Diari Akademi Fantasia Ep.4
Nampaknya Diari setiap hari Khamis susah sikit nak ulas pasal tak dapat nak tengok. Takkan nak tonton siaran ulangan pukul 12.30 tengahari Jumaat kan ! Memang saya akui minggu ini merupakan minggu percubaan. Semuanya kena cuba-jaya. Saya masih tidak tahu proses mana yang lebih mudah dan perlu dicuba mana yang perlu.
Diari memang wajib ditonton kerana ada banyak kerja post-Diari yang perlu dilaksanakan. Yang ada di laman web rasmi, hanya teaser pre-Diari. Mula-mula ada hati nak buat ulasan post-Diari, nampaknya tidak berkesempatan. Musim ini ada Debat pula. Dah buat teaser pre-Debat, dan perlu juga buat ulasan post-Debat. Kadang-kadang hasil daripada debat perlu dihebahkan. Macam semalam.
Aswad dan Fatin telah pun diberikan peluang untuk meneruskan pengajian di Akademi tanpa perlu membuat persembahan esok. Saya masih tak tahu apa pula yang akan jadi minggu depan. Kalau-kalau masih tidak boleh membuat persembahan, apa pula yang akan jadi. Debat lagi.
Debat semalam memang seronok. Banyak yang masih boleh dibaiki. Mulai minggu depan Debat akan disiarkan dari Dewan Sivik dan bukannya studio semalam. Oleh itu tentulah banyak perbezaannya dari semalam.
Kalau ada yang ingin tahu, isu-isu yang diperdebatkan adalah suara-suara anda di mana-mana medium. Baik di @15, blog, forum dan akhbar. Mungkin anda tidak sedar. Nampaknya baru minggu pertama sudah banyak isu-isu panas yang melibatkan Akademi Fantasia berlaku. Jadi, tunggulah apa yang akan berlaku tidak lama lagi. Mungkin di Debat, mungkin esok di Konsert atau minggu depan di Diari.
Bila ada banyak medium untuk dipantau, makin kurang masa yang ada. Seharian mengadap internet, tv dan akhbar. Masa yang tinggal hanya cukup untuk berada di dalam kereta dan dihabiskan di katil untuk tidur. J
Macam musim lepas, ulasan Diari Ep. Jumaat juga akan tiada. Saya akan menghabiskan masa di Dewan untuk rehearsal dan sesi wawancara bersama beberapa individu.
Untuk AF5 kali ini, di laman web rasmi ada beberapa elemen baru. Antaranya blog plajar, klip video eksklusif pelajar dan satu lagi elemen baru yang perlu saya rahsiakan sehingga ia dilancarkan kelak. Lagi satu minggu sahaja. Tunggu ya !
0 komen