Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Setelah berakhirnya musim ketujuh Akademi Fantasia, pastinya penilaian terhadap Tujuh Syarat Transformasi yang diwar-warkan oleh program realiti itu dijadikan asas kukuh sama ada transformasi itu berjaya direalisasikan atau pun tidak.

Sememangnya saya akui sewaktu pengumuman tujuh syarat itu dilakukan, ia suatu yang agak berat untuk program realiti seperti Akademi Fantasia yang mana kuasa produksinya bukan dipegang oleh Enfiniti Productions.

Namun, bukanlah suatu yang mustahil sekiranya ada di antara syarat-syarat itu yang berjaya direalisasikan, tidak kurang juga yang gagal dilaksanakan. Itu sudah lumrah kerana kuasa tidak terletak di tangan kita.

Mari kita menilai semula dan melihat kembali tujuh syarat yang telah disasarkan oleh Principal Tiara dalam Akademi Fantasia musim ketujuh ini.


1. Berkemampuan Untuk Menyanyi Dengan Baik

- Syarat ini menjadi asas utama dalam musim ini seperti musim-musim terdahulu. Tugas kami (baca dengan teliti perkataan kami) adalah untuk mempersiapkan setiap pelajar dengan teknik dan turut mendedahkan pelajar dengan pelbagai genre muzik selain menggalakkan pelajar untuk mencari dan membina keunikan dalam diri masing-masing.

Pandangan SM : Saya harus akui nyanyian merupakan elemen utama dalam program Akademi Fantasia. Jika pada musim-musim lalu Pengetua memiliki kata putus akan lagu yang dibawakan oleh peserta, apakah musim ini Tiara memiliki kata putus tersebut ? Pengarah Muzik iaitu Acis harus banyak membantu Pengetua dalam melaksanakan tugas ini kerana pada pandangan saya pengetahuan Acis dalam bidang muzik lebih luas.

Selepas AF7 Tamat : Dari lima finalis yang terpilih nampaknya kesemua finalis ada keunikan masing-masing dalam nyanyian. Paling ketara ialah Hafiz yang menjadikan vokal kekuatan utamanya.

2. Penghibur Serba-Boleh
Justify Full
- Pelajar kami akan dilatih tidak hanya sebagai penyanyi tetapi juga sebagai penghibur serba boleh yang boleh berlakon dan menari dengan baik.

Pandangan SM : Ini merupakan kekuatan utama Tiara dan beliau bijak untuk mempelbagaikan selain menyelongkar bakat terpendam yang ada dalam setiap peserta. Tiara boleh dibantu oleh Ida Nerina, A.Aris Kadir dan juga Fatimah Abu Bakar yang memiliki pengalaman yang tidak kurang hebatnya. Ketiga-tiga elemen ini jika digabungkan dalam Akademi Fantasia ia pasti mewujudkan satu kelainan dalam AF musim ini.

Selepas AF7 Tamat : Hanya Aril dan Akim berjaya dicungkil bakat terpendam mereka dalam syarat ini. Serba-boleh saya rungkaikan sebagai seorang penghibur yang mampu untuk memberikan sentuhan visual yang cemerlang dalam persembahan mereka. Selain memberikan nilai-tambah kepada sebuah persembahan mereka, ia juga menjadi elemen utama untuk menarik perhatian penonton.

3. Keyakinan

- Para pelajar akan dilatih untuk meletakkan sasaran yang tinggi dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa saja aktiviti yang mereka lakukan. Mereka juga harus melihat jauh ke hadapan untuk masa depan industry seni tempatan.

- Selain itu mereka juga akan disiapkan untuk menjadi peneraju dalam industri yang mempunyai kualiti untuk berjaya bukan sahaja dalam industri tempatan bahkan di peringkat antarabangsa.

- Ini termasuklah dalam pengucapan umum dan berkemampuan untuk berkomunikasi dengan baik kepada peminat, pihak media atau pun di majlis-majlis rasmi tanpa rasa kekok.

- Pelajar juga dikehendaki belajar menggunakan Bahasa Inggeris dan digalakkan untuk berbahasa Inggeris sebagai langkah untuk menyiapkan mereka di persada antarabangsa.

Pandangan SM : Seharusnya keinginan itu datang dari peserta sendiri kerana kemahuan itu harus timbul dari dalam diri setiap peserta. Mereka harus menjadikannya sebagai satu tabiat dan menjadi rutin seharian mereka.

Selepas AF7 Tamat : Yazid berjaya ditransformasikan dari seorang yang gementar, gugup dan gagap apabila berdepan dengan khalayak kepada seorang yang mula menyerlahkan keyakinannya.

4. Peneraju Professional yang Berdisiplin, Berkerja Keras dan Mahu Mencipta Kejayaan

- Di dalam industri ini hanya mereka yang tabah dan kental sahaja yang akan terus bernyawa dan ianya perlu diserapkan dalam diri setiap pelajar. Populariti dan gemerlapan lampu tidak akan berkekalan tanpa bakat sejati, disiplin, kerja keras dan daya usaha untuk berjaya walaupun sesuatu kejayaan itu dianggap mustahil. Perjalanan menuju puncak bukan sesuatu yang mudah dan untuk terus kekal berada di puncak memerlukan ketahanan mental. Dalam dunia serba mengejar kebendaan ini, hanya yang terbaik sahaja yang akan dapat bertahan.

- Dalam Akademi Fantasia musim ini hanya ada 13 peserta yang tersingkir dan SAYA sebagai JUARA !

Selepas AF7 Tamat : Saya masih belum nampak syarat ini wujud dalam diri finalis lebih-lebih lagi dengan kekangan yang diberikan oleh fakulti mahu pun produksi. Syarat ini hanya akan menjadi apabila mereka berani untuk berdikari tanpa bantuan sesiapa. Mereka harus berani mengorak langkah dan memilih jalan sendiri yang mereka fikirkan terbaik buat mereka. Selagi masih di bawah kekangan atau mungkin kongkongan seseorang atau pun sesebuah organisasi, agak sukar untuk menilai kesan dari syarat ini.

5. Menjaga Penampilan Diri dan Stail

- Selain bakat, setiap pelajar perlu menjaga penampilan diri untuk itu perhatian khusus akan diberikan. Pelajar akan didedahkan kepada pilihan dalam memilih gaya yang sesuai selain tip pemakaian, solekan, dandanan rambut dan juga asas etika sosial.

- Di penghujung musim Akademi Fantasia, kita akan dapat melihat transformasi pada setiap pelajar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

- Di pertengahan tempoh pengajian, setiap pelajar diberikan peluang untuk memilih gaya mereka yang tersendiri di bawah pengawasan penata gaya untuk memilih gaya yang mereka inginkan.

Selepas AF7 Tamat : Saya dapat melihat transformasi pada fizikal Akim. Gaya rambutnya dan perubahan pada wajahnya dapat kelihatan. Begitu juga dengan Isma yang nampak lebih bergaya berbanding di peringkat awal dahulu. Syarat ini juga perlu dinilai semula selepas beberapa bulan finalis keluar dari Akademi kerana masih terlalu awal untuk menilainya. Sesetengahnya akan kembali kepada asal tetapi finalis harus menjadikan Aizat sebagai role-model yang sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan menarik dengan penampilan yang lebih kurus.

6. Karisma dan Menjadi Inspirasi Kepada Semua

- Pelajar diharapkan dapat menonjolkan personaliti yang menyerlah selain memiliki karisma. Mereka digalakkan untuk mendalami sesuatu isu dan juga mampu untuk berkomunikasi dengan baik.

- Mereka juga akan dilatih untuk menjawab soalan media dengan bijak dan lancar selain untuk menjadikan diri mereka sebagai satu jenama yang cemerlang untuk dijual kelak.

- Kejayaan mereka akan menjadi inspirasi kepada penonton.

Selepas AF7 Tamat : Saya dapat melihat Isma menjadi inspirasi kepada golongan wanita yang sudah berkeluarga. Wanita beranak lima itu pastinya mencetuskan inspirasi besar buat mereka yang sebelum ini hanya melihat kejayaan mereka hanya berlaku di sekitar rumah mahu pun ruang dapur sahaja. Melihatkan kejayaan Isma, pastinya ia bukan suatu yang mustahil untuk mereka capai. Akim dan Hafiz boleh menjadi role-model buat golongan remaja yang masih muda tetapi berani mencari pengalaman baru dan tahu apa yang mereka inginkan.

7. Menjadi Contoh Penjagaan Kecergasan dan Kesihatan

- Setiap pelajar digalakkan untuk menjaga kecergasan dan kesihatan mereka, baik dari tabiat permakanan dan waktu rehat yang secukupnya juga kebersihan diri selain senaman.

- Mereka perlu tahu akan kepentingan menjaga kesihatan dan mengapa ianya amat penting kepada seorang penghibur. Mereka juga akan diajar untuk mengenalpasti makanan sihat yang sesuai untuk diri masing-masing.

- Tubuh yang sihat dapat mencetuskan minda yang sihat dan pelajar perlu memilih gaya hidup yang sihat dalam merealisasikan idea untuk menjadikan mereka IKON kepada industri hiburan.

Selepas AF7 Tamat : Syarat ini juga perlu dinilai semula beberapa bulan lagi sama ada mereka mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari sewaktu di dalam Akademi. Tumpuan saya berikan kepada Isma.

14 komen

  1. TokSky Says:
  2. Yan palig obvious skali transformsi yg berjaya adalah pada diri AKIM. Thank You....

     
  3. Anonymous Says:
  4. SM,

    Apakah tujuan ARIL dan AKIM berada di indonesia?

     
  5. Shooting sebuah drama muzikal di Jakarta.

     
  6. Anonymous Says:
  7. Apa pendapat SM tentang AF7 & juaranya? Bagi saya, AKIM layak mendapat tempat pertama. Kerana persembahan dia sentiasa hebat dari Aril. Tahniah Hafiz! Pada semua Hafiz, Aril, Akim, Yazid & Isma, teruskan usaha anda dan selamat melangkah ke industri ini.

     
  8. Anonymous Says:
  9. Apa pendapat SM tentang AF7 & juaranya? Bagi saya, AKIM layak mendapat tempat ke 2*(correction). Kerana persembahan dia sentiasa hebat dari Aril. Tahniah Hafiz! Pada semua Hafiz, Aril, Akim, Yazid & Isma, teruskan usaha anda dan selamat melangkah ke industri ini.

     
  10. Juara atau bukan juara tidak menjadi hal yang utama kerana yang lebih penting ialah nilai komersial apabila melangkah keluar dari akademi.

    Pernah dibuktikan dalam AF4, juaranya tidak berjaya dijual di luar daripada akademi.

    Sekarang, Hafiz, Aril, Akim, Yazid, Isma dan yang lain-lain bukan lagi milik penonton AF di Astro tetapi milik semua penonton di Malaysia.

     
  11. ezzah junsu Says:
  12. btol SM.
    tp papepn,mmg perubahan pling ketara pd AKIM.
    nih la bru transformasi.
    anyway,,hrp2 akim will be under KRU..

     
  13. Nur68 Says:
  14. Apa ada pada gelaran andai tidak bijak menongkah arus dan badai yang sentiasa melanda dunia hiburan. Kesemuanya pasti menghadapi cabaran yg serupa tak kira samada dia juara, naib juara dsbnya. Andai ada yg pandai take advantage disebalik gelaran itu, silakan, kalau tidak sekadar hai2 bye2 je la kan. They have made their choice, nak tak nak mereka kena terima setiap cabaran yang mendatang. Sebagai penonton dan peminat I want to wish everyone of them all the best luck in the world.

     
  15. AZ at Work Says:
  16. miss him already.huhu

     
  17. TokSky Says:
  18. Hi KA...takkan miss AKIM kot??

    ezza...bukan Aril ke yang dah diintai by KRU Record?

    SM... you are right, life after AF adalah reliti. Yang Tok nampak dari awal adalah Aril, Akim and Aisyah je tapi kalau Hafiz macam Bob, maybe dia pun boleh survive.

     
  19. Anonymous Says:
  20. kalau afiz tu dari sememnanjung tak banyak yang komen negatif kan??
    juara ke tak juara ke kalau nawaitu org yang bertanggungjawab membimbing mereka tak menjadi juga kot!!!

     
  21. AZ at Work Says:
  22. Toksky, tu ler psl.huhuhu

     
  23. TokSky Says:
  24. ASTRO hanya manage Top 3 je. Yang lain kena urus diri sendiri ye. Kesian Aisyah, I like her.

     
  25. Anonymous Says:
  26. Toksky..aku pun suka aishah...entah2 aishah lebih menyerlah dari Hafiz, Aril & Akim ha ha ..