Tiada Kata Secantik Bahasa yang boleh menggambarkan perasaan bangga apabila melihat hasil kerja tenaga produksi P.Ramlee The Musical yang telah Berkorban Apa Saja selama 3 bulan menyiapkan teater muzikal tersebut.
Belum pun tirai dilabuhkan, tiket untuk semua pementasan telah pun habis dijual. Fenomena yang melanda Puteri Gunung Ledang The Musical telah pun kembali menghantui peminat P.Ramlee yang telah terlewat dan tentunya tidak berpeluang untuk menonton edisi pertama teater muzikal yang berlatarkan perjalanan kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee. Itu pun kalau ada edisi kedua tahun hadapan.
Bersama gandingan yang sama melaksanakan PGLtM, teater muzikal ini telah diarahkan bersama oleh Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri, lagu-lagu baru adalah ciptaan Dick Lee dan seni muziknya telah diarahkan oleh Erwin Gutawa. Koreografer telah disempurnakan oleh Pat Ibrahim.
Melangkah masuk ke Panggung Sari saya harus membuka minda saya luas-luas. Pertama, jangan dibandingkan dengan produk Enfiniti sebelumnya iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical. Kedua, apa pun tafsiran yang mereka berikan untuk P.Ramlee harus saya terima kerana saya sendiri tidak pernah mengenalinya. Hanya berkenalan melalui filem dan lagu yang telah beliau hasilkan.
Saya mahu kenal P.Ramlee dengan lebih dekat bila menonton teater muzikal ini. Sepanjang 3 jam pementasan tersebut berlangsung, saya hanya sempat mengusap permukaannya sahaja dan tidak sempat untuk menyelam ke dasarnya.
Babak Pertama (Act 1) dibuka dengan Prolog yang menyaksikan saat-saat P.Ramlee mengenangkan nasibnya di Kuala Lumpur pada tahun 1973. Sungguh meyakinkan. Meremang bulu roma melihat lakonan awal Sean Ghazi dan Liza Hanim.
Menggunakan teknik imbas kembali, penonton dibawa ke sekitar tahun 30an di Pulau Pinang; zaman sewaktu P.Ramlee masih lagi bersekolah. Kemeriahan Pulau Pinang serta kepelbagaian ras bangsa dapat dilihat dalam babak ini.
Saya benar-benar terpegun dengan perubahan set dari Pulau Pinang ke Malam Pesta Bukit Mertajam. Satu yang amat mengagumkan. Itu belum terpegun dengan kelembutan watak Azizah yang dipegang oleh Dato Siti Nurhaliza.
Dengan batasan yang telah disyaratkan oleh beliau, lakonan beliau bersama Sean Ghazi perlu ada jarak yang memisahkan. Saya kira sebagai penyanyi yang kali pertama terjun ke bidang lakonan ia sudah boleh dianggap sesuatu yang baik. Bukan yang terbaik.
Babak antara P.Ramlee dan Azizah amat penting dalam teater muzikal ini kerana ia adalah cinta pertama P.Ramlee. Di situlah bermula segala-galanya. Cinta itu dibawa sampai bila-bila. Bukan melalui cinta pada jasadnya tetapi cukup sekadar melalui lagu. Dan melalui lagu dan filem yang diilhamkan dari panah cintanya terhadap Azizah telah membuatkan P.Ramlee tenggelam dalam ombak populariti dan juga telah menguatkan lagi perasaan cemburu pada isteri-isterinya. Mujur perasaan itu dibawa oleh P.Ramlee pada babak-babak seterusnya.
Siti Nurhaliza hanya menyampaikan sebuah lagu bersama Sean yang bertajuk Mulanya Cinta. Ingatkan sesudah terpegun dengan Azizah sudah mencukupi, kemunculan kepala kereta api dan dua buah gerabak untuk babak Perjalanan Bintang telah mendapat tepukan dari penonton. Siapa yang tidak teruja melihat kemunculan kepala kereta api lama itu. Usaha seratus peratus telah diberikan untuk merealisasikan babak tersebut. Saya tabik dengan Raja Maliq selaku Pereka Produksi. Terasa seperti benar-benar berada di Butterworth dan Tanjong Pagar. (Lagi gambar...)
Bermulalah perjalanan P.Ramlee sebagai seorang bintang dan kini bergelar Seniman Agong di Studio Jalan Ampas. Cintanya datang satu-persatu. Wujud juga pada zaman sekarang, kehadiran paparazzilah yang sebenarnya telah merosakkan kehidupan aman P.Ramlee. Itulah harga yang perlu dibayar setelah menjadi popular.
Babak yang melibatkan paparazzi sedikit mengurangkan tekanan kebosanan pada cerita di Babak 1. Saya kira memasukkan elemen berkenaan satu idea yang bagus selain daripada memberikan sentuhan kreatif kepada teater muzikal ini. Paparazzi yang dilakonkan oleh kumpulan Infinatez memberikan sentuhan Broadway kepada teater muzikal ini begitu juga dengan watak 3 Perempuan.
Oh ! Saya terlupa untuk cerita satu perkara menarik sewaktu saya menonton pementasan ini. Saya duduk bersebelahan dengan Seniwati Hashimah Yon, Seniwati Mariani, Seniman Datuk Mustafa Maarof dan Datuk Maria Menado. Oleh sebab naratif penceritaan di Babak 1 tidak begitu kukuh, maka telinga saya lebih terpanggil untuk mendengar bintang-bintang veteran berkenaan bercakap. Pertama kali dalam sejarah saya menonton teater, saya tidak kisah apabila ada penonton yang berbual walaupun mengganggu tontonan saya.
Banyak juga gosip-gosip dari mereka yang pernah melaluinya bersama P.Ramlee saya dengar. Antaranya mereka nampaknya berpuas hati bila menonton perwatakan P.Ramlee yang dibawa oleh Sean. Lebih lagi sewaktu menonton perwatakan Sukardi yang dibawakan oleh Chedd Yusoff dan turut menyatakan Sukardi turut dijemput malam tersebut tetapi tidak dapat hadir. Rata-rata mereka berpuas hati. Itu berdasarkan apa yang didengar dek telinga saya lah. Dalam hati mereka saya tidak dengar.
Perbualan mereka menjadi lebih sensasi apabila masuk ke babak yang melibatkan Junaidah. Ternyata benar Junaidah seorang yang amat cemburu. Begitu juga dengan cinta tiga segi yang turut melibatkan P.Ramlee, Junaidah dan Junainah.
Mujur ada mereka untuk meredakan kebosanan saya. Bosan saya hanya pada ceritanya sahaja tetapi tidak pada nyanyian Junaidah yang dipersembahkan oleh Atilia. Lagu Janji Yang Hilang telah disampaikan dengan baik oleh beliau. Terasa benar cemburu yang bersarang di dada Junaidah.
Sebenarnya tidak banyak lagu ciptaan P.Ramlee yang berkumandang dalam pementasan teater ini. Memang banyak hati yang kecewa kerana mereka lebih berhasrat untuk mendengar lagu-lagu ciptaan P.Ramlee yang digubah semula oleh Erwin Gutawa. Di Babak 1 hanya lagu Azizah, Direnjis-Renjis Dipilis dan Hujan Di Tengah Hari. Lagu Hujan Di Tengah Hari dipersembahkan oleh Sean Ghazi sewaktu menterjemahkan kekecewaannya apabila bercerai dengan Junaidah.
Di saat itulah kedengaran suara Seniwati Mariani menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Lirik lagu tersebut telah ditulis oleh suami kedua Mariani, HM Rohaizad. Dan di pengakhiran lagu tersebut, babak yang paling menguja saya berlaku apabila anaknya, Melissa Saila masuk ke pentas sebagai Norizan yang sanggup meninggalkan istana menagih cinta P.Ramlee.
Babak tersebut yang merupakan adegan penamat untuk Babak 1 dibuat dengan cemerlang. Saya memberikan tepukan melihatkan kemunculan Melissa Saila ke pentas. Lakonannya superb ! Gerak tubuhnya penuh dengan sifat “royal bitchy” atau gedik tahap dewa ! Bayangkan jika adegan Norizan & P.Ramlee bukan adegan penamat babak tersebut sudah pasti ramai yang meninggalkan panggung selepas pementasan berhenti rehat.
Satu tepukan gemuruh buat Enfiniti yang telah membuat pilihan yang tepat apabila memilih Melissa Saila sebagai Norizan. Gaya hidup mewah serta perwatakannya sungguh kena dengan diri Melissa sendiri. Gaya jalannya serta aura yang dibawa oleh Melissa nampak cuba melebihi P.Ramlee sendiri. Di waktu adegan bersama mereka, perwatakan Sean nampak hidup berbanding apabila Sean bersama Siti Nurhaliza dan Atilia.
Babak 2 (Act 2) dibuka dengan adegan di New World Hotel. P.Ramlee dan Norizan sedang bergembira meraikan kejayaan demi kejayaan yang telah diraih oleh P.Ramlee. Liza Hanim selaku Saloma muncul sebagai penyanyi kelab malam. Tidak terdetik rasa cemburu Norizan terhadap Saloma kerana ternyata Saloma bukan saingannya. Itu dulu, di masa akan datang, siapa yang tahu.
Norizan lebih cemburukan Azizah tatkala P.Ramlee sedang menyiapkan lagu Engkau Laksana Bulan dan filem Penarek Becha yang tertanya hasil dari luahan cintanya terhadap Azizah.
Kehidupan glamor P.Ramlee semakin berkembang. Kariernya semakin dikenali. Filem-filemnya mula mendapat perhatian dan lagu-lagunya menjadi siulan. Kisah ini diangkat dalam Babak Cinema MFP 1955 – 1961 iaitu zaman kegemilangan P.Ramlee tahun di mana filem-filem signature P.Ramlee terhasil seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Anakku Sazali, Sumpah Orang Minyak, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Antara Dua Darjat dan Seniman Bujang Lapok.
Kesibukan P.Ramlee telah menyebabkan Norizan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan telah keluar berfoya-foya. Ketegangan hubungannya telah diperhebatkan lagi dengan rasukan paparazzi. Klimaks pementasan ini terletak pada babak sewaktu P.Ramlee bertemu dengan Norizan di rumah. Kesengsaraan jiwa Norizan diluahkan melalui lagu Sudah Tidak Bermakna.
Saya sudi memaafkan nyanyian Melissa Saila kerana beliau telah menutup kelemahan tersebut dengan lakonan yang MANTAP. Siapa lagi yang mampu menggalas tanggungjawab merealisasikan watak Norizan dengan cemerlang kalau bukan Melissa Saila. Beliau pilihan yang terbaik. Sekali lagi saya sebutkan di sini kerana saya anggap beliau permata dalam pementasan ini. Bukan Siti Nurhaliza tetapi Melissa Saila.
Kalaulah kedua-duanya mempunyai bakat yang saling melengkapi iaitu Melissa mempunyai bakat nyanyian dan Siti mempunyai bakat lakonan sudah pasti dunia teater muzikal Malaysia akan menjadi besar satu hari nanti.
Jiwa Norizan memberontak. Hatinya sudah tidak tahan. Dengan nada suara yang memberontak dalam amarah yang tiada penghujung, Norizan meninggalkan P.Ramlee. Lalu P.Ramlee dikembalikan kepada paparazzi sebelum Norizan melangkah pergi. Satu babak yang akan menjadi klasik dan akan saya ingat sampai bila-bila.
Sekali lagi P.Ramlee dilanda kesedihan dan lagu Di Manakan Ku Cari Ganti berkumandang. Cinta P.Ramlee dan Saloma berputik sewaktu penggambaran filem Seniman Bujang Lapok.
Adegan P.Ramlee bersama Saloma, lakonan Liza Hanim disuntik elemen komedi. Agak melucukan. Sama seperti sewaktu kita menonton filem-filem komedi P.Ramlee. Memang cute ! Perwatakan P.Ramlee bersama Saloma juga menjadi. Nampak pasangan tersebut serasi dan lakonan mereka bagus.
Saya agak terganggu dengan adegan 8 di tahun 1961-1967 sewaktu pergolakan Singapura. Pada saya pemaparan adegan ini agak keterlaluan dengan menunjukkan pergolakan politik yang berlaku antara Singapura dan Malaysia. Sedikit demi sedikit simbolik kegemilangan filem Melayu jatuh. Kesan dari pergolakan tersebut, P.Ramlee harus berpindah ke Kuala Lumpur dan meneruskan kehidupannya bersama Saloma.
P.Ramlee menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk terus menyegarkan dunia filem Melayu di Kuala Lumpur tetapi ia seperti tidak menjadi. Apakah yang membuatkan beliau gagal di Kuala Lumpur ? Apakah kerana teknologi pada masa tersebut tidak terdapat di Kuala Lumpur atau pun ada sebab lain ? “Azizah” seakan sudah tidak wujud. Inspirasinya seperti sudah pergi.
Keseluruhan lagu-lagu baru yang dicipta oleh Dick Lee untuk teater muzikal ini masih belum dapat menangkap perhatian saya. Kalau ada pun hanya lagu Mulanya Cinta dan Sudah Tidak Bermakna.
Bersama Saloma di ruang tamu, P.Ramlee mencipta lagu terakhirnya Air Mata Di Kuala Lumpur menutup pementasan ini yang akan berakhir 3 November ini. Jika anda merasakan anda perlu mengenali siapa P.Ramlee, sila ke Istana Budaya mencuba nasib anda mendapatkan tiket sekiranya ada lagi.
Dan siapakah dia yang telah berjaya menghuni hati kita semua?
Dia telah membawa makna dan kenangan cinta yang pertama...
Pilihan SM
1. Watak Norizan oleh Melissa Saila
2. Set Butterworth & Tanjong Pagar (Set Pentas dan Props)
3. Watak Saloma oleh Liza Hanim
4. Watak P.Ramlee oleh Sean Ghazi
5. Komen Bintang Veteran Jalan Ampas
6. Watak Paparazzi oleh Infinatez
7. Arahan Muzik oleh Erwin Gutawa
8. Watak Junaidah oleh Atilia
9. Watak Azizah oleh Dato’ Siti Nurhaliza
10. Penceritaan (Story Development)
Gambar dari TV Smith. Terima kasih.

0 komen