Diari Akademi Fantasia 03 09 & 10
Biarlah Rahsia...Eh ! Siti Nurhaliza buat call semalam. Bukan hari ini. Tapi tak mengapa. Tetap nak Biarlah Rahsia juga.
Peratus undian terkini benar-benar merisaukan. Rich (12%), Faizal (12%), Lotter (11%), Amirul (11%), Zila (10%), Salima (10%), Velvet (9%), Diddy (9%), Farhan (9%) dan Haziq (9%). Berdasarkan sejarah-sejarah lama, kedudukan semua pelajar yang paling atas sehinggalah dua kedudukan terakhir amat merbahaya. Linda di AF2 pun pernah tersingkir walaupun berada di tempat teratas sebelum Konsert.
Sebelum : Linda 15%, Bob 15%, Zahid 14%, Mas 14%, Kaer 14%, Adam 14%, Farah 14%
Selepas : Farah 17%, Adam 16%, Kaer 15%, Zahid 14%, Bob 13%, Mas 13%, Linda 12%
Rich kalau tak jaga-jaga pun boleh tersingkir. Faizal juga akan mengalami nasib yang sama. Lebih-lebih lagi konsert akan berlangsung pada hari Ahad. Berdasarkan persembahan rehearsal, saya lihat mereka ini kurang sangat berbual dengan Aznil. Pengundi Diddy harus melakukan sesuatu kerana Diddy akan membuat persembahan kedua terakhir sebelum Faizal untuk Konsert kali ini. Oleh yang demikian, besar kemungkinan banyak undian yang tidak akan masuk. Begitu juga dengan Faizal.
Saya kurang berpuas hati dengan nyanyian Velvet minggu ini. Mungkin kurang energy. Atau pun mungkin juga ini hanya rehearsal. Mereka menyimpan tenaga mereka untuk persembahan sebenar. Diddy bakal menyerlahkan keupayaan vokal besar beliau. Kalau musim lepas, kita ada Mawi dengan vokal yang lebih jantan, musim ini kita ada Faizal dan Diddy. Farhan seperti biasa akan menyinar untuk lagu Still Got The Blues. Itu baru rehearsal, kalau persembahan sebenar entah apa lah yang akan berlaku lagi. Saya rasa Zila pun telah melakukan yang terbaik semalam. Lagu tersebut telah menyerlahkan tarian beliau dan bukan sekadar lagu perlahan sahaja yang boleh didendangkan oleh Zila.
Saya cuma berharap minggu ini Pengkritik Jemputan lebih pandai mengawal diri mereka tidak seperti yang sudah-sudah ataupun cuba untuk menggunakan peluang tersebut untuk melakukan promosi diri sendiri yang tidak perlu.
Apa pun penyingkiran yang berlaku, ia tidak akan mengubah apa-apa.
0 komen