Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 18 March 2007

Diari Akademi Fantasia Ep.6

Ada pula content untuk Diari. Bukankah lebih baik jika content-content yang ada dalam Ep.6 dibawa ke Ep.1-5. Bahan seperti Shawal sedang sakit tekak (tonsil) merupakan antara bahan yang menarik tetapi telah terlepas pandang dan diletakkan di Episod selepas Konsert. Agak merugikan.

Sesi permainan Treasure Hunt juga antara bahan yang bagus untuk penonton lebih mengenali personaliti setiap pelajar. Rasanya dengan adanya aktiviti sebegitu, pembahagian masa untuk kamera lebih adil dan dapat diberikan kepada semua pelajar. Sifat kerjasama antara mereka juga timbul. Itu yang penonton mahu lihat. Bukannya adegan menangis rindukan "kucing". Sifat-sifat pelajar terserlah dalam aktiviti sebegini. Mana Kelas Persembahan Pentas ? Kalau ada pun aktiviti yang menyerlah sifat kerjasama ialah Kelas Inggeris. Tapi kita harus sedar penonton Akademi Fantasia adalah rata-ratanya Melayu. Mereka tak mahu pening kepala nak tengok kelas Bahasa Inggeris. Mereka mahu menonton aktiviti yang lebih santai selain aktiviti pembelajaran formal.

Menggunakan Treasure Hunt sebagai salah satu cara untuk mempromosikan penaja juga boleh saya sifatkan bijak. Ia dibuat dengan lebih tersirat. Tapi kenapa untuk Diari Ep. Ahad. Itu yang saya kurang faham.

Kerjasama pelajar perempuan di dapur juga sesuatu yang menarik untuk ditonton. Sepanjang 5 hari Diari disiarkan, saya tidak sedar kewujudan Ebi dalam salah satu episod tersebut. Tetapi dalam aktiviti kerjasama dalam treasure hunt, personalitinya nampak terserlah. Sifat kepimpinan itu wujud.

Macam yang telah saya sebutkan dalam Ulasan sebelum ini. Elemen penting dalam DIARI ialah CERITA. Itu yang menggerakkan penonton mengundi. Kalau makcik-makcik dan pakcik-pakcik tengok Heliza pandai memasak, bertambah afundi dia. Kalau makcik-pakcik tengok cara Mila melayan Rizal di meja, bertambah afundi dia.

Apa yang tersiar, mesti ada sebab dan fikirkan sekali kesannya baik dari segi positif atau pun negatif.