Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 07Kelas Vokal Cikgu AdnanSaya melihat persembahan Amy masih lagi biasa. Persembahan beliau masih belum dapat membuatkan saya terpesona. Nyanyian Amy memang bagus tetapi tiada originality pada persembahannya. Beliau kurang menyerlahkan lagi vocal colour yang ada pada dirinya. Beliau tidak menggunakannya dengan sebaik-baik mungkin.Aidil nampak lebih menyerlah. Beliau tahu untuk mengumpan penonton dengan rap yang liriknya dicipta sendiri olehnya. Sebutan pada bahagian rap harus lebih jelas....
Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 05Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 06Happy Birthday Aidil ! Hari ini hari lahir Aidil yang ke 21. Aidil mengucapkan kata-kata rindu kepada ibunya dan keluarganya melalui kamera. Semua orang tahu hari ini hari lahir Aidil tetapi semua orang buat-buat tidak tahu. Memang nampak suram juga wajah Aidil sambil-sambil beliau berbasikal sebelum waktu sarapan. Yang lain-lain selamba saja makan tanpa menghiraukannya.Namun demikian, mereka kemudiannya dikejutkan dengan sekotak hadiah. Pelajar...
Sekadar SenyumSemalam saya agak kehairanan mengapa satu link yang menggunakan Xanga begitu banyak memasuki blog saya. Selalunya Xanga hanya dari Leen yang menulis amat baik dalam Bahasa Inggeris. Tetapi hari ini ia datangnya dari Wong Jin Min.Ia turut diulas di dalam Gambar – Nizam Zakaria dalam blognya sendiri berkenaan isu yang sama.Kandungan komen tersebut boleh didapati di siniMonday, June 27, 2005WOAHI was surfing around and i came across malaysia's number 1 blog. It was by this website called MalaysiaTopBlogs. The reliability...
Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 03Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat JelataDiari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 04Bukan niat tidak mahu menulis, pelawaan sahabat mengatasi segalanya. Filem War Of The Worlds karya Steven Spielberg tidak wajar saya lepaskan. Apabila fikiran telah tepu dengan Computer Generated Image (CGI), maka siaran Diari hanyalah sekadar seperti kembali ke zaman batu.Ulasan selanjutnya, sila ke Akademi Fantasia-Coretan Seorang Rakyat Jel...
Diari Akademi Fantasia Minggu 05 Episod 01Dalam suatu kelas mereka perlu melukis satu lukisan abstrak. Hasilnya masih biasa tetapi ada beberapa yang menarik. Lukisan Akma bertajuk Kehidupanku. Lukisan Felix bertajuk Peritnya Sebuah Kehidupan. Manakala Aidil bertajuk AF3.Lukisan Reza bertajuk Cenderawasih. Sebuah lukisan yang paling menarik. Lukisannya indah dah kena dengan tajuk lukisan tersebut. Konsep yang dibawa oleh Amy dengan The Maze Cogniton juga agak menarik. Mawi agak klise dengan Menuju Puncak. Saya paling suka dengan...
Konsert Akademi Fantasia 04 : Felix Versatile, Atie, Anding, Idayu ? Bekas Pelajar UITM dan kini Bekas Pelajar Akademi FantasiaAkademi Fantasia, sebuah rancangan realiti membuat kejutan lagi apabila Idayu tersingkir pada minggu ini. Tidaklah terlalu mengejutkan kerana saya sudah biasa dikejutkan dengan penyingkiran Rosma, Sahri, Zarina, Linda suatu ketika dahulu. Maka, apabila Idayu tersingkir tidaklah terlalu mengejutkan. Ianya sudah dijangka...
Diari Akademi Fantasia Minggu 04 Episod 09Kad Wasiat diserahkan kepada pelajar yang diminta untuk membacanya. Kefli --> Reza, Felix --> Mawi, Mawi --> Felix dan Idayu --> Marsha.Kelas Bahasa Inggeris Cikgu FatimahSewaktu Kelas Bahasa Inggeris, Cikgu Fatimah telah meminta Amylea untuk menyatakan "The thing I like about you is..." Marsha menyatakan kepada Amy, "You are beautiful inside and outside and understanding”. Manakala Amy menyatakan kepada Marsha, "You are cute, cheeky in a good way, and you can get along with...

Petaling Street Birthday Bash : Jambatan Baru TerbinaPada awalnya saya tidak merancang untuk hadir pada pertemuan ini. Memandangkan panggilan Diari Akademi Fantasia lebih kuat menarik saya. Menjelang petang saya menerima private message dari tvsmith bertanyakan sama ada saya hadir atau pun tidak. Sememangnya komuniti di Petaling Street terlalu asing bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya akan bertemu dengan mereka sekiranya saya hadir...
Diari Akademi Fantasia Minggu 04 Episod 07Setelah hari keempat, maka nama yang sesuai untuk dua kamera yang ada di dalam Akademi pun telah ditemui. Terlalu banyak cubaan yang telah diberikan oleh pelajar. Bayangkan sehingga hari keempat baru ditemui nama yang paling sesuai. Sebenarnya pada hari pertama telah pun ditetapkan nama yang paling sesuai, cuma ia perlu diteka oleh para pelajar. Akhirnya nama kamera tersebut ialah Tipah Tipah dan Tuan Besar. Apa jenis nama yang mengisi kekosongan nama dua kamera tersebut ? Nama yang...
Diari Akademi Fantasia Minggu 04 Episod 05Sila klik ke Akademi Fantasia - Coretan Seorang Rakyat Jelata : Gelek Mawi !Diari Akademi Fantasia Minggu 04 Episod 06Nama yang sesuai untuk kamera masih belum diperolehi. Mereka harus memilih nama yang terbaik untuk dua kamera tersebut. Apakah kelainan yang ditunjukkan di dalam tarian Menuju Puncak ? Menari dengan kasut tumit tinggi ?Di dalam Kelas Seni Persembahan, siapakah yang menjadi pilihan sebagai pelajar paling sopan santun pada satu tugasan yang telah diberikan ? Apakah Reza...
Harian Metro Edisi Nasional: Lelaki biarlah macho...Oleh Manan SamadHarian Metro Versi InternetSeperti isu berkemban dalam filem Sepet, kali ini air mata Akademi Fantasia pula dibawa ke dalam Dewan Rakyat. Satu yang sudah dijangkakan untuk sebuah rancangan yang popular sebegini. Nampaknya Ahli Parlimen bersuara lagi. Komen-komen yang diberikan oleh mereka nampaknya tidak berasas sama sekali.Datuk Badrudin Amiruldin (BN-Jerai) berkata, beliau menganggap gaya pengacara itu mengendalikan rancangan terbabit boleh memberi contoh...
Diari Akademi Fantasia Minggu 04 Episod 03Minggu ini seperti minggu Ops Opocot. Reza menemui Encik Hasrul. Mengadu lagi. Mat Report lah dia ni. Entah siapa lah yang telah menyebabkan kemarahan Reza ini. Ada sahaja yang tidak puas hati pada pandangan beliau. Mungkin ada yang jenis belajar dalam happy, macam Elliza, Mawi dan Felix. Ada juga yang belajar dalam serius, macam Reza. Gaya setiap pelajar berbeza-beza.Kelas Teknikal Vokal Cikgu ShahrulSaya terfikir, kenapa pada tahun ini kelas teknikal vokal mempunyai dua orang tenaga...
Diari Akademi Fantasia Minggu 04 Episod 01Bagaimana keadaan Akademi Fantasia setelah ketiadaan Fuad ? Di dalam kad wasiat dari Fuad yang telah dibacakan oleh Yazer, beliau meminta maaf kepada Azlif & The Gang. Untuk apa ? Tidak perlulah diperjelaskan di sini. Saya anggap sudah tutup kes. Hadiah yang paling besar untuk Yazer ialah sebuah persahabatan. Yang menarik apabila tiada komen untuk Mawi dan Akma. Kedua-duanya adalah antara pelajar yang mendapat perhatian lebih dari Pengetua M.Nasir. Akma pernah dipuji kerana memberikan...