Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Teater Muzikal di Akademi Fantasia

Entri oleh sultanmuzaffar 27 April 2009

Lagu Tugasan Minggu 8 (Teater Muzikal & Filem Muzikal)

PELAJAR LELAKI

Akim - Titah Sultan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Yazid - Ratu Novella (Impak Maksima The Musical)
Hafiz - Di Manakan Ku Cari Ganti (P.Ramlee The Musical)

PELAJAR WANITA

Claudia - Katakan (Puteri Gunung Ledang The Musical)
Isma - Mulanya Cinta (P.Ramlee The Musical)
Aishah - Slot Akasia (Impak Maksima The Musical)

LAGU BONUS

Dewa Perang (Puteri Gunung Ledang The Musical) & What Time Is It (High School Musical)

Agak sukar untuk mencari lagu yang terbaik kerana teater muzikal tidak banyak di Malaysia. Yang popular pun cuma tiga iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical, P.Ramlee The Musical dan Impak Maksima The Musical. Sayang sekali lagu nyanyian Stephen Rahman-Hughes tiada dalam senarai minggu ini. Sepatutnya lagu Cinta Atau Setia lebih sesuai diberikan kepada Hafiz jika lagu nyanyian Hang Tuah dimasukkan dalam senarai. Sayang sekali, Hafiz hanya mendapat lagu Di Manakan Ku Cari Ganti yang jelas tidak adil kepada pelajar lain kerana lagu itu popular di kalangan penonton. Jadi, ketidak-adilan kepada Hafiz minggu lalu telah pun ditebus minggu ini apabila hanya Hafiz seorang mendapat lagu yang popular di telinga penonton.

Lagu Isma, Mulanya Cinta walaupun lagu itu dibawakan oleh Datuk Siti Nurhaliza ia bukannya lagu yang popular di telinga peminat Siti. Diberikan lagu Siti merupakan cabaran getir buat Isma untuk menjauhkan dirinya dari bayangan Siti sendiri. Jika masih tiada perubahan, saya tidak tahu untuk berkata apa lagi.

Akim menerima lagu Titah Sultan yang dibawakan oleh Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Mahmud. Sememangnya lagu yang sukar untuk Akim pada minggu ini kerana perlakuan penyanyi sebagai Sultan harus ditonjolkan dan bukan sekadar nyanyian. Lagu ini sepatutnya dibawakan oleh Aril sekiranya dia tidak tersingkir. Bukan untuk menidakkan kredibiliti Akim, beliau seharusnya memberikan tumpuan yang lebih kepada gaya persembahan pentasnya untuk menampilkan mannerism seorang Sultan di atas pentas.

Dari daulat dan kuasa
jadi Sultan Mahmud Melaka
Memang raja, tetap raja !
Hanya niat, dah jadi nyata

Bagai intan dan permata
Bagai pinang dibelah dua
Putri Jawa untuk beta
Bagai bulan jatuh ke riba

Gunung tak terlalu tinggi
Titahku akan mendaki
Dan Ledang kelak akan
bersujud di kaki takhta....Melaka

Segerakan peminangan
Niat baik usah lengahkan
Andai beta bahagia
Yang beruntung Melaka juga

Gunung tak terlalu tinggi
Perintah akan mendaki
Dan Ledang kelak akan
bersujud di kaki takhta....Melaka

Dari daulat dan kuasa
jadi Sultan Mahmud Melaka
Memang raja tetap raja!
Hanya niat, dah jadi nyata

Claudia menerima lagu nyanyian asal Principal Tiara, Katakan. Sebuah lagu penuh emosi yang perlu dibawakan di atas pentas. Nyanyian penuh penghayatan perlu dizahirkan oleh Claudia dalam menonjolkan perasaan sedih, geram, kecewa dan berbelah-bagi di dalam diri seorang Puteri Gunung Ledang.

Sukar untuk saya ulas lagu-lagu pelajar lain kerana saya tidak begitu dekat dengan teater Impak Maksima. Namun, ada boleh menilainya sendiri dengan menonton youtube di bawah.



Ratu Novella



Slot Akasia



Katakan



Mulanya Cinta



What Time Is It


Titah Sultan - PGLtM

Titah Sultan

14 komen

  1. Anonymous Says:
  2. KENAPA AKIM SELALU DPT LAGU FAST JEK?? MINGGU PERTAMA JE LAGU SLOW..!!

     
  3. Anonymous Says:
  4. Boring Diari malam ni. Arghhhh!!!

     
  5. Anonymous Says:
  6. SM,why not minta ASTRO buat undian so AF FAn boleh vote siapa x-student yang fan nak tengok perform di final konsert. NOt as competitors tapi sebagai selingan. Just a suggestion. So adalah peluang nak tengok Aril perform lagi sementara nak tunggu reunion konsert.
    ~senorita~

     
  7. Anonymous Says:
  8. terasa sunyi ya diari tanpa aril...

     
  9. Qarl Says:
  10. haah

    diary cm sepi sket

    hye SM, mlm td jumpe kt preview.. hope dpt la recognize karl after dis

    haha

    ARIL if dpt perform TITAH SULTAN tuh, sure die akan ade kelebhan dr segi attitude... AKIM mungkin akan lebihkan pd vokal

    all d best la

     
  11. TokSky Says:
  12. Anggaplah lagu-lagu yg diberikan adalah cabaran. Nak dengar pulak apa komen peminat Hafiz sebab minggu ni Hafiz je yg dapat lagu popular. Kita lupakan saje Aril sebab dia dah takde dlm akademi. Rasanya kalau Qhaud ada pun penghayatan dia dlm lagu adalah baik. Lagu-lagu tu kena tengok teater baru nampak dan dengar. Cabaran mungkin pada Isma yg memang mcm klon Siti Nurhaliza dan terpaksa bawak lagu tu pulak. Apa pun Tok looking forward dgn lagu Katakan dan Titah Sultan sebab dah tengok PGL. By te way,kalau Akim masih ada dalam akademi utk minggu ke-9, tolong bagi dia lagu SLOW pulak sebab asik kena lagu fast saje, nak jugak tengok dia bawak lagu slow spt Laskar Pelangi....

     
  13. Anonymous Says:
  14. Sila baca Harian Metro (semalam)and Kosmo (hari ini) tentang Aril. Public telah mengiktirafkan dia sebagai Ikon and produk paling penting AF7. The Star paper pun puji Aril. Syabas Aril!!!

     
  15. Anonymous Says:
  16. SM,

    Maybe patut stop cerita pasal bias. Penat la dengar. Tu all AF Fans..you know the rule. There no such thing as bias ke apa. Tapi memang tak boleh elak, kalau ada preference untuk mana-mana pelajar. Even ibubapa pun ada favourite son or daugther.

    Kesian student, bila fans kutuk mengutuk. Even though diaorang tak tahu tapi please remember yang diaorang ada family.

    Keluar awal atau berjaya hingga ke final semuanya sebab undi penonton, tak cukup undi, terkeluar, as simple as that.

     
  17. Anonymous Says:
  18. ala toksky...dah apis dpt lagu popular..mesti seme senyap je....cuba klu lagu lain...mesti ada 1 roll lagi surat utk pengetua...abis seme dimakinyer..klu bleh maki meja kerusi pun depa maki

     
  19. Anonymous Says:
  20. KORANG PERASAN TAK...UNDIAN AZID TERUS NAIK...NAIK...DAN NAIK........ AGAK-AGAK FANS ARIL YG UNDI....HEHEHEHE...... MUNGKIN..... ADA KEMUNGKINAN........ MEREKA NAK TUNJUKKAN KUASA PENGUNDI .....MEREKA BOSAN DENGAN FANS HAFIZ YANG SUKA MEROYAN GILER MINGGU LEPAS.........

    UNDIAN YAZID TERUS NAIK....NAIK...DAN NAIK....WAKAKAKAKKAKAAK.....SYOKKKK....BIAR SURA LEMAU PUN TAKKISAH.....SEBAB.....PENGUNDI DAH BOSAN LER TU ..... BUAT BAIK BALAS BAIK....BUAT JAHAT...AHAAAAAA

     
  21. kimie more Says:
  22. Wah...rasanya mcm tgk rancangan realiti tv yg satu lagi tu ,yg dulu2 tu, yg compete dgn af tu (ye ker?), 'Audition' katanyo!ada nyanyi skit2, ada berlakon skit2, nari skit2, komen skit2, lepas tu semuanya nan ado apo2 katanyo ! Matiler, chedd bekas bintang program tu katanyo!
    Walau pun aku tak afundi Aril, aku rasa dia mmg ada talent! Tapi jgn ler marah2 kat kitaorg, biler aril kuar ( kak dibah sayang intan payung), mana ler kitaorg tahu dia nak kuar mlm tu! buat ler mcm hitz 1 jeng jeng jeng, masa mlm final, ranking sms lagu2 ditunjuk di sebelah skrin tv, supaya peminat mawi lumba2 undi, kan kalah pulak! kan..kan..kan

    p/s : sm, blog anda memang klasss
    p/s : jgn lupa afundi akim (bebanyak), hafiz(taip afundi3 hafiz sudoh), aishah (kalu prepaid ada lebih skit) and aril ( oops dah terkuar katanyo)

     
  23. FAD ARIFFIN Says:
  24. FRUST takde sapa nyanyi lagu Kepadamu Kekasih from PGLTM. Sedap giler lagu tuh!!

     
  25. chekdenoor Says:
  26. Hmmmm...memang bila citer pasal peminat=peminat yang suka komplain pasal ketidak adilan...... akak rasa lah ....ARIL adalah mangsa dari semua cerita-cerita ketidak adilan hafiz ... sebabnyer

    Memang ada ciri-ciri ketidakadilan itu..bila diperkatakan secara besar-besaran.... ianyer nampak juga kebenarannyer ....tapi...yang kesiannyer....budak ARIL lah ...dia hilang banyak pengundi yang duduk atas pagar .....dan bila kita kaji-kaji....kesan jeritan finatik hafiz...memang macam hujan batu untuk aril ...... habis lari pengundi atas pagar untuk aril....contohnyer....baca kat blog badrul.......dia minggu lepas sibuk undi hafiz sebab takut hafiz terkeluar...so...dia selalunyer ada juga undi aril...tapi minggu lepas sebab fokus kepada hafiz...aril tak ada undian langsu dr dia....... itu badrul.......bagaimana yang lain-lain.......

    so...fikirkanlah balek.......sebenarnyer...siapa yang lebih patut dikasihani........

    aril ada bakat ......dan bila astro letak pulak marsha....wa....semakin iyalah gosip ketidak adilan untuk hafiz..... wa.....semakin ramai pengundi atas pagar lari meninggalkan aril........

    apa kesalahan aril????? ...adakah silap dia menjadi dirinyer sendiri dalam af sehingga dia dianggap poyo dan over????

    akak kesian sangat kat aril..... mangsa keadaan ....actually...mangsa astro

     
  27. TokSky Says:
  28. Untunglah Hafiz dapat lagu popular tapi perlu ingat ini lagu P Ramlee. Anyway, looking forward to see Akim, Claudia, Yazid dan Aisya sebab tak tau what to expect. Isma....mcm CT kot!
    Rasanya konsert8 ni macam BEST aje.

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger