Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Cerah

Entri oleh sultanmuzaffar 12 February 2008

Inilah yang tertulis pada Astrology saya di Facebook semalam. Segalanya berlaku dengan pantas dan berubah sekelip mata. Benar, ia mencalarkan. Sakit, ia mencacatkan. Sayangnya, semua telah berlak tanpa boleh diubah. Benar kata Badrul, apa yang telah berlaku ubahkan situasinya untuk menjadi positif. Dan akhirnya, saya akan melupakannya tetapi tidak membuang kenangan yang pernah singgah.

Monday, February 11
You may feel like you are living in a fishbowl today. An authority figure, leader, boss or supervisor is constantly on your back, over your shoulder or in your face. Remember this - if you can keep your cool, this could be an amazing opportunity to showcase your leadership skills.
Dalam perkembangan lain, saya fikirkan untuk mengisi kekosongan ruang yang tidak mampu saya isi setiap hari di sini, saya telah mendapatkan seorang blogger untuk membantu.

Beliau yang dimaksudkan bakal dikenali dengan nama seriwakraja. Masih ingat tentang Sejarah Kesultanan Melayu Melaka ? Beliau merupakan salah seorang Bendahara di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Dalam dunia blog, beliau akan membantu saya mengisi ruang-ruang kosong yang ada di waktu masa saya begitu terhad di Astro AWANI.

Perwatakan seriwakraja mungkin berbeza dari perwatakan saya sendiri tetapi itu bukan satu alasan. Sudah pasti saya sebagai Sultan di sini akan memantau setiap tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Bendaharanya. :)

Demam Akademi Fantasia semakin dekat. Rata-rata sudah ramai yang berbicara tentangnya. Paling tidak mereka meneka siapakah hos Akademi Fantasia 6 yang bakal menduduki kerusi panas yang ditinggalkan Aznil Nawawi.

Selamat bertugas untuk seriwakraja !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger