafiz, Aisya, Akim and Yazid tapi nak buat camne. Mungkin adakan AFMASUK sebab selepas AF4 takde digunakan lagi. Satu cara totally leave to pengundi dan satu lagi biar pelajar yg terkeluar buat persembahan dan cikgu-cikgu buat pilihan spt masa AF3, amacam??
    Pilihan konsert 7:
    1. Akim - persembahan yg luar dugaan, very happening utk konsert.
    2. Aril - nice dance routine.
    3. Yazid - penyampaian OK tp sama mcm Bono punya style je.
    4. Hafiz - for the effort.
    5. Aisya - OK la
    6. Claudia - bercinta dgn mic stand
    7. Isma - entah le...

    Hopefully final akan ada 5 perlajar sbb kalau 4 terlalu sedikit dan 6 ramai sangat....

     
  77. kenapa mesti ada pelajar yang terkeluar, kita mesti kutuk pelajar lain..
    kenapa mesti bergaduh untuk pelajar af yang tak kenal kita pun..
    all the best untuk aril..
    tak kira sapa yang terkeluar, sapa yang still ada kat akademi, yang penting peminat tetap menyokong diaorang walaupun bila akademi dah berakhir...

     
  78. Anonymous Says:
  79. hahhahaha...it hurts when people kutuk hafiz ek...yg korang dok kutuk pelajar2 len..cikgu2 ..sampai tk hingat donia ingat org suke ke...plisss lahh...poyonyer fan hafiz...aku hrp hafiz out!!

     
  80. chekdenoor Says:
  81. Terima kaseh kepada yang kasi link aril tu ....i akan follow dia di situ.

    CHEKDEE MASEH KATA TAK PERLU AF MASUK SEBAB ...

    kalau ada afmasuk....
    lebih amai yg akan kutuk aril adalah anak emas cikgu dan astro .... so

    JANGAN TERKEJUT jika aril lebih menyerlah dari juara af7 .....kemungkinan besar itu ada.

     
  82. Anonymous Says:
  83. wuwuwuwuwuwuuuuu..emosional nya fanatik2 AF nih..relax2..

    AF jee pon..menang ke x itu x penting sgt kot..yg penting tau nak idup pas2..kalo dpt dek prodesur bgus, idup la budak2 nih..x pon pandai bwk diri..ade bakat lain, go and polish up..contoh dah byk kot..dah 7 season pon AF..ade ke 7 juara yg bersinar2 skrg?? haa..renung2kan..

    it's all about the votes..

    peace~~

     
  84. kakJAHku Says:
  85. SM..
    xtau la nak afmasuk ni ke x..rmai ckp xpyh..tp..hati KJ tetap rasa nak tgk ARIL lagik..uwaa..seminggula asik sedih je nih..

    ARIL,..besarnya impak ko lam af7 nih..sape pon xleh sangkal..mcm2 isu org timbulkan pasal ko..KJ pasti..ko akan jd artis yg tip top..uhuk

     
  86. Anonymous Says:
  87. tak yah afmasuk la KAKJAH oiii
    banyak negatif dari positif nya.

    POSITIF nya: dapat memenuhi kehendak, keinginan, kerinduan kak jah dan fans nya yg lain. termasuk saya la tu

    NEGATIF nya: kutukan, aib, salahsangka, buruksangka, fitnah dsb... semua akan di tanggung oleh ARIL sendiri.

    kak jah boleh ke tanggung sama2? kak jah boleh tumpang sedih je kot. tp lebih dr itu.. ARIL akan tanggung sorang2 seumur hidup.

    ingat, AF ni bermusim.. so kasih sayang kita pun mungkin bermusim..

    rilek la kak jah. rezeki Aril mungkin lebih melimpah ruah di luar sana. jgn lah kita 'peminat'nya pulak yg akan menutup peluang nya.

    tengok linda ngan lotter... kerana mengikut kehendak peminat, apa jadi? memang la masih ada yg minat diorang. tapi 200 - 300 peminat saja tak cukup kalau sorang producer pun tak berminat. ni showbiz. risky business

     
  88. Anonymous Says:
  89. SM, nak tau gak.. apa lagu yg sepatutnya dibawakan oleh aril minggu depan?

     
  90. kakJAHku Says:
  91. anonymous..yelah2..hu2

     
  92. Anonymous Says:
  93. Aril keluar sebab salah pengundi..tak ada kena mengena dengan faktor lain. Terima la kenyataan...Udah2 la mengutuk sesama sendiri. Tak ada faedah dan tambahkan dosa. Sama macam pilihanraya..macam mana berdegar2 kempen..orang tak vote tak guna jugak..... jari menjadi juri, tapi make sure poket tebal...hehehe

     
  94. kakJAHku Says:
  95. Anonymous..yelah kan..undi xcukup

    idup ARIL..satu ikon baru telah dilahirkan oleh af7

     
  96. chekdenoor Says:
  97. walaupun undian aril tak cukup .... tapi pengundi aril ramai ..... so ...tak apa.... kalau aril buat album ...sure laris.

    ada yang undian tinggi ...pengundi seciput ...hmmm kalau keluar cd ....cammana ya.....nak kira borong atau kira kilo .....hehehehehe

     
  98. Anonymous Says:
  99. Nak tanya lagu apa y sepatutnya aril bawak kalo dia stiil ada dlm af minggu nie...

     
  100. SM,
    dlm 3 org pelajar pompuan ni.. saye rasa Aishah betul2 diuji.. setiap lagu yg dia dpt setiap minggu memang mencabar.. berbanding Claudia dan Isma..
    Aishah ada color dalam persembahannya... dan Claudia dan Isma kurang warna.. tapi tidak dinafikan mereka memiliki vokal yg baik.! Persembahan Claudia dan Isma tak ada satu pun yg lekat diingatan..

     
  101. Anonymous Says:
  102. Aril out?
    duhh..apa nk jadi dgn AF nehh??
    pliss la..
    Msian needs a superb superstar,not a mother who can sing!
    oh,kenapa Hafiz yg dpt best student lagi??
    best ke performance dia?
    lirik pn tk ingt,how come jadi best student?
    best student is for the BEST!
    i admit his effort,but not enough la!
    i think Yazid deserved it.
    he did well this time,look at how he struggled so much.
    duhh..pliss la!
    msia needs a real superstar,sick of M*wi an S*ti already!

     
  103. Anonymous Says:
  104. lagu ape yg aril akan bwk kalo still kekal dlm af?
    juz nk tau je.
    ;)

     
  105. kodok_achem Says:
  106. Dear SM...

    Sepertimana SM dan Bloggers2 lain menyuarakan pendapat disini dan memenangkan apa yang anda semua fikirkan terbaik, terhebat dan terbagus dari pandangan mata anda... saya pun ingin turut menyuarakan suara hati dan interpretasi mata saya... sebelum tu saya kagum dengan Aspirasi SM untuk mengajak blogers2 menghargai bahasa kebangsaan Malaysia dan melalui laman blog ini. Saya terpanggil untuk mencuba...

    Mungkin terlewat untuk saya membalas dan memberi komen di ruangan ini berkenaan penyingkiran ARIL yang dikatakan permata AF7, tapi bila terumumnya Afmasuk saya bertekan untuk menulis di sini.

    Hebat, bagus, menarik itu subjektif. Bila menilai samada Aril terbaik, Aril adalah permata paling berharga di dalam AF& itu juga adalah suatu pernyataan yang subjektif. Aku juga boleh mengatakan dan mengiakan Hafiz adalah permata berharga Akademi Fantasia malah industri muzik Malaysia.Beliau sudah terbukti memberikan persembahan terbaik dari awal konsert lagi. Teringat pada Vince AF1. Bukan hanya beluai mempunyai pembawakan perwatakan yang menarik, beliau juga boleh menjadi contoh anak-anak muda zaman sekarang yang semakin melupai nilai-nilai kesopanan. Gaya percakapan yang lembut harus dinyatakan sebagai pakej yang baik artis remaja. Bila Adlin highligt sifat "POYO" atau Darring sebagai kelebihan seorang artis, aku terus tersentap.... mungkin Adlin maksudkan sebagai seorang performer ketika di atas pentas agaknya... entahlah aku pun tak pasti dan hanya Adlin sendiri yang tahu...sifat "POYO" dan Darring ini sekiranya dibawa di atas pentas untuk persembahan tertentu aku boleh menerimanya...tetapi sekiranya ia diharuskan sebagai tabiat seorang performer aku rasa alamat anak-anak muda kita akan semakin melupakan tatsusila dan kesopanan budaya bangsa kita...Nah cuba lihat Dato' Siti... dia tidak perlu perangai Aril...

    Aku bukan mahu menjatuhkan Aril cuma aku mahu beri justifikasi supaya ada keseimbangan dalam menilai permata... Aku bukan juga mahu memenangkan Hafiz tapi aku melihat beliau sebagai bench mark untuk peserta-peserta AF7 yang lain... kalau dikatakan Aril adalah yang unik dan produk yang belum pernah dikeluarkan oleh AF7, saya sedih sebab dengan mudah anda semua melupakan Stacy... beliau begitu hebat diatas pentas dan tariannya adalah lebih outstanding dari aril... pergerakan yang lebih berseni dan mempunyai nilai di dalam dunia hiburan tidak kira untuk siapa dan dimana jua ia diadakan... bukan hanya menyerupai persembahan sliding dan menyapu lantai saban minggu cuma gaya yang berbeza. Nah inilah justifikasiku untuk tidak terlalu mengagungkan Aril... Dengarlah suara hati pelajar lain... teringat aku kata-kata yazid dalam INT AF7 minggu 8 "Sudah pasti Arillah pelajar yang akan masuk semula sebab dialah yang AF carik..." oh yazid... kesian yazid... janganlah dia berjauh hati kerana sekuat mana pun mereka berusaha untuk melakukan yang terbaik mereka tidak diberi penilaian dan penghargaan yang adil oleh kita...

    Semua pelajar yang telah terpilih menjadi pelajar AF7 adalah yang terbaik... pengundi telah membuat pilihan mereka masing-masing...kenapa masih mengagungkan yang telah keluar dan mengabaikan permata sebenar yang masih berada di dalam AF7. Mereka adalah Finalist AF yang sebenar... merekalah yang telah dipilih... mereka adalah insan terpilih oleh ribuan pengundi yang sanggup mengorbankan wang ringgit untuk memastikan mereka masih kekal di dalam... Yang dah keluar tepuk dada tanya selera... kalau mahu keuntungan bukan AFMASUK caranya... ia hanya sekejap sahaja..1 minggu sahaja... tapi kalau semua pelajar AF7 ini digilap dengan baik dan diberi peluang yang adil keuntungannya jauh lebih banyak dan berpanjangan... Jangan melihat kaca di seberang permata di tangan dilepaskan...

    Salam ikhlas untuk SM dan semua bloggers

     
  107. erm, saya juga terpanggil memberi pendapat apabila terbaca comment kodok_achem. tidak layak rasanya anda mengatakan anda bukan bermaksud menjatuhkan aril tapi pendapat yang diberikan hanya buruk sahaja, bagi pendapat yang terbaik bukan sekadar menjatuhkan aril tetapi melihat kekuatan yang ada dalam diri aril itu. "POYO" hanya dalam persembahan sahaja tetapi sikap peribadi yang ditonjolkan dalam kehidupan seharian yang penting. daripada memikirkan hafiz yang "cengeng", tidak melalui transformasi yang besar seperti pelajar lain, adalah lebih wajar pujian itu diberikan kepada akim, sukar atau senang lagu yang diterima tetap nampak hasilnya tapi apa yang dapat hafiz tonjolkan? memang tidak dinafikan hafiz mempunyai vokal yang mantap namun jika satu hari dia mengadakan konsert berapa ramai yang akan "stay" sampai ujung konsert? disebabkan gaya yang membosankan. ibarat kata adlin 'apa lagi yang mampu hafiz berikan selain vokal yang mantap'.
    fikir-fikirkan.

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger