Diari Khas & Konsert 03 Akademi Fantasia 5 : Ketuhanan & Kemanusiaan
Heliza – Melodi Ahlan
Satu yang saya suka tentang Heliza ialah keberaniannya bergerak di atas pentas. Heliza kalau menyanyi lagu perlahan pun pergerakannya di atas pentas tetap cantik. Apatah lagi bila menyanyikan lagu yang agak rancak. Heliza seorang yang alert dengan persekitarannya. Dia beri interaksi dengan penyanyi latar. Memang nyanyiannya ada bunyi-bunyi Siti Nurhaliza. Saya tengok persembahan Heliza dan menyukainya. Saya tidak kisah dia gali atau tidak lirik lagu tersebut. Asalkan saya terhibur dengan persembahannya sudah cukup baik. Tak payah nak berat-beratkan kepala. Saya suka dengan konsep pakaian yang diberikan kepada Heliza.
Farha – Insan
Farha juga macam Heliza. Dia berani mencuba pergerakan-pergerakan menarik di atas pentas. Gaya tangan, ekspresi muka yang kadang-kadang menakutkan dan sedikit over-acting. Saya nampak kesungguhan Farha dalam membawakan lagu ini. Sekali lagi, saya tidak peduli dia gali atau pun tidak.
Noni – Ode to My Family
Aswad – Hijau Bumi Tuhan
Dari Konsert 02 sampai Konsert 03 persembahan Aswad sama sahaja. Aswad tidak berani mencuba untuk mencipta kelainan dalam persembahannya. Gaya tangannya masih sama. Aswad tiada gaya untuk menghiburkan penonton. Aswad ada gaya untuk membuat lawak di atas pentas. Aswad ada vokal yang baik tetapi gaya persembahannya tidak melengkapkan vokal yang beliau ada. Cuba bayangkan kalau dalam satu konsert, Aswad kena bawakan 10 lagu dan gaya tangannya sama sahaja untuk 10 lagu tersebut. Memang satu persembahan yang agak membosankan.
Fatin – Erti Hidup
Aizat – Warisan
Ini lagi seorang pelajar yang tangannya tidak berbedung masa kecil-kecil dulu. Lagu Sudirman yang sedap jadi macam Konsert Suara Hati Sudirman di RTM1. Kadang-kadang ajaran untuk mendepangkan tangan itu dah macam salah pula. Niatnya memang untuk menampakkan body movement lebih besar, tapi tidak perlulah setiap kali nak dibuat. Aizat cuba untuk bawakan kelainan dalam nyanyiannya. Aizat tidak ikut gaya Sudirman, dia buat alunan vokalnya yang sendiri. Saya mengharapkan satu persembahan yang minima dengan mutu vokal yang meletup tetapi yang saya dapat ialah sebuah persembahan yang over-act.
Mila – Melukut Di Tepi Gantang
Dafi – Aku Tanpa Cintamu
Saya ingatkan pantomin JAIS yang dipersembahkan sudah cukup merosakkan persembahan Dafi. Rupanya kepincangan tersebut dilengkapkan lagi dengan persembahan vokal Dafi yang tidak kesampaian. Saya nampak setiap pelajar tertekan dengan kritikan-kritikan Pengkritik yang telah diberikan kepada pelajar sebelum ini. Ia secara tidak langsung mengganggu konsentrasi pelajar lain. Bukan senang nak berhadapan dengan Singa AF. Dafi ada rupa dan penyokong yang setia.
Dekna – Kembara Di Tanah Gersang
Dekna ada vokal yang baik tetapi persembahan Dekna dirosakkan dengan hilangnya focus beliau dalam setiap persembahannya. Dekna tidak over-confident, cuma beliau hilang fokus. Hentakan kaki ala Misha Omar memang terlalu ketara dan menimbulkan kemarahan Ogy Ahmad Daud. Saya terfikir, ada masa ke pelajar-pelajar untuk menggali makna setiap baris lirik ? Hingga perlu mengkaji subteks setiap lirik ? Nak kaji subteks bukan perkara mudah. Diberikan masa untuk mengkaji teks pun kadang-kadang mereka lalai inikan untuk mengkaji subteks.
Rizal – Permaidani
Mujur Ogy Ahmad Daud tak cakap persembahan Rizal jujur minggu ini. Saya suka dengan persembahannya. Saya rasa apa yang ingin disampaikan sampai kepada saya. Saya tidak peduli tentang subteks segala semua tu. Rizal nampak sudah tahu untuk berinteraksi dengan pentasnya. Satu kekurangan yang ketara Rizal ialah beliau terlalu menjaga sehingga tidak mampu terjaga dah.
Shawal – Ku Berlari
Candy – Terlalu Istimewa
Ebi – Al-Jannah
Secara keseluruhan memang Konsert ini agak membosankan. Saya lebih terhibur dengan tatacahaya yang telah dipersembahkan. Memang puas hati tengok permainan tatacahaya pada minggu ini. Bila lampu-lampu yang digunakan terpancar ke skrin putih yang menjadi latarbelakang memang amat cantik. Bab pakaian pun sekarang sudah sunyi. Orang dah tak hairan untuk bercakap tentang pakaian walaupun ada perubahan positif yang besar di unit tersebut.
Oleh kerana hari ini adalah hari keputeraan saya, maka saya memperkenankan pengampunan beramai-ramai kepada setiap pelajar. Walaupun dengan persembahan yang liriknya tidak digali cukup-cukup, tiada penyingkiran dilakukan dalam Konsert 03 Akademi Fantasia. (ketawa)
Persembahan Pilihan SM
(Tengok betul-betul tau...Hanya bertujuan untuk mengaburi mata)
1. Dafi (Aku Tanpa Cintamu)
2. Dekna (Kembara Di Tanah Gersang)
3. Noni (Ode To My Family)
4. Aswad (Hijau Bumi Tuhan)
5. Aizat (Warisan)
6. Rizal (Permaidani)
7. Mila (Melukut Di Tepi Gantang)
8. Heliza (Melodi Ahlan)
9. Shawal (Ku Berlari)
10. Farha (Insan)
11. Fatin (Erti Hidup)
12. Ebi (Al-Jannah)
13. Candy (Terlalu Istimewa)
0 komen