Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

TonTon, Media Prima : Masa Depan Kita Bermula Di Sini

Entri oleh sultanmuzaffar 07 August 2010


Saya berada di Sunway Convention Centre bagi menyaksikan sendiri Sesi Taklimat Media projek terbaru Alt Media, TonTon. Sebagai orang luar, saya kagum dengan ciri tercanggih TonTon yang terbina di atas Landasan Pintar Media (Intelligent Media Platform). Elemen dunia pengiklanan maya dipermudahkan dengan menggunakan kepintaran canggih tersebut. Sebagai pelayar internet yang tegar, saya hanya mahukan iklan yang tepat berlandaskan selera saya sahaja. Sebagai contoh, menyaksikan persembahan Aizat sewaktu siaran langsung Anugerah Juara Lagu. Pelayar internet boleh dihebahkan dengan apakah jenama baju yang dipakai oleh Aizat pada waktu yang sama ketika anda sedang menonton siaran langsung tersebut. Saya melihat masa depan pada ciri tersebut. Bayangkan filem The Net lakonan Sandra Bullock. Pelayar internet akan terus dihubungkan dengan produk jenama tersebut. Itu yang mengagumkan saya.

Contoh lain, seperti set penggambaran filem Nur Kasih The Movie. Jenama yang menaja peralatan eletrik contohnya akan mendapat peluang untuk menyebarluaskan informasi berkenaan produk jenama mereka hanya menerusi penggunaan realiti maya (virtual reality).

Mungkin satu hari nanti, kita tidak akan menyaksikan credit title yang panjang berjela selepas tamat sebuah filem atau pun acara siaran langsung. Itulah yang saya maksudkan dengan masa depan. Langkah kedua yang perlu diambil adalah menyediakan TonTon menerusi peralatan bimbit sama ada Blackberry, iPhone, iPad dan termasuk jenama lain.

Apa yang kita lakukan dengan kandungan-kandungan kita yang terdahulu ? Pita betanya sekadar tersimpan di dalam gudang? Atau pun mengeksploitasi kandungan-kandungan hebat terdahulu untuk terus dinikmati di masa depan ? Saya pilih pilihan yang kedua tetapi dengan beberapa syarat. Hak penyedia kandungan perlu dijaga. Drama, filem, program hiburan dan pelbagai hasil usaha mereka perlu terus diberikan royalti sekurang-kurangnya. Itulah isu paling besar yang sedang dihadapi penyedia kandungan tempatan. Intellectual Property!

Itu akan dapat kita perolehi tidak lama lagi jika bahan-bahan lama itu diubah dalam bentuk digital. Saya mahu sekali menyaksikan Solid Gold (hahaha), Naik Tangga Turun Tangga, Majalah 3, Pop Kuiz, segmen terbaik Jejak Kasih dan pelbagai lagi program-program terbaik mereka.

Saya setuju dengan tagline "Masa Depan Kita Bermula Di Sini".


Siaran Akhbar

Media Prima Berhad (Media Prima) melancarkan sebuah portal video pintar dan canggih yang diberi nama TonTon. Portal ini merupakan projek Alt Media, anak syarikat MPB yang bertanggungjawab dalam pembabitan dunia komunikasi serta penyiaran digital kumpulan gagasan media tersebut.

“TonTon agak menakjubkan.” menurut Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Alt Media.

“Kami tahu bahawa ramai yang menonton kandungan video secara online, jadi kami ingin memberikan mereka satu pengalaman yang tidak terbanding. Kami mempunyai sebuah pemain video serta kandungan yang bertaraf dunia. Dengan TonTon, saya rasa kami akan mencetuskan satu revolusi dalam dunia penyiaran digital.”

Para pengguna TonTon akan dapat menyaksikan kandungan video dengan latarbelakang sinematik yang indah. Pemain videonya sudah tersiap untuk paparan definisi tinggi (HD), sambil dipersembahkan dalam format menarik 16:9.

Ciri-ciri khas Tonton bukan sahaja memperkayakan pengalaman menonton tetapi juga membenarkan para pengguna untuk menyesuaikan sesi tontonan, memperibadikan senarai pilihan (playlists), dan menyusun kandungan video mengikut citarasa masing-masing. TonTon juga menampilkan chat berlandasan-lebar, yang berintegrasikan ke rangkaian-rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mengalaman “TV Sosial” yang lengkap.

“Ia memang direka khas untuk menonton video dengan cara yang paling kita gemari, iaitu sambil bersantai dan bersandar di sofa,” jelas Izham.

“Anda boleh menyaksikan pelbagai rancangan dengan latarbelakang sinematik yang hebat, chat mengenainya dengan semua rakan online, kongsi senarai pilihan dengan seluruh dunia dan pelbagai perkara hebat! Dengan terhubungnya semua, tidak kira sama ada anda menggunakan komputer peribadi atau TV atau peralatan mobile, pengalaman dengan TonTon tetap konsisten, elegan, seragam dan menarik secara visual.”

Isu-isu jalur lingkaran (bandwidth) ditangani melalui dua cara. Dengan menempatkan video-video di sebuah lokasi tempatan, TonTon dapat menghindari kesesakan jalur lingkaran yang datang dari laluan antarabangsa. TonTon juga menggunakan Adaptive Streaming (penghantaran mengikut kesesuaian) yang mengubah kadar bit (bit-rate) terhantar mengikut jalur lingkaran pengguna yang sedia ada.

Walaubagaimanapun, ciri tercanggih TonTon adalah ia terbina di atas Landasan Pintar Medianya tersendiri (Intelligent Media Platform). Dengan menggabungkan maklumat demografik, tabiat, kontekstual, lokasi dan maklumat peralatan, pelantar ini dapat menyarankan dengan tepat, kandungan serta pengiklanan yang sepadan dengan butir peribadi pengguna. Kepintaran kecanggihan ini yang digabungkan dengan ketepatan data jarang ditemui sebelum ini dan sering menjadi rebutan para pengiklan, kerana ia mengurangkan pembaziran dalam peruntukan pengiklanan.

Kandungan TonTon yang bakal disajikan juga merupakan yang terhebat buat masa ini bagi arena dunia maya.
Selain kandungan tempatan daripada empat stesen TV Media Prima iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9 yang tersedia sebagai cirri Catch-Up, TonTon juga akan menyertakan judul-judul terpilih Hollywood dalam perkhidmatan Catch-Up TV percumanya dan ini termasuk musim terbaru siri Private Practice, Grey’s Anatomy, Criminal Minds serta Ghost Whisperer.

TonTon juga akan menampilkan filem-filem Hollywood yang pernah memenangi pelbagai anugerah Akademi seperti The Hurt Locker dan filem-filem antarabangsa lain yang menampilkan bintang-bintang tergah dunia seperti Jim Carrey, Mike Myers, Mel Gibson dan Keanu Reeves. Filem-filem tempatan di TonTon juga termasuk Sepi, Nana Tanjung, KL Drift dan Mukhsin.

Drama-drama Asia dari Taiwan, Indonesia dan Singapura dan Korea juga akan dapat ditemui di TonTon dengan tajuk-tajuk seperti My Girl, Cinderella’s Sister serta Full House.

TonTon turut mempunyai 30,000 jam kandungan TV dari 26 tahun yang lalu. Ini termasuklah Majalah 3, Nona, Medik TV, Jejak Rasul, Cinta Antara Benua, Cinderella, Kopitiam, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Spanar Jaya, Senario dan rancangan hiburan termasuk Konsert M.Nasir, Sudirman serta kesemua siaran Anugerah Juara Lagu dari tahun pertama sehinggalah kini.

TonTon juga menampilkan kandungan eksklusif laman sesawang (web content) seperti Films and Stars News, Guiness World Records, WWE Classics serta siri Dilbert.

Satu cirri khas TonTon juga adalah ia membenarkan pencipta kandungan lain untuk mewujudkan saluran mereka sendiri di landasan tersebut. Antara mereka yang mula mengambil kesempatan ke atas cirri ini adalah KRU yang akan melancarkan KRUTV, sebuah saluran yang menampilkan kandungan terbaik KRU. Stesen-stesen radio seperti Hot FM, Fly FM dan One FM juga akan melancarkan Hot TV, Fly TV sera One TV yang menampilkan kandungan eksklusif di sebalik tabir, bloopers, konsert-konsert dan banyak lagi. Akhbar nombor satu Malaysia juga, Harian Metro akan melancarkan kandungan penuh sensasi, padat serta eksklusif di salurannya sendiri iaitu MetroTV. Portal gaya hidup dan hiburan terunggul Malaysia, Gua juga akan melancarkan GuaTV di TonTon dengan kandungan video eksklusif khas di internet.

“TonTon melambangkan satu langkah besar ke hadapan dalam strategi digital kami.” ujar Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima.” Perkembangan media digital dan peningkatan jumlah pengguna internet bermakna dunia penyiaran telah berubah secara drastik. Melalui TonTon, Media Prima dapat mengukuhkan kedudukannya dalam ruang digital. Dengan adanya landasan yang kukuh dalam media digital dan bukan-digital, Media Prima dapat menawarkan kandungan pelbagai landasan yang menarik dan kukuh kepada para pengguna serta pengiklan.”

“TonTon melengkapi landasan Media Prima yang lain dari segi penyampaian, perkongsian penonton dan promosi. TonTon membolehkan kesemua landasan media di Media Prima untuk mengembangkan perkongsian penontonnya dengan mendekati penonton Generasi Y dan Z,? tambah Amrin.

TonTon adalah sebuah projek Alt Media, yang dibangunkan bersama Accenture, syarikat pengurusan konsultasi, perkhidmatan teknologi, dan pengesanan sumber luar global berserta VioCorp, sebuah syarikat yang berpusat di Sydney yang menyediakan teknologi dan rekaan tercanggih. TonTon juga menerima sokongan jalur lingkaran daripada Akamai, penyedia perkhidmatan terkini di pasaran dalam penjanaan penuh aplikasi web serta kandungan mobile.

TonTon dapat dinikmati di www.tonton.com.my

blog comments powered by Disqus