Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Program Realiti "Keynote" Kunci Melodi Lagu

Entri oleh sultanmuzaffar 28 June 2010 View Comments

Jangan ketinggalan menyaksikan program realiti pencarian komposer muda negara yang bakal bersiaran di Astro RIA. Konsert Minggu 1 Keynote akan disiarkan Rabu ini, pukul 10 malam di Astro RIA.

Untuk Minggu 1, dua daripada 12 peserta Keynote akan menghasilkan melodi untuk lirik nukilan saya kerjasama dengan mereka. Saya anggap ia satu pengalaman yang mengujakan kerana dalam tempoh 4 jam, saya perlu menyiapkan dua lirik lagu tersebut pada Khamis lalu. Saya akan kongsi pengalaman saya itu selepas Konsert Minggu 1 disiarkan Rabu ini. Nyatakan pandangan anda juga di sini.












Projek Angkat Rumah di Urbanscapes

Entri oleh sultanmuzaffar 26 June 2010 View Comments

Rumah kampung seberat hampir satu tan berjaya diusung sejauh 1.3km ke lokasi akhirnya di Fwstival Urbanscapes yang berlangsung di KLPAC hari ini.

Lebih 300 sukarelawan pelbagai bangsa bersatu hati mengembalikan semangat tradisi gotong-royong yang semakin dilupakan.





























- Posted using BlogPress from my iPhone

Projek Angkat Rumah

Entri oleh sultanmuzaffar 25 June 2010 View Comments

Latihan Projek Angkat Rumah berlangsung malam tadi di Batu Caves.

Projek yang diinspirasikan daripada semangat gotong-royong itu dilahirkan oleh seorang pembikin filem, Liew Seng Tat.

Semangat bersatu hati mengusung rumah kampung yang cukup terkenal terutamanya di Pantai Timur akan dapat direalisasikan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Projek Angkat Rumah akan diadakan pada hari Sabtu ini mulai pukul 8 pagi di Sekolah Kebangsaan Sentul Utama Jalan Ipoh dan tamat di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).













Projek Angkat Rumah berlangsung sempena Urbanscapes 2010 Kuala Lumpur.


- Posted using BlogPress from my iPhone

A Chat with Top Blogger sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 21 June 2010 View Comments

Dihoskan oleh Karl Shafek Ibrahim, saya telah diwawancara berkenaan dunia blog hiburan tempatan serta penggunaan Maxis Broadband untuk blogging. Dalam suasana santai, saya berbicara. Tonton video Youtube ini untuk menyaksikannya.



"Menjadi seorang blogger yang berkredibiliti itu lebih penting daripada menjadi seorang blogger yang popular."

Alamak! Rindu pada rambut yang panjang ini. Nampaknya perlu disimpan semula. :)

Live! Singapore Experience

Entri oleh sultanmuzaffar 14 June 2010 View Comments

Khamis minggu lalu saya telah terbang ke Singapura untuk menghadiri Persidangan Live! Singapore yang berlangsung di Resort World Convention, Sentosa Island. Satu pengalaman yang menarik apabila ia merupakan sebuah persidangan yang menjadi platform perkongsian penggiat seni kreatif profesional seluruh dunia. Sidang empat hari itu dibahagikan kepada "muzik klasikal", "teater muzikal", "big picture session", "jazz dan world music".

Antara nama besar yang dapat saya wawancara ialah Brad Little, pelakon utama teater muzikal "Phantom of The Opera" dan "Jekyll and Hyde", Tim McFarlane, Pengarah Urusan Really Useful Company, Stephen Rahman Hughes, pelakon teater muzikal Bombay Dreams dan Puteri Gunung Ledang The Musical, Dick Lee yang dianggap sebagai Andrew Lloyd Webber of Asia dan Datin Seri Tiara Jacquelina, Pengarah Urusan Enfiniti Vision Media Malaysia.


Pertama kali juga saya berpeluang untuk menyaksikan teater muzikal Puteri Gunung Ledang in English atau Princess of Mount Ledang di sana. Pementasan selama 15 minit itu bertujuan untuk menarik perhatian delegasi antarabangsa tentang kewujudan teater muzikal terbitan tempatan itu yang pernah dilimpahi penonton sepanjang 4 musim pementasannya di Kuala Lumpur dan Singapura.

Ada beberapa pakej audiovisual yang telah saya siapkan. Antaranya "PGL Pukau Live! Singapore", "PGL Gagah Melangkaui Sempadan", "Bahasa Bukan Penghalang", Golongan Muda Peminat Teater Di Asia dan Kerajaan Perlu Bantu.


Ikuti laporan lengkap Live! Singapore dalam Gala TV bermula hari Ahad lalu hingga Selasa ini.



Pakej 1: PGL Pukau Live! Singapore



Pakej 2 : PGL Gagah Melangkaui Sempadan



Pakej 3 : Himpun Penggiat Seni Global
Pakej 4 : Bahasa Bukan Penghalang

Selepas Ini :

Pakej 5 : Golongan Muda Asia Minati Teater
Pakej 6 : Kerajaan Perlu Bantu


Saga Snap & Win

Entri oleh sultanmuzaffar 12 June 2010 View Comments

Anda pasti sedar tahun ini merupakan ulangtahun ke 25 Proton. Setelah melalui evolusi sepanjang 25 tahun, pastinya pelbagai pembaharuan dan perkembangan terkini yang telah ditampilkan oleh Proton.

Bagi pembaca yang ingin menyertai pertandingan ini, anda TIDAK SEMESTINYA menjadi pemilik kereta Proton Saga (Saga Klasik atau Saga Generasi Kedua), kerana ia terbuka kepada semua, dan sesiapa sahaja layak untuk menyertai peraduan ini, tidak kira pemilik atau bukan pemilik model Proton. Kita semua ketahui, kereta Proton Saga generasi pertama yang dilancarkan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed (kini Tun) pernah menguja pandangan kita mahu pun di tepi jalan atau di mana-mana saja. Kini dengan teknologi terkini, Proton telah berjaya menghasilkan Proton Saga generasi kedua yang dilancarkan Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun).

Saya masih ingat kereta pertama yang saya pandu adalah Proton Saga Knight. Saya masih terbayang demonstrasi yang dilakukan oleh Proton Saga Knight sewaktu pelancarannya. Tapi sayangnya saya tidak sempat merakamkan sebarang foto kenangan bersama kereta tersebut.

Jika anda masih menyimpan gambar-gambar tersebut, tunggu apa lagi. Inilah masanya untuk anda mendapat habuannya setelah menyimpan kenangan tersebut.

Oleh itu, anda hanya perlu :
1. Merakamkan gambar-gambar anda bersama kereta tersebut
2. Sertakan slogan yang kreatif bersama gambar tersebut.
3. Muat naik gambar tersebut ke laman http://www.sagasnapandwin.com

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Proton Saga generasi pertama dan Proton Saga generasi kedua. Proton Saga generasi pertama termasuklah Proton Saga (1985-1991), Saga Iswara (1992-2008) dan Saga (2003-2008). Manakala Proton Saga generasi kedua merupakan generasi tahun 2008 hingga sekarang.


Pemuda 1 (kiri) : Saya pemilik Proton Saga hebat ini. Yang mana satu pilihan anda ?
Pemuda 2 (tengah) : Saya pemilik Proton Saga hebat ini. Yang mana satu pilihan anda?
Pemuda 3 (kanan) : Saya juga pemilik Proton Saga hebat ini. Yang mana satu pilihan anda

Pemenang akan diumumkan beberapa hari sebelum berlangsungnya Makan Malam Gala Ulangtahun ke 25 Proton yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Habuannya pemenang bakal dijemput ke majlis tersebut sebagai tetamu istimewa. Pemenang akan dihubungi menerusi telefon.

Hadiahnya cukup lumayan! Sejajar dengan ulangtahun ke 25, Proton telah menyediakan dua Hadiah Utama untuk dua kategori yang dipertandingkan. Hadiahnya bernilai wang tunai RM25,000 setiap satu kategori.
Manakala Tempat Kedua bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 dan Tempat Ketiga membawa pulang wang tunai RM5,000. Sepuluh pemenang Hadiah Saguhati bakal membawa pulang RM1,000. Sungguh lumayan!

Peraduan ini bermula 24 Mei hingga 18 Jun depan. Agak singkat masanya, anda perlu bertindak segera!
Jom sama-sama kita menyertainya! Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.sagasnapandwin.com


Press release

One year on, visual artist Kevin Bathman remembers the life and legacy of Malaysian visionary, Yasmin Ahmad with a new digital art exhibition. Using Yasmin’s own blog as inspiration, Kevin has blended her own words with striking visual images to create an art series as progressive as Yasmin’s own thoughts.

Yasmin is best known as the international award-winning Malaysian film director and Executive Creative Director of Leo Burnett Kuala Lumpur. She was responsible for writing and directing Petronas television commercials and films such as Sepet, Mukhsin, Muallaf and Talentime that shattered social boundaries and barriers in Malaysia. In July last year Yasmin suffered a stroke: the subsequent neurosurgery failed to save her.

Kevin Bathman, a Malaysian who resides in Sydney, currently works as an Art Director. He was so inspired with Yasmin’s outlook on life and her inspirational body of work, that Kevin devoted his expertise to paying tribute to one of Malaysia’s seminal figures.

Farah Al Amin, Project Manager of the Australia-Malaysia Film Festival 2010 said, “Yasmin Ahmad was a person with a genuine love for humanity, who is humble and kind but wasn’t afraid to stand up for her beliefs. The quotes chosen by Kevin are positive messages that anyone of any age and background can relate to. They celebrate humanity in all its glory.”

For more information on the project please contact Kevin Bathman +61 4 04 962 992 (AUS) or email
kevinbathman@gmail.com. You can also join the facebook group “In Her Own Words: A Celebration of
Humanity and Universal Love”

Exhibition Dates:

Kuala Lumpur, Malaysia
5th - 18th July 2010
The Kuala Lumpur Performing Arts Centre
Sentul Park, Jalan Strachan
Kuala Lumpur


Singapore
27th – 31st August 2010
The Arts House
1 Old Parliament Lane
Exhibition in collaboration with Causeway Exchange 2010


Melbourne, Australia
2nd - 6th October 2010
ACMI (Australian Centre for Moving Image)
Federation Square, Flinders Street,
Melbourne
Exhibition in collaboration with Australia-Malaysia Film Festival 2010



Transkrip perbualan Ashwad & Zaiful secara langsung jam 11:50 pagi, di Astro AWANI

Zaiful : Ini berita terbaru yang kami terima tentang Misi Bantuan ke Gaza di mana wartawan Astro Awani dan jurukamera Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Abdul Latip telah pun dibebaskan oleh Israel hari ini dan kedua-duanya dan seratus lagi dihantar pulang ke sempadan Jordan menaiki 3 bas menerusi pintu sempadan Allenby yang bersempadanan dengan Jordan.


Dan di talian sekarang ini secara langsung dari Jordan, kita bersama dengan Ashwad Ismail, wartawan Astro Awani. Assalamualaikum Ashwad.


Ashwad, satu perkembangan, satu berita yang amat menggembirakan bagi kami di Astro Awani dan saya pasti seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti siaran ini secara langsung. Pertama sekali bagaimana, apa yang Ashwad dapat kongsikan bersama kami di sini.

Ashwad : Apa yang saya dapat kongsikan bersama penonton, pertama sekali saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Duta Malaysia di Jordan dan seluruh masyarakat antarabangsa sebenarnya yang banyak berusaha untuk pembebasan ini. Dan apa yang dapat saya laporkan kesemua 12 krew ataupun kesemua 12 wakil Malaysia yang dalam misi bantuan ke Gaza ini semuanya selamat, semuanya agak keletihanan dan dehydrated. Dan pada masa sama, mesej yang sama juga seperti yang saya katakan iaitu berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya dikhabarkan, semuanya membuat doa selamat dan mejalankan solat hajat semata-mata bagi memastikan keselamatan kami terjamin.

Dan sedikit sebanyak, apa yang dapat saya kongsikan, mesej saya pendek saja iaitu dalam masa 24 hingga 28 jam ketika berada dalam tahanan Isreal. Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik 6 dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionist dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita.

Dan ketika berlakunya rampasan kapal, mereka bertindak seakan berdepan dengan ketenteraan, padahal pada masa sama, kita hanyalah orang awam

Zaiful :Saya ingin tanyakan kali terakhir kita bersama ataupun kali terakhir Astro Awani dapat berhubung dengan Ashwad adalah ketika Ahad malam dan selepas itu, mungkin Ashwad dapat imbas kembali apa yang berlaku selepas itu

Ashwad :Ketika saya habis, saya berlintas langsung melalui siaran langsung untuk Awani 745, dan malam itu saya menghantar email kepada barisan editor kita di Astro Awani untuk bersiap sedia untuk Awani 745 keesokan harinya pada hari Isnin.

Tetapi pada jam 11 malam kami sudah bersiap sedia sepenuhnya di mana kami mendapat laporan tentera-tentera Israel dengan segala keperluan pertahanannya mengepung kami daripada sepatutnya 40 batu ke kawasan masuk ke kawasan perairan Israel tetapi mereka memperluaskan ke kawasan ketenteraan hingga 68 batu jadinya setibanya kami dalam kawasan perairan.

Israel mula mengepung 11 malam, 2 pagi Israel mula menghampiri dan 4.30 pagi mereka menyerang dari segenap pelosok , termasuk 14 bot kesemuanya 8 kapal tentera laut, 19 bot tentera navy dan juga komando, 3 helikopter Apache dan sebagainya turun dari dek atas dek tepi, kiri kanan di mana kawasan kita adalah kawasan NGO-NGO kita kawasan kerjasama NGO Malaysia dan Indonesia seramai 24 orang, 20 orang kesemuanya menjadi front liner dibahagikan tepi dek kapal dan mereka diserang bertubi-tubi dan alhamdulillah saya dan jurukamera Shamsul terselamat dari tembakan di mana peluru hidup digunakan.

Hanya di sebelah dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya. Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah Zaiful dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku dan saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami membawa orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan.


Zaiful : Ashwad, bagaimana dengan keadaan Shamsul?

Ashwad :Shamsul alhamdulillah dalam keadaaan sihat. Kami terpisah sebenarnya, saya dan Shamsul terpisah semenjak saya digari oleh fibre tight atau dalam bahasa Melayunya seakan-akan gari itu tapi diikat tangan kedua-dua belah tangan saya di mana Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu. Dan hari ini, kami masuk ke kawasan Jordan di sempadan Jordan Israel alhamdulillah di Jambatan Syem syem kami dipertemukan semula.

Zaiful :Baik pelbagai laporan dikeluarkan media antarabangsa dan juga kenyataan yang dikeluarkan Isreal sendiri, Israel mengatakan, menuduh terdapat senjata tajam dan sebagainya yang digunakan yang memaksa askar mereka untuk melepaskan tembakan dan sebagainya. Ashwad yang berada dalam kapal ketika itu, apa reaksi Ashwad pada kenyataan ini.

Ashwad :Bukan senjata tajam yang digunakan tetapi hanyalah air untuk mengelak mereka menyerang ke atas kapal. Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara. Jadi saya tidak nampak apa senjata tajam yang digunakan. Melainkan mereka sudah mula melepaskan tembakan, itulah senjata yang terpaksa mereka gunakan iaitu besi-besi yang terdapat di atas kapal bukan senjata berbentuk pisau, parang, pedang samurai dan sebagainya tetapi menggunakan pisau sahaja.

Zaiful :Mungkin Ashwad boleh kongsikan selepas ini apa perancangan dari pihak kedutaan kita di Jordan apa penerbangan, jadual penerbangan pulang dan sebagainya.

Ashwad : Itu kami akan mengadakan satu mesyuarat dan Datuk Malek sendiri akan memberi maklumat dan kami baru saja bertemu dan sebarang maklumat kami akan hubungi Kuala Lumpur.

Zaiful : Mungkin soalan terakhir dari kami di sini, layanan yang diterima Ashwad di Jordan kini dan mungkin pada waktu ketika di Ashdod dan sebagainya.

Ashwad : Layanan yang diterima Zaiful oleh pihak Israel maksud Zaiful?
Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik 6 dekad Palestin-Israel, bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam dan mesej itu saya harap para penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya

Zaiful : Terima kasih Ashwad, kami menanti kepulangan dan juga rakan-rakan yang lain. Sampaikan salam kami dan ucapan terima kasih dari kami di Astro Awani dan juga keluarga.

Ashwad : Zaiful, sampaikan juga salam kami, saya dan juga Shamsul Kamal pada ibu bapa kami. Cakap kami dalam keadaan sihat walfiat.

Zaiful :Ya, Insya Allah dan terima kasih pada kedutaan kita di sana kerana membantu rakan-rakan kita. Ashwad dan juga rakan-rakan kita NGO dan aktivis yang lain untuk dibawa pulang ke Malaysia secepat mungkin.


Nota : Uncle Kekeng, balik cepat, Arjuna tunggu.