Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

P.Ramlee The Musical ke Singapura

Entri oleh sultanmuzaffar 16 May 2008

Set Mini P.Ramlee The Musical

Setelah mencipta kejayaan gemilang dalam pementasan pertamanya, "P.Ramlee The Musical" kembali menemui khalayak yang meminati teater. Saya sendiri memang tidak sabar untuk menontonnya untuk kali yang saya sendiri tidak ingat berapa kali.

Kali ini saya akan ke kota Singapura untuk menonton teater tersebut di The Esplanade, sebuah panggung yang gah di sana. Saya akan bertolak ke Singapura pagi hari Ahad dan menontonnya pada malamnya.

Sebenarnya saya memang mahu menonton teater Puteri Gunung Ledang The Musical sewaktu ia dipentaskan di sana, tetapi tidak berkesempatan. Nampaknya ada peluang buat saya untuk teater yang diangkat dari kisah hidup, kisah cinta yang menjadi inspirasi kepada Seniman Agong Tan Sri P.Ramlee.

Akhirnya teater tersebut kembali bertandang ke tanah Jalan Ampas, lokasi di mana bermulanya industri perfileman Melayu. Di situlah lahirnya nama-nama besar seperti P.Ramlee, Saloma, Saadiah, Sarimah, Ahmad Mahmud, Zaiton, Aziz Satar, S.Shamsuddin, S.Kadarisman dan ramai lagi.

Saya mahu melihat perubahan yang telah dikhabarkan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina berkenaan teater tersebut. Saya difahamkan banyak adegan yang diubah selain dari muzik baru yang kini disusun oleh Roslan Aziz, satu nama yang tidak asing apabila menyusun semula lagu-lagu P.Ramlee. Siapa boleh lupa album klasik Legenda oleh Sheila Majid yang masih segar hingga kini ?

Selain skrip yang banyak diubah, tunjang utama teater tersebut kali ini apabila watak utamanya dipegang oleh Musly Ramlee yang wajahnya saling tidak tumpah seperti P.Ramlee sendiri. Ketiadaan Sean Ghazi nampaknya memberikan peluang kepada Musly untuk mengembangkan bakatnya ke satu taraf lagi. Bagaimana pula kesan yang ditinggalkan oleh watak Azizah yang pernah dipegang oleh Siti Nurhaliza yang kini dipegang oleh Emelda, teman wanita Adlin Aman Ramlie, pengarah teater muzikal itu tentunya menjadi tumpuan utama.


Wawancara Atilia : Boleh ceritakan sedikit pengalaman bersama Musly Ramlee, pemegang watak P.Ramlee untuk P.Ramlee The Musical Musim 2




Wawancara Melissa Saila : Boleh ceritakan sedikit pengalaman bersama Musly Ramlee, pemegang watak P.Ramlee untuk P.Ramlee The Musical Musim 2

Selain dua pelakon itu, saya tentunya mahu melihat apa yang lainnya pada watak Junaidah & Norizan yang bakal dibawakan oleh Atilia dan Melissa Saila. Baru-baru ini, Melissa Saila dianugerahkan Pelakon Pembantu Terbaik di BOH Cameronian Arts Awards menerusi watak yang sama.

Transformers

Selain itu, pentas The Esplanade tidak sama dengan Panggung Sari, Istana Budaya dan menyebabkan tentunya gerak lakon pelakon berubah sama sekali. Begitu juga pergerakan props dan set yang digunakan. Apakah adegan Perjalanan Bintang yang mengangkut set keretapi dari Bukit Mertajam ke Singapura menjadi di Esplanade ? Itu yang mahu saya tonton.

Sungguh saya tidak sabar untuk menontonnya di sana sebelum Teater Muzikal P.Ramlee bertandang di Istana Budaya mulai 29 Mei hingga 14 Jun depan. Tarikh 29 Mei merupakan tarikh kembalinya Tan Sri P.Ramlee ke Rahmatullah 35 tahun yang lalu.

Selain teater muzikal, penonton Astro PRIMA turut disajikan dengan sebuah dokumentari dua bahagian yang bertajuk P.Ramlee Di Arena Global.

Ulasan Teknologi : Telefon Bimbit Samsung SGH-i550W

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger