Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Maskara Shorties, Sabtu, 1 November di Rumah PENA !

Entri oleh sultanmuzaffar 26 October 2008

Kecenderungan golongan muda yang rakus berkarya begitu meluas ketika ini. Selain merebaknya populariti band indie, golongan muda kreatif terus mempamerkan kreativiti mereka di layar perak. Menerusi filem pendek, minda golongan muda cuba diterokai dan dizahirkan di skrin putih.

Projek terbaru Sindiket Sol-jah iaitu MASKARA Shorties akan menemui peminat filem pendek pada 1 November ini. Tayangan tersebut akan diadakan di Rumah PENA pada pukul 8.30 malam.

Sebanyak 20 penyertaan filem pendek telah diterima oleh penganjur dan antara nama besar yang sudi turun padang ialah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 21, Mamat Khalid.

Karya yang bakal ditayangkan ialah :
1. Sebuah Karangan Bertajuk Kuala Lumpur, arahan Geng Sifoo
2. SMS, arahan Ajami Hashim
3. 8 Jam, arahan CW Mohd Faiz dan Mohd Nazri Zainuddin
4. My Alien Girlfriend, arahan Nazri M.Anuar
5. Melayu 106, arahan Mamat Khalid
6. Grip Phone, arahan Tok Rimau
7. Surat Seorang Ibu, arahan Saiful Nang

dan ada banyak lagi sinopsis karya di Maskara Shorties ! Jumpa di sana !









2 komen

  1. Ajami Hashim Says:
  2. terima kasih bro! jasamu dikenang ;-)

     
  3. vrempire Says:
  4. Aku dah tengok Hantu Silap Mata si alifstyle tu. memang layan laaaaa walaupun kualiti bertaraf amateur. Syabas pada team Maskara ni. macam ni kalu, aku pun nak belajar buat film gak hehe :D

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger