Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Stacy Juara di Pentas Akhir Akademi Fantasia 6

Entri oleh sultanmuzaffar 24 May 2008

Sedang Dikemaskinikan. Sila refresh...

Raptai penuh minggu ini berlangsung lebih gah. Kemeriahan pentas akhir dirasai. Tugasan dilakukan dengan baik. Nantikan pelbagai kejutan yang dirancang. Pasti menarik! Semuanya dapat ditonton dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104).

Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan di Konsert Akhir AF6:

NUBHAN

Bukan Di Sini (Sofaz)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Nampaknya tiada "angsa" dalam persembahan Nubhan di Konsert Akhir. Namun oleh kerana Nubhan tidak begitu pandai menari, dia kelihatan agak kekok di atas pentas. Saya nampak keyakinan terpancar dalam persembahannya. Nubhan bernasib baik kerana mendapat lagu yang sedap dan saya berpendapat beliau telah memberikan keadilan kepada lagu ini.

Aku Ada Untukmu (Lagu Baru)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Saya yakin lagu ini akan melonjak dalam Carta ERA dengan pantas. Kami di AWANI sedang demam lagu ini. Kalau pasang kuat-kuat pun tiada siapa yang marah. Itulah penangan lirik nukilan Abie Abdullah. Melihat persembahan Nubhan dalam lagu ini saya yakin yang sekiranya beliau yakin dengan dirinya dia mampu membuat perubahan dalam dirinya. Penghayatannya untuk lagu ini amat baik dan saya benar-benar terpegun dengan nyanyiannya. Vokalnya amat merdu dan beliau telah berjaya meyakinkan pengundinya di minggu akhir ini. Saya sedikit terganggu dengan drama di atas pentas yang menyebabkan Nubhan perlu berinteraksi bersama mereka. Saya hanya mahu mendengar Nubhan menyanyi dan menyampaikan lirik lagu tersebut dengan menusuk ke setiap penonton.

Lirik Aku Ada Untukmu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah



RIZ

11 Januari (Gigi)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Saya suka dengan susunan muzik orkestra lagu ini dan ia telah menjadikan nyanyian Riz berbeza dari penyanyi asalnya. Riz telah berjaya menyerlahkan keupayaan vokalnya dalam lagu ini juga di beberapa bahagian Riz telah membuat beberapa ad-lib. Sedikit kekurangan Riz ialah apabila terlalu menumpukan kepada nyanyian vokal sahaja hingga beliau terlupa untuk menyuntik penghayatan pada lagu tersebut. Sedikit penghayatan akan memberikan persembahannya sebuah persembahan yang lebih diingati.

Hanya Sandiwara (Lagu Baru)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Sayang sekali Riz tidak mendapat lagu yang lebih mesra di telinga penonton. Saya lihat persembahannya seperti ada yang tidak kena. Nadi nyanyiannya seperti tidak masuk dengan alunan melodi lagu tersebut. Nyanyiannya Riz tidak begitu bertenaga dan jiwa jazz pada lagu tersebut tidak sampai kepada saya.



TOI

Cinta Zulaikha (Mawi)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Toi membuka gelanggang Akhir Akademi Fantasia 6 membawakan lagu Cinta Zulaikha oleh Mawi. Aura Mawi memang benar-benar kuat untuk Toi yang kebetulan berasal dari negeri yang sama. Toi juga mencipta sejarah apabila menjadi pelajar pertama telah berkahwin yang mara ke akhir. Banyak juga sejarah yang telah Toi cipta. Sebenarnya saya agak berpuas hati dengan nyanyiannya kali ini, cuma persembahannya di Konsert 9 lebih baik berbanding lagu ini. Kemunculan isterinya di penghujung persembahan tidaklah begitu mengejutkan setelah dari awal hanya Marsha dan Noni yang mengiringi persembahannya.

Paling Terindah (Lagu Baru)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Persembahan kedua Toi juga cukup baik. Lebih baik dari persembahan pertamanya. Kali ini Toi nampak lebih bertenaga dan beliau bernasib baik kerana lagunya lebih mesra di telinga penonton. Terdapatnya peningkatan mutu vokal yang agak ketara berbanding minggu-minggu lepas. Satu perkara yang paling mengjengkelkan berlaku apabila penonton mengejek komen-komen yang diberikan oleh Adlin Aman Ramlie menyebabkan beliau agak berang. Sewajarnya Adlin menghindarkan dirinya dari diperangkap penonton yang tidak "siuman" itu kerana Adlin berada di depan kaca TV.



NADIA

Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Nadia merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat kedua-duanya lagu yang agak rancak. Namun demikian, momentum persembahannya terus terkawal dan beliau cukup bertenaga untuk terus memberikan sebuah persembahan yang mantap. Satu kekurangan Nadia adalah beliau perlu mencari variasi dalam persembahannya kerana setiap minggu persembahannya cepat membosankan.

Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Kekuatan lagu ini adalah showmanshipnya. Persembahan Nadia banyak dibantu oleh pergerakannya di atas pentas yang nampak begitu berkeyakinan. Di dalam stadium saya kurang mendengar apa yang disampaikan oleh beliau. Satu yang menarik adalah formasi koreografi yang cukup kreatif saya rasa. Nadia telah memberikan satu persembahan yang bertenaga dan keyakinannya cukup. Nadia sewajarnya berada di tangga ketiga atau keempat, tetapi bukan tangga kelima.



STACY

Atas Nama Cinta (Rossa)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Sebuah persembahan lagu balada yang diberikan jiwanya yang tersendiri oleh Stacy. Saya kagum dengan kawalan vokalnya dan penghayatan diberikan sepenuhnya kepada lagu tersebut. Aspek lakonan yang ditampilkan cukup sesuai dengan persembahan Stacy. Lebih-lebih lagi sewaktu kejutan Awal yang datang kepadanya di penghujung persembahan. Stacy tidak sedikit pun nampak terganggu walaupun ia berlaku secara mengejut. Itulah bakat superstar yang lahir semulajadi dalam dirinya.

Aku Stacy (Lagu Baru)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Stacy menutup kegemilangan Konsert Akhir AF6 dengan lagu yang berbunyi agak "self-centered" iaitu Aku Stacy ! Pedulikan semua itu kerana Stacy telah memberikan sebuah persembahan yang WOW ! Apabila menonton di TV dan berada di stadium ternyata terlalu banyak bezanya dan vokalnya cukup jelas walaupun persembahannya diiringi dengan gerak tarian yang cukup menyukarkan. Persis seorang superstar Stacy nampak begitu selesa dengan lagu tersebut dan beliau sendiri menyukai lagu sebegitu. Inilah superstar yang kita cari-cari !

Nantikan kemunculan 'superstar' baru, JUARA AF6. Semuanya akan terjawab dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini, hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Ulasan :
Inilah malamnya. Saya meletakkan harapan agar Stacy menjadi Juara. Melihatkan persembahannya semalam memang agak mengagumkan. Begitu juga Nubhan yang telah memberikan satu persembahan yang meyakinkan. Cuma takut di pentas yang lebih besar angsa Nubhan terlepas dari rebannya. Persembahan Toi adalah sekadar pelengkap sahaja. Berbeza dengan Nadia yang tidak kurang hebatnya, begitu juga Riz.

Saya akui Riz akan mampu menyerlah dan mengaut undian SMS yang banyak apabila membawakan lagu 11 Januari. Manakala Nubhan saya tertarik dengan lagu barunya dan nyanyiannya benar-benar dihayati sepenuhnya. Stacy saya lebih tertarik dengan persembahan lagu barunya, Aku Stacy. Manakala Nadia saya lebih sukakan beliau membawakan lagu Aku Lebih Tahu dan Toi saya tidak begitu menumpukan perhatian saya terhadapnya.

Ramalan SM
Juara : Stacy
Naib Juara : Riz
Tempat Ketiga : Nubhan
Tempat Keempat : Nadia
Tempat Kelima : Toi

Keputusan Akademi Fantasia 6
Juara : Stacy
Naib Juara : Riz
Tempat Ketiga : Nubhan
Tempat Keempat : Toi
Tempat Kelima : Nadia

Persembahan Pilihan SM
1. Stacy - Atas Nama Cinta 10/10
2. Nubhan - Aku Ada Untukmu 10/10
3. Stacy - Aku Stacy 10/10
4. Riz - 11 Januari 9/10
5. Nadia - Karut Lagi Mengarut 8/10
6. Nadia - Aku Lebih Tahu 8/10
7. Nubhan - Bukan Di Sini 7/10
8. Riz - Hanya Sandiwara 7/10
9. Toi - Panahan Asmara 7/10
10. Toi - Cinta Zulaikha 6/10

Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF5 - 6.6 juta
Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF6- 3.8 juta
Jumlah Undian Konsert Akhir AF6 - 879,000

Kedudukan Peratus Undian SMS
Stacy - 43%
Riz - 18%
Nubhan - 14%
Toi - 13%
Nadia - 13%

Stacy berjaya memenangi hadiah bernilai RM733,734 setelah muncul sebagai Juara AF6, manakala Riz yang muncul sebagai Naib Juara berjaya mengumpul hadiah yang bernila RM96,076. Nubhan yang berada di kedudukan ketiga berjaya memenangi hadiah yang bernilai RM21,199, manakala Toi berjaya menggondol hadiah bernilai RM9,199 dan Nadia di tempat kelima dengan hadiah bernilai RM7,199.

Nota : Sedang dikemaskinikan ialah gambar sekitar BBQ AF6 yang diadakan pada hari Ahad pukul 2 petang di Akademi Fantasia, Shah Alam sejurus selepas majlis penyerahan kembali pelajar AF6 kepada keluarga masing-masing. Saya masih ingat lagi sewaktu hari penyerahan semula pelajar AF4 di mana satu Akademi habis basah kerana bermain pistol air bersama tenaga produksi, Cikgu Fadzley dan para pelajar. Memang happening musim tu !

Carta Populariti Youtube AF6 (setakat Isnin, 4 pagi)
1. Stacy - Aku Stacy - 16,671
2. Nubhan - Aku Ada Untukmu - 13,605
3. Stacy - Atas Nama Cinta - 10,225
4. Nubhan - Bukan Di Sini - 7,314
5. Toi - Panahan Asmara - 4,329
6. Nadia - Kalut Lagi Mengarut - 4,075
7. Nadia - Aku Lebih Tahu - 3,320
8. Riz - Hanya Sandiwara - 2,047
9. Riz - 11 Januari - 1,945
10. Toi - Cinta Zulaikha - 1,686

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger