Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Ulasan Lentera Timur oleh Dato’ Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2009

Ulasan sedang dikemaskinikan. Masih menjana idea dan memerah otak untuk album Lentera Timur. :)

Senarai Lagu
Di Khayalan Kita (Johari Teh, Keon)
Saya kira lagu ini amat sesuai dijadikan lagu pembukaan kepada pendengar album Siti yang sudah terlalu lama menantikan beliau menghasilkan album etnik kontemporari. Ditambah lagi dengan alunan gambus yang menjadi pembukaan seakan-akan pendengar disambut oleh Siti yang tambil dengan imej Timur Tengah pada paparan kulit albumnya.

Bintang Malam (Johan Nawawi, Amran Omar)
Suasana ceria yang menjadi latar album ini berserta melodi lagu yang agak rancak menjadi kekuatan lagu ini.

Cinta Ini (Katon Bagaskara)
Not rendah Siti Nurhaliza diuji dalam lagu ini. Kalau selalunya kita hanya mahu mendengar Siti menyanyi dalam not tinggi, kali ini kita dapat kedua-duanya.

Ada Masa Mata (M. Nasir, Ad Samad)
Kali pertama mendengar lagu ini saya amat tertarik dengan liriknya selain melodinya yang agak luar biasa. Gabungan muzik Thai dan Melayu menjadikan lagu ini agak unik berbanding lagu lain dalam album ini.

Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar, Zubir Ali)
Walaupun lagu ini merupakan antara lagu yang paling akhir dalam pilihan saya tidak bermakna saya tidak menyukai lagu ini sepenuhnya. Saya akui memang di zaman serba moden ini lagu-lagu bercorak sebegini seakan dipinggirkan. Oleh itu usaha Khairil Johari Johar dan Zubir Ali untuk menyiapkan lagu ini seharusnya dipuji. Bukan mudah untuk pencipta generasi baru mencipta lagu asli yang seterusnya menjadi malar segar sampai bila-bila. Pendengar pastinya membandingkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang masih segar hingga kini. Contoh terbaik lagu asli ciptaan komposert generasi terbaru yang masih segar hingga sekarang ialah seperti lagu Pandang Pandang Jeling Jeling. Lagu ini membuktikan yang Siti tidak meminggirkan peminatnya dari golongan veteran.

Seloka Budi (Adnan Abu Hassan, Azam Dungun)

Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar, Zubir Ali)

Senyum Minang Manis (Zul Mahat, Abot)
Keberanian komposer menggabungkan bunyi-bunyi muzik moden seharusnya dipuji. Permulaan lagu ini seperti sebuah lagu techno yang sering terpasang di disko-disko tetapi kerancakan lagu ini disuntik bunyi-bunyi tradisional sekaligus elemen etnik kontemporari yang dicanang oleh Siti Nurhaliza amat menjadi.

Joget Menanti Kasih (S.Atan, Habsah Hassan)

Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)
Ramai peminat yang mengharapkan Siti berqasidah dalam lagu ini. Sebuah lagu bernafas berani oleh pencipta lagu etnik yang sememangnya dikenali iaitu Pak Ngah. Jika ada yang beranggapan sentuhan komposer ini sudah tumpul, mereka silap kerana Pak Ngah telah memberikan nyawa baru pada irama-irama sebegini. Elemen perkusi masih menjadi kekuatan lagu-lagu ciptaan beliau tetapi kali ini lebih berbunyi moden. Siti turut menyuntik elemen blues dan jazz dalam nyanyiannya membuatkan lagu ini tergolong dalam kategori etnik kontemporari.

Di Taman Teman (Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun)
Siti Nurhaliza memilih lagu ini sebagai single pertamanya dan ianya satu pilihan yang teman.

Pilihan sultanmuzaffar
Ada Masa Mata
Di Taman Teman
Cinta Ini
Bintang Malam
Di Khayalan Kita
Jelmakanlah Ayumu
Joget Menanti Kasih
Senyum Minang Manis
Seloka Budi
Rasa Antara Kita
Bulan Yang Mesra

11 komen

  1. salam ziarah ..
    1st time post komen kat blogger yg sgt femes!!
    happy new year !!

    happy blogging

    xoxo
    comot :)

     
  2. album kali ini secara package nya bagus. dengan susunan muzik yang kemas ( kecuali adnan dengan bunyi klise nya), cover album yang bagus dan barisan komposer bintang. tapi setelah mendengar satu persatu lagu dalam album ini ada sedikit ketidak puasan hati. mungkin seperti mana album hadiah daripada hati kita perlukan masa untuk mengertikan album ini. tapi seharus nya album ini patut dapat perhatin dari semua fans ct.

     
  3. redzuwan Says:
  4. yeah..1st time jugak singgah kat fames blogger ni..
    neway, semua lgu tu best, especially CINTA INI..

     
  5. SM,

    No doubt Datuk Siti nyer lagu best, tapi aku tingin nak jumpa Fauziah Latif la... jom pi interview dia. Sejak aku terlayan drama dia kat TV1 - "Gelora di Hati Sara" tuh, aku terminat plak la kat Fauziah Latif.

    Takpun buat2 la invite dia mai office!!

    La ni aku bukak youtube, pastu aku dengaq balik semua lagu lama2 dia. Dulu tak minat, sekarang baru nak minat!!

    shafizanjohari

     
  6. bintang malam paling best!

     
  7. kan dia baru pi temujanji...:)

     
  8. IkraamTorres Says:
  9. epi new year sultanmuzaffar...

     
  10. duwenk Says:
  11. salam ziarah...
    rasanya hampir 4thn tak kunjung sini..
    blog masih segar..
    masih cerah...
    slm Tahun Baru...

    paichowan

     
  12. hafizzuan Says:
  13. from d first moment tgk album ni..i was like wow!! this is d coolest cover album whch made by Malaysian artist.credit shud be given to rauna jud who being Siti's favourite since E.M.A.S..but it takes sometimes for me to love d songs..neway Siti's has done a great job and this album represents the unique elements of Msian tradional music..

     
  14. salam tuan tanah

    sgt tertarik dgn pandangan secara keseluruhan Lentera Timur

    hanya Jauhari yg mengenal Manikam

    harap menyinggah di blog sy yg turut mengulas ttg album ini..maceh2 :)

     
  15. hafizanmohd Says:
  16. http://accordingtohafizanmohd.blogspot.com/

    ada review bes
    ;)

     
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger