Hari ini ada pertunjukan bunga api untuk semua. Saya tidak perlu keluar duit satu sen pun untuk pertujukan bunga api tersebut. Semuanya ditaja oleh anda. Terutamanya yang mengundi untuk Akademi Fantasia. Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Macam-macam jenis perubahan yang berlaku. Ada yang suka, ada yang duka, ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang bangga, ada yang kesal, ada yang berasa terancam, ada yang menjadikan sumber inspirasi, ada segalanya. Hari ini sungguh berbeza. Semoga kita akan bertemu lagi sekali untuk menyambut ulangtahun yang kesepuluh, lima tahun dari sekarang. InsyaAllah.
1. What was your first blog and what made you decide to start it?
Blog sultanmuzaffar merupakan blog pertama saya yang mana telah dimulakan pada 26 Februari 2002. Hari ini blog ini telah berumur 5 tahun. Kalau blog ini boleh diibaratkan seperti anak, tahun depan blog ini sudah boleh masuk tadika. Maknanya blog ini masih lagi belum cukup matang untuk berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar. Kali pertama saya menulis blog tujuannya hanya satu iaitu tempat untuk saya menulis tentang deria saya, baik dari segi rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Segala pengalaman itu perlu saya simpan dan luahkan di dalam blog.
2. Your blog just celebrate it's 4th anniversary. Has anything in your life changed since you started the blog?
Hari ini merupakan ulangtahun yang kelima sebenarnya. Tempoh lima tahun bukan suatu yang singkat. Macam-macam bentuk perubahan telah berlaku. Yang paling diingati tentunya fenomena yang berlaku pada program realiti pencarian bakat paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia. Sejak itu saban tahun ada saja pembaca baru yang menantikan ulasan-ulasan terkini berkenaan program tersebut. Kesan paling besar tentunya pada Akademi Fantasia musim 3 apabila saya telah diminta untuk memastikan kandungan bahan untuk Astro Broadband AFXtra sentiasa dikemaskinikan dan pada Akademi Fantasia musim 4 saya diserap masuk untuk mengawalselia kandungan bahan di laman web rasmi AF4. Pada tahun ini penglibatan saya lebih besar apabila turut terlibat dalam membuat beberapa keputusan penting yang melibatkan new-media (internet, broadband, mobile, interactive) dan produksi. Contohnya siapakah bakal Pengkritik Tetap untuk AF5. Best kan ?
3. What is the most rewarding parts of blogging?
Saya dibenarkan untuk bercerita kepada pembaca saya tentang apa yang saya rasa. Selain daripada itu apabila blog ini semakin dikenali, ia dapat menarik ramai pembaca-pembaca baru. Bila semakin dikenali dan mendapat hits yang banyak, maka ia secara tidak langsung berjaya menarik pengiklan untuk mengiklankan produk mereka. Adalah beberapa. Yang terkini ialah ERA.fm. Siapa kata blog tidak boleh mendatangkan faedah berbentuk wang ringgit kepada blogger.
4. Most frustrating?
Bila semakin dikenali, tentunya ada yang suka dan ada yang tidak suka. Adakalanya saya perlu berhati-hati apabila menulis. Kesilapan yang kecil kadangkala memberikan kesan yang besar lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan periuk nasi. Banyak musuh pun best juga sebenarnya. Kerana itu membuktikan yang kewujudan saya telah memberikan inspirasi kepada mereka untuk cuba melenyapkan saya. Saya rupa-rupanya merupakan sumber inspirasi kepada mereka. Best kan ?
5. 'sultanmuzaffar.blogspot.com' has been named 25th most influential blogs in Malaysia. What impressed me is that your blog is in the 3rd place for entertainment category (behind afdlin shauki and yasmin ahmad) which is quite an achievement. What is your first reaction when you know about it? It is always be your dreams to be listed among those famous bloggers or simply unexpected?
Saya tidak pernah menganggap blog ini sebagai blog yang berpengaruh. Pengaruh itu terlalu besar jika tidak berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan. Reaksi pertama saya bila mengetahui tentang perkara tersebut ialah saya beri pendapat saya tentang apa itu blog berpengaruh. Secara jujur siapa yang tidak mahu tersenarai di kalangan yang berpengaruh. Semua orang mahu. Saya pun mahu. Berada dalam kelompok tersebut merupakan satu penghargaan, cuma cara penilaiannya biarlah yang lebih berkredibiliti bukan sekadar senarai kosong atau hanya sekadar berdasarkan bilangan hits.
6. What do you think about Malaysian acceptance towards the existance of blogging since most of them still doubting the bloggers' credibility?
Sejak akhir-akhir ini pengaruh blog sudah mula kelihatan di Malaysia. Boleh saya katakan, jika sekali Screenshots bersin, boleh bergegar Putrajaya. Mereka tidak perlu berasa sangsi dengan blogger. Mereka sewajarnya menggunakan blog sebagai bahan untuk “check and balance” dalam membuat keputusan. Blogger hanya mencipta alternatif kepada pembaca untuk membuat atau menilai keputusan. Anggap sahaja penulisan blog ini sebagai salah satu nasihat macam yang sentiasa kita terima sejak kecil dari ibu-bapa kita.
7. You have been blogging for a quite long time. In your point of view, what are the biggest trends going on in blogging right now?
Dengan adanya teknologi RSS, secara tidak langsung kandungan blog yang telah dikemaskinikan akan dapat di”highlight”kan kepada pembaca. Jadi maklumat blog akan tersebar dengan cepat. Lebih mudah sebenarnya bila menggunakan RSS Reader. Bukan itu saja, kandungan blog juga boleh dibaca di telefon bimbit. Kandungan blog berbentuk audio (podcast) juga kini semakin popular di Barat cuma masih belum begitu popular di Malaysia. Kalau dinilai berdasarkan trend semasa, nampaknya Malaysia tidaklah begitu jauh ketinggalan.
8. Nowadays, bloggers also known as 'cyber journalist' as they also provide lots of information for viewers. As for yourself, what effects are blogging having on traditional journalism? Would it ever replace or dilute the value of traditional journalism?
Saya tidak berharap untuk mencorakkan satu agenda buat wartawan media perdana, tetapi cukup sekadar mereka membaca dan mengambil mana-mana cadangan yang baik untuk memperbaiki mana yang kurang. Saya mahu juga antara cadangan-cadangan saya diterima dan diguna pakai oleh mereka untuk kepentingan seni hiburan tanah air. Ambil mana yang positif dan sama-sama perbaiki mana yang negatif. Mana tahu satu hari kelak, mereka menerima cadangan-cadangan tersebut dan ingin bekerjasama dengan saya untuk program-program yang seterusnya. Itu lebih baik. Sewajarnya media arus perdana dan media blog menjadi pelengkap antara satu sama lain agar maklumat yang diperoleh pembaca lebih seimbang dan berkualiti. Antara media blog dan media arus perdana tidak seharusnya berada dalam kekecohan hanya untuk membuktikan mereka lebih baik. Mereka harus saling lengkap-melengkapi. Itu sudah cukup baik kerana ia mewujudkan pandangan yang seimbang.
9. Your blog is focusing on entertainment world, which involves lots of controversy, gossips and rumours. During these 4 years, do you think you're overstepping any privacy boundaries in any of your articles?
Saya boleh anggap blog tentang dunia hiburan sebagai blog realiti. Blogger kena berhati-hati agar tidak tersalah langkah. Maklumat yang ingin ditulis perlu mendapatkan pandangan beberapa pihak dan sumber yang boleh dipercayai. Saya rasa bila bercakap tentang kontroversi, gossip dan khabar angin kita bercerita tentang blog Akademi Fantasia. Memang apa yang ditulis hanyalah berdasarkan apa yang ditonton di televisyen. Itu boleh saya katakan berlaku sewaktu musim 1-3. Berbeza pada musim keempat bila saya sudah berada di antara tenaga produksi yang mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir. Apa yang berlaku di sebalik tabir itulah yang tidak sewajarnya diuar-uarkan kerana itu bukannya apa yang ditonton oleh penonton. Sekiranya ada artikel-artikel saya yang telah melanggar sempadan peribadi, saya mengharapkan agar ada di kalangan pembaca yang menegur.
10. In your previous post, you said that you almost been sued by a giant telecommunication company in 2003. What have you learn for that incident?
Saya perlu lebih berhati-hati apabila menulis. Waktu tersebut saya terlalu ghairah menulis dan cuba mendapatkan sokongan. Mujur saya tidak terlalai. Kadang-kadang terlalai juga. Adakalanya perlu menarik balik untuk menjaga hati banyak pihak. Populariti sebenarnya satu beban yang merumitkan. Adakalanya saya bosan.
11. Early this year, two Malaysian bloggers are sued for allegedly defaming The New Straits Times Press in their blogs. Because of this controversy, a legal fund will be set up to provide financial assistance for bloggers who face legal action. What is your opinion towards this issue?
Blogger tidak bergaji dan mereka mewakili diri sendiri. Jadi apabila diwujudkan satu dana yang sah untuk membantu mereka ia adalah satu cadangan yang baik. Siapa yang akan menyokong mereka jika bukan satu badan bebas yang telah dibentuk untuk memberikan sokongan kepada mereka. Syarikat gergasi seperti New Straits Times Press tentunya mempunyai sokongan yang lebih besar dan dana yang lebih besar jika perlu berhadapan dengan kes-kes seperti ini. Maka blogger juga perlu ada dengan sokongan rakan-rakan blogger. Maka wujudnya Bloggers United.
12. Let's talk about the future. What do you see for 'sultanmuzaffar.blogspot.com'?
Saya mengharapkan blog ini akan sentiasa hidup biar pun musim Akademi Fantasia telah tamat. Mungkin juga satu hari nanti Akademi Fantasia ditamatkan atau pun mungkin tidak dibenarkan disiarkan.
13. Blogging has moved from experimental to mainstream. What social or technical features would you like to see enter the world of blogging?
Saya mahu melihat blogger lebih berjaya di masa akan datang untuk membentuk rangkaian sosial yang lebih besar dan berpengaruh. Blogger sekarang lebih berani untuk bertanggungjawab dan tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran.
14. Any last word or advice for those who interested to have their own blogs?
Teruskan niat untuk mendapatkan blog sendiri. Ia usaha yang baik. Yang penting kemaskini blog anda dan jangan biarkannya menjadi rumah tinggal.