Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Showing posts with label Fail Sulit AF Istimewa. Show all posts
Showing posts with label Fail Sulit AF Istimewa. Show all posts

Fail Sulit : Hos AF6

Entri oleh sultanmuzaffar 19 February 2008 0 komen

Setelah lima musim Akademi Fantasia diceriakan dengan kelincahan Aznil Nawawi sebagai hos rancangan paling popular itu, kini AF6 bakal menyambut kehadiran hos barunya iaitu AC Mizal dan Sarimah Ibrahim.

Dua pengacara serba boleh itu bakal mengacarakan program Akademi Fantasia yang bakal bermula 14 Mac depan di Astro Ria.

Pengumuman tersebut dibuat dalam Fail Sulit Akademi Fantasia istimewa yang disiarkan secara langsung dari Studio Satu Astro pukul 5.30 petang tadi di Astro Ria.

AC Mizal yang dikenali menerusi program bual bicara, AC Di Sini akan mengendalikan konsert mingguan AF, manakala Sarimah Ibrahim yang dikenali menerusi program hiburan, Fail Sulit AF bakal mengendalikan diari harian dan sebuah program baru yang akan diumumkan.

Akhirnya terhapuslah segala spekulasi yang bertiup kencang sejak berita pengunduran Aznil Nawawi dari program realiti paling popular itu dibuat tahun lepas.

Desas-desus AC Mizal terpilih sebagai hos Akademi Fantasia hebat diperbincangkan apabila beliau dikhabarkan menamatkan khidmatnya sebagai Penyampai Radio dalam Segmen Pagi di ERA.

Kesibukan tugas sebagai hos AF6 menjadi alasan kukuh untuk AC meninggalkan stesen radio paling popular itu.

Namun demikian, baru-baru ini AC menafikan akan meninggalkan ERA, sekaligus menutup mulut banyak pihak.

Penonton yang mula menerima kehadirannya setelah mengacarakan program bual bicara, AC Di Sini menghadiahkan berita paling bermakna buatnya apabila beliau tercalon untuk tiga kategori dalam ABPBH 2007.

Persembahannya dalam program tersebut amat diyakini penonton apabila berjaya menyuntik elemen humor dan spontan menerusi watak Cik Mat Poi.

Bakat beliau dalam bidang filem dan teater juga tidak disangkal.

Berbanding Sarimah Ibrahim yang sejak dari awal dijangka akan menggalas tugas tersebut kerana penerimaan penonton yang menggemari aksi lucunya sebagai hos Fail Sulit AF.

Dua musim mengacarakan Fail Sulit AF, beliau antara calon yang dilihat mempunyai pengetahuan yang luas tentang program realiti itu.

Pemilihan Sarimah membuatkan wajah beliau bakal menghiasi skrin TV Astro bermula awal tahun ini hinggalah ke bulan Ogos depan.

Persoalannya, adakah penonton program Akademi Fantasia bersedia untuk perubahan besar ini ?

Segalanya tentang hos telah dibongkar dan siapa pula tenaga pengajar dan barisan pelajar yang bakal terpilih ke Akademi Fantasia 6.

American Idol Season 7 vs Akademi Fantasia Musim 6

Entri oleh sultanmuzaffar 15 February 2008 0 komen


Setiap kali tiba musim American Idol sejak 6 tahun yang lalu saya tidak begitu mengendahkannya. Kalau ada pun menonton hanya sekadar menonton. Nampaknya musim ini begitu berbeza sekali. Sekali-sekala menonton episod Audition tetapi apabila tiba di Hollywood Week, persepsi saya terhadapnya nyata berbeza. Saya tertarik dengan drama yang dipersembahkan. Adakalanya terfikir kenapa drama sebegitu seakan hilang pada Akademi Fantasia.

Fenomena penonton terhadap program itu sungguh luar biasa. Walaupun diberitakan rating program tersebut jatuh pada musim ini, itu bukan satu penghalang untuk tenaga produksinya untuk terus mempersembahkan yang terbaik. American Idol sama seperti Akademi Fantasia berada dalam kelompok yang sama di Malaysia. Program realiti itu adalah satu produk dan setiap produk akan melalui kitaran produk yang sama. Jenama itu melalui proses yang sama. Lama-kelamaan penonton sudah seakan menjangkakan apa yang akan berlaku.

Semuanya terletak di tangan produksi untuk mencorakkan sesuatu yang baru kepada program tersebut. Musim ini saya melihat peserta Top 24 American Idol bagus-bagus belaka. Pada pandangan saya David Archuleta ada auranya yang tersendiri. Sekaligus menarik minat saya untuk terus menonton.

Begitu juga pada Amanda Overmeyer, penyanyi rock yang sungguh luar biasa. Saya mahu melihat bagaimana program ini mencorakkan bakat Colton David Berry dan David Archuleta. Bagaimana kematangan Luke Menard dan Michael Johns melalui persaingan dalam program ini dan apa pula yang bakal berlaku seterusnya.

Mungkin juga mahu melihat bagaimana penonton terus menerima kehadiran Ryan Seacrest tanpa jemu selama 7 musim berturut-turut sedangkan Akademi Fantasia harus berdepan dengan cabaran menerima "orang baru" mengemudi program tersebut.

Berkemampuankah Akademi Fantasia musim 6 mendapat peserta sebaik ini setelah had umur dinaikkan hingga 45 tahun ? Peserta memainkan peranan yang utama untuk menarik minat penonton selain elemen-elemen lain dalam program tersebut. Tidak dinafikan ada juga yang menonton kerana Pengetuanya iaitu maestro yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Ramli MS. Umum sudah tahu bagaimana Ramli MS bekerja dan umum juga mahu melihat sejauh mana 100% komitmen yang akan beliau praktikkan pada musim ini.

Saya akan pastikan menonton setiap Showcase American Idol Season 7 ini. Lebih menarik jika persembahan mereka termasuk dalam feed berita antarabangsa untuk dimuatkan ke dalam Gala TV di Astro AWANI setiap minggu.

Percaya atau tidak ?

Sebuah episod khas, Fail Sulit AF Istimewa akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, 19 Februari ini jam 5.30 petang. Debaran semakin terasa. Mungkinkah pilihan anda terpilih ?

Segalanya akan dibongkar tidak lama lagi...