Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 06 April 2007

Pelajar Dah Mula Benarkan Diri Mereka Dieksploitasi Kamera

Bila Aizat dapat peluang untuk keluar sekejap dari Akademi, maka para pelajar ambil peluang untuk bertanya-tanyakan hal yang berlaku di luar. Normal lah tu. Bila Aizat cakap dia telah pergi ke Bangsar, ada juga pelajar yang bertanya Bangsar itu apa ? Biasa lah tu. Masa AF1 dulu pun Nija tak pernah tahu apa itu lamb chop. Sama saja situasinya. Jangan lah hanya sekarang bertanya di mana Bangsar, tapi bila sudah keluar dari Akademi kelak sering bertandang ke Bangsar pula. J

Nampaknya minggu ini bukan minggu yang tenang untuk Rizal. Bila dia tengok Farha membawakan sebuah lagu Inggeris, dia sudah terbayang nasibnya nanti bila dia akan membawakan lagu Inggeris pada minggu-minggu akan datang. Rizal bertanya juga bagaimana untuk menghafal lagu Inggeris. Farha memberikan beberapa tips untuk menghafal. Antaranya, kalau lagu Inggeris itu susah, jangan ambil. Memang satu tips yang baik, tapi sampai bila ?

Tapi lain pula jadinya kalau ini yang terjadi. Pelajar menghabiskan masa santai dengan tidur. Pandai pula Dafi cari tempat untuk tidur. Kalau letih, tidur saja. Susah apa. Walaupun kamera berada di keliling.

Selain tidur boleh juga bergosip. Lagi seronok bila dapat gosip dengan Kak Sherry. Cubaan Kak Sherry untuk memancing Dafi ke arah Fatin. Farha pula macam mengiyakannya. Nampak kesungguhan Noni berlatih lagu Pastikan. Memang susah. Tapi dicubanya berkali-kali. Semangat ini yang perlu ditunjukkan dalam Diari. Agar semangat itu sampai kepada penonton dan penonton dapat melihat kesungguhan pelajar.

Tumpuan utama cerita pada hari ini ialah berkenaan surat Noni. Noni sedia maklum yang menulis surat tidak dibenarkan di dalam Akademi. Dulu pun Nana tertangkap menghantar nota kepada Burn. Setelah menulis luahan rasanya, Noni buang surat tersebut. Ada pula yang tukang kutip. Memang cerita baik lah kan. Disuruh pula Shawal membacakannya di depan kamera. Mahu tak mengamuk Noni dibuatnya. Sampai merajuk budak itu dikerjakan mereka berdua. Cikgu Fatimah pun tidak begitu berjaya memujuk Noni. Lalu muncul seorang hero datang membawa kek untuk Noni. Maka, Noni pun kembali ceria.

Dalam sesi pembentangan tugasan, nampaknya nyanyian pelajar agak bagus. Pelajar seperti Dafi, Mila dan Aizat juga mendapat pujian. Pelajar bila di hadapan Tenaga Pengajar tekanan tidak begitu terasa. Tapi tekanan semakin memuncak bila dengar jeritan, pekikan dan lolongan Si Pengkritik Tetap. Begitu juga dengan Candy, Ebi, Aswad dan Dekna. Bila rehearsal bagus, tapi bila betul-betul kelam-kabut.

Untuk persembahan minggu ini, antara persembahan yang buat saya tertunggu-tunggu ialah persembahan Dafi. Saya mahu lihat transformasi dalam diri Dafi. Dafi harus cuba untuk membuktikan sesuatu kepada pengundinya. Kalau Dafi berani untuk mencuba, maka pasti pengundinya akan terus menyokongnya. Dekna pula antara seorang pelajar yang sering lupa lirik. Dekna harus cuba mengatasi tekanan apabila berhadapan dengan penonton. Sementara Ebi, setelah membuktikan yang beliau mampu untuk membawakan lagu pelbagai genre, minggu ini merupakan taruhan terbaiknya untuk terus memikat hati penonton.

Nampaknya setelah minggu keempat, ramai di antara pelajar yang telah mula membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh kamera. Mereka telah membuka diri mereka kepada penonton. Antara pelajar yang telah membuka dirinya kepada penonton ialah Heliza dan Ebi. Heliza menjadi dirinya sendiri dan sering melakukan sesuatu kejutan di dalam Akademi. Begitu juga dengan Ebi. Lakonannya dengan Shawal untuk segmen Laila Majnun memang melucukan. Dekna pula memang dirinya sejak hari pertama. Mengekalkan imej selamba, Dekna nampak selesa dengan imej sedemikian. Noni juga nampaknya merupakan satu karektor yang ada jiwa untuk kamera. Sayangnya tidak ramai penonton yang menyukainya.

Kalau malam ini ada penyingkiran, pelajar perempuan merupakan antara pelajar yang berada di dalam situasi yang membahayakan. Memang bahaya. Kalau ada pun pelajar lelaki yang kedudukannya agak bahaya mungkin Rizal. Mungkin juga Farha. Siapa tahu ? Jika anda sayang karektor-karektor ini, teruskan memberi mereka peluang seminggu lagi.

Malam ini kita akan dengar lagi gali, gali, gali dan gali. Sebagai seorang pelakon, gali memang sudah sinonim. Mereka bukannya pelakon. Mereka sekadar penyanyi yang ditugaskan untuk menghiburkan kita. Cukuplah sekadar ia satu persembahan yang menghiburkan, sudah cukup baik buat saya.

Buat Pengkritik Tetap, janganlah hanya melihat yang negatif, pandang juga aspek positif yang telah diusahakan oleh pelajar tersebut. Nak kritik, biarlah beradat. Jangan sampai orang nampak kita seperti tidak beradat dan tidak pernah belajar budi-bahasa.