Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Lagu Tugasan Minggu 9 Akademi Fantasia 6

Entri oleh sultanmuzaffar 14 May 2008

PELAJAR LELAKI
Nubhan : Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Riz : Rock Around The Clock (Bill Haley)
Stanly : Kerana (Alleycats)
Toi : Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

PELAJAR WANITA
Nadia : Lelaki Buaya Darat (Ratu)
Stacy : Beat It (Michael Jackson)

LAGU BONUS (DUET)
Ada Cinta ( Acha / Irwansyah ) - Nubhan / Stacy
Endless Love (Luther Vendross / Diana Ross) - Riz / Nadia
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M Nasir) - Toi / Stanly

Minggu kesembilan merupakan minggu yang paling kritikal untuk setiap pelajar yang masih kekal. Minggu inilah merupakan minggu terakhir sebelum melangkahkan kaki ke Konsert Final. Seperti musim-musim yang terdahulu Sahri, Mas, Yazer, Amirul dan Shawal merupakan pelajar yang terlepas peluang untuk beraksi di Konsert Final apabila mereka tersungkur di anak tangga terakhir.

Dalam Akademi Fantasia 6, nampaknya persaingan pelajar tidak jauh bezanya. Minggu ini juga merupakan medan peperangan di kalangan kelab peminat untuk memastikan pelajar kegemaran mereka berjaya untuk meneruskan perjuangan di minggu 10.

Jika dilihat pada keputusan minggu kelapan, nampaknya kedudukan Nadia agak goyah. Walaupun Nadia memberikan persembahan yang baik, bakatnya tidak begitu menyerlah di mata pengundi. Mungkin penonton hanya gemar untuk melihat persembahannya tetapi tidak mengundinya.

Jika dinilai pada lagu bonus, nampaknya pasangan Nubhan & Stacy diberikan sebuah lagu yang agak popular dan disenangi di telinga penonton. Sama situasinya apabila Mila & Ebi mendapat lagu My Heart musim lepas. Peluang untuk kedua-dua pelajar ini meneruskan persaingan mereka agak cerah. Begitu juga pasangan Riz dan Nadia yang telah diberikan pasangan yang agak popular iaitu Riz. Berbekalkan lagu yang agak sedap seperti lagu Endless Love, pastinya memberikan sedikit kelebihan buat Nadia. Diharapkan...

Sementara itu, pasangan Toi dan Stanly diberikan lagu killer iaitu lagu M.Nasir dan Mawi. Memang sukar untuk membawakan lagu tersebut jika ada yang tidak kena atau pasangan yang tidak serasi. Saya nampak hanya M.Nasir dan Mawi sahaja yang mampu membawakan lagu tersebut dengan baik tetapi tidak pasangan-pasangan yang lain. Ini secara tidak langsung memberikan sedikit kegusaran buat pasangan ini untuk meneruskan cabaran mereka. Salah seorang dari mereka mungkin akan tersingkir.

Dilihat pula pada lagu tugasan individu mereka, Toi mendapat lagu yang amat sukar dan tinggi. Sekaligus mengurangkan lagi peluangnya untuk menyerlah sekiranya gagal membawakan lagu tersebut dengan baik.

Nubhan mendapat lagu yang lebih selamat, begitu juga dengan Riz yang saya lihat mampu untuk memberikan sebuah persembahan yang bertenaga untuk menebus kembali kegagalannya minggu lepas.

Minggu ini Stanly mendapat sebuah lagu rayuan iaitu Kerana yang mungkin membuatkan penonton berusaha untuk menyelamatkannya.

Sekiranya ada dua penyingkiran, Toi dan Stanly merupakan pilihan saya.

Tidak untuk Stacy dan Nadia kerana kedua-duanya telah menunjukkan peningkatan dan pernah memberikan persembahan yang cemerlang.

Dilihat pada lagu tugasan mereka, saya nampak tidak begitu menyukarkan untuk Nadia dan Stacy membawakan lagu masing-masing dengan baik. Saya sebenarnya mahu melihat Beat It versi Stacy. Tentunya sesuatu yang berbeza.

Siapa agaknya yang bakal tersingkir minggu ini ?

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger