Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label dato' siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label dato' siti nurhaliza. Show all posts

Bapa Dato' Siti Nurhaliza Meninggal Dunia (Foto)

Entri oleh sultanmuzaffar 15 February 2009 10 komen

Bapa kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato' Siti Nurhaliza meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, di ibu negara pukul 11.50 pagi tadi.

Taruddin Ismail, 67 tahun menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung, kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

Arwah dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung sejak Jumaat lalu.

Taruddin meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik serta tujuh irang anak - empat lelaki dan tiga perempuan.

Menurut Siti Nurhaliza, bapanya mengadu sakit dada pada pukul 2 pagi di kediaman mereka di Kuala Lipis.

Bersama isterinya, arwah pergi ke Hospital Kuala Lipis.

Sekembalinya ke rumah, arwah rebag pada pukul 5 pagi hari yang sama.

Siti Nurhaliza kemudiannya menghantar sebuah ambulan ke Kuala Lipis untuk membawa bapanya ke Hospital Ampang Puteri.

Selepas pemeriksaan, doktor mencadangkan agar arwah menjalani pembedahan dengan segera.

Selepas berbincang dengan anak-anaknya, arwah sendiri yang menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan pada pukul 7 malam sehingga 2.30 pagi hari Sabtu.

Sekitar pukul 8 pagi hari Ahad, doktor menghubungi Siti Nurhaliza sekeluarga.

Kesemua adik-beradik, isteri dan saudara terdekat berada di sisi arwah sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Antara rakan yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital ialah Dato' Yaakob, isteri dan anak mereka, Faizal, Datuk Amdan, penyanyi Farahdiya serta tiga orang anak tiri Siti Nurhaliza sendiri.









"Siti adalah Abah, Abah adalah Siti". Itulah kata azimat yang masih dipegang penyanyi tersohor itu untuk terus kuat menempuh gelombang dunia seni.

Gala TV sempat bertemu penyanyi nombor satu negara itu yang kelihatan sugul melayan tetamu yang datang menziarahi.

Akui Siti, beliau bersyukur kerana kesemua adik-beradik berada di sisi arwah sewaktu Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Namun demikian, tiada tanda-tanda akhir yang ditunjukkan oleh bapanya.

Kini dengan ketiadaan bapanya, kehidupan ibunya, Salmah Bachik akan diuruskan oleh kesemua adik-beradiknya.

Diiringi linangan air mata, beliau berjanji akan menjaga ibunya dengan baik.

Mengingati kenangan lama bersama arwah bapanya, beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang yang sensitif dan tabah.

Jenazah Allahyarham di bawa ke kediaman Siti di Bukit Antarabangsa pada pukul 1.45 petang.

Antara tetamu kenamaan yang hadir menzirahi jenazah di kediamannya ialah TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan isteri.

Turut hadir ialah Dato' Shah Reza, perunding perkahwinan Siti, pengarah Sirah Junjungan, Erma Fatima dan pelakon Sharifah Haslinda.

Tepat pukul 4 petang, sembahyang jenazah dilakukan.

Kereta jenazah beredar dari perkarangan kediaman Siti sekitar pukul 4.30 petang menuju ke Kampung Tempoyang, Kuala Lipis untuk upacara pengkebumian selepas sembahyang Maghrib.

Saya mewakili pembaca blog sultanmuzaffar dan warga kerja Gala TV Astro AWANI merakamkan ucapan takziah buat Dato' Siti Nurhaliza sekeluarga.









Ulasan Lentera Timur oleh Dato’ Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2009 11 komen

Ulasan sedang dikemaskinikan. Masih menjana idea dan memerah otak untuk album Lentera Timur. :)

Senarai Lagu
Di Khayalan Kita (Johari Teh, Keon)
Saya kira lagu ini amat sesuai dijadikan lagu pembukaan kepada pendengar album Siti yang sudah terlalu lama menantikan beliau menghasilkan album etnik kontemporari. Ditambah lagi dengan alunan gambus yang menjadi pembukaan seakan-akan pendengar disambut oleh Siti yang tambil dengan imej Timur Tengah pada paparan kulit albumnya.

Bintang Malam (Johan Nawawi, Amran Omar)
Suasana ceria yang menjadi latar album ini berserta melodi lagu yang agak rancak menjadi kekuatan lagu ini.

Cinta Ini (Katon Bagaskara)
Not rendah Siti Nurhaliza diuji dalam lagu ini. Kalau selalunya kita hanya mahu mendengar Siti menyanyi dalam not tinggi, kali ini kita dapat kedua-duanya.

Ada Masa Mata (M. Nasir, Ad Samad)
Kali pertama mendengar lagu ini saya amat tertarik dengan liriknya selain melodinya yang agak luar biasa. Gabungan muzik Thai dan Melayu menjadikan lagu ini agak unik berbanding lagu lain dalam album ini.

Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar, Zubir Ali)
Walaupun lagu ini merupakan antara lagu yang paling akhir dalam pilihan saya tidak bermakna saya tidak menyukai lagu ini sepenuhnya. Saya akui memang di zaman serba moden ini lagu-lagu bercorak sebegini seakan dipinggirkan. Oleh itu usaha Khairil Johari Johar dan Zubir Ali untuk menyiapkan lagu ini seharusnya dipuji. Bukan mudah untuk pencipta generasi baru mencipta lagu asli yang seterusnya menjadi malar segar sampai bila-bila. Pendengar pastinya membandingkan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang masih segar hingga kini. Contoh terbaik lagu asli ciptaan komposert generasi terbaru yang masih segar hingga sekarang ialah seperti lagu Pandang Pandang Jeling Jeling. Lagu ini membuktikan yang Siti tidak meminggirkan peminatnya dari golongan veteran.

Seloka Budi (Adnan Abu Hassan, Azam Dungun)

Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar, Zubir Ali)

Senyum Minang Manis (Zul Mahat, Abot)
Keberanian komposer menggabungkan bunyi-bunyi muzik moden seharusnya dipuji. Permulaan lagu ini seperti sebuah lagu techno yang sering terpasang di disko-disko tetapi kerancakan lagu ini disuntik bunyi-bunyi tradisional sekaligus elemen etnik kontemporari yang dicanang oleh Siti Nurhaliza amat menjadi.

Joget Menanti Kasih (S.Atan, Habsah Hassan)

Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah)
Ramai peminat yang mengharapkan Siti berqasidah dalam lagu ini. Sebuah lagu bernafas berani oleh pencipta lagu etnik yang sememangnya dikenali iaitu Pak Ngah. Jika ada yang beranggapan sentuhan komposer ini sudah tumpul, mereka silap kerana Pak Ngah telah memberikan nyawa baru pada irama-irama sebegini. Elemen perkusi masih menjadi kekuatan lagu-lagu ciptaan beliau tetapi kali ini lebih berbunyi moden. Siti turut menyuntik elemen blues dan jazz dalam nyanyiannya membuatkan lagu ini tergolong dalam kategori etnik kontemporari.

Di Taman Teman (Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun)
Siti Nurhaliza memilih lagu ini sebagai single pertamanya dan ianya satu pilihan yang teman.

Pilihan sultanmuzaffar
Ada Masa Mata
Di Taman Teman
Cinta Ini
Bintang Malam
Di Khayalan Kita
Jelmakanlah Ayumu
Joget Menanti Kasih
Senyum Minang Manis
Seloka Budi
Rasa Antara Kita
Bulan Yang Mesra

Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 25 December 2008 0 komen

Lentera Timur merupakan album studio ketiga belas dari bintang kesayangan ramai Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza.

Album tersebut akan mula dipasarkan pada 25 Disember 2008 di Malaysia, Singapura dan Brunei. Tidak ketinggalan ia akan turut dipasarkan di Indonesia juga. Ia merupakan album tradisional (kontemporari etnik) keempat Siti Nurhaliza selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika.

Menggabungkan komposer dan penerbit lagu etnik yang dikenali di Malaysia selain pembikin baru menjadikan album ini berpotensi untuk pergi jauh selain menaikkan martabat industri muzik tempatan.

Album yang mengandungi 11 lagu etnik komtemporari itu diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records (SRC).

Penggunaan “live strings” digunakan sewaktu proses rakaman album ini yang telah dipimpin oleh Eddie Marzuki termasuk pemain violin yang terdiri daripada Maya, Yin Siew Keen, Azlan dan Yew Haan.

Antara penerbit yang terbabit dalam pembikinan album ini ialah Johari The, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.

Antara lagu yang terkandung di dalam album Lentera Timur ialah :
"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon
"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar
"Cinta Ini" Katon Bagaskara
"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad
"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali
"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun
"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali
"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot
"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan
"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun
"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah

Berani saya katakan album ini telah dihasilkan oleh nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia, baik barisan komposer mahu pun penulis liriknya. Penyanyinya pun tidak perlu saya perkenalkan lagi. Ini bermakna jika tahun hadapan Siti Nurhaliza bertanding dalam Anugerah Juara Lagu, nama-nama seperti Johan Nawawi, Zubir Ali atau pun Amran Omar pastinya diketepikan dari barisan juri.

Satu keunikan album ini yang sampai sekarang masih saya kagumi apabila 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza Januari lepas. Kesemua lagu tersebut dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama.

Siti Nurhaliza amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit albumnya kali ini dan amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industi muzik Malaysia. Di sebalik kesuraman industri hiburan, nampaknya masih ada sinar lagi untuk senario muzik tempatan dan jawapannya ialah Lentera Timur yang bermakna Cahaya Timur.

Album Lentera Timur akan mula diedarkan pada hari ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 August 2007 0 komen

Sekitar Majlis Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza & Dato' Khalid

Jangan percaya pada gambar ! Hanya kerana berada di sudut yang strategik, maka makna gambar yang sebenarnya boleh berubah. Majlis baru sahaja selesai. Majlis yang telah diadakan di One World Hotel berlangsung dalam suasana santai dengan bertemakan retro.

Setahun yang lalu majlis resepsi dilangsungkan dalam suasana penuh gilang gemilang bermula dengan majlis pernikahan yang berkonsepkan warna putih sesuci cinta mereka dan malam tadi cinta itu semakin mekar seindah warna-warna terang yang menjadi tema malam tersebut.

Malam itu ada ramai tetamu yang turut hadir, antaranya Ning Baizura & tunangnya, Mr.Manager, Klubbkidd, Farihad, Abie, Dean, Fairuz dan ramai lagi.

Tetamu tertunggu-tunggu juga kalau-kalau ada pengumuman rasmi. Sampai ke sudah, tiada angin langsung. Kita tunggu saja kalau ada nanti.

Ada gambar, ada video. Video akan merungkai segala jawapan. Tunggu sahaja. Sebagai teaser, ini baru permulaan...

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Nota : Three posting in a row. Semua pasal kahwin !!! hmmmmm...