Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Saga Snap & Win

Entri oleh sultanmuzaffar 12 June 2010

Anda pasti sedar tahun ini merupakan ulangtahun ke 25 Proton. Setelah melalui evolusi sepanjang 25 tahun, pastinya pelbagai pembaharuan dan perkembangan terkini yang telah ditampilkan oleh Proton.

Bagi pembaca yang ingin menyertai pertandingan ini, anda TIDAK SEMESTINYA menjadi pemilik kereta Proton Saga (Saga Klasik atau Saga Generasi Kedua), kerana ia terbuka kepada semua, dan sesiapa sahaja layak untuk menyertai peraduan ini, tidak kira pemilik atau bukan pemilik model Proton. Kita semua ketahui, kereta Proton Saga generasi pertama yang dilancarkan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed (kini Tun) pernah menguja pandangan kita mahu pun di tepi jalan atau di mana-mana saja. Kini dengan teknologi terkini, Proton telah berjaya menghasilkan Proton Saga generasi kedua yang dilancarkan Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun).

Saya masih ingat kereta pertama yang saya pandu adalah Proton Saga Knight. Saya masih terbayang demonstrasi yang dilakukan oleh Proton Saga Knight sewaktu pelancarannya. Tapi sayangnya saya tidak sempat merakamkan sebarang foto kenangan bersama kereta tersebut.

Jika anda masih menyimpan gambar-gambar tersebut, tunggu apa lagi. Inilah masanya untuk anda mendapat habuannya setelah menyimpan kenangan tersebut.

Oleh itu, anda hanya perlu :
1. Merakamkan gambar-gambar anda bersama kereta tersebut
2. Sertakan slogan yang kreatif bersama gambar tersebut.
3. Muat naik gambar tersebut ke laman http://www.sagasnapandwin.com

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Proton Saga generasi pertama dan Proton Saga generasi kedua. Proton Saga generasi pertama termasuklah Proton Saga (1985-1991), Saga Iswara (1992-2008) dan Saga (2003-2008). Manakala Proton Saga generasi kedua merupakan generasi tahun 2008 hingga sekarang.


Pemuda 1 (kiri) : Saya pemilik Proton Saga hebat ini. Yang mana satu pilihan anda ?
Pemuda 2 (tengah) : Saya pemilik Proton Saga hebat ini. Yang mana satu pilihan anda?
Pemuda 3 (kanan) : Saya juga pemilik Proton Saga hebat ini. Yang mana satu pilihan anda

Pemenang akan diumumkan beberapa hari sebelum berlangsungnya Makan Malam Gala Ulangtahun ke 25 Proton yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Habuannya pemenang bakal dijemput ke majlis tersebut sebagai tetamu istimewa. Pemenang akan dihubungi menerusi telefon.

Hadiahnya cukup lumayan! Sejajar dengan ulangtahun ke 25, Proton telah menyediakan dua Hadiah Utama untuk dua kategori yang dipertandingkan. Hadiahnya bernilai wang tunai RM25,000 setiap satu kategori.
Manakala Tempat Kedua bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000 dan Tempat Ketiga membawa pulang wang tunai RM5,000. Sepuluh pemenang Hadiah Saguhati bakal membawa pulang RM1,000. Sungguh lumayan!

Peraduan ini bermula 24 Mei hingga 18 Jun depan. Agak singkat masanya, anda perlu bertindak segera!
Jom sama-sama kita menyertainya! Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://www.sagasnapandwin.com

blog comments powered by Disqus