Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Drama Itu Tradisi Akademi Fantasia

Entri oleh sultanmuzaffar 05 April 2009

Sebagai penonton setia Akademi Fantasia, saya mengharapkan drama kejutan bersifat air mata kesedihan mahu pun kegembiraan dijelmakan dalam program realiti itu. Bersetuju atau pun tidak, Akademi Fantasia BUKAN merupakan pertandingan nyanyian semata-mata. Ya. Nyanyian adalah elemen paling utama dalam Akademi Fantasia tetapi elemen-elemen lain turut memainkan peranan yang penting bagi menjayakan program realiti itu.

Jika elemen nyanyian diutamakan, adalah mustahil untuk kita melihat Rosma, Sahri, Linda (kemudian diserap kembali) dan Aizat tersingkir dari Akademi Fantasia dan gagal ke Konsert Akhir. Musim ini berbeza apabila elemen lain diberikan perhatian khas bagi menampilkan kelainan. Itulah transformasi yang mahu dilihat oleh barisan tenaga pengajar terhadap program tersebut.

Saya melihat wujudnya kekeliruan di kalangan Pengkritik sendiri yang lebih melihat kesilapan dan melupakan elemen positif yang menjadi kekuatan pelajar. Contohnya, Aril sering dikritik dalam aspek vokal tetapi elemen persembahan pentasnya dilupakan.

Saya pernah ditegur sekitar tahun 2003. Sekiranya pergi menonton teater, jangan menonton melihat silapnya, sebaliknya tonton keseluruhannya. Oleh itu dalam setiap persembahan, ada baik dan buruknya perlu dijelaskan. Jangan jadi seperti blog Murai.

Persembahan pelajar musim ini harus dilihat secara keseluruhan mengambil kira aspek vokal, persembahan pentas, visual, sudut penghayatan dan sama ada sesuatu persembahan itu menghiburkan atau pun tidak. Itu antara elemen yang saya lihat dalam setiap persembahan mulai minggu ini.

Saat yang paling saya diingati dalam konsert minggu ini adalah pertamanya ialah drama air mata pertemuan Hafiz dan Akim dengan keluarga mereka. Kedua apabila tenaga pengajar diberikan peluang untuk bangun memberikan komen untuk kefahaman penonton AF keseluruhannya dan ketiga persembahan Zizi yang muncul membonceng motor berkuasa besar dan Akim menari untuk lagu Destinasi Cinta. Ketiga-tiga elemen itu adalah elemen hiburan yang melengkapkan Akademi Fantasia. Elemen itu yang menjadi rencah menyedapkan lagi program realiti itu. Elemen air mata, drama dan persembahan pentas merupakan elemen yang menjadikan AF berbeza dari program realiti yang lain.

Persembahan Pelajar

AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur






Aishah memulakan persembahannya dengan cukup meyakinkan. Saya dapat mendengar kawalan vokalnya dengan baik terutamanya pada bahagian permulaan lagu tersebut. Sekiranya lagu ini susunan muziknya dibuat dengan lebih perlahan mungkin lebih baik. Apabila masuk pada bahagian kedua lagu tersebut, vokal Aishah semakin bagus tetapi ia tidak diiringi dengan pergerakan-pergerakan yang meyakinkan. Aspek visual pada persembahannya menjadi begitu menakutkan. Aishah faham cerita keseluruhan yang diangkat oleh lirik lagu tersebut tetapi tidak dibantu oleh susunan muzik yang kena dengan cerita tersebut. Namun demikian, saya masih menyukai persembahan Aishah yang amat bertenaga. Aishah sudah berada di landasan yang betul dalam membentuknya untuk menjadi seorang penghibur cuma perlu diperbaiki dari aspek persembahan pentas.

QHAUD – Di Taman Teman

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Saya cuba melupakan lagu ini milik Datuk Siti Nurhaliza dan saya berjaya. Sebaliknya saya seperti mendengar ianya lagu milik Mawi. Vokal Qhaud memberikan intepretasi yang berbeza pada lagu tersebut. Lagu tersebut sememangnya bersesuaian dengan gaya Qhaud. Kekurangan Qhaud cuma dia harus meresapkan dirinya ke dalam lagu itu untuk mencetuskan elemen gerak pada persembahan pentasnya. Qhaud perlu menumpukan perhatian untuk memberikan penambahan gaya pada persembahannya.

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Wow ! Saya tertarik dengan gaya penampilannya minggu ini. Claudia nampak cantik sekali. Saya nampak beberapa gaya persembahan yang cuba beliau tampilkan. Claudia memulakan persembahannya dengan berteleku di atas pentas sebelum berdiri di pertengahan lagu tersebut. Satu perbezaan dapat dilihat dan saya melihat ada kesungguhannya untuk menampilkan gaya persembahan yang menarik minggu ini. Persembahan vokalnya tidak saya pertikaikan dan sememangnya telah diberikan dengan cemerlang. Sayang sekali apabila di pertengahan lagu Claudia tidak dapat mengekang perhatian saya dengan gaya-gaya baru yang lebih memukau. Saya kagum dengan penghayatannya membawakan lagu ini. Claudia kembali semula apabila menamatkan persembahannya.

Adlin - Teater muzikal lagunya dicipta untuk sebuah teater muzikal yang memerlukannya bercerita dalam nyanyian para pelakonnya. Lagu dalam teater muzikal lirik lagu itu berubah-ubah mengikut cerita. Berbanding lagu biasa yang selalunya akan mengalami proses pengulangan rangkap pertama atau kedua selepas korus. Oleh itu persembahan dalam teater muzikal boleh dicorakkan mengikut lirik lagunya yang telah bercerita secara semulajadi. Dalam lagu biasa, agak sukar kerana pengulangan yang ada dalam lagu tersebut.

ARIL – Lakaran Kehidupan

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Kelebihan Aril yang paling utama adalah aset tariannya di atas pentas. Keberaniannya untuk melakukan aksi stunt harus dipuji. Aril amat selesa di atas pentas. Gaya persembahannya pelbagai tetapi kita baru berada di minggu yang keempat dan Aril harus mencari atau mencipta gerak-gerak yang berbeza untuk minggu-minggu hadapan untuk terus kekal relevan dalam persaingan Akademi Fantasia. Ini merupakan salah satu penyakit yang ada pada seorang penari di dalam AF, yang mana mereka lebih selesa dengan gerak-gerak yang mereka sudah biasa. Ia sepatutnya dihindarkan. Masalah yang sama ada pada Akim. Apabila sudah berasa terlalu selesa di atas pentas, harus diingat vokal juga harus diberikan tumpuan. Tone yang bagus sahaja tidak cukup kerana kedua-duanya iaitu tarian dan vokal harus seimbang. Tumpuan Aril harus diberikan kepada vokal dan mencipta gerak baru untuk minggu akan datang. Saya tidak bosan dengan persembahan Aril tetapi terlalu cepat untuk dilupakan.

YAZID – Aku Cinta Padamu

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Saya harus akui tekanan untuk Yazid terlalu berat. Lagu cinta memang sukar dibawakan. Hasilnya persembahan Yazid terlalu keras dan penari latar tidak berjaya membantu nyanyian dan mencorakkan persembahannya. Saya pada mulanya agak terkilan juga kerana lagu ini pernah diubah kepada beberapa genre oleh Siti Nurhaliza sendiri seperti dangdut, rock dan broadway tetapi itu tidak diberikan kepada Yazid. Yazid diberikan susunan asal menjadikan ianya lebih menyukarkan. Vokal yang ada pada Yazid juga tidak dapat diadun dalam lagu tersebut. Pergerakannya juga terbatas kerana natijahnya jiwa Yazid sememangnya tidak meresap ke dalam lagu tersebut. Untuk minggu hadapan, Yazid harus menumpukan pada aspek vokal.

AKIM – Destinasi Cinta

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Amat meyakinkan dan saya lihat banyak peningkatan yang ditunjukkan oleh Akim. Persembahan vokalnya baik. Begitu juga dari aspek persembahan pentas. Saya harus akur dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang mana beliau melihat tumpuan Akim ditumpukan kepada vokal dan pergerakannya lebih berhati-hati. Walaupun pergerakan tariannya tidak begitu selari dengan penari latar, namun ia satu percubaan yang terbaik diberikan oleh Akim. Persembahannya di bahagian pertama, kedua dan korus dirancang dengan baik. Selepas korus, Akim mengulangi gerak-gerak badan lamanya yang dia sudah biasa. Mungkin kerana sudah terlalu penat mengingati gerak yang perlu diikut. Saya rasa saya mahu melihat Akim membawakan lagu balada atau pun lagu rancak kerana keupayaan vokal ada pada Akim begitu juga elemen hiburan untuk melihatnya menari. Saya berharap dia akan diberikan tugasan yang lebih mencabar minggu depan.

ISMA – Kerja Gila


Persembahan Isma agak baik minggu ini. Gaya nyanyian memang tidak banyak yang diubah berbanding penyanyi asal dan masih menggunakan pergerakan-pergerakan yang sama. Isma perlu beri intepretasi berbeza pada lagu ini. Kehebatan vokal merupakan kekuatan utama Isma. Secara keseluruhan Isma telah memberikan satu persembahan yang bertenaga. Isma berani untuk merobohkan tembok yang banyak menghalang dirinya sebelum ini.

RUBISA – Tiada Lagi

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Seorang lagi pelajar perempuan yang telah menampilkan persembahan vokal yang baik, yang sedap berbanding sesetengah pelajar lelaki. Walaupun ada beberapa kali pada nyanyiannya di bahagian rendah tidak begitu kedengaran. Persembahan pentasnya masih agak terbatas dan masih banyak yang perlu dibaiki.

HAFIZ – Cinta Ini

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Hafiz menjadikan lagu ini seperti lagunya sendiri. Standard yang tinggi diletakkan oleh Hafiz pada minggu pertama seakan memukau penonton. Saya tidak kata persembahan Hafiz minggu ini tidak bagus cuma nyanyiannya boleh lebih baik daripada apa yang dapat ditonton. Hafiz selesa benar di atas pentas dan dari segi itu Hafiz berjaya meyakinkan saya. Sama juga dengan standard nyanyiannya, saya percaya Hafiz boleh melakukan yang lebih baik lagi. Saya harus akui, Hafiz berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Hafiz harus diuji dengan lagu-lagu yang lebih mencabar untuk saya melihat sejauh mana keupayaan dia mencorakkan lagu tugasannya.

KEJUTAN - Pertemuan Dengan Keluarga HAFIZ & AKIM

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Inilah kejutan yang saya mahu tengok. Kalau orang lain tidak suka drama, saya suka drama. Lebih-lebih lagi drama air mata. I want to be entertained by good TV dan saya memperolehinya. Melurunya Akim dan pelajar lain secara spontan itulah yang mahu saya tonton. Saya tidak rasa penonton akan melihat ia sebagai taktik untuk meraih simpati buat Hafiz mahu pun Akim. Peluang keemasan yang diberikan untuk bertemu ibu mereka dimanafaatkan sepenuhnya oleh Hafiz dan Akim.

SIDI – Ku Milikmu

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Keberanian Sidi menerima cabaran membawakan lagu secara unplugged sangat mengejutkan. Lagu Ku Milikmu merupakan lagu Siti yang pernah dipelbagaikan genrenya. Oleh itu apabila sewaktu latihan Sidi diberikan genre asal lagu itu sesuatu yang tiada perbezaan. Jika lagu itu diberikan genre berbeza bersesuaian dengan gaya Sidi, pasti persembahannya berbeza dan mungkin lebih baik. Saya mahu melihat peningkatan besar dari aspek vokal dan juga seni persembahan pentas yang masih kurang pada Sidi.

ZIZI – Aku Dah Bosan

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Sayang sekali inilah persembahan terbaik di konsert minggu ini. Zizi tampil penuh bertenaga dengan konsep persembahan yang unik. Vokalnya amat meyakinkan dengan gaya nyanyian yang penuh style ! Zizi memberikan intepretasi lagu tersebut dengan cemerlang dan wajar diangkat sebagai pelajar cemerlang. Segala ruang pentas dipergunakan sepenuhnya oleh Zizi dan menutup kelemahannya. Gaya memberontaknya benar-benar menakjubkan.

LAGU BONUS - Jerat Percintaan & Isabella

Image Hosted by ImageShack.us

Detik Penyingkiran

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Permainan nasib dalam Akademi Fantasia sudah menjadi lumrah. Itulah yang telah dihadam oleh penonton selama tujuh musim. Tiada yang mengejutkan jika ada pelajar yang memberikan persembahan baik tersingkir awal. Ianya pernah dibuktikan pada beberapa musim menerusi Rosma, Sahri, Linda dan Aizat. Jadi tidak mustahil ia berlaku lagi minggu ini dan minggu-minggu akan datang. Sudah termaktub, permainan program ini adalah SMS. Kalau mahu mencuba nasib dalam program realiti yang melibatkan pertandingan nyanyian yang lain, dipersilakan. Amylea dan Tomok telah membuktikannya.

Pilihan TRANFORMASI sultanmuzaffar

ZIZI – Aku Dah Bosan
HAFIZ – Cinta Ini
CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
AKIM – Destinasi Cinta
ISMA – Kerja Gila
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Ku Milikmu
YAZID – Aku Cinta Padamu

Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 21
YAZID - 16
HAFIZ - 10
SIDI - 8
ARIL - 8
AISHAH - 8
ZIZI - 7
CLAUDIA - 6
AKIM - 6
RUBISA - 5
QHAUD - 5

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 16
HAFIZ - 14
YAZID - 12
QHAUD - 9
AKIM - 9
AISHAH - 8
ARIL - 8
CLAUDIA - 7
SIDI - 7
ZIZI - 6
RUBISA - 5

8 komen

  1. Yan Says:
  2. meroyan kejap sebab zizi terkuar..
    adeh!

     
  3. sariee Says:
  4. tak tau apa nak cakap pasal konsert malam tadi... kasihan zizi terkuar... yang patut keluar tak keluar plak...

     
  5. Unknown Says:
  6. SM! Pengajar mempertahankan pelajar semasa konsert. Sapa yang bagi izin at first place. Rancangan Astro atau spontaneous???

     
  7. Ajami Hashim Says:
  8. drama ker sarkis ekk?

    larrikkk!

     
  9. AFUNDI AISHAH...
    mentari merah di ufuk timur the best

     
  10. AbgMosha Says:
  11. Salam buat semua.

    Konsert keempat abg beri 6/10 kerana ramai pelajar yang telah dapat membuat persembahan dengan baik. Sidi yang paling lemah sekali dan abg rasa Akim yang terbaik.

    Zizi uga persembahannya amat baik tetapi rezeki tidak menyelebahinya kerana telah tersingkir. ITU barulah dikatakan Akademi Fantasia, jari menjadi juri.

    Pilihan abg ke final..

    ISMA
    HAFIZ
    CLAUDIA
    AKIM
    YAZID

    Take care...

     
  12. AjymNarnia Says:
  13. mmg terhibur sungguh bila menonton persembahan AKIM dan ARIL... sebab itulah bila pengkritik edri mengomen...suasana mcm jadi potong stim aje... org tgj syok bersorak2 tup2 mcm negatif pulak komennya ...mmg rasa siol je...

     
  14. Akim AF7 Fan Says:
  15. TERIMAKASIH DI ATAS ULASAN MR.SULTANMUZAFFAR ;-)

    AFUNDI AKIM