Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Tamu AWANI bersama Curtis Stone, ‘The Take Home Chef’

Entri oleh sultanmuzaffar 09 May 2008

Tamu AWANI bersama Curtis Stone, ‘The Take Home Chef’

Kuala Lumpur, 6 Mei, 2008 – Perwatakan ceria jejaka yang berasal dari Australia ini menjadikan beliau tarikan dan idaman terutamanya kaum wanita, untuk membawanya pulang ke rumah untuk memasak hidangan istimewa!

Curtis Stone (hos rancangan Take Home Chef, di Discovery Travel & Living, Saluran Astro 707) amat menggemari masakan neneknya sewaktu kecil, lalu ketika masih menuntut di kolej, beliau membuat keputusan untuk memanfaatkan minat dan kebolehan memasak. Lantaran itu, beliau menghentikan pengajian dalam perniagaan dan terus menyarung apron dapur.

Mengikut jejak langkah kejayaan yang dicapai oleh ikon lain Australia seperti Nicole Kidman dan Dame Edna Everage (yang kebetulan juga berasal dari kampung halamannya, Melbourne) si jejaka tampan ini menemui kejayaannya setelah bertapak di London di mana beliau berpeluang menjadi anak didik Chef terkemuka, Marco Pierre White yang memiliki 3 Bintang Michelin.

Selain menjadi chef, Curtis Stone, kini sebagai pengacara sebuah siri rancangan TV masakan yang sangat unik, menghiburkan dan diminati ramai. Beliau akan ke pasaraya, di mana beliau menawarkan diri untuk pulang ke rumah seorang pembeli dan memasak hidangan istimewa untuk mereka.

Dengan pesona dan pengetahuan luas dalam bidang masakan, Stone berkongsi rahsia dan pengalaman unik bersama hos Astro AWANI, Syed Farradino Omar, tentang selok-belok untuk menjadikan kehidupan lebih ceria dan bermakna melalui makanan sambil mengembara!

Temui Curtis Stone dalam Tamu Awani, pada hari Isnin, 12 Mei 2008, 9.30 malam, hanya di Astro AWANI (Saluran 501). Rancangan ini disediakan sarikata dalam Bahasa Malaysia.

Kepada penonton Astro, rancangan ini juga akan disiarkan pada waktu-waktu berikut:
Selasa 13 Mei pada 9:30 malam
Rabu 14 Mei pada 8:30 pagi
Khamis 15 Mei pada 5:30 petang dan 9:30 malam
Jumaat 16 Mei pada 9:30 malam
Sabtu 17 Mei pada 3:30 petang