Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kampong Nekmat Ning Baizura & Omar Sharif

Entri oleh sultanmuzaffar 03 February 2008

Dari : http://sultanmuzaffar.wordpress.com/

(ANCHOR)

Hajat Ning Baizura dan suami, Omar Sharif untuk membangkitkan suasana kampung dalam meraikan majlis persandingan mereka...menjadi kenyataan.

Malam tadi, Dewan Utama Pusat Pameran Dan Konvensyen MATRADE di Jalan Duta telah ditransformasi menjadi Kampong Nekmat.

(VT)

Lengkap dengan rumah kayu, basikal tua, malah vespa sebagai props, kehadiran tetamu disambut dengan reban kambing, titi serta kolam ikan di dalam dewan.

Kemeriahan majlis persandingan ning dan omar jelas terasa apabila sebahagian hadirin dijemput duduk bersila dan bersimpuh menikmati juadah enak yang disediakan.

Tanpa terikat kepada protokol dan formaliti, tetamu bebas untuk bergerak dan berbual, malah menari mengikut irama orkestra kampung.

Ada joget lambak, malah ada juga acara melatah!

Sebagai raja dan ratu sehari, Ning dan Omar menukar tiga helai persalinan.

Persalinan pertama, songket biru disarung untuk acara menepung tawar.

Pasangan romantis ini kemudiannya mengenakan persalinan kedua ala tradisi Jawa untuk menyempurnakan acara suap-menyuap.

Dan persalinan ketiga untuk acara memotong kek.

Selain saudara-mara dan para peminat Ning, majlis persandingan ini juga diserikan kehadiran ramai rakan selebriti.

Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz, Linda Onn, Yasmin Ahmad dan Farawahida.

Mereka juga tidak lokek menyumbang suara secara sukarela buat pengantin.

Buat Ning Baizura dan Omar Sharif, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke akhir hayat. //

Nota SM : Tahniah ! Saya sukakan suasana persekitarannya. Saya sukakan keintiman lokasi majlis tersebut ! Saya sukakan rekaan setnya ! Cuma saya tidak sukakan udang masak tempoyak. Eww !
































Foto dari Kamera Gala TV, Astro AWANI

Foto dari CheddYusoff.com