Lagu Tugasan Konsert Akhir Akademi Fantasia 7
AKIM - Bencinta (Faizal Tahir)
YAZID - Qasidah Cinta (Dewa 19)
ISMA - Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar)
HAFIZ - Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain)
ARIL - Kasih Tak Sampai (Padi)
LAGU BONUS - Revolusi (Bunkface)
bukan kuasa principal kekdahnye... walauponnnn
1st time dgr, lagu2 baru utk budak2 nie okey gok, xspecially utk hafiz, cam sedap jer! mesti org akan complaint pasal aril tak berapa berkenan pasal lagu baru dia tu, tapi dia ada hak kan, sbb this is his 1st single, mesti nak sesuai dgn jiwa katanyo! kalu ler heliza af5, berani menyuarakan rasa hati pasal lagu baru dia yg mmg cam lalang tu di lautan hindi tercemar dgn minyak tertumpah tu, n lagu DVa's cinta boneka yg memang tak sesuai sbg material utk final concert, mungkin karier dia tak sesedih sekrg!
Apa2 pun, jgn lupa Undi Akim, mcm ada chance nak menang jer nie, ahaks!
Bos aku baik jugak dgn faizal tahir, mungkin boleh suruh dia mintak faizal write something utk upkan semangat akim! heheheh...kena belanja bos aku kenny roger lagi nie, ahaks
Honestly sy x suka lg cover utk final..minda penonton x transformasi ke atau pihak produksi rasa ini lagu2 transformasi?
SM..
apo apo yo lah. den xkosa dh donga org rungut sana sini..naik pokak telingo den ni hah..
den suko yo lagu2 suma. den nak enjoi konset mgu dopan..
jomla SM, kito enjoiii..(gaya cito puteri nih..huhu)
aku rasa lagu baru akim n hafiz akan meletup
SM
Plzz la sound skit kat ASTRO tu untuk segerakan buat studio version budak2 ni...malu je kat OIAM....nanti dah setengah tahun baru ada studio version....selalu je mcm tu tiap2 tahun. Plzz la buat transformasi...bangga la jugak ngan produk AF bila lagu2 yg sudah dimurnikan berkumandang di radio
Best le lagu yg Akim dapat.
Mesti Tok sky suke... Azwan ali pun suke.
darzfan...
memang Tok suka lagu baru Akim and Hafiz....dengar sekali dah sedap macm mee SEDAP gamaknye. Aril kena bersyukur sebab inilah cabaran utk dia, after all dapat masuk balik pun dah kira OK la tu.
Yang paling beruntung Akim kut..2-2 lagupun best. Dengan semangat dia, maybe akan kasi pecah seperti kata Edry.
Yazid pun sama. Kalau dia dapat deliver, alhamdulilah..kalau tak lagu sedap pun jadi tak sedap..
Untuk Hafiz lagu baru tu ok ler..cam bunyi lagu seberang, tapi lagu Anuar Zain tu..mmm..bukan tak sedap..tapi rasanya tak dapat bagi "wow" factor kat Hafiz. Hafiz kena make wonders to both songs untuk outshine Akim...which is not easy...
Lagu Isma ok jugak la..susah nak bawak lagu Adam dan Hawa tu...Lagu baru sedap la..cuma samada seronok tak untuk ditonton malam konsert nanti, kena la kita tunggu..
Lagu Aril..eemmm...lagu Padi tu ok..lagu baru tak sure...tapi Aril tak suka. Mungkin tak best la kut. Tapi kata Kak Jah, dia cuma nak tengok Aril perform..so tak kisah la best ke tak..(hehehehe..sori Kak Jah)
kalau aril boleh tukar lagu kami peminat akim dan hafiz pun nak diorang dpt lagu cover yang diorang suka. bukan lagu yang diorang blurr bila dpt lagu spt lagu becinta dan kau bunga cintaku. Bersikap adil pada pelajar lain jgn pada aril je...
i think bagus jugak aril persoalkan lagu baru dia...
tengokla apa jadi pada farhan, heliza, riz, toi... lagu final tak sedap... tak boleh nak go further..
single pertama tu sangat penting...
tengokla mawi, adam, stacy, lagu2 diorang dapat memang sesuai dengan diorang...
anyway aril confirm takkan menang pun...
i think he feels that alang-alang tak akan menang, might as well give him a good song/suitable song so dia boleh make full use of the final stage...
nampak tak 2 bakal juara tu macam diberi tugas yang berat...
lagu yang tak berapa popular...
bagus... because now we can really see who is better in making something big out of nothing...
good luck akim and hafiz...
plus aril...
Aha...lagu single baru ARIL tu tah apa-apa..... kena tukar lah.....
Kalau menang ....bonus untuk aril
tapi kalau kalah.... biarlah aril dapat lagu single yg best......
apa-apa pun.... nak tengok final..... cian aril...kurus dia.... sabar ya aril....
walau apa-apa pun... chekdee happy sebab at lest ARIL tak jadi pak turut dalam semua hal....dia tahu juga hak dia.... bagus tu.... itu sifat orang yang ada pendirian.
Salam....
Mungkin pandangan abg hari ini agak lain macam sikit tentang aril. Aril mempertikaikan lagu yang dia dapat tu apasal, dah lah masuk final ikut "pintu belakang" lepas tu banyak pulak mintanya. Mana dia tahu lagu tu sedap ker tidak. Tulah masalahnya dengan pelajar yg dah keluar dan masuk semula, mereka dah kena cucuk sana sini dengan orang luar dalam tempoh mereka kat luar. Kalau tanya abang, abg bersetuju dengan komen wartaman bh semalam, yang berempat ni dah cukup untuk konsert kerana mereka memberikan persembahan yang amat cemerlang. Aril... pada abg tak ada pun apa sgt yang nak dibanggakan.. persembahan pentas.. akim dah lebih baik, vokal.. yazid lagi sedap dan bersuara jantan, populariti.. hafiz lagi ramai fan yang gila-gila (siap pakai rambut afro kaler-kaler). AF Masuk aril pada abg "satu kesilapan" kerana tak perlu sama sekali.
Buat 4 pelajar lain, tahniah diucapkan kerana telah berjaya ke final dengan cara lebih bermaruah. Buat kaum keluarga mereka, penyokong mereka dan pengundi mereka juga diucapkan tahniah dan andalah semua sebenarnya pemenang kerana pilihan 4 pelajar anda adalah yang terbaik.
Terima kasih....
Setuju sangat dengan pendapat abgmosha. Bagi saya Kalau aril dpt tukar lagu menguatkan lagi kepercayaan orang ramai mengenai sikap pilih kasih dan anak emas. Kalau felix, farhan dulu menyuarakan pendapat mereka mengenai lagu yang tak sesuai untuk mereka tapi tak dilayan, hafiz yang dpt lagu rap sampai tertekan tp tak ditukar, tak tau nak cakap apa lagi. Memang terbuktilah
1. Juara: Aril
2. Vokal terbaik: Aril
3. Persembahan terbaik: Aril
4. Pelakon terbaik: Prinsipal Tiara
5. Pengampu terbaik: Joe Klubkidd..
saksikan drama kantoi terbaru terbitan astro dalam konsert akhir AF7.. korang undi banyak-banyak pun bukan dapat mengubah apa-apa. Astro yang kaut untung. Juaranya dah dirancang. Sedih sangat melihat transformasi AF7. Apalah nasib AF 8 akan datang..... Undian pasti merudum-rudum sbb org dah tau taktik astro....
yup..lagu baru aril cam tak berapa best la..macam riz kena dulu.
adoi...tak semestinya kalo dpt lagu cover poupular bole nyanyi best...bergantung dkt dtudent tuh sendirilah nak nyanyi mcmmana..kalo ada bakat buat apa risau.Utk peminat Hafiz,jgn kta lagu tu x mcabar..kalo tak mencabar kenapa Hafiz rasa lagu tuh susah nak bwk..lagu mancabar tak semestinya nak kena jerit2.
semua lagu baru best kecuali Aril .... kesian si awok tu.
Mana le tak best .. lagu Aril tu lagu tangkap muat .. akademi tak tahu siapa masuk ..jadi lagu apa-apa pun boleh.
Apa-apa pun ... aku rasa Aril tak boleh tukar lagu .. ingat senang ke nak dapat komposisi lagu baru ..lebih-lebih lagi lagu baru yang sedap dan meletup !!!!
Apa Hafiz boleh buat dengan lagu Anuar Zain tu ???
Cuba le menari macam si Stacy tu .. mau meletup dewan !!!
Apa-apa pun AF7 susah nak predict pemenangnya bukan macam AF-AF yang lalu
Hafiz, Akim, Yazid, Isma & Aril semuanya boleh jadi juara !!!!
hmmmm.. satu lagi .. macam mana pulak undian minggu lepas ??? bawa ke minggu ni ke ?
kalau macam ni .. Aril takde chance nak menang ...
so juara hanya antara Hafiz, Akim, Yazid dan Isma ahe ...
muhahhahahaaaaa
HAHAHA
whatever pun,
yg penting AFUNDI kita
karl will still keep AFUNDI ARIL
hehehe
SM
To Karl
line up final dis year menarik
masing2 ada kelebihan & kekurangan masing2
isma - package sgt lengkap cume x-factor blum terserlah lagi...
yazid - org suke die, juz in term of vocal, he really needs to work very hard... but if die dpt lagu yg sesuai, sure leh pukul abes!! x facor yazid pn maish samar2
hafiz - well, hes popular. consistent mcm isma. xfactor tak strong sgt. vocal - dh ok! cume he needs to work on his posture
aril - die ni yg pling terserlah x-factor. i'mnot being biased but dats d fact. magazines sure love him. vocal - an OK la. fast songs sgt2 sesuai for him.
akim - he got dat nice tone. nmpk gk kesungguhan die. xfactor - mungkin akan terserlah final nnt. cume performance wise, sometimes awkward sket. tp akim leh survive
jd my choices are:
JUARA : HAFIZ
NAIB JUARA : ARIL
KETIGA : ISMA
hehe.. walaupun sy fans no.1 ARIL
k SM
TERBAEK WOK!!!
Pada pendapat I lagu Hafiz memang x sesuai untuk final konsert..kecualilah Hafiz membawa sambil menari..mungkin jugak lah kot..banyak lagi lagu Annuar Zain yg best2 & yg mencabar vokal..tapi kenapa lg tu jugak ygn diorang pilih..x pandai dengar ke??
Walau apapun I tetap Afundi Hafiz..I x kisah walaupun x de untong sb kedai reload I yang punya..Vote for Hafiz!!
Sejak membaca terlalu banyak kutukan terhadap ARIL ....chekdee terasa cam mula nak mengundi jer......
CHEKDEE NAK MULA MENGUNDI ARIL.... MULAI HARI INI ..
Chekdee suka cara ARIL menyatakan secara terus terang tentang single terbarunya. Ini menunjukkan, Aril ada pendirian dan dia berani memperjuangkan pendiriannya.... tidak seperti setengah-setengah pemberi pendapat disini...yang hanya berani memberi komen dan mengutuk orang disebalik nama ANONYMOUS.
Hari ini chekdee dah mula mengundiRM100 ....esok tambah lagi..... hmmmm best juga.....
Kalau ARIL menang....jangan kata ada konsprasi tau...... chekdee ada mengundi juga ya......
JOM MULA MENGUNDI.
Karl dan kakjah ....... mari kita pulun mengundi jom....... seminggu jer....... korban kan sikit burget beli baju dan beg tangan baru untuk bulan ini...aha....best juga....tukar rutin......heheheheh
AFUNDI10 ARIL 32999
Aku setuju dgn rica….
Bagus apa kalau Aril cuba mintak tukar single dia, dapat tak dapat belakang kira… Bg aku itu menunjukkan dia berpandangan jauh…sudah mula merancang mcmana nak kekal lama dlm industri seni tanah air… bukan utk kekal setakad semusim AF je. Kebanyakan peserta2 masuk AF ni cuma untuk suka2, nak cuba2 je, sbb tu lepas AF ramai yang hilang… Tapi Aril menujukkan yg dia serius utk jadi penghibur…
Vote aku untuk Aril...!!! TERBAEK WOK...!!!
asstro macam macam ade!!!!!muahahaha
Chekdenoor, aku korbankan duit minyak kereta mulai hari nih... esok aku naik motor...!!!
AFUNDI10 ARIL...!!!
p/s Tak main konspirasi-konspirasi ni k...
(karl quote balik dr blog joe lee)
HEHE.... CHEKDEE sah2
tiap2 ari akan ada AFUNDI for ARIL
ade few of my frens sgt2 fanatik ARIL...
Farah, Lysha, Yana, Fafa & Adam... (amik korang - aku quote dlm ni.. yg xdi quote tu..sorry..hehe)
diorang ni kalo AFUNDI lagi berhabis!!!!
TERBAEK WOK!
jgn kutuk2 joe boleh tak? i'm not his cousin or brother or what, tp u guys masuk his blog, if xpuas ati simpan dlm hati je...
yg penting AFUNDI.... Draw duit byk2, vote your fav.student!!! kalo dh AFUNDI byk sure akan JUARA. no conspiracy ke ape ke..
Bagi saya akim dan hafiz tak jadi juara pun tak kisah. Bagilah title juara pada aril tu astro. Tp bagi saya akim dan hafiz adalah juara di hati sanubari kebanyakan rakyat malaysia.
Hafiz gerenti juara punya..
Kita Afundi je.....
BAGUS SHAH....MACAM ITU LAH
UNDI MENENTUKAN PEMENANG
BUKAN KONSPIRASI
ORANG YG TIDAK MENGUNDI SAHAJA YANG AKAN KATA ADA KONSPIRASI.
SIAPA YANG BANYAK UNDIAN...DIALAH PEMENANG.KALAU NAK KORANG PUNYA PELAJAR MENANG-UNDILAH BANYAK-BANYAK. JANGAN ASYIK KATA ASTRO PENIPU. SEBENARNYA KORANG YG MENIPU DIRI SENDIRI SEBAB ITU LAH KORANG ASYIK MENGUTUK ORANG SAHAJA.
KORANG LIHATLAH DIMANA-MANA POST SAHAJA. ADA SAHAJA PERKATAAN
KESIAN HAFIZ
HAFIZ DIANAK TIRIKAN
TAK BERSYUKUR BETULLAH PENGUNDI HAFIZ INI. KEMUDIAN,CARA YANG PALING BURUK UNTUK NAIKKAN HAFIZ IALAH
KUTUK ASTRO
KUTUK CIKGU
KUTUK ARIL
KUTUKPENGUNDI DAN PENYOKONG ARIL
BUAT FITNAH KONONNYA ADA KONSPIRASI.
PUNCANYA,
KESIAAANNNNNN HAFIZZZZZZ
KAMI YANG MENGUNDI INI BUKAN PUNCA KE UNTUK NAIKKAN UNDIAN ARIL..BUKAN KONSPIRASILAH...KAMI MENGUNDI TAU.....
AMBIKLAH JUARA KESIAAAANNNNN HAFIZZZZZZZ
BILA ARIL SUARAKAN KETIDAKPUASAN HATI TENTANG LAGU DIA, ITU ADALAH HAK ARIL, DIA ADA KEBERANIAN UNTUK MENYUARAKAN HAK DIA, DIA ADA PENDIRIAN, DIA ADA OBJEKTIF....
HABIS TU..KORANG DENGKI LAGI..TAK HABIS-HABIS IRI HATI.
JUARA KESIANNNNN MALAYSIAAAA HAFIZZZZZ BOLEEEEHHHH
rase konsert final nie, confirm akim kasi pecah pnye lah. dea dua2 lagu dea dapat best pnyee.
and dpt lagu faizal tahir plk tuu, lagi dasyat. harap2 dea nyanyi bersungguh2 cam faizal tahir.
--------------------------------
and untuk aril plk,
i think he had his point..
kalu korang jd dea pn cofirm korang buat benda same.
tmbah2 lg kalu korang tkut korang tk market,
msti lah korang nk something yg blh buat orang ingat korang kan?
kalu lagu hampeh, cmne nk maju?
yet kalu contohnye carier dea tk kemana2 en,
and ditambah plk dgn lagu yg tk sdap,
so camner industri nie nk trime dea?
so kalu lah kata kan dea dpt BETTER SONG,
even carier dea tk kemana2 pn,
dea dh bawak lagu yg sdap so dea akan meletup pnyee.
but i know that u know that everyone know his carier akan meletup.
so all i wish is aril dpt better song.
---------------------------
hafiz plk,
dea best jugakk.
every weeks dea buat performance yg baik/cemerlang.
but sbbkan dea slalu sngt cemerlang kte tataw nk suke performance dea yg mane..
i mean cause semua orang taw dea akan best every weeks,
so nothing interesting bile nk tngk performance dea.
macam setiap minggu akan same jea.
and don't get me wrong,
i do loves hafiz but i don't think his fans is nice,
fans hafiz soo rude.
bukan sume but segelintir.
all they do is cam..
''aril mat seret tk best lngsung.
ungrateful. dh dpt lgu, nk tukar.''
and then i thought maybe fans org lain kan but then kt bawah tu,
''afundi hafiz''
so what do guys think?
macam entah lah, memburuk2 kan org untuk dpt undian.
same jgk buat kt isma ''isma gedik tk sedar diri anak lima'' bwh tu ade tlis ''baik korang undi hafiz''.
at least isma tk pemalu cam saida.
------------------------------
isma and yazid plk,
nothing to said.
i hope they do their best :)
aril tu takyah tukar lagu la.. rearrange je balik lagu tu kasik menarik sket bagi suit style dia coz lepas ni dia akan nyanyi lagu tu je sampai la dia leh wat other single. tapi melodi kekalkan.
nanti kalo tukar lagu org akan cakap unfair plak.
pepun.. setankuning still mau hafiz juara
Tok sky,
samalah ngan azwan ali... dia suka akim gak.
sesuatu?
Don't you think that yg kutuk2 pelajar lain & kat bawah vote for hafiz tu ada strategi utk menjatuhkan hafiz?
i don't think so..
rase macam dia cakap benda betul...dia tak jatuhkan hafiz, but dea cume cakap how FANS HAFIZ menjatuhkan peserta af yg lain.
lain kali baca betul2.
tp aku stuju dgn setankuning.. rearrange jew lagu tu.. jgn tukar.. not so fair..
Walau apa2 pun, HAFIZ AKAN JADI JUARA,.......... =DDDDD.
diaorang sume dapat lagu best2..harap2 diaorang buat yang terbaik.
but harap2 akim yang menang, dea sangat berbakat.
Selalu nya Anon ni mengata orang je ye....endah kan semua tu..I Fans setia Hafiz tapi x pernah pun nak ngutuk peserta2 lain..yg kau orang pun nak kisah apasal?? jgn cakap orang lain kurang hajar tetapi diri sendiri nak mengata org..kau orang just Afundi pelajar kesukaan kau orang, naik kain rating diaorang..Afundi je & jgn kisah..selalu nya org yg cakap lebih x pernah nak mengundi..cakap je lebih..Afundi lah ooiii!!! ini x pasal2 membebel buat dosa je...Akan sentiasa Afundi Hafiz!!
Sorry astro saya takkan afundi lagi. Lebih baik meroyan daripada diperbodohkan oleh drama kantoi. wakakaka
setankuning...lagu Aril tu memang perlu reaarange je. Agaknya lagu tu pun datang dari syarikat rakaman yg dikatakan nak ambik sorang pelajar utk jadik recording artist. Maybe konsep tu yg nak di tonjolkan for Aril, kena terima la...
darzfan....sesuatu?? Azwan Ali pun Tok tak kenal.ala..la..la..la..Ha..Ha..Ha..Hang tak kenal aku sape...
Penat la otak baca kutuk kutuk ni
Tak bole ke sokong je sapa nak disokong tanpa kutuk fan itu ini ke...student itu ini ke...konspirasi la..
Tgk dendiam n enjoi enjoi tak leh ker
hehehehe...lady zuely krem otak...hehehe...chekdee pun krem otak juga baca komen kat sini....ramainyer yang tak positif thinking...... mereka ni asyik lihat dari sisi yang negative jer kan...... macam mana nak ceria....
Chekdee happy jer....sambil menanti hari final...sambil-sambil terus mengundi...... JARI jadi penentu......
CHEKDEE UNDI ARIL.....
ARIL TAK BEST! KAKI BODEK!
ISMA FC
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Joe : Saya tahu ini blog awak dan awak ada hak mengatakan apa apa yang awak suka tetapi saya harap anda dapat juga melihat dari persepsi mereka yang datang melawat blog anda.
Mereka menganggap anda sebagai wakil pihak Astro sebenarnya dan mereka terguris apabila anda 'seakan akan' memihak hanya pada seorang pelajar. Niat anda mungkin di salahanggap tetapi dek kerana anda sudah di cop sbg wakil, maka perasaan tidak puas hati terus di lemparkan dgn hrpn anda dan pihak produksi akan mendengar.
Macam kat dunia politik gak, apabila BN (produksi) asyik memberi pelbagai alasan dan rakyat (penonton) demand bermcm mcm. Saya harap Joe faham apabila mereka meroyan di sini ya. Amat besar sbnrnya tanggungjwb joe kt sini sbb anda dilihat sbg wakil utama pihak Astro. ;)
KakJahku : Saya hormati semua peminat² AF, dan saya rasa KakJahku juga begitu kan. Disebabkan saya rasa Kakjahku seorang yang matang saya berharap KakJahku dpt menjadi wakil kelab peminat Aril utk Menasihati ahli ahli untuk stop menyalahkan peminat Hafiz dan Hafiz sendiri.
Bukan semua mereka diva yg sering di gembar gemburkan itu. Seperti peminat Aril mempertahankan Aril yg dituduh poyo dan demand lagu begitu juga peminat Hafiz yang cuba mempertahankan Hafiz. Kita sama saja sebenarnya. Harap korang juga dapat buka hati dan minda kenapa peminat Hafiz merasakan dia disisih.
Peminat Hafiz: Minggu ni dah minggu last AF7. Kepada peminat yang masih ada rasa terkilan atas apa yang berlaku sepanjang AF 7nie,hentikanlah semua itu kerana ini tidak akan menguntungkn siapa siapa.
Peminat Hafiz yang setia, saya tahu tidak mudah tersentap. Hanya segolongan kecil shj namun Saya faham apa yang mereka smua rasai. Jika boss saya: seorang setiausaha kanan kepada Menteri dapat merasa wujud favouritism ketika menonton diari, inikan penonton lain kan? (Yes joe, saya benarkan anda trace ip ini kerana saya menulis di pejabat).
So peminat Hafiz, lupakan apa yang dah berlaku dan sekarang misi anda semua- AFUNDI. Jika sudah rezeki Hafiz, Alhamdulillah. Jika tidak, mungkin Allah ada plan lain untuk dia.
Astro AF7 crews dan konco konco: Berhentilah menyalahkan peminat dan meletakkan peminat sebagai orang dungu muzik atau dunia hiburan. Bukan semua mereka buta hati, mata dan telinga. Ingatlah satu - Mereka adalah PELANGGAN ANDA! Hargailah mereka. Without them, AF tidak akan kemana mana.
Salam dan Selamat Afundi.
-Afundi Hafiz-
..................................
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya sangat tertarik dengan komen di atas oleh peminat hafiz dalam blog Joe klubkidd. Sebagai seorang peminat hafiz dan akim saya juga terpanggil untuk menyatakan perasaan dan pendapat saya mengenai AF7.
Sebagai seorang penonton yang mengikuti AF7 dari awal hinggalah sekarang saya seperti juga berjuta-juta penonton sememangnya merasakan ada unsur favouriteisme dalam AF7. Apatah lagi setelah Aril tersingkir yang menjadi kejutan dalam konsert ke 7 dan dalam konsert ke 8 drama yang dilakukan oleh Prinsipal Tiara dengan penyingkiran Aishah dan Claudia secara serentak menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam perjalanan AF7 kali ini. Bukan saya seorang sahaja yang melihat drama prinsipal Tiara dalam penyingkiran konsert ke 8 itu dengan mengumumkan AFmasuk tetapi begitu ramai penonton yang merasakan perkara yang sama sehingga menjadi kecoh bukan sahaja menjadi bahan perbualan seluruh rakyat Malaysia, malah menjadi tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar arus perdana dan menjadi pertikaian di chanel @15 dan blog.
Kepercayaan berlakunya drama yang dirancang akhirnya terbukti apabila produksi AF terkantoi apabila tersiar sarimah mengumumkan dua pelajar tersingkir sehari sebelum konsert pada ketika akim sedang melakukan rehersel dalam diari INT. Pada ketika itu rasa hormat saya pada prinsipal tiara dan produksi AF7 hancur sama sekali dan saya percaya penonton-penonton juga merasakan begitu kerana merasa seperti ditipu dan diperbodohkan dengan drama sedih dan terkejut prinsipal tiara dengan penyingkiran Aishah dan Claudia rupa-rupanya hanyalah lakonan yang telah dirancang. Apatah lagi melihatkan penjelasan demi penjelasan yang tidak konsisten sama ada oleh prinsipal Tiara dan pengurus saluran astro ria Kharul Mizan. Tambah melucukan apabila dalam Gala TV disiarkan Khairul Mizan yang sering gelabah dengan bahasa badan yang menjelaskan segala perancangan drama kantoi dan tidak mampu merungkai segala persoalan yang dilontarkan.
Pada saya dan begitu ramai mereka yang menyaksikan AF7 bukan menyalahkan aril tetapi lebih kepada manifestasi perasaan tidak puas hati dengan drama murahan yang dicipta dan dirancang astro sehingga pelajar lain menjadi mangsa dan penonton-penonton seolah-olah buta mata dan hati sehingga boleh diperbodohkan seperti itu.
Astro AF7 crews dan konco konco termasuklah joe klubkidd (silakan trace ip saya dan buatlah laporan polis dan saya bersedia menjadi orang pertama dalam sejarah AF7 didakwa kerana meluahkan perasaan tidak puas hati): Berhentilah menyalahkan peminat dan meletakkan peminat sebagai orang dungu muzik atau dunia hiburan yang boleh diperbodohkan. Bukan semua mereka buta hati, mata dan telinga. Ingatlah satu - Mereka adalah PELANGGAN ANDA! Hargailah mereka. Without them, AF tidak akan kemana mana.
Kepada semua peminat Hafiz dan Akim bersabarlah. Jika sudah rezeki Hafiz dan Akim, Alhamdulillah salah seorang dari mereka pasti akan dinobatkan sebagai juara bersandarkan bakat dan kebolehan yang dikurniakan Tuhan bukan atas faktor kesian. Anda berdua telah membuktikannya dalam persembahan hebat anda. Jika tidak berjaya bergelar juara, mungkin Tuhan ada plan lain untuk mereka kerana titik mula perjalanan seni akan bermula di luar nanti dan semoga mereka tabah mengharungi dugaan dan cabaran menjadi insan seni tanahair.
Hafiz di mana kan kucari ganti dan Akim I'm Yours.
Lagu untuk Aril tu bukan nya tak sedap, tapi lagu tu sebenarnya dicipta khas buat budak pompuan (aishah @ claudia). Disebabkan ade AFMASUK & 2 budak pompuan tu pulak yg disingkirkan demi memasukkan si Aril ni, jadi lagu tu kasi je lah kat Aril. Kan ke waktu 1st dengar lagu tu, pompuan yg nyanyi, betol tak?? Korang pikir lah sendiri...hehehe....
Apa-apa pun Juara tetap HAFIZZZZ !!
Apsal la semuanya nak kecoh-kecoh lagi disaat akhir ni. Enjoy je apa yg dihidangkan diminggu akhir ni. Next week semuanya hanya tinggal kenangan and next year kalau ada AF8, adakah anda akan mula semula macam ni??
Tok sky ni... selera tok sky sama ngan azwan ali... takpelah
org lain belum tentu... so, apa salah nak luah perasaan?
teringat aku kat sorg mamat ni dolu2 dok boikot aizat pasal fans aizat yg melampau tapi skrg dok terhegeh2 kat aizat.....sapa ye? lol....
whatever it is, jgn salahkan hafiz, aril, akim, isma atau yazid. dorg ni tak bersalah dan tak tahu apa yang berlaku diluar pun. undi lar mengikut citarasa sendiri. tak payah lar nak saiko org sana sini. jgn lar nak boikot dowg just because fans melampau, nanti jilat balik ludah tu....lol
sapa yg salah? lagi mau tanya ke?
memang pun hafiz, akim, isma, yazid dan aril tak bersalah dalam hal ini. Bahkan peminat juga sebenarnya tak bersalah. Ini adalah game astro yg mencetuskan pelbagai drama untuk menarik reaksi org ramai untuk mengundi dan seterusnya mengaut keuntungan. Bagi mereka yang bijak, kritikal dan objektif pasti dapat membaca taktik astro.
memang pun hafiz, akim, isma, yazid dan aril tak bersalah dalam hal ini. Bahkan peminat juga sebenarnya tak bersalah. Ini adalah game astro yg mencetuskan pelbagai drama untuk menarik reaksi org ramai untuk mengundi dan seterusnya mengaut keuntungan. Bagi mereka yang bijak, kritikal dan objektif pasti dapat membaca taktik astro.
memang pun si Joe Lee aka Klubbkidd tuh kaki pengampu dengan mengampu... dulu bukan main kutuk AF neh tuh ini la dengan bahasa kesat dia... sekarang ko jilat ludah ko balik! tah hape2... sedap ke ludah ko yg masam tuh?
yey tk sabar2 nk dgr akim jadi juara. hehe.
but anyway, wlaupun i sokong akim, hope sume pelajar buat yg terbaik :))
i'm yoursss. hahaha
saya pun masih ingat bagaimana joe klubkidd tu mengutuk AF6 bagai nak rak. Paling dikutuk oleh joe klubkidd tu ialah Nubhan yang digelarnya sebagai suara angsa dan pengacara AC Mizal. Sekarang dah jadi pengampu dan jilat balik ludah... Hahahahaha....
sokong2! pengampu terbaik tahun 2009 dan akan dikenang dalam lipatan sejarah! Joe Lee a.k.a Klubbkidd!
Hadiahnya semangkuk air ludahnya sendiri!
Maybe dia ingat ape yg dia buat tapi org yg kena mesti ingat smpi mati... skrg merasalah anugerah itu!
transformasi af7 ni sebenarnya sama gak macam af yg lepas- lepas kalau dikira dr segi pencapaian pelajar. pasti sedikit sebanyak mereka akan berubah dan menunjukkan peningkatan sama ada minor atau mendadak.
walau ubah saja apa- apa (staging, style, persembahan dll) untuk dilihat bertransformasi tetapi perubahan itu luaran sahaja.
lihat setahun dua tahun lagi, andai ada di antara pelajar af7 yang menunjukkan perkembangan yg baik dan boleh dijadikan ikon, barulah boleh dikatakan matlamat af7 berjaya.
contoh taktik memburukkan pljr lain:
apalaa si awok ni dah la suara sumbang telinga capang, diva, tak bersyukur, recyle, tak sedar diri.
Afundi10 Yazid.
senanglah nak buat cerita pasal fan yazid ni melampau! > Joelee <
sgt panas comment2 kat sini tp xper, rasanya untuk kebaikan gak kan... ada yang benar, dan mungkin jugak ada yang hanya sekadar spekulasi. apapun, for me, they are all winners. tak kira la yang tersingkir, mahupun yang menjuarai. perjalanan mereka yg sebenar adalah selepas program realiti yang hanya merupakan promosi ini. apa yang penting sekarang, anda semua harus sentiasa menyokong para pelajar di sini untuk memastikan pembaharuan akan terjadi terhadap industri kita ni. bak kata slogan AF& sendiri, kita perlukan "TRANSFORMASI".
satu soalan saya, maner pg benda2 DNA tu ha??? x nampak pon...hehehe
Semoga industri kita terus gemilang. sokonglah artis tempatan, hehhee
This is addressed to all those yang dengki atas kemenangan HAFIZ, the deserving JUARA AF7:
"TALK TO THE HAND!!!!"