Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Teka-teki siapakah barisan tenaga pengajar yang bakal mengemudi Akademi Fantasia 6 akhirnya terjawab.

Pengumuman tersebut dibuat pukul 2 petang tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Nama-nama mereka yang terpilih untuk melatih bakal pelajar Akademi Fantasia 6 mulai Mac depan akhirnya diketahui umum.

* (af6 trainers interview)

Antara yang terpilih ialah jurulatih lakon terkenal, Fatimah Abu Bakar yang ditugaskan sebagai Perunding Motivasi & Guru Bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama "Kak Fati" pernah bersama dalam AF1, AF3 dan AF5.

* (af6 trainers interview)

Turut kembali mengubat kerinduan peminat AF tahun ini ialah Siti Hajar Ismail sebagai Guru Vokal.

Kali terakhir beliau bersama Akademi Fantasia ialah sewaktu gelombang fenomena Mawi melanda di AF3.

* (af6 visual)

Anak seniman M.Sharif iaitu Syafizawati Sharif turut kembali ke AF6 sebagai Guru Vokal bersama Siti Hajar.

Pastinya peminat AF6 tidak sabar menunggu gabungan dua guru vokal handalan tanah air itu beraksi dalam Diari yang bakal bermula 17 Mac depan.

* (af6 visual)

Sementara itu, tenaga pengajar paling lama di AF, Linda Jasmine kembali sebagai Guru Koreografi untuk tahun ke enam berturut-turut.

Kali ini beliau keseorangan.

* (af6 trainers interview)


Turut membuat kemunculan semula ialah aktivis teater dan pelakon air mata, Fauziah Nawi.

Beliau merupakan Guru Drama untuk AF2 dan AF4, bakal kembali sebagai Guru Seni Persembahan.

* (af6 trainers interview)

Bersandarkan kualiti kerja yang cemerlang di AF5, aspek penampilan fesyen pelajar turut dititik-beratkan dan sekali lagi tenaga Jasmi Rejab diserap kembali ke AF6 sebagai Perunding Fesyen.

* (af6 trainers interview)

Astro turut menampilkan muka baru dalam senarai kali ini apabila Genervie Kam terpilih sebagai Guru Muzik dan "Band-Leader".

Para hadirin turut dikejutkan dengan pengumuman mengejut dari pihak Astro apabila diva pujaan ramai, Anita Sarawak dilantik sebagai Perunding Seni Persembahan.

Penglibatan Anita Sarawak dilihat dapat mewujudkan elemen "superstar" yang diuar-uarkan sejak awal bermulanya sesi ujibakat program realiti tersebut.

* (ramli ms interview)

Barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim 6 bakal diketuai oleh Ramli MS sebagai Pengetua.

* (af archives visual)

Setelah rahsia tenaga pengajar terbongkar, pastinya peminat Akademi Fantasia tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang bakal terpilih sebagai pelajar AF6.

Pengumumannya akan dibuat tidak lama lagi.

Pastikan anda terus bersama Gala TV untuk perkembangan terkini dan mengetahui senarai Top 50 Pelajar AF6 yang terpilih. //

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger