Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 05 07 & 08Hari ini saya tengok Diari tengahari di Akademi. Sekali-sekala singgah di sana. Tak boleh selalu pasal line internet di sana slow sangat. Zaman sekarang mana ada orang pakai dial-up lagi. Zaman-zaman saya kenal internet dulu ada lah, sekarang zaman broadband. Itulah antara sebab kenapa broadband lambat update kerana video-video broadband tak boleh dihantar guna dial-up.Apa yang menarik untuk hari ini sebenarnya tidak lah menarik sangat. Ada seorang chef datang ke Akademi untuk ajar tentang...
Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 05 05 & 06Antara yang menarik perhatian saya dalam Diari hari ini :Lotter macam biasa dah keluarkan personalitinya sejak hari pertama dalam Akademi. Lawak-lawak meniru gaya orang memang telah Lotter lakukan sejak dari Prelude lagi. Memang pecah perut bila tengok Lotter tiru gaya Cikgu Kevin.Diddy pula dah pandai main kejar-kejar dengan kamera. Eh ! Apsal ulasan blog ni dah jadi macam tulisan kat Website Rasmi dah ni ? (ketawa). Satu perkembangan yang menariklah untuk ditonton. Sekurang-kurangnya ada...
Entri oleh sultanmuzaffar 27 June 2006 0 komen
Alhamdulillah...InsyaAllah, satu lagi dalam genggaman.Sultan Melaka dalam Puteri Gunung Ledang The Musical"Beta perkenankan permintaanmu. Tapi sesungguhnya perbuatanmu ini tetap derhaka. Kau akan keseorangan di puncak Ledang sahaja. Tidak boleh dipandang sesiapa sesudah subuh kelak. Nescaya dia yang memandang , beta sumpah; hilang nyawa bermuntahkan darah!"Nantikan Pementasan Musim Kedua Muzikal Puteri Gunung Ledang pada 6 Ogos - 21 Ogos 2006 ini !Nota : Apa yang perlu saya lakukan selepas AF4 tamat ? Saya mahu terbang ! Saya...
Entri oleh sultanmuzaffar 26 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 05 01 & 02Kejutan yang sepatutnya untuk Zila akhirnya sekadar menjadi tontonan Zila apabila terpaksa melihat kegirangan dan keseronokan rakan-rakannya yang berkunjung ke IO Action, Linggi.Apa yang boleh disimpulkan daripada Peratus Terkini yang ada ?Faizal 15%, Farhan 15%, Lotter 13%, Amirul 12%, Velvet 12%, Salima 12%, Diddy 11% dan Haziq 9%. Saya suka melihat kedudukan terkini kerana ada sebilangan pengundi yang telah mengundi berdasarkan kebolehan pelajar. Ada juga yang masih mengundi berdasarkan...
Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2006 0 komen
Konsert 04 Akademi Fantasia : Jadilah Ikon Terengganu Yang Baik !Hari ini hari Sabtu. Selalunya hari Sabtu bukanlah hari untuk saya membeli semua akhbar harian. Berbeza dengan hari ini. Saya beli semua akhbar harian yang ada. Asal terpampang wajah Siti Nurhaliza atau pun banglo di Kuala Lipis, saya akan beli dan baca. Pandangan saya sedikit berbeza dengan komen-komen yang saya baca di akhbar. Secara umumnya sebahagian besar pihak media sudah mengaitkan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Entah mengapa saya mengatakan tidak. Simptom...
Entri oleh sultanmuzaffar 23 June 2006 0 komen
Al-FatihahSahabat baik saya kehilangan bapanya hari ini kerana kembali ke Rahmatullah. Mengenali beliau, beliau bukanlah seorang yang akan bercerita tentang hal-hal peribadi lebih-lebih lagi apabila sewaktu mengalami kesusahan sebegini. Saya sama sekali tidak menyangka panggilan telefon dari adiknya yang meminta nombor telefon lain untuk menghubunginya adalah petanda kepada perkhabaran kurang baik tersebut. Memang agak pelik tetapi saya dapat memberikan adiknya nombor yang diminta, cuma saya sedikit terkilan kerana sama sekali...
Entri oleh sultanmuzaffar 22 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 04 05 & 06Sejuk dan nyaman di Kuala Lumpur, amat sibuk di sini. Hanya kerana perkataan ganja, rutin biasa yang saya lalui terpaksa ditukar hari ini. Segala laporan di bahagian saya perlu disiapkan. Segala panggilan berkenaan perkara tersebut harus saya jawab. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. Jika sebelum ini saya hanya melaporkan apa yang terjadi serta memberikan ulasan mengenainya, kali ini saya perlu berdepan dengan sebarang tindakbalas terhadap perkara tersebut. Saya...
Entri oleh sultanmuzaffar 20 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 04 03 & 04Saya tengok Diari hari ini bukannya apa. Sekadar menonton sambil mereka soalan untuk salah satu peraduan. Nak dapat soalan punyalah susah. Nak tanya apa pun tak tau. Akhirnya saya tutup TV dan masukkan pita VHS Mentari Jingga episod 05. Walaupun sudah dua kali menonton, masih lagi terasa emosinya. Cikgu Fauziah Nawi berlakon sebagai orang kaya dalam telemovie tersebut. Zulhuzaimy pun berlakon juga sebagai Syed Fariz. Saya rasa Akademi Fantasia patut beri lagu Meneka Dalam Kesamaran pada Diddy...
Entri oleh sultanmuzaffar 19 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 04 01 & 02Lagu Baru Konsert 04Zila - These Boots Are Made For Walking (Nancy Sinatra/Jessica Simpson)Amirul - Khatulistiwa (Blues Gang)Faizal - Wo! (Zahid)Farhan - Tak Ingin Lagi (Misha Omar)Diddy - Nusantara (Kembara)Salima - Senandung Hidup Berbudi (Ramli Sarip)Velvet - Dikir Puteri (Noraniza Idris)Lotter - Bertemasya Desa Gemalai (Ramli Sarip)Haziq - Buat Sang Puteri (Spider)Reaksi pertama saya bila mendapat senarai lagu dalam jam 3 petang. Lagu Apa Ni??? Macam mana agaknya tarian Faizal untuk lagu...
Entri oleh sultanmuzaffar 18 June 2006 0 komen
Konsert 03 Akademi Fantasia 4 :Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Hal yang sama berlaku di Akademi Fantasia 2. Apabila kedudukan peratus undian agak rapat, sebarang kejutan penyingkiran boleh berlaku. Teruskan mengundi pilihan anda. Saya akan terus mengundi Faizal, Zila, Lotter, Velvet dan Diddy. Kepada peminat pelajar lain seperti Amirul, Farhan, Rich, Haziq dan Salima boleh juga terus mengundi pilihan anda.Kedudukan undian terkini...
Entri oleh sultanmuzaffar 17 June 2006 0 komen
Untuk Blogger, Jemputan SahajaIni merupakan jemputan buat para blogger di Malaysia untuk mendekatkan diri mereka dengan majlis bertaraf antarabangsa di mana mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed merupakan penjana idea untuk majlis tersebut - Perdana Global Peace Panel Session (Sesi Panel Keamanan Global Perdana) pada 21 Jun, 9.30 pagi hingga 1.30 petang.Majlis tersebut akan disusuli dengan Kuliah Umum Kemanan Global Perdana (Perdana Global Peace Public Lecture) pada 22 Jun yang akan dibuka kepada orang awam.Ia merupakan...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Diari Akademi Fantasia 03 09 & 10Biarlah Rahsia...Eh ! Siti Nurhaliza buat call semalam. Bukan hari ini. Tapi tak mengapa. Tetap nak Biarlah Rahsia juga.Peratus undian terkini benar-benar merisaukan. Rich (12%), Faizal (12%), Lotter (11%), Amirul (11%), Zila (10%), Salima (10%), Velvet (9%), Diddy (9%), Farhan (9%) dan Haziq (9%). Berdasarkan sejarah-sejarah lama, kedudukan semua pelajar yang paling atas sehinggalah dua kedudukan terakhir amat merbahaya. Linda di AF2 pun pernah tersingkir walaupun berada di tempat teratas...
Entri oleh sultanmuzaffar 15 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 03 07 & 08Kalau sesiapa yang sedar pada musim ini tiada lagi sesi kreativiti antara pelajar. Dulu ada penulisan surat wasiat, kali ini mereka buat wasiat guna audio. Sesi mewarna guna krayon pun tiada lagi. Mewarna adakalanya boleh release tension. Personaliti pelajar boleh dilihat melalui kreativiti yang dihasilkan.Siti Nurhaliza ? AF1 Siti Nurhaliza muncul sebagai Pengkritik Jemputan, AF2 Siti Nurhaliza hanya muncul di skrin LED sebelum ke Konsert Siti Fantasia dalam salah satu konsert, AF3 Siti...
Entri oleh sultanmuzaffar 14 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 03 05 & 06Bila fikiran kita lapang, tiada gangguang, tiada anasir luar, kita akan dapat melahirkan idea dengan lebih lancar lagi. Fikiran saya lapang sekali.Akhirnya…Setelah 3 minggu diari berlangsung, barulah saya sedar kehadiran Diddy dalam Akademi Fantasia. Akhirnya terkeluar juga perangai dia dalam Akademi. Berbeza dengan Farhan. Walaupun dalam Diari Farhan tidak menyerlah, tetapi sewaktu Konsert, Farhan sangat menyerlah dan peminat masih menyedari kewujudannya.Diddy sebagai perancang utama kepada...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Diari Akademi Fantasia 03 03 & 04Apa yang ingin anda lihat dalam Diari AF & Konsert AF ?Contoh :1. Pelajar lelaki mendapat lagu artis perempuan dan pelajar perempuan mendapat lagu artis lelaki.2. Kejutan blackout di Akademi3. Pelajar mempromosikan diri sendiri dan rakan-rakannya dalam setiap iklan promo di TV.Lagu Baru Minggu 3Rich - Mustika (M.Nasir)Lotter - Iris (Awie)Haziq - Cinta Nusantara (Sheqal)Amirul - Yesterday (The Beatles)Salima - Obsesi (Juliana Banos)Farhan - Still Got The Blues (Gary Moore)Diddy - Memori...
Entri oleh sultanmuzaffar 13 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 03 01 & 02Berikut adalah tajuk-tajuk lagu minggu ini. Memang menjadi rutin setiap hari Ahad saya perlu mendapatkan semua tajuk dan lirik lagu untuk laman web. Memang gamat Akademi dengan pelbagai reaksi bila mendapat lagu tersebut.Amirul - Gempar Gerudi (For Your Eyes Only)Rich - Phewitlah Bersama (Rocky Jagohan)Haziq - Langgam Cik Sri Siantan (Joned PI)Faizal - Aku Lelaki Hina (Zahari SS)Diddy - Mentari Semakin Pudar Di Senja Hari (Elli Kuzini)Farhan - Only You and Me at the Highway 78 Baby (Santiago...
Entri oleh sultanmuzaffar 11 June 2006 0 komen
Konsert 02 Akademi Fantasia :Sukar untuk saya membuat ramalan. Berdasarkan rekod-rekod Akademi Fantasia yang terdahulu, pelajar yang berada di kedudukan dua terakhir biasanya akan terselamat. Ini membuatkan Diddy (7%), Velvet (7%), Zila (7%), Haziq (7%), Karen (7%) dan Farhan (6%) berada di tempat yang kurang selamat. Zila dan Diddy berada dalam kedudukan yang agak bahaya kerana merupakan pelajar yang akan membuat persembahan pada penghujung...
Entri oleh sultanmuzaffar 09 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 02 07 & 08Memandangkan saya tidak menonton, maka tiada ulasan. Saya telah menghabiskan masa di luar bersama teman-teman. Yang mahu dipautkan juga tiada. Saya hanya berkesempatan untuk menonton sebentar tadi, itu pun atas keperluan untuk mereka soalan peraduan. Untuk tidak menghampakan, tulisan-tulisan di AF4 Microsite yang juga tulisan saya dititipkan di sini. Sama sahaja gaya bahasanya.Diari Tengahari :Dalam Kelas Drama hari ini mereka bercerita tentang pengalaman lucu sewaktu pendaftaran ke Akademi...
Entri oleh sultanmuzaffar 07 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 02 05 & 06Ning Baizura di Akademi FantasiaTerkena Kejutan ElektrikTak Sempat Review. Pasal kalau direview juga, bias jadinya. :) Tuding Di Sini...
Entri oleh sultanmuzaffar 06 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 02 03 & 04Maaf. Tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa. Sekadar menjadi penonton sekejap-sekejap. Perlu bergegas ke Shah Alam untuk persediaan Academy Press Tour Jumaat ini. Beginilah jugalah yang akan terjadi sekiranya setiap kali ada tetamu kejutan hadir. Ada perkara lebih penting yang perlu disegerakan.Ingin membaca ulasan perspektif yang berbeza sila ke SeniKami.Amirul menangis ? Saya simpati. Al-Fatihah untuk arwah bapa beliau. Ada orang bertanya salahkah menangis ? Apa salahnya ? Mawi pun...
Entri oleh sultanmuzaffar 05 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 02 01 & 02 Klik untuk meninjau Kediaman Pelajar dan Akademi FantasiaAkademi Fantasia dan Kediaman Pelajar pada musim ini agak berbeza. Jika musim-musim yang sebelumnya mereka ditempatkan di beberapa buah banglo yang diubahsuai, pada musim ini mereka ditempatkan di sebuah gudang yang diubahsuai terletak di sebuah kawasan perindustrian pinggiran Shah Alam.Bercakap tentang perkara baru dalam AF4, surat wasiat yang...
Entri oleh sultanmuzaffar 03 June 2006 0 komen
Konsert 01 Akademi Fantasia 4 : Kejutan Pertama Nora TersingkirNora merupakan pelajar pertama yang tersingkir dari Akademi Fantasia 4 yang mana menyaksikan penyingkiran kejutan yang berlaku pertama kali dalam konsert pertama. Sebelum ini Liza pernah disingkirkan dalam konsert pertama dan kemudiannya diserap kembali sebelum meninggalkan Dewan Percubaan UPM. Ini merupakan penyingkiran pertama untuk musim ini.Kedudukan Undian Sebelum PersembahanFaizal 12%Amirul 12%Salima 11%Rich 9%Diddy 9%Lotter 7%Nora 7%Velvet 7%Haziq 7%Zila 6%Farhan...
Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen
Diari Akademi Fantasia 01 09 & 10Maaf ! Tiada ulasan untuk hari ini. Seharian di Dewan Siviks MPPJ meninjau persembahan rehearsal. Untuk ulasan terperinci sila klik ke SeniKami.Untuk tidak menghampakan, dihadiahkan sekeping gambar rakaman sesi latihan semalam. Antara yang bakal menyerlah pada malam ini ialah Velvet dengan lagu Darah Muda, Karen (Malam Pesta Muda Mudi), Faizal (Ingin Tahu), Zila (Jangan Tinggal Daku) dan mungkin juga...
Entri oleh sultanmuzaffar 01 June 2006 0 komen
Diari Akademi Fantasia 01 07 & 081. Bila tengok Kelas Drama Umi Fauziah, teringat pula zaman main game The Sims. Gaya percakapan mereka sama. Siapa yang tidak pernah main game The Sims, baik main sekarang. Seronok dengar gaya percakapan mereka.2. Nampaknya pelajar perempuan lebih mudah menghafal lirik berbanding pelajar lelaki. Dengan selambanya Rich, Amirul dan Diddy menghentam sajalah lirik-lirik dan buat lirik sendiri. Lagu P.Ramlee pulak tu. Faizal pula menghadapi masalah keras badan yang terlampau. Goyang sikit-sikit...