Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 04 August 2007

Sorotan Festival Filem Malaysia 20

Karpet Hijau FFM 20

Cantik baju Raja Farah. Ada ikan koi !

Que Haider belum layak untuk dapat title pelakon prolifik

Kenapa badan Bront swing kiri kanan ? Rasa macam nak paku kan badan dia kat dinding.

Dynaz, Itu bukan Tamam. Itu Baharuddin Hj. Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki.

Kejap Tentang Bulan, kejap Mukhsin. Dynaz tak buat research ke ? Mujur ada ear-piece.

Malam Anugerah Festival Filem Malaysia 20

Segmen Evolusi adalah satu idea yang bagus walaupun ia bukanlah idea yang baru kerana Oscar sering menggunakan idea ini untuk melihat kemajuan yang telah mereka tempuhi. Tetapi apabila ia cuba diaplikasikan oleh penggiat perfileman tempatan ia semacam telah memalukan industri itu sendiri.

Tatkala Yusry KRU bercerita tentang evolusi penggunaan teknologi dan kesan khas dalam filem hanya sekadar menyebut filem Orang Minyak dan Pontianak. Itu hanya permulaan. Mana evolusinya ? Bermula dengan P.Ramlee ke Datuk Jins Shamsuddin membawa ke Aziz M.Osman, Mohd Aliff Najmi hingga ke Yusry KRU. Nama-nama filem seperti Mat Gelap, Mat Som, Silat Legenda, XXRay 1, XXRay 2, Fantasi tidak disebut. Jadi evolusinya kita tinggalkan. Dalam waktu yang singkat, tidak banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama dengan penonton.

Begitu juga dengan evolusi filem berunsurkan patriotik. Kosong. Bukan sekadar Embun dan Bukit Kepong, ada banyak lagi seperti Yasin, Jasmin, Leftenan Adnan dan macam-macam lagi. Tanpa makna. Evolusi filem box-office ? Apakah hanya filem Datuk Yusof Haslam ? Bagaimana dengan filem arahan Aziz M.Osman ? Evolusi busana, apa sudah jadi ? Sejarah perubahan busana dalam tempoh 50 tahun tentunya menarik untuk dipertontonkan kepada penonton. Evolusi lakon layar ? Tiada guna. Sekadar buang masa. Tunjuklah storyboard zaman dulu dengan storyboard zaman sekarang.

Keputusan ? Ini barisan juri yang telah dipilih untuk memilih yang terbaik pada tahun ini.

Yusof Haslam - Ketua Juri
Mahadi J Murat - Pengarah Filem
Panshah - Penerbit Filem
Rohani Hashim - USM
Saodah Ismail - Media
Abdul Wahab Hamzah - Pengkritik Filem
Tuan Syed Mohamad Syed Hassan - Pekerja Filem

Saya tidak begitu terkejut dengan keputusan yang telah diumumkan. Kecewa pun tidak. Semuanya sudah pun dijangkakan setelah melihat senarai barisan juri. Mula-mula apabila melihat barisan juri, rasa macam tidak mahu menonton pun ada. Tapi saya gagahkan juga mana tahu kalau-kalau ada keajaiban berlaku malam itu. Ada lah beberapa keajaiban yang berlaku malam tersebut.

Anugerah Juri
Memaparkan kritikan sosial dalam sebuah karya komedi - Zombie Kampung Pisang
Usaha gigih kerana mengaplikasikan CGI dalam pembuatan filem - Cicak Man
Usaha berterusan dlm memaparkan budaya masyarakat setempat – Nana Tanjung

Pengarah Harapan – Zarina Abdullah (Chermin)
Filem Box-Office - Jangan Pandang Belakang
Filem Digital Terbaik – Chalanggai
Filem Pendek Terbaik – Pintu
Filem Animasi Terbaik - Helping Hand
Filem Dokumentari Terbaik – Jejak Rasul
Poster Terbaik – The Red Kebaya

Filem Terbaik (Bukan Bahasa Malaysia) – Possessed
Pereka Kostum/Busana Terbaik – The Red Kebaya
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Mohd Shafie Naswip (Mukhsin)
Lagu Tema Terbaik – Cicak Man
Pelakon Harapan Wanita - Natasha Hudson (Chermin)
Pelakon Harapan Lelaki - Azizan Nin (Cinta Terakhir)

Pelakon Wanita Terbaik (Dalam Watak Pembantu) – Azean Irdawaty (Waris Jari Hantu)
Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu) – Datuk Rahim Razali (Cinta)
Penataan Bunyi Terbaik – The Red Kebaya
Penataan Seni Terbaik – Puaka Tebing Biru
Skor Muzik Asal Terbaik – Waris Jari Hantu
Penyunting Terbaik – Cinta
Lakon Layar Terbaik - Cinta
Cerita Asal Terbaik – Waris Jari Hantu
Sinematografi Terbaik – Puaka Tebing Biru
Pelakon Wanita Terbaik – Vanidah Imran (The Red Kebaya)
Pelakon Lelaki Terbaik – Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu)
Pelakon Veteran Lelaki – Kuswadinata
Pelakon Veteran Wanita – Salmah Ahmad
Pengarah Terbaik – Shuhaimi Baba (Waris Jari Hantu)
Filem Terbaik - Cinta

Image Hosted by ImageShack.us


Ulasan Filem Cinta :
50 Sebab Mengapa Saya Suka Cinta
Panahan Cinta Terus Ke Hati

Agihan
Waris Jari Hantu - 5
Cinta - 4
The Red Kebaya - 3
Chermin - 2
Cicak Man - 2
Puaka Tebing Biru - 2
Jangan Pandang Belakang - 1
Possessed - 1
Mukhsin - 1
Cinta Terakhir - 1
Zombie Kampung Pisang - 1
Nana Tanjung - 1

Keputusan penuh boleh didapati di Filem Kita dan Sinema Malaysia. Walaupun di Sinema Malaysia masih belum dikemaskinikan. Banyak blog yang menyenaraikan Azizan Nin menang sebagai pelakon Nana Tanjung. Sejak bila pula Azizan Nin berlakon Nana Tanjung ? Setahu saya dia pelakon Cinta Terakhir.

Nota : Besar tanda PUAS HATI ! Yang font biasa, biasa-biasa saja. Keputusan FFM20 harus diterima dengan hati terbuka kerana secara tidak langsung Allah telah melindungi Yasmin Ahmad dari sifat riak. Alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger