Diari Akademi Fantasia Ep.17AFMASUK TOKWAN !!!Belum apa-apa, Cikgu Syafi dah mengamuk. Jangan main-main dengan Cikgu Syafi. Cikgu Syafi tu sekarang memang moody sentiasa. Maklumlah sedang berbadan dua. Kalau dah pelajar masuk lambat, Cikgu mana yang tak mengamuk. Ada beberapa orang pelajar yang sudah menunggu seperti Candy dan Noni. Bila Cikgu Syafi tanya sama ada latihan masing-masing bersama kumpulan telah pun dibuat atau tidak, Ebi menjawab. Dia seorang saja yang cakap sudah. Memang lah sudah pasal persembahan dia seorang...
Diari Akademi Fantasia Ep.16Banyak juga latihan pelajar yang ditunjukkan dalam Diari tadi. Walaupun dapat dengar sedikit, cukuplah sebagai teaser untuk Konsert hari Ahad ini. Setakat hari ini, saya masih lagi teruja menantikan Diari Akademi Fantasia Khas yang akan disiarkan pada hari Sabtu mulai 9 malam. Sementara Konsert hari Ahad saya lebih ternanti-nantikan corak persembahan Ebi dengan lagu Al-Jannah, Shawal (Ku Berlari), Aizat (Warisan), Heliza (Melodi Ahlan) dan Mila (Melukut Di Tepi Gantang). Yang lain hanya sekadar pelengkap...
Diari Akademi Fantasia Ep.15Tentu ramai yang pelik kenapa pelajar kena meniarap tiba-tiba. Kat laman web rasmi ditulis sebagai atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Ada lah sebabnya. Hahaha.Dalam Kelas Cikgu Fati pula, pelajar kena menggayakan lirik lagu mereka. Tapi nampak macam mereka berada di bawah kelolaan Raimee pulak !Yang paling best dalam diari hari ini ialah ketibaan Tok Wan. Tok Wan ialah ikon terbaru Astro menerusi iklan Astro. Tok Wan memang popular sejak iklan Petronas "Janda Beranak Tujuh". Tok Wan juga popular...
Diari Akademi Fantasia Ep.14Nampaknya ada pengumuman terbaru tentang Diari Akademi Fantasia Khas yang akan disiarkan pada hari Sabtu, jam 9.00 malam bagi menggantikan slot yang sepatutnya untuk Konsert 03 AF5. Siaran langsung konsert akan diadakan pada hari Ahad.Apa yang ada dalam Diari Akademi Fantasia Khas ? Perancangan kandungan sudah ada. Semuanya masih bergantung kepada keadaan dan apa pula realiti yang akan timbul pada hari tersebut.Setelah 3 minggu Akademi Fantasia bersiaran, rata-rata cerita tentang AF lebih banyak negatif...
Diari Akademi Fantasia Ep.13▪ Al Jannah - Mawi oleh Ebi▪ Melodi Ahlan - Waheeda oleh Heliza▪ Melukut Di Tepi Gantang - Aishah oleh Mila▪ Hijau Bumi Tuhan - XPDC oleh Aswad▪ Terlalu Istimewa - Adibah Noor oleh Candy▪ Erti Hidup - Dayang Nurfaizah oleh Fatin▪ Ku Berlari - Firdaus oleh Shawal▪ Ode to My Family - Cranberries oleh Noni▪ Aku Tanpa Cinta-Mu - Mirwana oleh Dafi▪ Permaidani - Aris Ariwatan oleh Rizal▪ Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher oleh Dekna▪ Insan - Yantzen oleh Farha▪ Warisan - Sudirman Hj. Arshad oleh AizatSeronok...
Brothers & SistersKonsert 02 Akademi Fantasia 5 : Mungkinkah Ada Perubahan Pada Malam Ini ?Satu minggu yang penuh tekanan telah berlalu. Semalam saya sudah boleh tersenyum. Tapi jalannya masih panjang. Ada lagi 8 minggu yang perlu ditempuh.Kita tunggu sahaja malam ini.Puas ? Ya, saya puas. Minggu lepas ialah minggu krisis. Alhamdulillah, segala cabaran berjaya diredah. Sebarang masalah berjaya dijadikan peluang. Sedar tak sedar, perubahan...
Mi Maggi Tabik Anda !Dah hampir sebulan peraduan ini berlangsung. Ramai juga yang tertunggu-tunggu apakah keputusannya. Buat masa ini peraduan masih lagi dibuka. Terus terang saya katakan, tidak sukar untuk merakamkan bahan-bahan anda dalam bentuk video. Jika anda mempunyai telefon bimbit yang boleh merakamkan video sudah memadai. Lagipun peraduan ini lebih bersifat realiti tanpa memerlukan kekuatan dari aspek visual. Yang penting bahan yang dipersembahkan adalah berkenaan dengan pengalaman anda bersama Mi Maggi.Dari banyak-banyak...
Diari Akademi Fantasia Ep.11Terasa pelbagai emosi bila menonton Diari semalam, Ep.11. Dalam ketawa melihatkan Dekna bersama Amy Mastura, tersentuh mendengar cerita-cerita peribadi pelajar. Dah 4 musim AF berlalu, cerita peribadi yang merungkai personaliti pelajar pasti menjadi perhatian. Itu yang penonton Melayu mahu tengok. Drama. Sentiasa jadi kegilaan penonton Melayu.Dekna sakit hidung berdarah dan telah dihantar ke klinik. Memang kelakar tengok Amy Mastura jadi doktor. Segala aparatus dia guna untuk check Dekna. Dekna punyalah...
Diari Akademi Fantasia Ep.10Mulai pada Episod ini, saya hanya akan ulas elemen menarik yang berlaku dalam Diari. Hanya elemen menarik. Kalau ada Episod yang saya tidak ulas, maknanya tiada yang menarik dalam Episod tersebut.Yang paling best dalam kenyataan Dr.Fazley di Debat Akademi Fantasia semalam, saya paling suka kenyataannya tentang kelantangan pengkritik. Dalam satu-satu persembahan, tak kan lah tiada satu pun yang baik untuk diberikan kepada pelajar sebagai bekalan semangat untuk mereka. Itu beza orang bijak dengan orang...

Diari Akademi Fantasia Ep.9Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan tekanan. Tekanan datang kiri dan kanan. Depan dan belakang. Diari malam ini ada menampakkan perubahan. Bila konflik dah mula berlaku barulah seronok sikit tengok Diari. Pelajar perempuan dah mula tarik-tarik muka bila tak dapat lagu yang mereka nak. Tapi bagus gak budak Heliza ni, kematangan dia menyebabkan dia pandai handle konflik-konflik macam tu. Tak sia-sia masuk...
Aku Tertekan !Memang ! Memang aku tertekan. Tapi bukan tertekan punat kamera. Aku tertekan bila menonton AF. Aku nak tengok Diari yang penuh warna dengan pelbagai personaliti pelajar. Aku nak tengok Konsert yang gemilang muziknya. Tapi mana perginya elemen-elemen itu ?Semalam aku dah cerita pasal kehilangan Kelas Drama. Hari ini tak tahu nak cerita apa. Itu pasal aku tertekan sekarang. Aku nak Kelas Drama balik. Aku nak muzik gaya AF-AF yang lepas kembali.OK lah aku nak hilangkan tekanan aku dengan tertekan punat kamera. Sesiapa...
Diari Akademi Fantasia Ep.7Lirik Lagu Terkini : Konsert 2▪ Semua Jadi Satu - 3 Diva : Dinyanyikan oleh Candy▪ Biarkan Aku Menangis - Tommy J. Pissa : Dinyanyikan oleh Farha▪ Cinta - Amy Mastura : Dinyanyikan oleh Dekna▪ Pencinta Wanita - Irwansyah : Dinyanyikan oleh Dafi▪ Gotta Tell You - Samantha Mumba : Dinyanyikan oleh Mila▪ Bailamos - Enrique Iglesias : Dinyanyikan oleh Ebi▪ Aku Bukan Untukmu - Rossa : Dinyanyikan oleh Heliza▪ Biso Bonar - Hattan : Dinyanyikan oleh Afiq▪ Basket Case - Greenday : Dinyanyikan oleh Aizat▪ Kenangan...
Diari Akademi Fantasia Ep.6Ada pula content untuk Diari. Bukankah lebih baik jika content-content yang ada dalam Ep.6 dibawa ke Ep.1-5. Bahan seperti Shawal sedang sakit tekak (tonsil) merupakan antara bahan yang menarik tetapi telah terlepas pandang dan diletakkan di Episod selepas Konsert. Agak merugikan.Sesi permainan Treasure Hunt juga antara bahan yang bagus untuk penonton lebih mengenali personaliti setiap pelajar. Rasanya dengan adanya aktiviti sebegitu, pembahagian masa untuk kamera lebih adil dan dapat diberikan kepada...
Konsert 01 Akademi Fantasia 5 : Banyak Kejutan Yang Mengejutkan?Banyak kejutan malam ini. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton Konsert 01 Akademi Fantasia 5, 8.30 malam ini di Astro RIA.Kenapa saya kata banyak kejutan? Kerana saya tahu apa yang akan disiarkan akan mengejutkan anda !Dalam tempoh 3 jam tersiarnya Konsert sulung tersebut, saya duduk di ruang makan dan sekali-sekala baca komen-komen di Forum (baik yang rasmi mahu...
Diari Akademi Fantasia Ep.5Saya memang suka bila sudah wujud konflik di dalam Akademi Fantasia seawal minggu pertama. Bila berlaku konflik sebegini, kita boleh melihat kematangan seseorang. Heliza saya nampak menyerlahkan kematangannya. Seorang penuntut universiti seharusnya bertindak matang dalam menangani isu-isu yang berlaku di dalam Akademi. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau merupakan seorang pelajar universiti. Yang menarik, Candy dengan selamba menganggap isu tersebut sebagai remeh dan menghabiskan masanya tidur.Berbeza...
Diari Akademi Fantasia Ep.4Nampaknya Diari setiap hari Khamis susah sikit nak ulas pasal tak dapat nak tengok. Takkan nak tonton siaran ulangan pukul 12.30 tengahari Jumaat kan ! Memang saya akui minggu ini merupakan minggu percubaan. Semuanya kena cuba-jaya. Saya masih tidak tahu proses mana yang lebih mudah dan perlu dicuba mana yang perlu.Diari memang wajib ditonton kerana ada banyak kerja post-Diari yang perlu dilaksanakan. Yang ada di laman web rasmi, hanya teaser pre-Diari. Mula-mula ada hati nak buat ulasan post-Diari,...
Diari Akdemi Fantasia Ep.3Tentu ramai yang masih ingat akan semangat setiakawan yang telah ditunjukkan oleh pelajar AF1 sewaktu membantu Nana membawakan lagu Kini Kau Tiada (Sarimah). Memang jelas dan terserlah semangat tersebut sehingga semangat itulah yang menjadi identiti Akademi Fantasia. Semalam saya dapat melihat semangat itu bila pelajar lelaki sama-sama menjadi penyanyi latar untuk Dafi dalam lagu Uptown Girl. Sebagai permulaan dalam setiap latihan persembahan, saya nampak ada usaha untuk menjadikannya contoh untuk minggu-minggu...
Diari Akademi Fantasia Ep.2Apa yang best dalam Diari Ep.2 ini ?Sudah mula kelihatan bibit-bibit percintaan, cuma belum masanya untuk disiarkan. Kita tunggu sahaja di minggu-minggu akan datang. Buat masa ini kelas-kelas masih berjalan seperti biasa. Dalam Kelas Bahasa Inggeris, nampak Dekna mula menyerlahkan personalitinya. Sama ada penonton menyukai personaliti tersebut, masih terlalu awal untuk dibuat jangkaan. Macam Mas dalam AF2, nampaknya tidak banyak berbeza personaliti Dekna dengan Mas. Raut wajah mereka juga ada sedikit...
Diari Akademi Fantasia 5 (Ep.1)Kronologi4.00 petang : Update laman web rasmi dengan kenyataan "Kejutan Pertama Akademi Fantasia"9.00 malam : Oh My God ! Oh My God ! Oh My God ! Sama macam reaksi Zana masa dapat surprise notification.9.01 malam : SMS masuk menderu-deru. SMS lima yang pertama sempat balas juga. Lama-lama semua SMS tak balas langsung.9.05 - 9.45 malam : Sesi mendengar lagu. Tarik nafas ! Turun nafas ! Tarik nafas ! Turun nafas ! Semput sama macam reaksi Farha kena rompak.10.00 malam : Diari Akademi Fantasia Ep.1...
Tirai Akademi Fantasia 5Sebelum memulakan ulasan berkenaan program pembuka tirai Akademi Fantasia musim ke 5 ini, saya ingin bercerita tentang warna yang nampaknya akan menjadi warna yang sinonim dengan Akademi Fantasia sepanjang musim ini.Kenapa merah?Ada juga yang bertanya kepada saya, kenapa merah? Ada juga yang telah memberikan komennya tentang timbulnya idea menggunakan warna merah. Tidak kurang juga yang sakit mata melihatkan laman...

Pelajar Baru Akademi Fantasia 5 Rasanya baru semalam sahaja pelajar Akademi Fantasia 4 diperkenalkan pada tahun lepas dan hari ini pelajar baru Akademi Fantasia 5 pula diperkenalkan di tempat yang sama. Deja Vu ! Mungkin kerana terlalu sibuk dengan kerja sehingga masa berlalu begitu pantas.Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat pelajar baru serta kejutan yang mereka terima sewaktu menerima berita gembira dari Akademi Fantasia melalui Tirai...
Pra Akademi Fantasia 5 : Jom Main Teka-Teka (Bahagian 2)Semua orang tahu Akademi Fantasia bakal menjelma untuk musim yang kelima. Untuk menghangatkan lagi hari-hari anda sebelum menjelangnya tarikh keramat 10 Mac 2007, apa kata kita main teka-teka. Semuanya telah pun tercatat ! Kebenaran secara lisan telah pun diperolehi !Ini merupakan posting terakhir sebelum saya mengambil keputusan untuk mendapat keamanan dan ketenangan dalam diri. Jadi...